You are on page 1of 12

Merawat Emosi Melalui EFT (Emotional Freedom

Techniques)
Seorang pakar motivasi yang terkenal di Malaysia mengenakan bayaran RM650 hanya untuk
mengajar teknik EFT. Setiap kali beliau menganjurkan seminar, lebih dari 100 orang akan mengikut
seminar beliau. Jadi saya harap anda tidak akan mensia siakan ilmu teknik EFT ini hanya kerana
anda memperolehinya secara percuma.
Bayangkan seorang rakan anda telah mengalami kemalangan sehingga patah kakinya. Selepas melalui
rawatan perubatan moden, kaki rakan anda akan pulih dan kelihatan seperti biasa seperti sebelum beliau
mendapat kemalangan. Tetapi tahukah anda semasa beliau mendapat kemalangan, rakan anda juga
telah mengalami kejutan psikologi seperti ketakutan , trauma, terperanjat dan kesakitan emosi?
Perubatan moden hanya merawat fizikal rakan anda. Kerana itu walaupun kaki rakan anda telah
kelihatan seperti biasa, anda pasti akan mendengar keluhan kesakitan atau ketidak selesa pada kaki atau
anggota tertentu rakan anda. Tahukah anda kenapa boleh jadi demikian?
Ini kerana, kecederaan dalaman di tubuh rakan anda masih tidak dipulihkan. Dan selalunya mereka yang
mengalami keadaan yang sama akan mengadu atau membawa kesakitan tersebut sehingga ke akhir
hayat.
Keadaan yang sama juga berlaku jika rakan anda mengalami masalah kegagalan atau kesusahan
kewangan. Emosi dan mental rakan anda juga telah mendapat kecederaan atau kesakitan.
E. F. T
Emotional Freedom Techniques
Where astonishing emotional relief leads to
profound physical healings.
--Physician Approved-PENGAKUAN
SAYA DENGAN INI MENGAKUI DAN MEMAHAMI BAHAWA TEKNIK EFT INI HANYALAH
MEMBANTU MERINGANKAN MASALAH EMOSI DAN TIDAK BERTUJUAN UNTUK MERAWAT ATAU
MENGESAN SEBARANG PENYAKIT FIZIKAL ATAU MENTAL. TEKNIK INI JUGA BUKANLAH
PENGGANTI UNTUK SEBARANG PROSES PERUBATAN BIASA ATAU PENJAGAAN PSIKOTERAPI.
SAYA JUGA MENGAKU BAHAWA DENGAN MEMBACA DAN MEMPRAKTIKKAN KAEDAH EFT INI,
TIDAK BERMAKSUD BAHAWA SAYA PERLU MEMBERHENTIKAN SEBARANG PENGAMBILAN
UBAT YANG DIPRESKRIPSIKAN OLEH DOKTOR DAN HOSPITAL.
Pandangan dari doktor-doktor perubatan moden
"Someday the medical profession will wake up
and realize that unresolved emotional issues are the main cause of 85% of all
illnesses. When they do, EFT will be one of their primary healing tools .... as
it is for me." - Eric Robins, MD
EFT offers great healing benefits. Deepak Chopra, MD
Digunakan untuk semua isu termasuk:
Masalah seksual dan sukan
Penyakit serious (dari migraine hingga kanser)

Melegakan KesakitanKemarahanKetagihanPenurunan Berat Badan


KemurunganTraumaKerisauan MelampauKetakutan & Fobia
AlahanMasalah PernafasanTekanan Darah
Isu PerhubunganMasalah Sakit Puan
Apakah E.F.T?
-EFT adalah satu terapi emosi yang berasal dari teknik Akupuntur China yang
telah dimodenkan oleh pakar-pakar perubatan barat.
-Ia digunakan sebagai ikhtiar untuk memberi kebebasan dan ketenangan emosi ke tahap yang optimum.
-Di awal kajian EFT hanya menjurus kearah rawatan psychotherapy sahaja.
-Kemudian ia juga didapati mampu membantu dari segi rawatan penyakit fizikal
-Ianya seumpama dengan akupuntur tetapi tidak menggunakan jarum.
-Ketukan pada titik-titik meridian akan bertindak menghantar tenaga kinetik kepada sistem tenaga dalam
tubuh dan bertindak membersihkan sekatan-sekatan yang telah terbentuk akibat gangguan-gangguan
yang terbina akibat peristiwa-peristiwa buruk dan pahit yang pernah dilalui oleh seseorang individu.
-Sekatan yang telah dibersihkan akan membenarkan tenaga mengalir dengan bebas semula.

