You are on page 1of 14

1.

PENDAHULUAN

1.1

Pengenalan

Menjelang tahun 2016, peratusan soalan berbentuk pemikiran aras


tinggi akan merangkumi 40% daripada kehendak soalan Ujian Penilaian
Sekolah Rendah (UPSR). Soalan-soalan ini akan berasaskan Taksonomi
Bloom dan akan menguji kemahiran-kemahiran seperti aplikasi,
analisis, penilaian dan penjanaan idea.
Oleh yang demikian, sebagai seorang guru Pendidikan Islam,
saya berpegang kepada nilai pendidikan bahawa anak murid saya
perlu dilengkapkan dengan kemahiran yang akan membolehkan
mereka mencapai aspirasi negara sebagaimana yang dinyatakan
dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 2025 tersebut.
Saya percaya bahawa dengan pendedahan dan penguasaan kemahiran
berfikir aras tinggi, anak murid saya akan dilengkapkan dengan salah
satu kemahiran pembelajaran sepanjang hayat.
Bagi mengembangkan kemahiran berfikir aras tinggi dalam
konteks Pendidikan Islam, guru Pendidikan Islam kini tidak boleh hanya
bergantung kepada kandungan yang terdapat dalam buku teks bahkan
guru

perlu

menambah

baik

penguasaan

ilmu

dalam

usaha

mengembangkan potensi murid dalam menguasai sehingga kepada


berfikir

aras

tinggi

melalui

pengalaman

pembelajaran

yang

berpaksikan Allah SWT.

1.2

Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu

Saya yang merupakan seorang bakal guru dalam Program Ijazah


Sarjana Muda Perguruan (PISMP) ambilan Januari 2012 di Institut
Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar Seremban, Negeri Sembilan
daripada opsyen Pendidikan Islam telah terpanggil untuk melestarikan
pengajaran Akidah dalam dunia teknologi ini. Hal ini berlaku akibat
daripada

kepincangan

yang

berlaku

dalam

menerapkan

nilai

kewujudan Allah dalam proses pengajaran dan pembelajaran pada


masa kini. Murid-murid kini lebih cenderung untuk berfikir dengan lebih
terkehadapan sehingga guru terpaksa berfikir dengan lebih kreatif bagi
membangkitkan nilai kewujudan Allah swt dalam segenap masa dan
keadaan.
Sepanjang mengikuti kursus keguruan ini, saya telah menjalani
praktikum dan intership di beberapa buah sekolah di sekitar Negeri
Sembilan. Di sekolah terakhir saya menjalani praktikum, saya telah
berpeluang untuk mengajar subjek Pendidikan Islam bagi dua buah
kelas iaitu Tahun 1 dan Tahun 2. Melalui pemerhatian saya semasa
proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam bagi Pelajaran
Akidah Tahun 2, saya mendapati terdapat tujuh orang murid yang
3

masih sukar untuk memahami konsep Allah bersifat Wujud seterusnya


meyakini dan mengamalkannya dalam kehidupan murid-murid. Hal ini
diperolehi daripada kertas latihan yang diberikan disamping slot temu
bual

mengenai

kefahaman

Allah

bersifat

Wujud

yang

telah

dijalankan(Rujuk lampiran 1). Hasilnya adalah seperti yang dinyatakan


di atas. Dalam pada itu, saya juga telah menyenaraikan senarai semak
pemerhatian bagi melihat tahap penghayatan murid akan Allah
bersifat Wujud dalam kehidupan. Terdapat beberapa aspek yang dilihat
dalam pemerhatian ini seperti amalan dan tingkah laku murid bersama
rakan serta guru(eviden lampiran 2).
Setelah

menganalisis

dokumen-dokumen

tadi,

saya

mendapati

terdapat sebilangan murid yang masih tidak dapat memahami tajuk


Allah bersifat Wujud seterusnya mengurangkan penghayatan murid
terhadap Allah bersifat Wujud. Perkara ini amat membimbangkan saya
sebagai seorang guru Pendidikan Islam kerana saya merasakan kaedah
pengajaran

Akidah

masih

tidak

dapat

dipelbagaikan

sehingga

menyukarkan murid untuk memahami konsep Allah bersifat Wujud.


