You are on page 1of 3

Sejarah Perkembangan Pelajaran Sarawak Era James Brooke

1.0

Pengenalan

Salah satu aspek penting kedatangan tamadun barat ke Asia dan Negara-negara islam di
seluruh dunia adalah menyebarkan agama kristian selain daripada bermotifkan Ekonomi dan
Politik. Tamadun barat beranggapan bahawa agama yang mereka sebarkan adalah agama
yang membawa manusia kepada status tamadun yang lebih tinggi berbanding dengan
tamadun yang lain. Dalam penyebaran agama kristian,orang barat menggunakan pelbagai
hela untuk menarik perhatian ataupun membawa masyarakat peribumi kepada suatu struktur
sosial yang mempengaruhi pemikiran mereka sehingga mereka memeluk agama
kristian. Tetapi kerajaan barat ataupun tamadun barat datang ke Asia tidak mempunyai cara
yang sama dalam menyebarkan dakwah kristian tetapi berbeza-beza mengikut idealogi yang
di

gunakan

oleh

colonial. Contohnya

sepanyol

menggunakan

kekerasan

terhadap

masyarakat peribumi di Filipina iaitu dengan menggunakan cara paksaan memeluk agama
kristian dan manakala penjajah British di Tanah Melayu menggunakan kaedah pendidikan
kristian di setiap sekolah-sekolah yang di tubuhkan.Justeru itu, cara yang di gunakan oleh
penjajah tidak semuanya sama tetapi sesetengah daripadanya adalah berbeza beza. Bagi
negeri Sarawak yang di perintah oleh kerajaan Dynasti Brooke telah menggunakan pelbagai
cara yang boleh di terima pakai oleh masyarakat peribumi sehingga mereka berjaya
mengkristiankan masyarakat peribumi dengan rela hati mereka sendiri.Dalam ketiga-tiga
pemerintahan keluarga Brooke di Sarawak,mereka hanya meneruskan pemerintahan yang
telah di pelopori oleh James Brooke dan pemerintahan seterusnya hanya meneruskan cara
yang telah di gunaka oleh James Brooke dan separuh daripadanya hanyalah di toko tambah
oleh

peneraju

itu.Contohnya,Pada

Zaman

pemerintahaan

James

Brooke

tidak

menggalakkan dan bahkan melarang para mubaligh kristian berdakwah kepada golongan
yang beragama Islam terutamanya golongan yang di panggil ALIM tetapi genarasi
seterusnya dibawa pemerintahan Charles Brooke menggalakkan para mubaligh kristian
berdakwah ke atas para golongan yang kuat beragama islam dan mengubah persepsi
masyarakat peribumi terhadap pemerintahannya sehingga kebanyakan daripada masyarakat
peribumi

memeluk

agama

islam.

Pada

zaman

pemerintahan

James

Brooke,

ternyata Keadaan sekolah-sekolah sangat membangun tetapi tidak memberangsangkan


dan di serahkan di
[1]

sekolah-sekolah persendirian khususnya kalangan mubaligh kristian (Abdullah Sani Yahaya (


2003 ) ). Ternyata golongan atasan melayu yang di beri luas kuasa memilih para calon.
Sistem pendidikan awal yang bersistem juga telah di mulakan oleh badan-badan dakwah
kristian setelah Sarawak berada di bawa di nasty Brooke pada tahun 1841. Selain itu
Kebanyakannya sekolah-sekolah pendidikan kristian banyak tertumpu di kawasan
pedalaman Sarawak dan tidak tertumpu di kawasan pesisir pantai. Pendidikan borneo
samada peribumi atau orang asing adalah tanggungjawab dan kewajipan pemerintah.
Terdapat beberapa percubaan awal yang telah di buat oleh orang british dalam menubuhkan
sekolah-sekolah pendidikan awal kristian. Pada 29 jun 1848, Francis Thomas McDougall dan
isterinya Harriette, bersama-sama rakan karibnya Rev. William Bodman Wright dan isteri,
menyusur

sungai Sarawak dan mendarat di kuching.