Langkah-langkah dalam EFT


Terdapat 4 prosedur yang dikenali dengan RESEPI yang perlu dilakukan
berturut-turut iaitu:
1. The Setup
2. The Sequence
3. The 9 Gamut Procedure
4. The Sequence
Resepi 1...THE SETUP
Affirmasi dalam THE SETUP
Pengakuan/Pengesahan Masalah dan Kesediaan Ikhlas Diri Sendiri dalam Menerimanya
Walau pun saya mempunyai (Nyatakan masalah anda)___________________, Saya menerimanya
dengan redha dan ikhlas.
ANTARA CONTOH AFFIRMASI

**Even though I have this fear of public


speaking, I deeply and completely accept myself.
**Even though I have this headache, I deeply
and completely accept myself.
**Even though I have this anger towards my
father, I deeply and completely accept myself.
**Even though I have this war memory, I deeply
and completely accept myself.
Katakan masalah anda adalah migraine, adalah dicadangkan supaya anda
menyenaraikan antara 1-10 perincian terlebih dahulu dengan terperinci tentang
masalah migraine anda seperti
1. Bila ia selalu menyerang
2. Bagaimana kesakitan yang anda rasai ketika ia menyerang
BERIKAN SKALA (RATING) ANTARA 1-10 TENTANG
KESAKITAN YANG DIRASAI
NYATAKAN
PARAS/TAHAP MASALAH ANDA SEKARANG?

TITIK-TITIK MERIDIAN DALAM THE SETUP :


1. KARATE CHOP (KC)

2. SORE SPOT

LANGKAH-LANGKAH DALAM THE SET-UP :


Mula-mula, baca affirmasi seperti yang diatas sebanyak 3 kali dgn fokus yang
menyeluruh terhadap pengakuan anda sambil mengetuk KC, ATAU menggosok sore spot dengan tapak
tangan (pilih mana-mana cara yang anda rasa lebih selesa).
Ketukan adalah sebuah ketukan perlahan
menggunakan hujung jari telunjuk dan jari hantu (jari tengah) yang
dirapatkan

Resepi 2...The Sequence


Buat ketukan pada semua titik-titik meridian yang ditunjukkan dibawah dengan
cara:
-7 ketukan di setiap titik (tidak mengapa jika terlebih ketuk, tetapi jangan
kurang) Sambil membuat ketukan, fokus dan perhatian mesti diberi kepada kesakitan kepada masalah
yang diucapkan pada affirmasi tadi. Cth: jika masalah migraine, fokuskan pada : aku sedang
membersihkan diri dari migraine..migraine..migraine disepanjang membuat 7 ketukan ini.
SILA KLIK PADA GAMBAR UNTUK
MEMPERBESARKAN

Resepi 3The 9 Gamut Procedure

Buat ketukan tidak berhenti pada gamut point sambil melakukan proses dibawah:
1.Mata terbuka
2.Mata ditutup

3.Anak mata diarah kekanan bawah dengan kuat


4.Anak mata diarah kekiri bawah dengan kuat
5.Buat pusingan anak mata kekanan umpama jarum jam dengan perlahan
6.Buat pusingan anak mata kekiri umpama jarum jam dengan perlahan
7.Buat humming lagu yang menyeronokkan anda antara 2-5 saat (cth: Selamat harijadi/ Hari Raya)
8. Buat kiraan dengan laju dan kuat angka 1 hingga 5.
9. Ulang humming lagu yang menyeronokkan tadi.
ULANG SEMULA RESEPI THE SEQUENCE
........PROCEDUR EFT TAMAT..............
Sekarang cuba lihat kembali masalah anda tadi, cuba anda buat sekali lagi Skala (rating) antara 1-10
tentang permasalahan anda tadi, apakah masih sama, semakin bertambah, atau makin berkurangan?