Dalam pada itu, melalui pemerhatian dan temu bual yang dijalankan
kepada guru-guru Pendidikan Islam di sekolah ini, saya mendapati
terdapat kurangnya penggunaan bahan bantu mengajar interaktif
dalam kalangan guru dan penggunaan kaedah pengajaran yang statik
sahaja. Hal ini tidak boleh dipandang remeh kerana hasil daripada
pengajaran Akidah ialah murid dapat mengenali Allah seterusnya
4

dapat berusaha untuk menghidupkan amalan bagi meraih cinta Allah.


Oleh itu, saya telah membuat keputusan untuk menjalankan kajian
tindakan tentang satu gabungan kaedah yang baharu, lebih mudah
dan menarik untuk membantu murid dalam pelajaran Akidah. Menurut
Ab. Halim Tamuri(1989), kemahiran mengajar dalam proses P&P
mempunyai tiga komponen penting iaitu pendekatan, kaedah dan
teknik. Oleh itu, seseorang guru yang ingin menguasai kemahiran
mengajar perlulah menguasai ketiga-tiga elemen tersebut. Dalam pada
itu, saya juga akan menggunakan bahan bantu mengajar yang
interaktif bagi memudahkan murid memahami tajuk Allah bersifat
Wujud dengan lebih baik dan menambahbail penghayatan murid
terhadap Allah bersifat Wujud.

1.3

Sorotan Literatur

2.0

FOKUS KAJIAN

Kajian tindakan yang saya laksanakan ini adalah tertumpu kepada


tujuh orang murid Islam Tahun 2 yang merangkumi seramai tiga orang
murid lelaki dan empat orang murid perempuan. Hal ini dikesan
melalui sesi temu bual yang telah dibuat sebelum ini terutamanya dan
juga

semasa

sesi

pengajaran

dan

pembelajaran

berlangsung.

Kelemahan murid dilihat amat ketara terutamanya ketika murid


melakukan latihan yang diberi dan juga dalam meyakini Allah bersifat
Wujud. Perkara ini telah membuktikan bahawa kaedah pengajaran
5

yang dilaksanakan bagi memantapkan kefahaman dan keyakinan


murid sebelum ini adalah kurang berkesan.
Kaedah pengajaran Allah bersifat Wujud yang telah dilaksanakan
sebelum ini hanya menggunakan kaedah penerangan yang biasa-biasa
sahaja tanpa ada unsur-unsur seni penyoalan dalam pengajaran
dengan bantuan Bahan Bantu Belajar (BBB) yang sesuai. Saya juga
dapat melihat respon dan penglibatan murid terhadap pembelajaran
Akidah ini adalah kurang aktif kerana kaedah yang digunakan kurang
sesuai dan tiada penggunaan bahan bantu belajar yang menarik. Hal
ini telah menyebabkan murid-murid menjawab soalan yang diberikan
dengan sambil lewa dan tidak serius dalam mengukur keyakinan
kepada Allah bersifat Wujud.
Oleh sebab itu, untuk menangani masalah ini daripada menjadi
lebih parah, saya memperkenalkan kaedah ###### kepada muridmurid untuk menarik perhatian mereka kerana adanya unsur seni yang
diterapkan dengan baik. Menurut Ee Ah Meng(1997), sekiranya murid
berasa seronok ketika menjalankan sesuatu, perkara yang dialami
akan diingati dengan lebih lama lagi.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN


3.1 Objektif Am
3.1.1 Meningkatkan kefahaman dan keyakinan murid terhadap Allah
3.2

bersifat Wujud melalui kaedah #######.


