You are on page 1of 19

PENGENALAN

Adab resam merupakan sesuatu benda yang wajib bagi sesuatu kaum dan setiap
bangsa di Malaysia ini mempunyai adab resamnya yang tersendiri. Abad resam
yang diterima pakai dan dijadikan peraturan dan panduan dalam hidup. Seterusnya
ia akan membentuk hukum yang akan diamalkan dalam kehidupan masyarakat
tersebut. Abad yang diamalkan oleh sesuatu kaum itu akan melambangkan kaum
tersebut. Hal ini demikian kerana, adab yang diamalkan oleh sesebuah kaum adalah
berbeza dan ia mengikut kepercayaan dan pantang larang masing-masing. Ada
sesetengah adab yang diamalkan akan menyalahi agama terutama agama Islam
contohnya adab menolak bala. Adab ini seolah olah tidak percaya kepada kebesaran
pencipta sehingga adab resam yang karut ini dilakukan.
Menurut pendapat Mac Iver, (1970,22) adab resam sebagai latar cara yang
diterima mengenai cara makan, bertutur, berjumpa sahabat handai dan sebagainya
atau adab itu cara bertindak yang umum dipercayai secara sosial. Dalam kamus
dewan pula, menurut pandangan ( Tengku Iskandar, 1984,975) mentafsirkan istilah
adab resam sebagai

adab kebiasaan, aturan-aturan yang menjadi adab resam

seperi makan bertertib, bersopan- santun ketika bertutur di mana ia menjadi sifat
atau tabiat manusia semula jadi yang menjadi ikutan turun-temurun. Daripada
penafsiran adab resam tersebut kita dapat mengetahui anggota masyarakat yang
mengamalkan adab resam dalam kehidupan mereka kehidupan mereka lebih
bertatacara. Adab resam setiap kaum berbeza tetapi persamaanya tujuannya sama
iaitu untuk membentuk satu masyarakat yang maju, dinamik dan prograsif.
Menurut pendapat R.Roolvinki 1966, budaya adalah berasal daripada
perkataan asalnya iaitu budi dan daya dan daripada perkataan inilah munculnya
perkataan budaya. Pendapat ini juga disokong oleh R.Roolvink. Manakala menurut
pandangan M.Herskotives mengatakan manusia yang mempunyai budaya dapat
berinteraksi antara satu sama lain. Budaya ini adalah perlakuan manusia yang
dipelajari dan bersifat simbolik.

ASAL-USUL SUKU KAUM SUNGAI DI SABAH.


1

Dari catatan sejarah, asal usul mengenai orang Sungai adalah bermula dari 1881,

apabila residen pertama Sandakan iaitu Sir William Pryer menjalankan ekspedisi
menyusuri sungai Kinabatangan sehingga ke Kampung Labok yang masih wujud
pada ketika ini. Sewaktu ekspedisi menyusuri sungai kinabatangan sehingga ke
Kampung Labok yang masih wujud ketika ini, beliau tersempak dengan masyarakat
dengan panggilan the river people. Selepas peristiwa berikut dan semasa
pemerintahan The Britian North Borneo Company, panggilan ini telah ditukar
kepada Orang Sungai. Mengikut Whelan F.G Orang Sungai pada asalnya adalah
orang Dusun tetapi oleh kerana pada zaman itu mereka berada di bawah
pemerintahan kesultanan. Orang sungai kebanyakannya mereka telah menganut
agama Islam dan mula menetap di tepi sungai, mereka mengasingkan diri dan
orang dusun atau dipanggil orang barat dan cuba menyesuaikan diri dengan cara
hidup mereka di tepi-tepi sungai sehingga akhirnya berlaku perubahan dari segi
hidup dan pertuturan.
Suku kaum sungai juga merupakan suku kaum Idahan yang salah satu
kumpulan etnik peribumi di Sabah yang terawal dan terdapat di kawasan pantai
timur Sabah, iaitu di daerah Lahad Datu, Kinabatangan dan Sandakan. Manakala
bilangan suku kaum ini agak sedikit dan dianggap sebagai suku kaum minoriti di
Sabah, jumlah ini adalah berdasarkan anggaran sahaja. Keadaan ini berlaku kerana
tidak ada satu angka yang tepat tentang jumlah sebenar penduduk suku kaum
Idahan di Lahad Datu. Anggaran dibuat berdasarkan jumlah pengundi yang

1 Mohd Sarim Hj. Mustajab (2007 ) , Plurariti etnik dan budaya di Sabah. (M/S 510 ) . Universiti Malaysia Sabah

berdaftar dan suku kaum Idahan ini dikategorikan sebagai bangsa lain-lain dalam
perangkaan penduduk Malaysia. Sebenarnya suku Idahan mempunyai rumpun atau
keluarga

sendiri

seperti

kelompok

kaum

Dusun

dan

Bajau.

