You are on page 1of 35

TEORI HURAIAN

BAHASA
Disediakan oleh:

Khairunnisa Waimin

Noor Sharina Mohammed Zuhair


Nor Adilah Ali

APAKAH MAKSUD TEORI HURAIAN


BAHASA?

Terdapat banyak teori bahasa yang dikemukakan oleh tokoh-tokoh


linguistik dalam sejarah perkembangan ilmu linguistik teoritis .
Teori-teori ini berbeza antara satu sama lain kerana dipengaruhi oleh
aliran pemikiran yang terdapat pada zaman itu.
Teori huraian bahasa menjelaskan bahawa unsur-unsur bahasa yang
hendak diajarkan boleh dihuraikan melalui penyampaian pengajaran.
Penerangan ini penting bagi menentukan bahan pengajaran dan
prosedur mengajar kerana ia digunakan untuk menyampaikan tajuk
atau isi pelajaran

4 ALIRAN PEMIKIRAN TEORI


HURAIAN BAHASA

Teori
tradisional

Teori
struktural

Teori
fungsional

Teori
tranformasi
generatif

TEORI NAHU
TRADISIONAL

PENGENALAN

Teori nahu tradisional ini dipelopori oleh Panini yang


berasal dari India.
Teori ini kemudiannya berkembang ke Eropah pada zaman
pertengahan dan seterusnya meresap ke dalam beberapa
bahasa lain.
Ayat didefinisikan sebagai ucapan yang mengandungi fikiran
yang lengkap.
Susunan ayat dibuat bertujuan untuk menempatkan
bahagian-bahagian ayat yang berhubung antara satu sama
lain.
Bahagian-bahagian itu dikenali sebagai subjek, predikat,
objek dan keterangan.

Menurut teori ini, bahasa ialah ucapan buah


fikiran dan perasaan manusia dengan teratur
serta menggunakan alat untuk membunyikan
suara.

TUJUAN
Membolehkan pelajar-pelajar memahami nahu
sesuatu bahasa dan juga melatih pelajar
menulis menggunakan bahasa yang betul.
Membolehkan pelajar-pelajar menterjemahkan
bahasa asing ke bahasa natif (ibunda) dan
sebaliknya.
Melengkapkan pelajar dengan perbendaharaan
kata yang luas yang dapat digunakan dalam
penulisan.

Plato (429-437 S.M) telah membahagikan


golongan kata kepada dua iaitu:

Nama

Perbuatan
2
bahagian
golongan
kata

Nama ialah kata yg mempunyai fungsi sebagai


subjek dalam ayat manakala perbuatan
merupakan kata yang dapat memberikan
gambaran tindakan.
Tatabahasa tradisional telah melahirkan analisa
tradisional yang bersifat preskriptif iaitu
bertujuan menetapkan peraturan untuk
penggunaan yang betul.
Ia mengutamakan pelajar menghafaz peraturan
tersebut.

TEKNIK MENGAJAR
Pelajar diperkenalkan kepada undangundang nahu
Pelajar diberikan pasangan makna
atau bahasa
Pelajar membuat ayat menggunakan
senarai perbendaharaan kata
Pelajar membuat terjemahan makna
atau bahasa

CIRI-CIRI TEORI NAHU


TRADISIONAL
Kajian-kajian

bahasa dibuat berasaskan bahasa tulisan.

Selain

itu, huraian tatabahasa bersifat rasional dan berasaskan


anggapan bahawa disiplin-disiplin lain tiada kaitan dengan bahasa.
Akibatnya huraian unsur-unsur bahasa tidak tetap dan tidak tepat.

Bahasa-bahasa

di dunia dapat dihurai dengan berasaskan ciri-ciri


sejagat seperti logik, falsafah dan sebagainya.

Kajian

bahasa juga dibuat secara deduktif, iaitu mengutamakan


pemahaman peraturan-peraturan bahasa terlebih dahulu sebelum
memberikan contoh-contoh.

Teori

ini juga berpendapat semua bahasa mempunyai peraturan


yang sama dengan bahasa Yunani dan ciri nahunya mementingkan
bahasa tulisan serta kajian berdasarkan hukum.