Persoalan Kajian

3.2.1 Mengenal pasti tahap pencapaian murid dalam memahami


konsep Allah bersifat Wujud dengan tepat

4.0

KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran bagi kajian tindakan yang akan dilaksanakan ini


adalah terdiri daripada murid Tahun 2 yang menghadapi masalah
semasa pembelajaran dan pengajaran Akidah tajuk Allah bersifat
Wujud. Saya telah memokuskan kajian saya kepada teknik penyoalan
yang berkesan untuk membantu murid memahami tajuk Allah bersifat
Wujud yang diajar.
Peserta kajian ini telah dipilih tanpa mengira jantina murid. Mereka
dikenal pasti melalui ujian pra yang telah dijalankan sebelumnya.
Peserta kajian terdiri daripada tujuh orang responden iaitu
masing-masing

tiga

orang

responden

lelaki

dan

empat

orang

responden perempuan yang berbangsa Melayu kesemuanya. Semua


responden berasal daripada keluarga yang berpendapatan sederhana
dengan tahap pencapaian semasa responden pula adalah berbeza.
Terdapat lima orang responden yang masih lemah dalam tahap
pencapaian

pelajaran

Pendidikan

Islam,

manakala

selebihnya

mempunyai tahap pencapaian yang sederhana.


Setelah menganalisis ujian pra yang dilaksanakan, dapat dilihat
bahawa keseluruhan murid mempunyai pencapaian yang berbeza. Hal

ini menunjukkan bahawa murid-murid memerlukan kaedah baharu


dalam memahami pembelajaran Akidah masa kini.
5.0

TINDAKAN

Kajian ini, merupakan penyelidikan tindakan untuk membantu subjek


kajian meningkatkan kefahaman dan keyakinan terhadap Allah bersifat
Wujud. Hal ini sangat berkait rapat dengan fungsi utama sebuah kajian
tindakan iaitu sebagai salah satu pendekatan untuk membaiki dan
meningkatkan

kualiti

pendidikan

melalui

perubahan

yang

menggalakkan (McNiff, 1988). Melalui penyelidikan tindakan ini juga,


saya menjadi semakin sedar tentang amalan mengajar saya, menjadi
lebih kritis terhadap amalan-amalan tersebut dan bersedia untuk
menambah baik amalan pengajaran saya.
Sehubungan

dengan

itu,

saya

telah

menggunakan

Model

Penyelidikan Stephen Kemmis(1988) bagi menjalankan kajian tindakan


saya. Tempoh penyelidikan ini dilaksanakan selama tiga minggu
selaras dengan pendapat Jorgenson (1989) yang mengatakan bahawa
tempoh

kajian

tindakan

dapat

dipendek

atau

dipanjangkan

berdasarkan apa yang berlaku dalam sesuatu kajian itu. Berdasarkan


Model Penyelidikan Stephen Kemmis (1988), terdapat empat fasa yang
penting dalam kajian tindakan iaitu fasa merancang, fasa mengambil
tindakan, fasa memerhati dan fasa merefleksi. Rajah di bawah
memperlihatkan

serta

ringkas

pelaksanaan

setiap

fasa

yang

terkandung dalam Model yang digunakan dalam kajian tindakan ini.


8

Fasa Merancang
Memohon kebenaran daripada pentadbir sekolah.
Mengenalpasti subjek kajian.
Mencipta bahan intervensi.
Membina instrumen soal selidik, ujian diagnostik dan temu bual.

Fasa Mengambil Tindakan


Sesi Pengajaran tanpa Intervensi
Sesi Temu Bual Pengajaran tanpa Intervensi
Sesi Ujian Diagnostik dan Pengisian Borang Soal Selidik
Melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran menggunakan intervensi kaedah
penyoalan.
Fasa Memerhati
Sesi Ujian Pencapaian
Mengumpul borang soal selidik.
Melaksanakan temu bual selepas intervensi yang dialankan.
Menganalisis data yang diambil dengan tepat.