Mereka

boleh

dibahagikan kepada tiga subkeluarga seperti agama, bahasa dan tempat tinggal.
Dalam penempatan pula suku kaum Idahan kebanyakannya tinggal di daerah lahad
datu di setiap perkampungan seperti di kawasan sekitar tungku di panggil begahak
dan dikawasan sandakan dan kinabatangan mereka di panggil orang sungai.
Walaupun suku kaum ini di panggil dengan nama yang berlain tetapi meraka adalah
dalam satu rumpun yang sama. Oleh kerana disebabkan penggunaan bahasa yang
sama dan boleh berinteraksi antara satu sama lain.
Sebahagian suku kaum sungai juga penganut agama islam dan ada yang
beragama kristian manakala terdapat juga masih tiada menganut apa-apa agama.
Walaupun berlainan agama, hubungan kekeluargaan mereka tidak terputus.
Malahan mereka berinteraksi antara satu sama lain dan ada juga yang tinggal di
kawasan kampung yang sama. Mengikut sejarah perkembangan agama Islam di
Sabah, suku kaum Sungai merupakan pemeluk agama yang pertama di negeri
sabah. Sumber ini dibuktikan pemelukan agama Islam oleh salah orang berturunan
idahan yang tinggal di kawasan Lahad datu, sabah pada tahun 1408. Orang
tersebut bernama Abdullah dan pengislamannya dilakukan dikawasan teluk Darvel
oleh auliah dari arab yang bernama auliah Makdum. Fakta ini dapat dibuktikan
dengan pertemuan sebuah manuskrip lama yang bertulisan Jawi dalam bahasa
Sungai lama daripada salah satu tokoh agama di daerah Lahad Datu, iaitu Imam
Injir atau dikenali juga sebagai Ahmad bin Imam Panjang. Khazanah yang berharga
ini di temui oleh Tom Harrison semasa beliau membuat kajian tentang suku kaum
Sungai di Lahad Datu.
Dalam suku kaum idahan ini terdapat juga nama kampung yang diambil
berdasarkan sifat dan bentuk sungai seperti kawasan sapagayo. Pemberian nama
kampung ini adalah berdasarkan bentuk sungai itu yang dikata menpunyai banyak
air besar, iaitu sapa bermaksud air dan gayo pula bererti besar. Begitu juga dengan
nama kampung terusan yang menpunyai banyak anak sungai yang berbentuk
terusan dan terdapat sungai-sungai kecil yang berterus menghubungkan ke sungai
sapagayo. Justeru itu, nama-nama tempat yang dibuat oleh suku kaum Sungai
adalah sifat alam yang terdapat dikawasan yang mereka diami. Pada masa kini,

suku kaum Sungai berada dalam situasi peralihan daripada sebuah masyarakat
tradisional kepada masyarakat bandar. Keadaan ini berlaku sebahagian daripada
aktiviti ekonomi pasaran, selain itu sistem ekonomi sara diri proses peralihan.
Sistem ekonomi sara diri kepada sistem ekonomi pasaran. Selain itu, telah ramai
generasi muda melibatkan diri dalam perkerjaan berpendapatan tetap sama ada
dalam sektor kerajaan, mahupun sektor swasta. Perubahan yang berlaku ini
akibatnya daripada pendedahan sistem pendidikan, perubahan kehidupan yang
berlaku bukan sahaja dari sesi ekonomi malahan turut melibatkan kepada aspek
lain seperti kepimpinan, perkahwinan dan kekeluargan serta adat resam yang turut
berubah.
KEPERCAYAAN DAN PANTANG LARANG KAUM SUNGAI.
2

Sesebuah masyarakat yang wujud akan mempunyai kepercayaan dan pantang

larangnya yang tersendiri. Kepercayaan dan pantang larang ini tidak dapat
dipisahkan daripada sesebuah masyarakat kerana ia merupakan pembentuk dan
pengenalan kepada sosiobudaya sesuatu bangsa. Oleh itu, untuk mengenali
sesuatu bangsa itu dengan lebih mendalam maka amat wajar bagi seseorang itu
untuk mengetahui sosiobudaya dan pantang larang kaum tersebut. Menurut
seorang pengkaji budaya, kepercayaan dan pantang larang yang di amalkan oleh
kaum Idahan atau dikenali juga sebagai kaum sungai ini hampir sama dengan suku
kaum peribumi yang lain di Sabah. Cuma yang akan membezakan ialah cara
pengendalian dan pengaplikasian di dalam kehidupan kaum sungai ini. Jadi untuk
melihat sejauh mana mereka patuh dengan sistem sosial mereka yang di amalkan
bergantung kepada persepsi dan pengamalan dalam masyarakat tersebut.
Amalan kepercayaan dan pantang larang ini telah membentuk disiplin sosial
dalam kalangan masyarakat Sungai. Jika mereka tidak menurut kepercayaan dan
pantang larang mereka, mereka akan dikhuatiri sesuatu bala bencana akan

2 Mohd Sarim Hj. Mustajab (2007 ) , Plurariti etnik dan budaya di Sabah. (M/S 3142) . Universiti Malaysia Sabah

menimpa kepada mereka. Hai ini telah menimbulkan unsur-unsur ketakutan yang
akan menjadi pendorong kepada ahli masyarakat untuk patuh kepada amalanamalan tradisional ini. sistem sosial kaum Idahan juga adalah implementasi
pengalaman kehidupan sejak lahir. Kepercayaan yang dipegang dalam kaum ini
diperoleh daripada pengalaman ritual dan diwariskan secara turun-temurun
daripada ibu bapa. Pantang larang ini juga boleh dianggap sebagai suatu disiplin
lisan. Selain itu, ia juga boleh dirujuk kepada had-had kehidupan yang digaris oleh
sistem kepercayaan terutamanya tentang makhluk halus yang turut menetap
bersama dengan mereka.
Jika berlaku ingkar, mereka percaya akan mengundang bencana yang tidak
diingini. Di sini dapat memperlihatkan bahawa pantang larang yang diamalkan itu
bertujuan untuk melindungi seseorang daripada sebarang malapetaka yang berlaku
daripada kuasa ghaib. Dalam kaum Sungai ini pantang larang yang dipengaruhi
oleh konsep liwon. Konsep ini begitu kuat sekali kerana ia mempengaruhi aspek
sosial dan masyarakat itu.

