You are on page 1of 14

HPD 112

PENGUCAPAN AWAM

Tokoh Pengucapan Awam


Nama

Nombor Matrik

Muhamad Hafizi Bin Mohd Rusli

2014130425

Asyrul Hakim Bin Ahmad Nadzri

2014392425

Tajuk Tugasan: Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood

2015/SEMESTER 2

Disemak oleh: Puan Asaliza Binti Mohd Hassan

Tarikh penyerahan tugasan:

5 Ogos 2015

Isi Kandungan

Tajuk

Muka Surat

PENGENALAN

ISI KANDUNGAN

4-9

KESIMPULAN

10

Pengenalan
Latar Belakang Ustazah Siti Nor Bahyah

Beliau dilahirkan pada 7 Julai 1966 di Bayan Lepas, Pulau Pinang dan mendapat pendidikan
agama,bahasa arab dan akademik selama tujuh tahun di Maktab Mahmud, Alor Setar, Kedah
(1979-1985) sehingga memperoleh Sijil Empat Senawi. Seterusnya melanjutkan pelajaran di
Universiti Al-Azhar, Mesir dalam jurusan Pengajian Islam & Bahasa Arab.

Sering muncul di TV sebagai panel jemputan Forum Perdana TV1, Al-Kuliyyah,

Motivasi Pagi, Al-Hidayah, Wanita Hari Ini, Malaysia Hari Ini (MHI) TV3, Halaqah TV9 dan
sekarang aktif mengacarakan program yang diminati ramai iaitu rancangan Semanis Kurma
TV9 bersama suaminya Ustaz Wan Akashah Bin Wan Abdul Hamid.

Sentiasa mendapat undangan ceramah, membentang kertas kerja dan seminar di

seluruh Semenanjung, Sarawak, Sabah, Singapura dan Brunei. Telah melahirkan lebih 40
album pelbagai tajuk ceramah agama, motivasi dan tip dalam bentuk VCD, CD dan
kaset.telah menulis 14 buah buku motivasi dan agama.

Beliau merupakan panel tetap Yayasan Pembangunan Keluarga,Negeri Terengganu

dan Rumahku Syurgaku Negeri Melaka.

Kerjaya Tokoh

Beliau sering memberikan ceramah dan pandangan di televisyen sebagai panel


jemputan Forum Perdana, Al-Kuliyyah, Motivasi Pagi, Al-Hidayah, Wanita Hari Ini,
Malaysia Hari Ini (MHI), Halaqah.

Beliau juga turut memberi ceramah di sekolah-sekolah, surau ,masjid dan majlis
keagamaan.

Menerbitkan rancangan Semanis Kurma yang menjadi tontonan ramai dan mampu
mengubah cara hidup seseorang.

Menubuhkan SNB KASIH TRAINING & CONSULTANCY, sebuah syarikat yang


didaftarkan pada 20 Mei 2010 dengan menjadi pengarah eksekutif.

Disamping itu, tenaga penggerak syarikat ini juga turut disertai oleh suaminya, Ustaz
Wan Akashah Bin Wan Abdul Hamid serta anak-anak dan staff-staff yang lain. Syarikat ini
menyediakan pelbagai akitiviti seperti seminar dan kem keagamaan untuk pelbagai lapisan
masyarakat.

Tambahan pula, beliau menubuhkan sebuah laman sesawang Mahabbah2u iaitu portal
motivasi online yang bertujuan untuk memberi ilmu kepada masyarakat serta mendidik
masyarakat ke arah memotivasikan diri supaya menjadi lebih baik.

Mencipta urutan Labah-Labah dan Cakar Harimau yang boleh digunakan untuk
mengeratkan hubungan suami isteri

Merupakan pendakwah dan perunding motivasi serta pakar rujukan Yayasan


Pembangunan Keluarga Terengganu.

Kriteria-kriteria tokoh yang membantu dirinya dalam menjadi ikon


bidang pengucapan.