Fasa Mereflek
Refleksi keseluruhan Intervensi yang dijalankan.

Rajah di atas memperlihatkan serba ringkas pelaksanaan kajian


saya ini mengikut fasa-fasa yang terdapat dalam Model Penyelidikan
Stephen Kemmis (1988) bermula daripada fasa merancang, fasa
mengambil tindakan, fasa memerhati dan fasa mereflek.

5.1

Prosedur Tindakan

Perlunya saya untuk menyusun tindakan dalam melaksanakan kajian


tindakan ini supaya kajian ini mampu untuk memberi impak yang baik
9

kepada dunia pendidikan terutamanya dalam pengajaran Akidah. Oleh


itu, terdapat beberapa perancangan yang telah dibincangkan bersama
bagi mendapatkan data kajian yang baik.

5.1.1 Memohon Kebenaran daripada Pihak Pentadbir


Dalam kajian tindakan yang dijalankan ini, tindakan
pertama

yang

akan

saya

lakukan

adalah

meminta

kebenaran daripada pihak sekolah untuk menjalankan


kajian tindakan. Saya juga telah menunjukkan jadual
pelaksanaan kajian ini bagi mengesahkan kajian ini dapat
dijalankan di sekolah ini. Saya juga akur dengan setiap
arahan dan perubahan yang berlaku dengan kehendak dan
kesesuaian pihak sekolah. Saya juga mendapat kebenaran
pihak sekolah untuk menggunakan kemudahan sekolah
sepanjang proses kajian tindakan ini berjalan. Saya juga
telah memohon ruang masa selama dua waktu bagi
menjalankan kajian ini.
5.1.2 Mengenal pasti Subjek Kajian
Selepas mendapat kebenaran daripada pihak sekolah, saya
telah berbincang dengan guru penolong kanan pentadbiran
bagi menetapkan murid yang akan dijadikan sebagai
subjek kajian saya. Saya telah memilih subjek kajian
daripada kelas Tahun Dua Pintar seramai tujuh orang
dengan pembahagian tiga orang lelaki dan empat orang
10

perempuan. Dalam pada itu, bagi mengukuhkan dapatan


masalah

kajian

ini,

saya

turut

mengumpul

serta

menganalisis latihan yang diberikan dalam tajuk Allah


bersifat Wujud. Hal ini dapat membantu saya untuk
memastikan wujudnya masalah dalam memahami dan
meyakini Allah bersifat Wujud. Jelas dapat dilihat daripada
soalan yang diberikan, murid tidak dapat menguasai tajuk
ini dan seterusnya mengurangkan nilai keyakinan murid
kepada Allah.
5.1.3 Mencipta Bahan Intervensi
Satu intervensi telah dicipta bagi mengatasi masalah yang
dihadapi oleh subjek kajian iaitu Teknik Penyoalan Berantai.
Justeru, bagi menggunakan teknik ini, saya telah memilih
beberapa set soalan rantaian yang dianggap sesuai
dengan tahap pemikiran subjek kajian bersesuaian dengan
tajuk

Allah

bersifat

Wujud.

Lantaran

itu

saya

telah

mencipta sebuah set Penyoalan yang interaktif bagi


menjalankan intervensi.
Set penyoalan ini

dicipta

berdasarkan

kepada

kemampuan murid untuk mengaitkan perkara maujud


sehinggalah kepada perkara yang berbentuk samiyyat.
Justeru, murid akan diuji dengan soalan berantai bagi
membulatkan keyakinan kepada Allah.
5.1.4 Membina Borang Instrumen
11

Seusai mencipta teknik intervensi tersebut, saya turut


membina borang soal selidik, borang senarai semak,
soalan ujian diagnostik dan juga set temu bual bersama
murid.

