You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT PANITIA TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

(TMK) DAERAH HILIR PERAK


KALI PERTAMA
2014
Tarikh : 23 Mei 2014 (Jumaat)
Masa: 3.30 5.30 petang
Tempat : Bilik Gerakan SK Dato Laksamana Raja Mahkota
Kehadiran
1
Pn. Noor Laila Bt Ishak
2
En. Bahauddin Yaakub
3
Pn. Rubaiah Adawiah Tahir
4
Pn. Rohana Bt Mohamed Nor
5
En. Sarji Bin Amat
6
En. Azhar Mohd Hashim
7
En. Zulkefle Bin Tuan Ismail
8
En. Mohamad Azam bin Hassan
9
En. Samsuri Ishak
10 En. Mohd Rozlisham bin Mohd Saad
11 En. Mohd Tauhid B. Mohd Tahir
12 En. Abdullah Syukur Mohd Nadzri

Penolong PPD Teknik & Vokasional (Rendah)


Guru Besar SK Dalarama (Pengerusi), Kel 4
Guru Besar SK Rungkup , Kel 8
PK Pentadbiran SK Convent, Kel 3
PK HEM SK Seri Langkap, Kel 1
PK Kokurikulum SK Chikus, Kel 2
PK Kokurikulum SK Ulu Bernam, Kel 5
PK Kokurikulum SK Sungai Batang, Kel 7
Guru SK Seri Langkap, Kel 1
Guru SK Dalarama, Kel 4
Guru SK Sungai Batang, Kel 7
Guru SK Rungkup, Kel 8

Tidak Hadir
1
Wakil Kelompok 6 SK Simpang Empat

1.0 UCAPAN PENGERUSI


1.1 Pengerusi mengucapkan salam dan mengalu-alukan kehadiran Pn. Noor
Laila Pen PPD Teknik Vokasional dan semua ahli mesyuarat
1.2 Pengerusi memaklumkan bahawa beliau merupakan wakil ke Mesyuarat
TMK bertempat di IAB Genting. Dalam mesyuarat ini penekanan diberikan
terhadap penggunaan dan membudayakan ICT peringkat sekolah dari segi
e-mail, FROG VLE, 1Bestarinet dan penggunaan storan maya.
1.3 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada pihak PPD kerana memilih
dan melantik SK Dalarama sebagai pengerusi daerah Panitia TMK
Untuk makluman

2.0 UCAPAN PENOLONG PPD TEKNIK DAN VOKASIONAL


2.1 Pn. Noor Laila mengucapkan terima kasih kepada pengerusi mesyuarat
dan semua yang hadir.
2.2 Beliau menekankan bahawa TMK merupakan satu subjek baru dan perlu
mempunyai satu
panitia yang berdiri sendiri sama seperti subjek
elektif yang lain di mana semua pekeliling berkaitan panitia adalah terpakai.
Segala yang berkaitan dengan pengurusan panitia adalah tertakluk kepada
Arahan Perkhidmatan dan Surat Pekeliling Ikhtisas berikut:

Arahan Perkhidmatan Bab 4 : Fail Memfail


SPI Bil. 4/1986
PKPA Bil. 2/1991
SPK Bil 5/2002
SPI Bil. 2/2013
Tindakan Ketua Panitia TMK

2.3 Penekanan kepada semua pengerusi kelompok untuk melaksanakan


mesyuarat panitia TMK peringkat kelompok dan memaklumkan kepada
beliau tentang tarikh dan tempat supaya beliau dapat hadir sama dalam
mesyuarat tersebut.
Tindakan Pengerusi Kelompok
2.4 Subjek TMK ini berkait rapat dengan FROG VLE dan amat digalakkan
pengajaran TMK melalui VLE.
2.5 Kewangan panitia TMK adalah di ambil dari panitia Kajian Tempatan
dengan mengambil kira bilangan murid tahun 4 seperti dalam surat siaran
PCG panitia TMK.
Untuk Makluman
3.0 MAKLUMAT/PERKONGSIAN
3.1 Pn. Noor Laila memaklumkan bahawa subjek TMK akan berjalan dalam
masa 1 jam dan berkongsi waktu dengan subjek RBT secara serentak.
Pihak JPN Perak telah menetapkan kedua subjek ini dijalankan secara
serentak samada secara selang topik atau selang minggu. Ini dilaksanakan
atas dasar perpindahan murid, dan murid tidak tercicir untuk belajar kedua
subjek ini tanpa gangguan atau keciciran.
Tindakan Pentadbiran Sekolah dan Ketua Panitia

3.2 Kewangan panitia TMK peringkat sekolah adalah mengikut formula berikut:
Duit TMK =

Bilangan Murid Tahun 4


X Duit PCG Kajian Tempatan
Bilangan Murid Thn 4,5 dan 6
Untuk makluman

4.0 PERANCANGAN PANITIA TMK DAERAH TAHUN 2014


4.1 Dari cadangan aktiviti yang dikemukakan oleh pengerusi mesyuarat,
beberapa aktiviti telah dipersetujui dan akan dijalankan sepanjang tahun
2014.
4.1.1 Pelancaran komuniti maya panitia TMK peringkat daerah samada dalam
bentuk Group FB, Blog , Portal atau Penggunaan Google+ yang
disokong oleh 1Bestarinet.
4.1.2 Aktiviti perkongsian kaedah mengajar yang terbaik dan cara
mengoptimumkan pengajaran bagi keadaan mempunyai makmal atau
tidak mempunyai makmal komputer secara perbincangan dan
penyelesaian mengikut kelompok.
4.1.3 Pertandingan penghasilan bahan bantu mengajar bagi PDP TMK
peringkat daerah (Menulis rancangan mengajar dan menghasilkan alat
bantu mengajar)
Tindakan Pengerusi Daerah dan Untuk Makluman

5.0 KEWANGAN
5.1 Pn. Laila memaklumkan bahawa peruntukan untuk aktiviti panitia peringkat
daerah sebanyak RM 300.00
Untuk makluman
6.0 HAL-HAL LAIN
6.1 En. Azahar meminta pihak PPD menyediakan semula indeks fail yang
standard untuk menyeragamkan fail panitia TMK di semua peringkat
sekolah.Pn. Laila menyatakan bahawa indek fail telah terbina dan akan
diedarkan.
Tindakan PPD

6.2 En. Samsuri Ishak menyatakan masalah komputer rosak atau kurang di
peringkat sekolah tidak selesai dan perlu satu cara untuk menyelesaikan
masalah ini.
Untuk makluman
6.3 Pn. Noor Laila mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir dan
beliau berharap Panitia TMK ini akan menjalankan semua aktiviti dengan
baik walaupun merupakan satu subjek elektif.
Untuk makluman

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 5.30 petang

Disediakan oleh,

Disemak oleh,

En. Mohd Rozlisham bin Mohd Saad


Setiausaha Panitia TMK Daerah
Ketua Panitia TMK SK Dalarama

En. Bahauddin bin Yaakub


Pengerusi Panitia TMK Hilir Perak
Guru Besar SK Dalarama

You might also like