Bersabar. Beliau banyak bersabar dalam menjadi seorang pengucap yang berjaya .
Sebagai contoh, beliau pernah ditipu duit sebanyak RM300 000, dan dalam masa yang sama
suaminya diserang angin ahmar. Namun beliau tetap gigih, dan berusaha lebih seperti
menjual laksa dan mihun untuk menampung kehidupan

Pemaaf dan memaafkan. Beliau sering memaafkan orang dan meminta maaf,
contohnya beliau pernah mengeluarkan kenyataan yang salah dalam salah satu ceramah
beliau, namun beliau serta-merta meminta maaf secara terbuka atas kesalahan tersebut.
Beliau juga pernah diajuk gaya berucap beliau oleh kumpulan pelawak Sepah di dalam
Maharajalawak Mega, namun beliau tidak memarahi mereka tetapi memaafkan mereka dan
menerima lawak tersebut .

Kreativiti. Gaya pengucapan beliau dalam ceramah-ceramah selalunya disampaikan


dengan contoh-contoh yang menarik iaitu kata-kata hikmat dan menggunakan nada yang
sesuai dengan situasi tersebut. Hasilnya, ramai yang meminati ucapan beliau tak kira lapisan
umur .

Pencapaian cemerlang tokoh dalam pengucapan awam

Anugerah Darjah Indera Mahkota Pahang (D.I.M.P.) yang membawa gelaran

Dato pada tahun 2008.

Dianugerahkan Outstanding Award Achievement dalam penjualan album

daripada Telaga Biru Sdn. Bhd pada tahun 2005.

Memperkenalkan Teknik Cakar Harimau dan Urutan Labah-labah.

Anugerah Pilihan Pembaca 2009 Popular/Berita Harian tempat kedua buku

bertajuk Hadiah Buatmu Muslimah.

Anugerah Pilihan Pembaca 2010 Popular/Berita Harian tempat pertama buku

bertajuk Rahsia Minda Hebat.

Anugerah Pilihan Pembaca 2010 Popular/Berita Harian tempat ketiga buku

bertajuk Mak Abah Redhailah Anakmu.

Dicalonkan untuk Anugerah Pengacara Televisyen Paling Popular/Berita

Harian 2008 dan 2009.

Juri Gadis Melayu Tv9 tahun 2008.

Juri Islamic Festival Fashion 2009.

Juri Adik-Adikku Tv1 2009.

Duta Syarikat Ana Edar 2007 hingga 2009.

Duta Bio-Pearl skin care 2006.

Jurucakap Halal SAFI 2008 hingga 2009.

Duta produk IMTIYAAZ 2010.

Duta Anak Angkat Palestin 2009.

Aspek-aspek menarik dalam ucapan

Antara pengajaran besar yang dapat kita pelajari ialah, bagaimana Siti Khadijah menjaga
maruah diri dan memartabatkan dirinya dengan menjadi usahawan yang berjaya. Gambaran
ini jelas menunjukkan bahawa wanita seharusnya berusaha menjadi insan yang dihormati dan
berjaya dalam kehidupannya. Siti Khadijah tidak bergantung kepada orang lain untuk
membantu dirinya sebaliknya daripada perniagaan yang dibinanya sendiri. Selain itu, beliau
juga membantu ramai pedangang-pedangang lain untuk turut sama mencari rezeki.

1.

Meskipun Siti Khadijah seorang yang baik hati dan rupawan, beliau juga

pernah diceraikan suaminya, dan mengapa Allah memilih wanita bergelar janda ini sebagai
isteri kepada manusia nombor satu paling hebat di dunia dan akhirat? Tentulah ada hikmah
disebaliknya. Ramai janda yang merasa hina dan malu dengan statusnya tetapi Allah telah
lama memuliakan mereka dengan kisah percintaan dua insan hebat ini. Asal saja berhati
mulia dan taat kepada-Nya, gelaran janda bukanlah satu bebanan untuk para wanita merasa
hina.

10

2.

Jika seandainya wanita hari ini mempunyai rupa, harta dan kekuatan pada

bangsanya maka Siti Khadijah terlebih dahulu memiliki semua itu. Beliau sering dilamar oleh
pembesar Quraisy yang sanggup membayar berapa pun mas kahwin yang diminta tetapi
Khadijah menolaknya dengan baik. Beliau bukan seorang yang mengejar harta.

3.

Siti Khadijah melamar Rasulullah. Sejarah ini sering dijadikan hujah oleh para

ulama dan ustaz yang ingin memperbetulkan kesalahan tanggapan masyarakat yang
menyatakan wanita tidak boleh melamar lelaki. Seperti kata peribahasa melayu Mustahil
perigi mencari timba. Hal ini tidak benar. Jika kamu menemui seorang lelaki yang soleh dan
terbuka hati untuk mempersuamikannya, maka segeralah melamarnya sebelum terlewat.