KELEBIHAN
Murid dapat mengingati peraturanperaturan dan perbendaharaan
kata.
Sesuai bagi kelas yang mempunyai
ramai pelajar.
Berkesan kepada murid- murid yang
cerdas dan berminat menaakul
konsep abstrak.

KELEMAHAN
Konsep pengajaran : hafalan
dan
chalk and talk
Berpusatkan buku teks

TEORI STRUKTURAL
(BLOOMFIELD)

PENGENALAN

Muncul pada kurun ke-20.


Ahli-ahli bahasa ini terdiri daripada Ferdinand De
Saussure,leornand Bloomfield, Otto Jespherson, dan Edward
Saphir.
Kemunculan teori ini kerana pertentangan pendapat dengan aliran
tradisional mengenai dasar rasional yang digunakan oleh aliran
tradisional untuk membentuk kategori-kategori tatabahasa dan
anggapan bahawa semua bahasa mempunyai kategori universal.
Fokus pengkajian mereka ialah aspek penghuraian struktur
bahasa.
Huraian bahasa dilakukan secara induktif.

Mereka menganggap bahawa struktur bahasa


merupakan kaitan antara fonem sebagai unit
bunyi dengan fonem sebagai unit tatabahasa.
Asas pengkajian ahli bahasa struktural ialah
tiap-tiap bahasa terdiri daripada satu
pertalian struktur yang tersendiri.
Menumpukan kajian terhadap fonologi,
morfologi dan sintaksis tetapi kurang menitik
beratkan tentang makna.

CIRI-CIRI TEORI STRUKTURAL

Bahasa ialah
satu sistem
bunyi

Bahasa ialah
alat
perhubungan

Bahasa ialah
pertuturan

TEORI
TRANSFORMASI
GENERATIF

PENGENALAN

Muncul selepas aliran struktural pada tahun lima puluhan.


Teoriinidipelopori oleh Noam Chomsky yang merupakan
seorang ahli psikolinguistik yang berasal dari Amerika
Syarikat.
Beliau dilahirkan di Philadelphian, Pennsylvania.
Chomsky merupakan seorang pensyarah bahasa Perancis
dan bahasa Jerman di Massachusetts Institute of Technology
(MIT) pada 1955 dan kemudiannya menjadi professor dalam
bidang bahasa asing dan linguistik pada 1976 di MIT.
Teori ini merupakan teori tatabahasa.

Chomsky memperkenalkan satu bidang


linguistik baharu yang diberi nama
tatabahasa generatif.
Beliau telah menerbitkan buku yang
bertajuk Syntactic Structures (1957) dan
Aspects of the Theory of Syntax pada 1965
yang mengandungi teorinya yang dipanggil
tatabahasa transformasi generatif.

Teori transformasi generatif mempercayai


bahawa pembelajaran dan penguasaan bahasa
merupakan proses mental yang bertunggakkan
Alat Pemerolehan Bahasa (LAD).
Teori ini menggunakan sistem rumus dalam
melakukan huraian terhadap bahasa.
Sistem ini melibatkan penggunaan dua set
peraturan sintaksis iaitu peraturan frasa dan
transformasi.
Teori ini mementingkan semantik dalam
menghasilkan kajian dan menganalisis bahasa
berasaskan ciri-ciri rasional.

PERINGKAT-PERINGKAT TEORI
TRANSFORMASI GENERATIF

Peringkat Pertama

Menggunakan Model Teori Struktur


Sintaksis yang terdiri daripada:
Rumus struktur frasa
Transformasi
Fonologi

Peringkat Kedua

Menggunakan Extended Standart Theory (EST) yang terdiri


daripada:
Komponen sintaksis
Semantik
Fonologi
Perbezaan kedua-dua peringkat ini terletak pada semantik
(makna).
Perbezaan ini menyebabkan timbulnya Selectional Rules dan
Strict Sub-Categorization Rules bergantung kepada konsep
nahu.
Selectional Rules menghuraikan kehadiran kata berdasarkan
perhubungan kata sementara Strict Sub-Categorization Rules
bergantung kepada konsep nahu.