Antara kepercayaan dan pantang larang yang terdapat dalam masyarakat


kaumSungai ini seperti amalan dalam kegiatan ekonomi, amalan pembinaan rumah,
wanita yang mengandung dan ketika menyambut kelahiran bayi, upacara tolak
bala. Selain itu, terdapat juga amalan kepercayaan dan pantang larang lain dalam
kehidupan seharian. Contoh kepercayaan dan pantang larang harian dalam
masyarakat Sungai seperti jika tengah memasak tidak boleh menyanyi terutama
anak dara, begitu juga semasa membuang air kecil atau air besar. Hal ini demikian
kerana masyarakat kaum etnik ini mempercayai akan mendapat pasangan yang tua
semasa berkahwin nanti. Selain itu, anak dara juga tidak dibenarkan untuk duduk di
atas tangga rumah depan ataupun tangga dapur kerana dipercayai lambat
menerima jodoh. Kepercayaan dan pantang larang ini bukan sahaja melibatkan
golongan anak dara tetapi melibatkan juga golongan kanak-kanak.

Antara kepercayaan dan pantang larang dalam kalangan kanak-kanak

seperti kanak-kanak tidak boleh bermain api kerana dipercayai apabila besar nanti
akan menjadi seorang pencuri. Selain itu, kanak-kanak yang belum tumbuh gigi
tidak boleh diletakkan di atas kepala kerana dipercayai akan tumbuh gigi secara
bertingkat. Di samping itu, kepercayaan dan pantang larang harian yang lain juga
terdapat dalam kaum Sungai ini seperti apabila seseorang itu bersin hendaklah
dipanggil semangatnya dengan seruan baliklah semangat kau ke dalammu
semula. Kaum ini juga tidak boleh menyiku atau bermain siku-menyiku kerana ia
dipercayai perbuatan menyumpah dan boleh mengakibatkan pendek umur.
Perbuatan bersiul pada waktu siang ataupun malam tidak boleh dilakukan oleh
kaum ini. Hal ini demikian kerana, jika perbuatan ini dilakukan pada waktu siang ia
dianggap sial manakala jika berlaku pada waktu malam pula ia dianggap
memanggil hantu. Hal ini kerana perbuatan bersiul ini merupakan permainan
syaitan dan iblis .Selain itu, terdapat banyak lagi kepercayaan dan pantang larang
dalam kaum Sungai ini.
Sebenarnya segala kepercayaan dan pantang larang yang wujud ini adalah
pembentuk sosial atau cara untuk mendidik anak-anak. Misalnya, kepercayaan dan
pantang larang yang kanak-kanak yang sedang bermain api itu sebenarnya
mempunyai maksud yang tersirat kerana pada masa dahulu orang-orang Idahan ini
menggunakan pelita atau lampu daripada minyak tanah. Jadi untuk mengelakkan
daripada berlakunya kebakaran jadi orang tuan terdahulu telah membuat kisah
yang menakutkan ini untuk menakutkan kanan-kanak supaya kanak-kanak ini tidak
lagi bermain dengan api. Selain itu, kepercayaan dan pantang larang berkaitan
dengan anak dara yang tidak boleh menyanyi di dapur semasa memasak
sebenarnya simbolik agar si dara berjumpa dengan pasangan yang tua.
Sebenarnya, ia mempunyai maksud yang tersirat iaitu supaya makanan yang
dimasak itu tidak hangus dan tidak berlaku kebakaran.
Kepercayaan dan pantang larang dalam masyarakat sungai ini masih
diamalkan sehinggalah ke hari ini. Walaupun sekarang merupakan zaman moden
dan akan menuju ke zaman globalisasi, kepercayaan ini masih kukuh dalam
3 Saidatul Norniz Hj. Mahali (2010) , Adab dan Ritual Kematian di Sabah.(M/S 63-

72) . Utusan Kinabalu CO Sdn.Bhd

kehidupan masyarakat kaum Sungai ini sebagai pembentuk sosial kepada anakanak mereka.
Selain daripada kepercayaan dan pantang larang harian yang di amalkan
mereka juga terdapat kepercayaan dan pantang larang kepada wanita yang sedang
mengandung. Dalam kaum Sungai ini wanita yang mengandung mestilah mengikut
bebrapa pantang larang dan adab kelahiran bayi. Hal ini demikian kerana, menurut
kepercayaan kaum Sungai, jika si ibu ingkar kepada pantang larang ini maka si anak
memperoleh rogkot dalam kehidupannya. Oleh itu, pantang larang dan adab ini
telah diterapkan daripada bayi itu dalam kandungan ibu lagi. Menurut kaum Sungai
lagi, kaum ibu yang mengandung ini mudah dirasuk dan diganggu oleh syaitan dan
makhluk halus. Oleh itu, wanita yang mengandung ini akan memakai wangiwangian yang disapu dengan bonglai pada seluruh badan supaya mereka tidak
diganggu.

