You are on page 1of 14

pengenalan

Masyarakat Melayu mempunyai pelbagai jenis kebudayaan yang digarap daripada pelbagai
keturunan. Kebudayaan ini disatukan menjadi satu kebudayaan yang unik kerana hampir setiap
keturunan mempunyai adat sehingga membentuk kebudayaan Melayu. Ini termasuklah suka
bergotong-royong menjalankan kegiatan ekonomi, di mana ikatan itu terus diperkukuh dan dipererat
dengan acara-acara keramaian dan juga hiburan. Lantaran resam yang demikian maka banyak
permainan tradisional yang dipertandingkan.
Permainan tradisional telah berupaya membentuk sebahagian daripada kehidupan yang dilalui oleh
nenek moyang kita. Asas penting yang menjamin kesinambungan permainan tradisional pada masa
lalu ialah keseragaman cara hidup nenek moyang kita. Kegiatan harian, bermusim dan tahunan
daripada individu ke individu tidak banyak berbeza. Ini membolehkan mereka bekerja dan berhibur
pada masa yang sama. Malah sejak dari kecil lagi mereka membiasakan diri dengan keadaan yang
demikian. Apabila musim menuai padi berakhir dan musim tengkujuh tiba pesawah dan nelayan
mengisinya dengan kerja-kerja sampingan. Kerja-kerja demikian boleh ditangguhkan dengan mudah.
Tempoh peralihan antara musim inilah digunakan untuk mengadakan keramaian serta pesta.
Apabila sesuatu permainan diadakan di sesebuah kampung, penduduk kampung berdekatan turut
berkunjung untuk mengambil bahagian atau sekadar memberi semangat. Suasana pesta di padang
permainan boleh mewujudkan interaksi sosial di antara kampung-kampung yang mengambil
bahagian. Oleh yang demikian permainan tradisional juga dikenali sebagai permainan rakyat. Ada di
antara permainan ini yang sekarang tidak dimainkan lagi tetapi hanya diketahui oleh ibu bapa dan
datuk nenek kita sahaja. Tetapi ada juga yang masih dimainkan lagi oleh kanak-kanak sehingga hari
ini. Di antara permainan itu termasuklah guli, congkak, wau, selambut, sepak raga, gasing dan lainlain.

Masyarakat berbilang kaum di Malaysia mempunyai pelbagai jenis kebudayaan yang


digarap daripada pelbagai keturunan. Kebudayaan ini disatukan menjadi satu
kebudayaan yang unik kerana hampir setiap keturunan mempunyai adat sehingga
membentuk kebudayaan masing-masing. Ini termasuklah suka bergotong-royong
menjalankan kegiatan ekonomi, di mana ikatan itu terus diperkukuh dan dipererat
dengan acara-acara keramaian dan juga hiburan. Lantaran resam yang demikian maka
banyak permainan tradisional yang dipertandingkan.
Permainan tradisional telah berupaya membentuk sebahagian daripada kehidupan yang
dilalui oleh nenek moyang masyarakat masing-masing. Asas penting yang menjamin
kesinambungan permainan tradisional pada masa lalu ialah keseragaman cara hidup
nenek moyang kita. Malah sejak dari kecil lagi mereka membiasakan diri dengan
keadaan yang demikian. Ada di antara permainan ini yang sekarang tidak dimainkan
lagi tetapi hanya diketahui oleh ibu bapa dan datuk nenek kita sahaja. Tetapi ada juga
yang masih dimainkan lagi oleh kanak-kanak sehingga hari ini. Di antara permainan itu
termasuklah congkak, wau, selambut, sepak raga, gasing, kabaddi, mahjong, dan lainlain.

Penduduk Malaysia mempunyai semangat kemasyarakatan teguh


yang tercermin dalam permainan tradisional serta aktiviti
kemasyarakatan mereka. Sememangnya mereka mempunyai
semangat kemasyarakatan yang utuh yang tercermin dalam
permainan tradisional ini. Beberapa permainan tradisional di
masa lapang masih aktif dan terkenal sehingga kini terutama
dalam majlis-majlis keramaian.

Permainan Tradisional. 27/12/2013


. http://www.johor.gov.my/pelancongan/page/permainan_tradisional

Kemajuan teknologi telah membuatkan hilangnya warisan yang dulunya sangat dibanggakan. Tetapi,
adakah kita sedar yang sebenarnya permainan tradisional yang kita warisi sejak dulu lagi semakin lama
semakin dilupakan dan hilang bersama dengan peredaran zaman. Yang sedihnya ada dikalangan anak
muda sekarang tidak mengenali permainan-permainan tradisional tersebut seperti congkak, layang-layang,
gasing, wau dan sebagainya. Banyak faedah yang boleh diperolehi dari permainan tradisional seperti boleh
mengeratkan silaturahim sesama manusia, menyihatkan badan kerana mengeluarkan peluh dan dapat
memelihara warisan budaya zaman berzaman. Selain itu, Negara dapat mempromosikan permainan
tersebut sebagai salah satu aktiviti yang perlu diperkenalkan kepada pelancong-pelancong yang datang ke
Malaysia. Ia juga akan menjadi kebanggaan rakyat Malaysia sendiri. Malangnya anak Malaysia tidak
memikirkan tentang perkara tersebut mereka hanya inginkan keseronokan dan mengikuti segala
perubahan teknologi terkini sehigga melupakan warisan yang perlu dijaga juga. Oleh itu, remaja boleh
mengikuti dan meneruskan permainan berteknologi tapi pada masa yang sama masih lagi memelihara dan
pertahankan warisan nenek moyang.