Lakukan setiap hari pada masa-masa yang terluang, sehingga anda dapat merasai perubahan positif
pada rating yang anda berikan. Adalah dicadangkan dilakukan pada waktu yang sama setiap hari, cth:
pukul 9 pagi dan 10 malam setiap hari. Selamat mencuba Untuk maklumat lanjut, sila
layari:http://www.emofree.com
Posted by arjunasetia at 12:34 AM
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: EFT

Reactions:

4 comments:
ladybee said...
good info terima ksh
March 17, 2013 at 5:20 PM

Saaaaa said...
minta copy dan amalkan dan minta admin halalkan ilmu yang saya dapat ini. moga admin
dipermudahkan jalan rezeki dan panjang umur.amin.
March 23, 2014 at 11:10 AM

Syam said...
minta copy dan amalkan dan minta admin halalkan ilmu yang saya dapat ini. moga admin
dipermudahkan jalan rezeki dan panjang umur.amin.
March 23, 2014 at 11:13 AM

Tips Dan Inspirasi Menangani Masalah Anak Yang Nakal Dan Mencabar

Gambar Hiasan
Anak adalah anugerah dan amanah Allah SWT kepada ibubapa. Mereka ibarat kain yang putih
yang bersih lagi suci. Kecantikan dan keindahan kain itu bergantung kepada ibubapa itu sendiri
untuk mencorakkannya. Adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai khalifah di muka bumi ini
untuk membentuk budi pekerti yang mulia berlandaskan syariat Islam. Pembentukan itu
haruslah dilakukan ketika mereka masih di dalam kandungan ibu lagi.
Jika ditakdirkan mereka ini anak yang degil, keras hati, keras kepala dan nakal, janganlah anda
kecewa dan patah semangat dalam menangani masalah ini. Anggaplah ia sebagai satu ujian
Allah SWT kepada hambaNya yang dikasihi. Ingat hakikat bahawa Allah SWT uji hambaNya
setakat kemampuan hambaNya untuk menanggung ujian itu. Jadi janganlah sesekali merasa
kecewa atau patah semangat. Malahan, Nabi bersabda: Allah amat benci orang yang mudah
patah semangat dan syaitan amat suka orang yang mudah patah semangat.

Setiap masalah berpunca daripada:


1. Hati yang kotor.
2. Fikiran yang negatif.
3. Amalan yang tidak betul.
4. Gangguan metafizikal termasuk sihir.
5. Jahil tentang agama & tanggungjawab, atau
6. Semata-mata ujian Allah SWT kerana sayangNya kepada anda.
Jadi cuba semak diri anda tentang apakah punca sebenar masalah yang anda hadapi itu.
Pesan Nabi SAW:
Anak-anak yang nakal semasa kecil, akan menjadi orang dewasa yang bijaksana. Jadi tukar
paradigma tentang anak anda itu. Fikiran dan kata-kata ibubapa adalah DOA YANG MAKBUL.
Sabda Nabi SAW: Allah SWT bertindak seperti mana yang difikirkan oleh hambaNya. Nabi
pesan, anak berumur 1 - 7 tahun, didik dengan kasih sayang dan banyak bergurau. Jadi bagi
sesiapa yang selalu memukul anak, mulai hari ini jangan lagi memukul anak anda itu. Besar
kemungkinan dia RASA CEMBURU KEPADA ADIK. Sejak ada adik, ibubapa banyak
melebihkan adik tanpa sedar. Dia rasa terbiar. Pada abang atau kakak ni, kena marah atau
pukul adalah PERHATIAN DARIPADA IBUBAPA! Amat sedih bila ini berlaku!
Di antara perkara yang boleh dilakukan untuk bantu anak anda yang nakal untuk mendengar
cakap dan terlalu manja:
1. Pastikan dia makan malam sebelum maghrib seperti yang Nabi SAW sarankan supaya
mudah belajar waktu malam. Makan malam lepas maghrib buat anak mudah letih dan
mengantuk bila belajar. Makanan hadam selepas 1 jam makan. Jadi anak boleh belajar
dengan berkesan dan fokus jika belajar 1 jam selepas makan malam. Pastikan dia kurang
makan daging merah, banyakkan daging putih seperti ayam dan ikan. Daging merah buat anak
pemarah dan agrasif serta mudah melawan cakap. Pastikan mereka makan buah SEBELUM
makan nasi agar badan dapat serap Vitamin C yang ada dalam buah-buahan. Vitamin C
membantu tenangkan fikiran anak di samping jaga kulit.
2. Banyakkan memeluk anak. Anak yang sering dipeluk akan tenang, kurang degil, rasa
selamat dan disayangi serta tidak perlu nak buat nakal.