Selain itu, wanita yang mengandung ini juga tidak boleh menjahit seperti
menampal kain kerana dipercayai air tembuni akan bertambah banyak. Wanita
yang mengandung juga tidak boleh berjalan pada waktu malam, hujan dan waktu
berlaku ribut kerana pada masa ini makhluk halus dan syaitan suka berkeliaran.
Disebabkan hal ini, wanita yang mengandung ini tidak dibenarkan keluar kerana
dikhuatiri apabila diganggu boleh membawa kemudaratan seperti berlakunya
keguguran ataupun bersalin awal. Di samping itu, wanita yang mengandung apabila
berjalan tidak perlu mengikat rambut sebaliknya dihuraikan sahaja rambut itu. Hal
ini demikian kerana, dengan perbuatan seperti menghuraikan rambut ini akan
menakutkan dan mengelakkan gangguan makhluk-makhluk halus. si suami atau si
isteri juga tidak boleh membunuh binatang kerana ditakuti akan terkena kenan
daripada binatang yang dibunuh. Bagi wanita mengandung yang telah kehilangan
suami, wanita ini hendaklah memakai pakaian suami sehingga selepas bersalin.
Apabila tiba waktu bersalin dan sekiranya berlaku keadaan di mana si ibu
mengalami kesulitan ketika bersalin, maka bidan akan mengarahkan kepada suami
kepada wanita yang bersalin itu memakai kain. Selepas itu si suami dikehendaki

melangkah perut si isteri sambil berkata keluarlah kau anak janganlah kau berkecil
hati dengan bapak. Selepas bersalin, wanita itu kan mandi untuk menbersihkan
badan sehingga selesai waktu nifas. Mengikit kepercayaan masyarakat Idaham
mandi bersih badan ini mempunyai beberapa peringkat iaitu pertama, mandi tiga
hari selepas bersalin kedua, mandi pada hari ke tujuh, hari 20, hari ke 40 dan yang
terakhir pada hari yang ke 44 hari. orang yang bertanggungjawab memandikan
ialah bidan itu sendiri.
Pantang larang dalam amalan yang seterunya ialah pantang larang dalam
amalan upacara tolak bala. Amalan ini dilakukan pada hari rabu di akhir bulan Safar
setiap tahun. Amalan ini dilakukan dengan tujuan untuk menghindarkan segala
malapetaka untuk tahun seterusnya. Menurut kepercayaan suku kaum Sungai hari
rabu merupakan hari nafas atau hari yang berbahaya. Ketua kampung merupakan
orang yang bertanggungjawab untuk mengumumkan hari tolak bala tersebut.
Selepas pengumuman dilakukan, maka proses penyediaan makanan akan bermula.
Antara sajian yang wajib ada semasa upacara ini berlangsung ialah ketupat.
Kebiasaanya tempat untuk melakukan upacara ini ialah di kawasan sungai yang
berhampiran dengan rumah ataupun di kawasan muara sungai
Apabila tiba hari tolak bala, semua penduduk akan berkumpul di kawasan
yang telah ditentukan oleh imam kampung. mereka akan membawa makanan yang
telah mereka sediakan untuk dijamu bersama-sama. Apabila semua sudah
berkumpul, maka imam akan memulakan bacaan doa arwah dengan diikuti dengan
bacaan doa selamat supaya segala yang tidak baik dapat dijauhi. Selesai
pembacaan doa yang dilakukan oleh imam, mereka akan menjamu selera bersamasama. Apabila selesai makan, imam akan memulakan upacara tolak bala. Semasa
upacara ini berlangsung, setiap individu mesti memegang objek-objek seperti pasir
atau batu di tangan semasa acara tolak bala itu dilakukan. Apabila imam
menjiruskan air ke badan mereka, maka batu atau pasir yang dipegang itu akan
dilepaskan serta merta bersama-sama air tolak bala itu sambil berniat semoga
segala perkara yang tidak baik akan terikut pada waktu atau pasir tertentu.
Semua yang sampai akan dikumpul dan akan dihanyutkan dengan

menggunakan satu kapal kecil yang dihiasi dengan bendera dengan berwarnawarni, selepas acara tolak bala berakhir. Dalam upacara tolak bala ini terdapat dua
bacaan tolak bala, iaitu pertama, bacaan ketika mandi. Dan yang kedua ialah
bacaan yang dihembus ke dalam satu tempayan dan di minum untuk seisi keluarga.
Pada hari upacara tolak bala itu berlangsung tidak dibenarkan seorang pun
membuat aktiviti kerana dikhuatiri jika berlaku sesuatu perkara ia boleh membawa
maut dan mendapat musibah yang besar.
Pada masa kini, amalan ini telah mengalami perubahan kerana telah berlaku
pendedahan kepada anak- anak muda tentang ajaran islam dan hukum-hukum
agama islam. perkara-perkara yang melanggar ajaran Islam telah ditinggalkan.
Sekarang, upacara tolak bala ini dilakukan di masjid kampung. Kaum lelaki akan
datang dengan membawa makanan yang disediakan dari rumah untuk dijamu
bersama-sama jemaah masjid yang lain. Upacara ini dilakukan apabila selesai solat
Zuhur dan iman akan membaca doa arwah dan doa selamat . Selesai bacaan doa
selamat mereka semua akan menjamu selera dan selepas itu mereka kan
bergotong-royong akan membersihkan kawasan tempat makan. Apabila selesai
membersihkan kawasan tempat makan para jemaah akan pulang ke rumah masingmasing dan ini boleh dikatakan amalan tolak bala sudah tidak diamalkan lagi.