Gabungan

instrumen

kajian

ini

dibuat

bagi

meningkatkan kesahan dapatan kajian terhadap ntervensi


yang saya akan jalankan.
Bagi borang soal selidik, terdapat 12 item soalan
tertutup telah dicipta dan dilengkapi dengan pilihan
jawapan skala Dichotomous, iaitu pilihan YA atau TIDAK
dengan simbol / dan X . Borang senarai semak
pemerhatian turut dibina dengan mengetengahkan lima
item yang diukur bagi menambah kesahan data kajian
yang diperoleh. Dalam pada itu satu set temu bual
bersama

murid

telah

ditetapkan

bagi

memudahkan

pengkelasan dan penyusunan data kajian. Hal ini juga


dapat

memberi

kemudahan

kepada

saya

untuk

menganalisa data mentah yang diperolehi. Bagi dokumen


terakhir yang dibina, ujian diagnostik yang mengandungi
lima soalan berkaitan dengan tajuk Allah bersifat Wujud.
5.1.5 Sesi Pengajaran tanpa Intervensi
Sebelum

melaksanakan

melaksanakan

sebuah

kajian

tindakan,

pengajaran

dan

saya

telah

pembelajaran

dengan menggunakan kaedah tradisional dan kaedah yang


biasa digunakan oleh guru-guru seperti yang ditunjukkan
12

dalam

sukatan

pelajaran

Pendidikan

Islam.

Kaedah

intervensi tidak lagi digunakan semasa proses ini.


5.1.6 Sesi Temu Bual Pengajaran tanpa Intervensi
Setelah itu, saya juga melaksanakan temu bual berstruktur
bagi mengetahui tahap kefahaman yang diperolehi murid
setelah

dijalankan

pengajaran

tanpa

intervensi

yang

dicadangkan. Hal ini penting kerana data ini dapat


memperlihatkan

perbezaan

pencapaian

murid

setelah

dibandingkan dengan sesi temu bual setelah intervensi


pengajaran dijalankan.

5.1.7 Sesi Ujian Diagnostik dan Pengisian Borang Soal


Selidik
Dalam

pada

itu,

bagi

memastikan

bahawa

masalah

memahami Allah bersifat Wujud itu dikesan, saya akan


mengadakan satu ujian pra(sila rujuk lampiran) kepada
seluruh murid Tahun 2 yang berjumlah 18 orang bagi
mengenal pasti kumpulan sasaran. Soalan ini hendaklah
dijawab dalam masa yang ditetapkan iaitu selama 30
minit. Ujian Pra ini akan membantu saya untuk mengumpul
data tentang kebolehan murid dalam tajuk Allah bersifat
Wujud.

Saya

akan

menggunakan

data

ujian

yang

dijalankan untuk memilih murid-murid yang mendapat skor


13

bawah 50% sebagai peserta kajian saya. Pengambilan foto


juga akan membantu saya untuk mengenal pasti kaedah
yang digunakan murid semasa menjawab soalan yang
diberikan.

5.1.8 Melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran


menggunakan Intervensi Kaedah Penyoalan
5.1.9 Sesi Ujian Pencapaian
5.1.10
Mengumpul borang soal selidik
5.1.11
Melaksanakan temu bual selepas intervensi
yang dijalankan
5.1.12
Menganalisis Data yang diambil dengan tepat
5.1.13
Refleksi keseluruhan Intervensi yang
dijalankan
5.2

Prosedur Pengumpulan Data


5.2.1 Temu Bual

5.2.2 Ujian Diagnostik dan Ujian Pencapaian

6.0
6.1
6.2

ANALISIS DAN INTERPRETASI DATA


Analisis Temu Bual
Analisis Ujian Diagnostik dan Ujian Pencapaian

7.0
7.1

DAPATAN KAJIAN
Soalan 1

7.2

Soalan 2
14

8.0

CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

RUJUKAN

LAMPIRAN

15

You might also like