You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN DANAU KOTA 2, 53300 SETAPAK KUALA LUMPUR

MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN MORAL BIL 4 TAHUN 2014

Tarikh

: 27 November 2014

Masa

: 11-12 tengahari

Tempat

: Bilik Operasi

Pengerusi

: Pn.Yusmawati binti Yusop

Kehadiran

1. Pn.Jalidah Bt.Abdul Mutalib


2.Pn.Yusmawati Bt.Yusop
3. Pn.Rohana Bt.Che Sudin
4.Cik Fauzlahanim Bt.Kamaruddin
5.Pn.Nurul Syahadah Bt.Norzimi
6.Muhammad Amir Al Hafiz Bin Zulkifli

Tidak Hadir :
1.Pn.Hjh Maneh Bt Sharif
Setiausaha

Urusan Pejabat

: Muhammad Amir Al Hafiz Bin Zulkifli

1. PERUTUSAN PENGERUSI
1.1 Ketua Panitia Pendidikan Moral, Pn.Yusmawati Bt.Yusop mengucapkan salam
dan terima kasih atas kehadiran semua ahli mesyuarat Panitia Pendidikan Moral
kali ke 4 tahun 2014.
1.2 Beliau mengucapkan tahniah atas hasil kerja semua guru matapelajaran yang
telah memberikan komitmen yang terbaik ke atas pencapaian peperiksaan akhir
tahun dan sumatif 2 yang lepas.Begitu juga atas kerjasama semua panitia telah

berjaya melaksanakan empat program nilai murni dan program bulan panitia
dengan jayanya.
Tindakan : Makluman semua guru
2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT
2.1 Minit mesyuarat Bil 3/2014 dicadangkan pengesahannya oleh Pn.Rohana Bt.
Che Sudin dan disokong sebulat suara oleh ahli mesyuarat.
Tindakan : Makluman semua guru
3. PERKARA BERBANGKIT
3.1 Tiada perkara berbangkit
Tindakan : Tiada
4.PEMBENTANGAN
4.1 Persediaan Pengajaran dan Pembelajaran tahun 2015
4.11 Puan Yusmawati Yusop mengingatkan semua guru matapelajaran
melengkapkan Perekodan Perkembangan Murid (PPM) sebelum bermulanya
sesi persekolahan 2015. Borang boleh dimuat turun melalui online atau terus
dari komputer
setiausaha peperiksaan.Semua borang yang lengkap
hendaklah dimasukkan ke dalam komputer tersebut untuk memudahkan
akses oleh pihak sekolah.
4.1.2 Guru matapelajaran diminta memberi pendapat berkenaan pembelian bahan
bantu mengajar bagi baki PCG panitia yang masih berbaki pada tahun 2014.
4.1.2.1 Cik Fauzlahanim Binti Kamaruddin mencadangkan menambah
bilangan buku cerita berunsur moral .
4.1.2.2 Muhammad Amir Al Hafiz Bin Zulkifli mencadangkan pembelian
boneka untuk program bercerita atau berdialog.
4.2.3 Pn.Rohana Bt.Che Sudin menawarkan bilik operasi menjadi tempat
pengumpulan bahan bantu mengajar sebelum digunakan semula pada 2015

5. HAL-HAL LAIN

5.1 Pn.Jalidah Bt.Abdul Mutalib mencadangkan panitia menambah program dan


pendekatan yang meningkatkan penguasaan Bahasa Malaysia pada tahun
hadapan.
6. PENUTUP
Mesyuarat diakhiri dengan ucapan terima kasih oleh pengerusi .Mesyuarat
ditangguhkan pada pukul 12 tengahari.

Disediakan oleh,

MUHAMMAD AMIR AL HAFIZ BIN ZULKIFLI


Setiausaha

Tarikh : 28.11.2014

You might also like