Kemudian James Brooke

menempatkan mereka di Court House di tepi sungai Sarawak.Sebahagian daripada tingkat


bawah Court House yang pada ketika itu merupakan stor buku, telah di gunakan sebagai
gedung ubat. Sebagai seorang paderi dan doktor , tugas utamanya adalah mengambil berat
tentang kebajikan dan kesihatan rakyat. Di dalam situasi tersebutlah bermulanya sekolah
untuk orang dewasa yang mengandungi enam orang pelajar lelaki hasil inisiatif W.B. Wright
pada akhir bulan julai 1848. Kesan daripada penubuhan sekolah pertama ini merupakan satu
idea yang membawa kepada tertubuhnya dan berkembangnya sekolah-sekolah inggeris di
beberapa buah tempat di Sarawak. Contohnya berlaku lagi satu penebuhan seterusnya pada
5 ogos 1848, W.B. Wright menubuhkan sekolah harian untuk kanak-kanak lelaki dan
sehinggalah berkembang. Kebanyakan institusi pendidikan didirikan berhampiran gereja
supaya dapat mempengaruhi suasana pembelajaran pelajar dan memudahkan mereka
mendekati penduduk tempatan. Sejarah perkembangan sekolah sekolah badan dakwah
kristian tidak dapat di pisahkan dengan sejarah kedatangan badan dakwah kristian ke
Sarawak. Institusi pelajaran badan dakwah kristian mempunyai peranan yang di mainkan
oleh mubaligh mubaligh kristian yang terdiri daripada beberapa mazhab seperti mazhab
Anglikan cawangan Soceity for the propagation of the gospel (SPG), Mazhab Roman katolik,
Mazhab Metodist dan Borneo Evengelical missiondalam mengenalkan pelajaran kepada
bumiputra Sarawak.Badan dakwah kristian yang pertama menjalankan kegiatan di Sarawak
ialah badan dakwah anglikan SPG dan badan dakwah ini mula bertapak di kuching pada
tahun 1848.[2]
2.0

2.1

Perkembangan Sekolah-Sekolah Missionari Kristian

Badan Dakwah Anglican ( S.P.G )

Badan ini merupakan badan dakwah kristian yang pertama menjalankan kegiatan di
Sarawak dan mula bertapak di kuching pada tahun 1848. Pada tahun 1848 badan dakwah
anglikan yang pertama di bina di bangunan 3 tingkat di College Hill,kuching. Sekolah ini
adalah merupakan sekolah harian yang pertama di bina oleh badan dakwah kristian. Pada
mulanya di kendalikan oleh Rev. Wright tetapi kemudian di uruskan oleh Harriette,isteri
paderi McDouggall. Penubuhan sekolah ini adalah untuk menarik ramai anak2 melayu
belajar di sekolah badan dakwah kristian. Mata pelajaran yang diajar ialah membaca dan
menulis. Ilmu kira-kira awalan dan pengajian agama kristian merupakan sekolah inggeris
dan menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa pengantar. Pada tahun 1850 Sekolah ini
di tutup dan kemudiannya membuka sekolah harian yang ke-2 dan di buka khas untuk
kanak-kanak cina yang di kendalikan oleh seorang cina kristian dan di bantu oleh pembantu
paderi Fox. Sekolah harian untuk kanak-kanak Cina ini lebih ke hadapan berbanding sekolah
harian yang pertama. Mereka menterjemahkan kitab Injil ke dalam bahasa Cina.
Pengembangan kegiatan badan dakwah terus berkembang sehingga Sehingga tahun 1852,
Anglikan telah membuka 4 buah sekolah harian, 2 buaah sekolah melayu dan 2 buah
sekolah Cina ....Nak Assignment ini?tak kan free kot...
Sila hubungi Abang Sejarah..Sari_Iab@Yahoo.com

1.Sabiha Osman ( 1990 ). PERKEMBANGAN PELAJARAN BUMIPUTERA SARAWAK


1841-1941.Dewan Bahasa Dan Pustaka : Hlm 45 dan 78
2.Abdullah Sani Yahaya ( 2003 ). PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA. PTS
Publication & Distrubutors Sdn.Bhd :Hlm 162
1.Sabiha Osman ( 1990 ). PERKEMBANGAN PELAJARAN BUMIPUTERA SARAWAK
1841-1941.DBP Kuala Lumpur : Hlm 79 dan 80
2.Syed Idrus Syed Ahmad R.Santhiram ( 1990 ) PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI
SARAWAK.DBP Kuala Lumpur : Hlm 37 dan 38
1.Sabiha Osman ( 1990 ). PERKEMBANGAN PELAJARAN BUMIPUTERA SARAWAK
1841-1941.DBP Kuala Lumpur : Hlm 80 dan 85
2.Syed Idrus Syed Ahmad R.Santhiram ( 1990 ) PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI
SARAWAK.DBP Kuala Lumpur : Hlm 72,77 dan 78

You might also like