ADAT ISTIADAT PERKAHWINAN SUKU KAUM ORANG SUNGAI


4

1) Merisik (Jarum-jarum) :
Pihak lelaki akan menghantar 1 atau 2 orang wakil untuk bertandang ke

rumah si gadis yang telah dicalonkan oleh lelaki untuk tujuan merisik. Tujuan ini
untuk mengetahui status c gadis sama ada sudah berpunya atau belum. Jika belum
4 Mohd Sarim Hj. Mustajab (2007 ) , Plurariti etnik dan budaya di Sabah. (M/S 11-19 )

. Universiti Malaysia Sabah

berpunya, maka wakil akan memberikan notis kepada pihak si gadis untuk
bertandang sekali lagi untuk meminang pada tarikh yang akan ditetapkan.
2) Meminang (Menawo) :
Kedua-dua pihak akan menghantar wakil masing-masing untuk melakukan
perundingan bagi majlis perkahwinan yang bakal dilangsungkan. Wakil tersebut
hendaklah mempunyai pengalaman tentang adat istiadat perkahwinan dan fasih
berkata-kata semasa melakukan perundingan. Hasil perundingan tersebut perlulah
ada kata sepakat dan harmoni agar tidak ada yang terguris bagi mana-mana pihak.
Penyerahan pembuka mulut(pengawang basaro) dilakukan untuk memulakan majlis
meminang sebagai tanda budi pekerti dan sopan santun dari pihak lelaki. Selain itu,
penyerahan belanja duduk juga akan diberikan sebagai bayaran perbelanjaan majlis
meminang kepada tuan rumah. Jika sudah mendapat keputusan perundingan,
jumlah hantaran dan juga mas kahwin, sebentuk cincin (panando) akan disarungkan
di jari si gadis dari pihak lelaki sebagai tanda setuju yang si gadis telah pun
dipinang. Tarikh penghantaran hantaran perlu ditetapkan agar pihak lelaki bersedia.
Adat kelangkahan akan berlangsung jika terdapat langkah bendu. Perkara ini akan
ditentukan dari persetujuan kedua- dua pihak.
3) Majlis Hantaran (Mengossur) :
Semasa majlis ini, pihak lelaki kena menyerahkan kelengkapan dengan penut
adat istiadat untuk diberikan kepada pihak si gadis. Jumlah permintaan hantaran
mestilah tepat seperti yang dijanjikan. Hantaran yang diberikan hendaklah dibalas
dengan hiasan kraftangan yang cantik sebagai tanda terima kasih. Bilangan dulang
hendaklah dalam bilangan ganjil dan pihak si gadis perlu membalas melebihi
hantaran lelaki. Tarikh perkahwinan dan aturcara majlis pernikahan akan
dibincangkan dalam majlis ini atas persetujuan kedua pihak.
4) Majlis Malam Berinai (Gabbpie Tullau) :
Pengantin lelaki akan menghantar satu set kelengkapan untuk majlis berinai
pada malam sebelum majlis pernikahan. Acara ini dilakukan di rumah pengantin
masing-masing yang dihadiri oleh kaum kerabat sahaja. Dalam majlis ini, acara
cukur jambul, membaca berzanji, marhaban dan khatam Al-quran turun diadakan

10

bagi memeriahkan majlis. Menurut pantang larang kaum sungai, pengantin


digalakkan untuk berjaga (tullau) sepanjang malam untuk mengelakkan mendapat
mimpi yang buruk.
5) Majlis Nikah Kahwin (Nagnikah) :
Berdasarkan hukum-hakam agama islam, majlis nikah akan diadakan di
rumah pengantin perempuan. Menurut adat membuka pintu (okab lawang) akan
diminta oleh keluarga pengantin perempuan selepas pernikahan diikuti dengan
bacaan doa kesyukuran selepas akad nikah dijalankan. Selepas itu pengantin akan
bersalaman dengan para tetamu dan pengantin lelaki akan membawa isterinya
masuk ke bilik untuk upacara pembatalan air sembahyang. Sebelum masuk ke bilik
pengantin, adat membuka pagar (pengawang lambat-ambat) akan berlaku dan
bilangannya bergantung pada jumlah yang ditentukan oleh pengiring pengantin.
Semasa di bilik pengantin, acara tepung tawar dilakukan ke atas pengantin. Setelah
itu adat suap-menyuap (menemo) iaitu kedua pengantin akan disuapkan dengan
nasi putih dan telur ayam oleh wakil keluarga. Pengantin akan dibaringkan serentak
sebanyak 3 kali berturut-turut di atas katil peraduan (tagugan) dan barulah
pengantin dikeluarkan dari bilik untuk majlis bersanding.
6) Majlis Bersanding (Nagsanding) :
Pengantin akan bersanding di atas sebuah singgahsana raja sehari yang telah
dihias untuk mempertontonkan kepada orang ramai yang hadir. Acara merenjis
disempurnakan oleh kedua-dua pihak pengantin dan orang kenamaan sebagai
tanda merestui perkahwinan tersebut. Majlis ini selalunya akan diulangi pada
malam ketiga (ratub tello') dan malam ketujuh (ratubturu). Sebelum genapnya hari
yang ketujuh, pengantin dilarang untuk memijakkan tanah kerana itu adalah
pantang larang dan semasa berpantang, kelas nasihat akan dikendalikan oleh tok
guru atau mak andam yang sangat berpengalaman dalam perkahwinan.
7) Majlis Sambut Menantu (Tingkuang) :
Selepas 7 hari (ratob turu'), sampailah waktu. Pengantin lelaki membawa
isterinya pulang ke rumahnya untuk diperkenalkan kepada keluarga secara rasmi.
Majlis tepung tawar (penemmil) akan dilaksanakan sebelum pengantin masuk ke
dalam rumah dan apabila melangkah masuk, pengantin akan ditaburi dengan beras