Teori ini mengandaikan terdapat 2 peringkat


struktur ayat iaitu:

Peringkat
struktur ayat

Struktur
dalaman
Struktur
permukaan

Struktur dalaman ialah penutur boleh


membezakan berbagai jenis struktur ayat, boleh
mengenali sama ada ayat itu gramatis atau
tidak, boleh membentuk, mengenali dan
memahami ayat yang terkira jumlahnya.
Penutur dapat mengenali ayat yang berprafrasa
dan ayat yang punyai unsur ketaksaan.
Struktur permukaan ialah struktur yg
mengalami perubahan drpd struktur dalaman
dan merupakan bentuk ayat yang ditutur oleh
seorang penutur.

Terdiri daripada dua


ayat yang berlainan
struktur
permukaannya, tetapi
mempunyai struktur
dalaman yang sama.

Ayat
berprafrasa

Contohnya;
a) Anjing
mengejar kucing
b)Kucing dikejar
anjing

Ayat
berunsur
ketaksaan
Mempunyai satu
struktur
permukaan tapi
mempunyai dua
atau lebih struktur
dalaman

Contohnya :
a)Ibu kepada
Chong, iaitu nenek
Ali telah mati.
b) Kedua ibu dan
bapa Chong telah
mati.

Kedua-dua peringkat ini diterbitkan oleh dua jenis


hukum atau rumus tatabahasa.
Rumus
Struktur
Frasa

Menerbitkan ayat
pada peringkat
struktur dalaman.

Rumus
Transformasi

Menukar pola
atau struktur
ayat.

CIRI-CIRI
TRANSFORMASI
Penutur
jati berupaya
menggunakan bahasa
apabila berhadapan
dengan pelbagai keadaan.
GENERATIF
Bahasa adalah sistem tentang rumus-rumus
bahasa. (fonologi, morfologi dan sintaksis)
Ayat mempunyai struktur dalaman dan
permukaan.
Pengetahuan bahasa merupakan suatu fenomena
mental.
Bahasa bersifat sejagat dan kreatif.
Penutur dilahirkan dengan kecekapan semulajadi.
Mementingkan semantik (makna) dalam
menghasilkan kajian.

TEORI
FUNGSIONAL


PENGENALAN

Teori ini berkembang pada tahun 1960-an dan 1970-an


setelah melihat kelemahan pada teori-teori
sebelumnya.
Ahli-ahli bahasa fungsional iaitu Halliday dan
Wilkins bukan sahaja mengkaji bahasa dari segi
struktur malahan merekajuga memberikan perhatian
terhadap fungsi bahasa sebagai alat komunikasi.
Teori ini juga menyenaraikan ciri-ciri serta anggapan
tertentu tentang bahasa dan fungsinya oleh ahli-ahli
bahasa fungsional

Kajian tentang
perubahan yang
berlaku pada struktur
bahasa ketika
berkomunikasi
CIRI-CIRI
TEORI
FUNGSIONAL

Struktur bahasa
mengikut fungsi dan
penggunaan dalam
bahasa

Mementingkan semantik

Pengukuhan bahasa
boleh berlaku secara
verbal dan non-verbal

FUNGSI TEORI FUNGSIONAL

Model bahasa
yang sesuai
Fungsi semantik
dan linguistik

Asas fungsi
bahasa

Bahasa dalam
persepsi sosial

Asas elemen dalam struktur bahasaberdasarkan


kepada kekuatan dan keteguhan wacana dan
semantik dan bukannya sintaksis. Makna tidak sahaja
didasarkan kepada struktur bahasa tetapi juga makna
sosial yang mengambil kira ciri-ciri paralinguistik
seperti bahasa badan dan bahasa isyarat yang
digunakan oleh penutur semasa berkomunikasi.
Penggunaaan dalam bahasa adalah lebih penting
berbanding kegunaannya.
Seperti yang terdapat dalam peraturan-peraturan
bahasa. Namun, struktur nahu tidak diketepikan
langsung.

SEKIAN,
TERIMA KASIH

You might also like