You are on page 1of 2

Maulidur Rasul: Cintailah Rasulullah

Dengan Sebenar-benar Cinta


By media on February 1, 2012

0
Sayidina Hasan Al-Basri berkata: Wahai sekalian kaum muslimin! Kalau kayu boleh rindu untuk
berjumpa dengan Rasulullah SAW, maka kamu sekalian lebih patut untuk merindui Baginda.

Kata-kata ini berdasarkan hadis riwayat Imam Bukhari dari


Jabir bin Abdullah bercerita; Dahulu Nabi SAW ketika berkhutbah pada hari Jumaat, akan
bersandar pada sebuah pokok kurma, lalu seorang wanita atau seorang lelaki Ansar berkata: Ya
Rasulullah! Sudikah tuan kami buatkan untukmu sebuah mimbar? Baginda menjawab: Ya, jika
kamu mahu. Maka, mereka membuatkan untuknya sebuah mimbar. Seketika itu, terdengar
tangisan yang muncul dari pokok kurma tadi, umpama tangisan seorang bayi. Baginda turun dari
mimbar dan memeluknya sehingga tangisan itu reda umpama redanya tangisan seorang bayi
(yakni ketika ditimang oleh ibunya). Nabi SAW bersabda; Pokok itu menangis kerana ia terbiasa
mendengar zikir di sana. (Fathul Bari Syrah Sahih al-Bukhari)
Betapa sedihnya pokok kurma itu kerana berpisah dengan sentuhan jasad Nabi SAW .
Perasaan rindunya diungkapkan dengan tangisan yang kedengaran di sebalik pokok yang kaku
itu. Jika kita melihat akan diri kita sebagai seorang manusia yang punya akal dan hati, sudah
semestinya kita menzahirkan rasa kerinduan yang lebih mendalam terhadap Baginda yang
menyinari hidup kita dengan sinaran iman dan Islam. Sejauh mana kita telah menghidupkan
sunnah Baginda dalam kehidupan kita? Sejauh mana kita telah menyempurnakan akhlak kita
sebagai seorang muslim sejajar dengan akhlak yang ditunjukkan oleh Baginda? Dan sejauh
mana kita mengingati dan merindui Baginda sebagaimana kerinduan yang dipamerkan Baginda
kepada umatnya sebelum bertemu dengan Allah SWT?
Biarlah kerinduan dan ingatan terhadap Baginda hidup dalam hati kita sepanjang masa bukan
hanya ketika sambutan maulidurrasul sahaja. Apa yang diberikan Rasul kepadamu maka
terimalah. Dan apa yang dilarangnya bagimu maka tinggalkan (59:7). Oleh itu, bertindaklah
selaras dengan kecintaan kita kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Moga-moga kita
tergolong di kalangan mereka yang memperoleh syafaat Baginda di akhirat kelak insyaAllah.

You might also like