3. Pesan kepada anak untuk menghadap Qiblat semasa belajar atau mengaji, ini akan
tingkatkan keberkatan dalam belajar.
4. Sebelum belajar, baca doa-doa penerang hati termasuk surah Al-Insyirah. Nabi suruh Ali RA
baca surah Al-Insyirah untuk kuat ingatan, mudah faham, jadi tenang, mudah patuh arahan
ibubapa dan tidak banyak meragam.
5. Letak pokok hidup, seperti pokok keladi air, di kanan dan kiri meja tempat anak belajar untuk
bekalkan oksigen kepada otak anak semasa belajar.
6. Beri anak supplement yang dapat menguatkan minda, tenangkan emosi, lembutkan hati dan
kuatkan daya ingatannya.
7. Bacakan di kepala anak: Al-Fatehah, ayar Qursi dan surah Al-Insyirah untuk rangsang otak
dan memori anak dan jadikan dia anak yang tenang, baik akhlak, dengar cakap ibubapa dan
pintar. Bacakan waktu malam semasa nak belajar dan waktu anak nak pergi tadika/ sekolah.
8. Elakkan anak memakai pakaian berwarna merah atau oren. Ikut kajian, warna merah dan
oren akan rangsang anak jadi agrasif dan hyperaktif.
9. Suruh anak tidur mengiring kekanan agar otak jadi lebih pintar, puas tidur dan ikut sunnah
Nabi SAW.
10. Pastikan rezeki yang ibubapa terima benar-benar berkat dengan mengelakkan perkara
haram dan syubahat serta keluarkan zakat pendapatan dan zakat-zakat yang berkenaan. Rezki
yang kurang berkat juga jadi punca anak jadi agrasif, tidak dengar cakap ibubapa dan extra
nakal.
11. Ibubapa baik pulih diri secara bersepadu agar Allah SWT ubah anak-anak jadi hebat dan
cemerlang.
Prinsip hidup: Jika baik pulih diri kita secara bersepadu, Allah SWT akan ubah anak-anak dan
semua orang di sekeliling kita. Juga, semakin rapat kita dengan Allah SWT, maka Allah SWT
akan perbaiki hubungan kita dengan semua orang.

Mulai hari ini baik pulih diri secara menyeluruh dengan:


1. Jaga solat 5 waktu dan lakukan solat-solat sunat qabliah dan ba'diah untuk menampung
segala kekurangan dalam solat-solat fardhu kita.
2. Solat taubat dan istighfar 70 kali sehari setiap hari. Lakukan juga solat hajat, istikharah dan
tutup dengan solat WITIR setiap malam. Nabi SAW suruh kita untuk solat witir setiap malam
sebagai pembalut kepada semua amalan kita setiap hari untuk dipersembahkan kepada Allah
SWT.
3. Maafkan semua orang setiap malam sebelum tidur agar hati jadi bersih, badan sihat, wajah
jadi anggun, doa dimakbulkan, semua orang sayang dan anak dengar cakap kita.
4. Untuk merangsang ahli keluarga supaya solat dan elok perangai, bacalah Surah Ibrahim
(ayat 40). Ini memang doa khas untuk mohon agar diri dan keluarga jaga solat.
5. Baca Doa Pembuka 12 Pintu, Doa Membuang Sifat Negatif, Bismillah 5 dan Ayat Qursi.
Pengalaman menunjukkan sesiapa yang mengamalkan doa-doa tersebut, maka orang bujang
akan bertemu jodoh, suami isteri akan bertambah sayang, orang bergaduh akan jadi damai,
selesai masalah, langsai hutang, anak-anak jadi hebat dan soleh, hilang perangai buruk seperti
enggan solat, dan sebagainya. Saya sertakan setDoa Harian untuk anda amalkan. Kongsikan
doa-doa tersebut dengan kawan-kawan dan keluarga yang lain. Sila klik Di Sini.
6. Pagar diri dengan Fatehah and Surah 3 Qul, hembus tapak tangan dan sapu seluruh badan.
Ini akan menghindar daripada gangguan manusia, binatang, jin dan sihir.
7. Lembutkan hati anak kita atau orang lain dengan Fatehah, Surah Al-Hasyr (ayat 21-24),
Surah Ta Ha (ayat 1-5), Ayat Qursi dan hembus ke badan, makanan, gambar atau pakaian yang
sudah dipakai sebelum dicuci atau sekadar menghembus ke arah orang itu dari jauh.
8. Layan anak lebih baik daripada biasa agar dia rasa bersalah jika ingkar perintah ibubapa.
9. Setiap kali nak masuk rumah, pesan kepada semua ahli keluarga kita untuk baca Bismillah 3
kali, senyum, beri salam dan masuk dengan melangkah kaki kanan dahulu. Ini akan
menghindarkan syaitan bernama DASIM daripada masuk ke kepala kita dan ganggu manusia

supaya berkonflik, suami isteri supaya bergaduh hingga bercerai berai, anak-anak melawan
ibubapa, anak-anak bergaduh sesama sendiri, anak-anak jadi extra nakal, dan sebagainya.
10. Setiap kali nak nasihati anak, nak suruh anak solat atau belajar, bacalah 3 Nama Allah: Ya
'Aziz, Ya Jabbar, Ya Mutakabbir dan hembus ke arah dia jika masih jauh atau berdehem
depannya jika sudah berhadapan. Ini akan melembutkan hatinya agar dapat mendengar cakap
atau hujah ibu.
11. Jika terlalu sedih atau tertekan, bacalah 3 doa Nabi SAW:

i. Inna lillahi wainna ilahi rojiuun.


ii. Ya Allah, aku redha dengan segala ujianMu, berilah aku pahala atas redha ini.
iii. Ya Allah, aku ada masalah anak sukar nak dengar cakap ibubapa. Ya Allah, Kau
bantulah selesaikan masalahku. Kau jadikan dia anak yang soleh, sabar, pintar,
baik akhlak, mendengar cakap ibubapa, rajin belajar dan sebagainya. Insya Allah
hati akan tenang dan doa akan dimakbulkan.
12. Baca Al-Fatehah, Ayat Qursi dan Surah Al-Insyirah dan hembus atas kepala anak kita setiap
hari hingga aqil baligh. Ini akan membantu dia jadi anak yang soleh, pintar, berakhlak mulia dan
taat kepada ibubapa.
13. Cuba nasihati anak semasa dia tidur dengan berbisik di telinganya atau sekadar bercakap
dalam hati. Nasihatkan agar jadi anak yang baik, sopan santun, dengar cakap ibubapa, dan
sebagainya. Ikut kajian dan pengalaman peribadi saya, jika kita istiqamah menasihati anak kita
semasa mereka tidur, anak-anak insya Allah akan berubah menjadi anak yang baik.
Cuba amalkan selama 40 hari, kerana tabiat baru terbentuk dalam masa 40 hari. Insya Allah
segala masalah anak yang keluarga anda hadapi akan selesai langkah demi langkah.
Selamat beramal dan moga berjaya, wassalam.
Sumber Inspirasi Dan Motivasi: Prof. Madya Dato' Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah.
.

You might also like