11

kunyit (begkas bianing) sebagai tanda kesyukuran. Hadiah istimewa (pengennik)


dari keluarga pengantin lelaki akan diberikan kepada pemgantin perempuan
sebagia tanda kasih sayang dan penerimaanmereka ke atas orang baru dalam
keluarga. Selepas itu, imam akan membacakan doa kesyukuran di akhir majlis.
Setelah itu barulah kedua pengantin berkunjung ke rumah keluarga untuk
diperkenal-kenalkan yang diikuti oleh ibu bapa pengantin.

ADAT TARIAN SUKU KAUM ORANG SUNGAI


TARIAN SUMAZAU
5

Menurut Asmad dalam bukunya Kesenian Tari, Tarian Sumazau adalah sejenis

tarian tradisi rakyat Sabah yang amat terkenal di Sabah dan di seluruh Malaysia.
Tarian Sumazau ini merupakan tarian tradisi suku kaum Kadazandusun. Suku Kaum
Kadazandusun ini merupakan nama bumiputera asli yang terbesar di Sabah dan
berasal daripada Indo-China. Terdapat 27 suku kaum di dalamnya, antarannya ialah
Dusun Liwan, Dusun Tindal, Dusun Pahu, Dusun Lotud, Dusun labuk, Orang Sungai
dan sebagainya. Memandangkan Orang Sungai berasal daripada

Suku Kaum

Kadazandusun, maka Orang Sungai juga membawa Tarian Sumazau pada hari
perayaan.
Tarian Sumazau ini dipersembahkan pada Tadau Kaamatan yang bermaksud
Hari Penuaian yang dirayakan di Negeri Sabah pada setiap bulan Mei. Ilham Tarian
Sumazau ini adalah daripada corak penerbangan burung helang yang disaksikan
petani-petani yang berehat di sawah pada musim menuai. Setiap penari yang
menjayakan tarian ini hendaklah bergerak beberapa sentimeter saja daripada
penari lain tanpa bersentuhan. Tarian ritualnya memenuhi pelbagai fungsi seperti
tarian Sumazau yang ditarikan untuk mengucap kesyukuran yang berkaitan dengan
kegiatan menanam dan menuai padi dan juga menolak bala, menyemah semangat,
mengubati penyakit, dan majlis perkahwinan. Pada zaman lampau tarian ini
ditarikan

sebagai

suatu

persembahan

kehormatan

kepada

para

pahlawan

5 Asmad, (1990). Kesenian Tari (M/S. 130). Kuala Lumpur, Malaysia: Perpustakaan

Negara Malaysia

12

masyarakat Kadazan yang baru balik dari sesuatu pertempuran.


Tarian ini ditarikan oleh kaum petani
yang terdiri daripada kaum lelaki dan kaum perempuan dengan memakai pakaian
tradisional. Tarian ini dimainkan dengan iringan paluan gong yang terdiri daripada 6
buah yang berlainan ukuran dan satu gendang dengan rentak yag khusus. Tarian ini
ditarikan dengan kedua-dua tangan diangkat ke paras bahu dan dikibar-kibarkan
umpama kipasan sayap burung, mengikut alunan rentak yang dimainkan dengan
perlahan-lahan dan lemah lembut. Pasangan penari lelaki dan wanita berhadap
hadapan dan mereka menggerak-gerakkan kaki dengan langkah kecil, sementara
tumit kaki diangkat dan diturunkan mengikut lagu. Ketika menari tangan
dikepakkan keluar, gerakan turun naik seperti burung terbang.
Penari-penari

Sumazau

yang terdiri daripada kaum lelaki dan perempuan biasanya akan memakai pakaian
tradisional berwarna hitam yang dinamakan sebagai Baju Kadazan. Baju Kadazan ini
dihiasi dengan corak-corak yang menarik menggunakan benang yang berwarna
emas. Difahamkan Baju Kadazan ini mempunyai harga yang amat mahal apabila
dijual kepada pelanggan. Penari perempuan dihiasi dengan selendang serta tali
pinggang yang diperbuat daripada duit syiling perak manakala penari lelaki
biasannya akan memakai tanjak di samping pakaian serba hitam serta menyendang
daun silad kering.
TARIAN TITIKAS

Tarian Titikas juga merupakan salah satu tarian yang dibawah oleh Orang
sungai

untuk

dipersembahkan

pada

majlis-majlis

tertentu

sepert

majlis

perkahwinan, Pesta Tadau Kaamatan, menyambut ketibaan tetamu kehormat dan


sebagainya. Tarian Titikas ini berasal daripada suku kaum orang Sungai di kawasan
Kinabatangan, Sandakan. Pergerakan Tangan semasa menari ialah sama seperti
permainan ingki-ingki. Alat muzik yang digunakan untuk mengiringi tarian ini
dikenali sebagai titikas, gabang , kantung , dan juga gong.