4.

Rasulullah tidak berharta tetapi berakhlak mulia, amanah, taat dan mempunyai

kehormatan diri yang tinggi. Sejarah ini menggambarkan kepada kita bahawa tidak
semestinya lelaki yang tidak berharta itu hina berbanding lelaki kaya. Mulia pada hakikat
sebenar terletak pada akhlak dan agama seseorang. Namun itu bukan bermaksud lelaki perlu
menjadi miskin untuk menjadi semulia Rasulullah. Kita perlu berusaha, dan rezeki itu
ditangan Allah.

11

Siti Khadijah r.a. seorang isteri nabi kita Muhammad SAW. Khadijah adalah contoh seorang
isteri yang solehah dan tidak diragukan lagi ketaatannya pada Nabi Muhammad SAW.
Khadijah yang rela berkorban demi membela Nabi, juga orang pertama yang percaya tentang
ajaran agama Islam yang di bawa Nabi besar kita Muhammad SAW.

Dalam sebuah kisah disebutkan bahawa Siti Khadijah adalah seorang yang kaya raya, tetapi
seluruh hartanya dikorbankan demi membantu Nabi Muhammad SAW untuk menyebarkan
agama Islam. Begitulah cinta khadijah kepada Nabi Muhammad SAW yang begitu besar,
sehingga nabi sangat mencintai Khadijah. Selama menikah dengan Khadijah tidak pernah
sedikit pun nabi berfikir untuk menikahi perempuan lain.

Kecuali setelah Khadijah wafat, itu pun Nabi Muhammad SAW selalu menyebut nama
Khadijah dan selalu memujinya dihadapan isteri-isteri beliau, sampai-sampai pernah sekali
Siti Aisyah cemburu karena Nabi selalu membicarakan Khadijah, dan secara tidak sengaja
Nabi Muhammad SAW mendengar Siti Aisyah berkata kepada isteri Nabi yang lain. Siti
Aisyah berkata "kenapa Nabi selalu memuji Khadijah, padahal dia sudah tidak ada dan
Khadijah itu adalah seorang janda waktu menikah dengan Nabi, sedangkan aku memberikan
keperawananku kepada Nabi, dan hanya aku satu-satunya isteri Nabi yang perawan. "

Mendengar perkataan Aisyah yang seperti itu, kemudian Nabi menjawab, "Aisyah, memang
benar kau memberikan keperawananmu kepadaku, tetapi aku memberikan perjakaanku
kepada Khadijah."seperti itulah yang dikatakan Nabi Muhammad SAW kepada Aisyah, demi
membela Siti Khadijah isteri yang sangat di cintai nabi kita Muhammad SAW.

12

Dari cerita ini, kita dapat mengambil pengajaran bahawa cinta yang murni itu rela berkorban
demi pasangannya, sehingga pasangan kita tidak pernah dapat melupakan pengorbanan yang
kita berikan kepadanya, meskipun kita sudah tidak ada lagi disisinya lagi, dia akan sentiasa
selalu mengingati kita.

Sumber dari: https://www.youtube.com/watch?v=xeLl3VxYvBE

KESIMPULAN

Sebagai kesimpulannya Dato Siti Nur Bahyah Mahmood adalah seorang tokoh yang
yang berwibawa dan menjadi idola kepada semua peringkat umur. Ciri kewibawaannya telah
menjadi ikutan kepada pelbagai lapisan masyarakat.
Selain itu, beliau juga mempunyai banyak ilmu-ilmu yang berguna dan ilmu-ilmu
yang disampaikan oleh beliau telah digunakan oleh masyarakat yang beragama Islam dalam
pelbagai lapisan umur.
Disamping itu, kesabaran dan kegigihan beliau dalam menangani keperitan hidup
boleh dijadikan contoh teladan kepada sesiapa yang ingin berjaya dan tidak kira status diri.
Tambahan pula, cara kehidupan beliau yang serba sederhana dan suka menderma juga
dapat dijadikan contoh kepada masyarakat diluar sana tidak kira bangsa, agama dan status
pekerjaan.

13

Akhir sekali, banyak motivasi beliau yang dapat digunakan oleh kita semua untuk
terus maju kehadapan dalam hidup ini.

14

You might also like