11 mas 2015. Permainan tradisional Dan Aktiviti Masa


Lapang Masyarakat Melayu
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/isu-nasional/395-artikel/6670permainan-tradisional-dan-aktiviti-masa-lapang-masyarakat-melayu-.html

Jenis

Permainan Laman

Objek Warisan

Ketinting

Permainan laman ini sering dimainkan oleh kanak-kanak terutamanya kanak-kanak


perempuan yang melompat dari satu kotak ke kotak-kotak yang lain (terdiri
daripada sembilan kotak). Ada juga yang menggelarkannya sebagai tip-tap toe.
Permainan ini sering dimainkan antara dua atau lebih dalam dua kumpulan yang
berlawan.

http://www.heritage.gov.my/index.php/warisan-tidak-ketara/adat-abudaya/permainan-tradisi

Jengkek
Kapal
Terbang
Matlamat
utama bagi
apa jua
permainan
tentunya

tidak lari
daripada
memberi
hiburan dan
kegembiraan
. Di samping
itu, secara
tidak
langsung
wawasan
riadah ialah
untuk
mengeluarka
n peluh agar
tubuh
sentiasa
dalam tahap
kesihatan
yang
memuaskan.
Namun,
untuk
menghayati
dan
menghidupka
n sesuatu
permainan,
kemahiran
diperlukan
untuk
menyesuaika
n permainan.
Konsep ini
cukup
terserlah
dalam satu
permainan
laman yang
dimainkan di
kampungkampung
terutamanya
sejak dahulu
hingga hari

ini.
Permainan
ini popular
dengan
nama
"Jengkek
Kapal
Terbang".
Permainan
ini boleh
dikatakan
sudah sebati
kepada
kanak-kanak
perempuan
memandang
kan
sebahagian
besar pemain
yang
mengambil
bahagian
ialah kanakkanak
perempuan.
Namun
begitu,
tidaklah
terlalu
janggal
sekiranya
kanak-kanak
lelaki pun
turut
bermain
sama.
Namun,
"kapal
terbang" itu
diperolehi
daripada
petak atau
gelanggang

itu yang
khusus
dibina untuk
bermain.
Gelanggangn
ya terdiri
daripada
petak-petak
empat
persegi yang
disusun
sedemikian
rupa yang
menampakka
n imej
sebuah
"kapal
terbang".
Terdapat
lima petak
empat segi
yang
dilakarkan
sebaris. Pada
petak ke
empat
terdapat
tambahan
satu petak
lagi di kiri
dan satu lagi
di kanan
yang
menimbulkan
rupa sekali
imbas seperti
sayap kapal
terbang. Di
sebelah
kanan pada
petak
pertama pula
terdapat
tambahan

petak yang
berukuran
separuh
petak yang
dipanggil
"tangga"
yang
kelihatan
seperti ekor
kapal
terbang.
Kawasan
bermain
jengkek ini
tidak perlu
luas.
Memadai jika
kawasan itu
dapat
menampung
8 buah
petak.
Kanak-kanak
perempuan
terutamanya
tetap
menunjukka
n
kewibawaan
mereka.
Sedar dan
tahu
pentingnya
keselamatan,
mereka
memberikan
perhatian
yang
sewajarnya
ke atas tapak
permainan.
Jika terdapat
tunggul atau

kayu, maka
dibersihkan
dahulu.
Keselamatan
tapak perlu
dititikberatka
n kerana
tapak tidak
mudah
dipindahpindahkan.
Paling
kurang,
permainan
ini dimainkan
oleh 2 orang.
Jika lebih
ramai yang
terlibat,
tentu lebih
seronok.
Sebelum itu
"buah" untuk
permainan
mesti
disediakan,
ianya
diperbuat
daripada
sesuatu
objek yang
agak sesuai
contohnya
kepingan
papan
penutup
botol dan
apa sahaja
asalkan berat
agar hasil
lemparan
nanti lebih
mantap. Bagi

menentukan
siapa yang
layak mula
dahulu, satu
undian yang
unik
dijalankan.
Masingmasing
berdiri bahumembahu
membelakan
gi garisan
tadi.
Kemudian
masingmasing
melempar
"buah"
secara
membelakan
g, sejauh
yang
mungkin.
Siapa yang
jauh
mendapat
hak bermain
yang
pertama.
Permainan
ini nampak
mudah tetapi
akan
menyusul
pelbagai
halangan
yang
semakin
lama
semakin
sukar. Dalam
pusingan