13

ADAT KEMATIAN KAUM SUNGAI


6

Kaum Sungai berasal dari suku kaum Idahan yang berada di kawasan Sandakan

dan Kinabatangan.Orang Sungai dikatakan berasal daripada subkeluarga Idahan


adalah Orang Sungai yang tinggal di kawasan Kinabatangan seperti di Kampung
Abai, Kampung Bilit, Kampung Segaliud dan Kampung Suan Lamba.
Suku Kaum Sungai begitu kuat memegang soal adat dan pantang larang semasa
mengurus soal kematian. Kepercayaan, pantang larang dan adat-adat tersebut
hendakah dipatuhi. Kepatuhan ini perluu dilakukan kerana ia dianggap sebagai
penghormatan terakhir kepada si mati. Terdapat tiga tahap atau peringkat
pengurusan jenazah, iaitu semasa mayat berada di rumah ,semasa hari
pengebumian dan majlis kenduri. Ketiga-tiga tahap ini mempunyai pantang dan
adat yang berbeza-beza.
SEMASA MAYAT BERADA DI RUMAH
Apabila berlaku kematian,keluarga si mati akan menyediakan ruang untuk
meletakkan mayat di dalam kawasan rumah. Kebiasannya, mayat akan diletakkan
di satu kawasan sudut ruang tamu rumah. Di Tempat ini, jugalah jasad si mati akan
dimandikan dan seterusnya dikafankan. Tujuannya bagi memudahkan saudara-mara
dan sahabat handai untuk menatap wajah si mati untuk kali terakhir selain
memudahkan bacaan doa yang berupa sedekah kepada si mati. Selepas itu, mereka
akan memaklumkan kepada semua sanak saudara yang jauh ataupun dekat
tentang kematian tersebut.
Semasa jenazah berada di rumah,jenazah ini akan ditutup dengan kain putih dan
diletakkan al-Quran diatas kepalanya. Mayat yang baharu meninggal akan
dimandikan Rupog terlebih dahulu sebelum proses memandikan mayat dimulakan.
Semasa memandikan mayat, jika mayat itu seorang lelaki, maka , ia akan diruskan
oleh imam dan pembantunya yang terdiri daripada kalangan ahli keluarga si mati.
Jika perempuan, maka mayat akan diurus oleh kaum wanita. Mayat kanak-kanak
yang belum akil baligh tidak perlu dimandikan Rupog kerana mereka masih bersih
dan suci.
6 Rosazman Hussin,Dayu Sansalu& Jalihah Md.Shah, (2012) , Orang Sungai. ( M/S

44-46) Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB )

14

Mandian Rupog sebenarnya bertujuan untuk membersihkan mayat daripada segala


najis.Orang yang bertanggungjawab mengurus mandian Rupog ialah imam
kampung. Mandian Rupog hanya menggunakan air biasa dan selepas dimandikan
Rupog barulah mayat itu dipakaikan kain sarung baharu ataupun kain yang
dipakainya semasa hidup. Selepas mandian Rupog selesai, segala barang yang
diletakkan tadi hendaklah diletakkan semula di tempat asal.
Selepas mandian Rupog, sanak saudara dan sahabat handai dibenarkan menziarahi
si mati untuk kali terakhir dan memberi sedekah berupa doa atau membaca Surah
Yasin dan membaca ayat-ayat suci Al-Quran kepada mayat. Semasa mayat berada
di rumah, sanak saudara akan menyediakan segala keperluan untuk
menyempurnakan mayat. Kebiasaannya, keperluan yang diperlukan ialah kain
putih untuk dikafan, jenis-jenis air yang akan digunakan unrtuk memandikan mayat,
menyediakan makanan dan minuman kepada para tetamu yang dating menziarahi
si mati buat kali terakhir.
SEMASA HARI PENGEBUMIAN
Pada masa ini, sanak saudara dan sahabat handai akan bergotong royong
menguruskan jenazah sehingga selesai dikebumikan. Bagi kaum Lelaki, ada yang
akan berada di kawasan tanah perkuburan untuk menggali kubur dan ada yang
berada di kawasan rumah untuk membantu membina khemah, membuat keranda
yang diperbuat daripada batang buluh, batu nisan yang diperbuat daripada kayu,
(jika si mati seorang lelaki, bentuk batu nisan adalah bulat tetapi jika wanita, batu
nisannya adalah bulat tetapi jika wanita, batu nisannya berbentuk ceper yang
diperbuat daripada papan berukuran 2 inci panjang dan 4 inci lebar.
Sebelum kubur digali, imam yang bertanggungjawab mengurusjenazahakan
mengukur ketingggian si mati.Kebiasaannya mayat diukur menggunakan tali raffia
sahaja. Setelah diukur,imam kemudiaannya akan pergi ke kawasan tanah
perkuburan untuk menandakan ketinggian, panjang dan lebar lubang kubur yang
perlu digali. Lazimnya, ketinggian tetap adalah 7 kaki dan lebarnya 3 kaki, yang
membezakan antara setiap lubang kubur adalah kepanjangannya sahaja.
Kubur yang hendak digali itu mestilah menghadap kiblat. Ketikahendak menetukan
kawasantanahyang hendak digali,imam akan menanda sambil membaca beberapa
ayat suci dan doa supaya tidak berlaku perkara yang tidak baik semasa proses