pertama
pemain
disyaratkan
membawa
"buah"
dengan cara
menatangny
a di atas
belakang
tapak
tangan. Jika
"buah"
terjatuh,
pemain dikira
"mati". Ini
bermakna
pemain
seterusnya
mendapat
peluang
berjengkek.
Jika pemain
berjaya
menamatkan
9 "ting" dan
2 "Brak"
tanpa
menjatuhkan
"buah", dia
perlu
melambung
"buah" dan
menyambutn
ya secara
kaut dengan
kedudukan
tapak tangan
menghala ke
bawah.
Kemudian
barulah dia
berhak
mendapatka

n "rumah".
"Buah"
mestilah
mendarat di
mana-mana
petak iaitu
dengan
melempar
membelakan
gi
gelanggang
untuk
mendapatka
n rumah.
Dengan itu,
pemain lain
tidak boleh
bertingting
lagi dalam
petak
"rumah"
orang.
Pemain lain
boleh
bertingting di
petak
"rumah"
orang
dengan
kebenaran
tuannya.
Nilai juara
dalam
permainan
tingting
kapal
terbang
terletak pada
"kemewahan
" iaitu
banyaknya
"rumah"
yang berjaya

dimiliki
seseorang
pemain.
Malah
permainan
itu terpaksa
ditamatkan
apabila
semua petak
sudah
bertukar
menjadi
"rumah".
Namun
bukanlah
secepat dan
semudah itu
menukarkan
semua petak
menjadi
"rumah".
Seandainya
"buah" yang
dilemparkan
mendarat di
"rumah"
sendiri,
maka rumah
itu di kira
"hangus"
iaitu bertukar
menjadi
petak semula
dan pemain
dikira "mati".
Sebenarnya,
permainan
ini juga ada
pengajaran
nilai-nilai
moral iaitu
semangat
kerjasama,

timbang
rasa, tolak
ansur, saling
menghormati
dan
kesabaran.

Sistem undian yang unik


dijalankan. Satu garisan panjang
dilakarkan di atas tanah, masingmasing berdiri bahu membahu
membelakangi garisan dan
melemparkan "IBU" sejauh yang
mungkin. Giliran pemain
ditentukan dengan melihat jarak
masing-masing dari garisan.

Salah seorang pemain berjengkek


dengan membawa "IBU" di atas
tangan mengelilingi petak-petak
tersebut.

Permainan Jengkek Kapal Terbang


dan juga dikenali sebagai Tinting
Kapal Terbang.

Lakaran gelanggang "Jengkek


Kapal Terbang". Nama "Kapal
Terbang" itu diperolehi daripada
gelanggang yang disusun
sedemikian rupa dan merupakan
imej sebuah kapal terbang.

Pemain berjengkek memasuki


kesemua petak dan terpaksa
melangkah terus dari petak 3 ke
petak satu kerana petak nombor
2 sudah ada tuan rumah.

http://www.memori-kedah.com/page_pengenalan.php?
pageNum_Recordset1=2&p=2&idstopic=29&idskandungan=101

13/11/2013Aplikasipermainanmodenancampermainantradisional
Lambakan aplikasi permainan yang boleh diakses dari peralatan teknologi terkini secara meluas
menyebabkan masyarakat terutamanya generasi muda kian melupakan permainan tradisional.
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kebudayaan dan Adat Istiadat Melayu negeri, Abd. Razak Ab. Said
berkata, keadaan itu menyebabkan permainan tradisional pupus sedikit demi sedikit.
''Sekiranya ia hilang adalah amat sukar untuk dicari ganti dan kalau ditukar dengan yang baharu sekalipun,
tidak akan sama auranya dengan yang dahulu. Jadi kita harus memelihara dan mengekalkan warisan dan
budaya ini.
''Permainan tradisional ini telah menjadi sebahagian daripada kehidupan yang dilalui oleh ibu bapa dan
nenek moyang kita sewaktu zaman kanak-kanak dahulu. Bukan semata-mata mengisi masa lapang tetapi
juga satu kaedah pembelajaran, mengasah minda dan belajar menjadi ketua," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Festival Permainan Tradisional Negeri Sembilan di
pekarangan Muzium Negeri di sini hari ini.
Pihaknya berhasrat untuk membina kompleks khas permainan tradisional agar program dan aktiviti yang
berkaitan dengannya dapat dijalankan sepanjang masa terutama kepada para pelajar dan golongan belia.
Dalam masa sama, Abd. Razak berkata, pihaknya menyarankan agar kajian mengenai permainan
tradisional didokumentasi dalam bentuk penerbitan buku dan video secara terperinci agar menjadi rujukan
pada masa depan dan tidak dilenyapkan oleh arus kemajuan.
Antara permainan tradisional diketengahkan dalam festival berkenaan adalah congkak, dam aji gergasi,
boling kelapa, sepak raga ratus, musang berjanggut, galah panjang dan pecah belon.

Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/Selatan/20131113/ws_04/Aplikasi-permainanmoden-ancam-permainan-tradisional#ixzz3U43Dk2o2


Utusan Melayu (M) Bhd

You might also like