15

penggalian kubur dijalankan.Setelah ditanda, diukut dan dibacakan doa


maka,barulah proses penggalian dimulakan. Kubur hanya boleh digali ole
seorangindividu, namun individu kedua boleh menggantikan individu pertama
semasa proses menggali kubur itu. Hal ini dipercayai jika kubur digali oleh
lebihdaripada seorang atau bersama-sama, dipercayai akan mengikut jejak
kematian selepas itu.
Proses memandikan jenazah hendaklah dilakukan dengan tertib dan beradab
kerana jasad mayat dipercayai akan berasa sakit jika dimandikan dengan cara yang
kasar. Terdapat 4 jenis air yang digunakan semasa memandikan jenazah,iaitu air
bedak, air santan, air talkin dan air limau . Cara memandikan mayat hanya sepuluh
kali sahaja,iaitu dengan cara menjirus air sebanyak tiga kali ke kanan, selepas itu
tiga kali ke kiri, dan kemudian tiga kali di tengah. Air yang terakhir, iaitu air yang
ke-10 dijirus ke seluruh badan mayat. Sepanjang perjalanan menuju ke tanah
perkuburan, semua orang yang mengiringi jenazah akan berzikir.
KEPERCAYAAN DAN PANTANG

LARANG SEMASA

KEMATIAN

Sekiranya kematian berlaku, orang kampong akan memberhentikan kegiatan

seperti berkebun, memburu dan sebagainya. Kebiasaannya mereka akan terus


datang ke rumah si mati untuk menziarahi dan membantu mengerjakan atau
menyiapkan kerja-kerja yang perlu dilakukan. Seterusnya, tidak boleh bertengkar
sesama sendiri dalam kalangan ahli keluarga kerana dipercayai roh si mati masih
berada di rumah dan dipercayai roh melihat segala perlakuan sanak saudaranya
ketika itu , yakni sebelum jasadnya dikebumikan. Benda-benda tajam seperti
gunting, pisau hendaklah diletakkan di atas pusat si mati. Tujuannya, kerana
dikhuatiri mayat akan diganggu dan dihasut oleh syaitan serta makhluk halus.
Semasa jenazah masih berada di rumah, semua kucing akan ditangkap dan
dikurung buat sementara waktu kerana dikhuatiri kucing akan melangkah
mayat.Ketika memandikan mayat, sesiapapun dilarang berada di bawah kolong
rumah kerana dikatakan tidak baik jika terkena air mandian mayat tersebut.

7 Mohd Sarim Hj. Mustajab (2007 ) , Plurariti etnik dan budaya di Sabah. (M/S 22-30 )

. Universiti Malaysia Sabah

16

PENUTUP
Kini suku Kaum Sungai sedang mengalami proses perubahan daripada nilai tradisi
kepada nilai moden, baik dari segi corak hidup mahupun amalan dan kepercayaan
serta pantang larang. Perubahan ini selari dengan pendedahan generasi muda
dengan pendidikan moden yang secara perlahan-lahan mula menghakis amalan
nenek moyang mereka.Dengan erti kata lain,segala amalan yang tidak selari
dengan akidah Islam telah ditinggalkan manakala amalan-amalan yang tidak
bertentangan

tetap

diteruskan

dengan

cara

membuat

proses

asimilasi.

Namun,daalam kalangan generasi tua kebanyakannya masih lagi berpegang teguh


dan mengamalkan ritual kematian ini. Mereka masih menyakini peranannya dalam
kehidupan seharian.Bentuk penempatan Kaum Sungai buat masa sekarang masih
lagi wujud sehingga ke hari ini, tetapi mereka tidak lagi berpindah randah. Kawasan
kampong yang diduduki oleh Suku Kaum Sungai pada masa sekarang ialah seperti
di kawasan Kg. Sapagayo, Kg. Segama dan Kg.Binuang.

RUJUKAN
Buku
Asmad, (1990). Kesenian Tari (M/S. 130). Kuala Lumpur, Malaysia: Perpustakaan

17

Negara Malaysia.
Rosazman Hussin,Dayu Sansalu&

Jalihah

Md.Shah,

(2012) ,

Orang Sungai.

Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB )


Abdul Halim Bandan (2006) , Cerita Tradisi Sabah Suku kaum Sungai. Dewan Bahasa
dan Pustaka .
Saidatul Norniz Hj. Mahali (2010) , Adab dan Ritual Kematian di Sabah.(M/S 63-83) .
Utusan Kinabalu CO Sdn.Bhd
Mohd Sarim Hj. Mustajab (2007 ) , Plurariti etnik dan budaya di Sabah. (M/S 31-61) .
Universiti Malaysia Sabah
Internet
Kalabatukini. (2012, March Thursday). about us: A. Warisan Kaum Kadazandusun.
Retrieved

march

Monday,

2015,

from

A.

Warisan

Kaum

Kadazandusun:

http://kalabatukini.blogspot.com/2012/03/warisam-kaum-kadazandusun.html
http://www.academia.edu/2137404/PENGERTIAN_ADAT_RESAM_DAN_BUDAYA_MELA
YU
Temu Bual
Siti Nor Hasemah binti Sapuddin, 21 Tahun, Bangsa Sungai

LAMPIRAN

18

PAKAIAN TRADISONAL KAUM SUNGAI

TARIAN KAUM SUNGAI YANG DIPERSEMBAHKAN

19

You might also like