You are on page 1of 1

GIATMARA merupakan sebuah institusi latihan peringkat akar umbi yang ditubuhkan

di bawah akta syarikat dan dikenali sebagai GIATMARA Sendirian Berhad.


Pentadbiran GIATMARA diletak di bawah MARA, sebuah agensi di bawah
Kementerian Kemajuan Luar Bandar (KKLW).

Penubuhan GIATMARA bertujuan menyediakan latihan kemahiran teknikal dan


vokasional kepada belia-belia di luar bandar dan di dalam bandar bagi
membolehkan para belia mendapat kemahiran sebagai persediaan menjadi tenaga
kerja mahir dan usahawan teknikal bagi memenuhi keperluan industri dan
keperluan kegiatan ekonomi serta keusahawanan di daerah setempat dan dalam
negara. Bajet menguruskan operasi GIATMARA dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan
Malaysia melalui peruntukan yang disalurkan menerusi MARA.

GIATMARA memulakan operasi pada bulan Januari, 1986 di GIATMARA Jitra (kini
dikenali sebagai GIATMARA Prima Kubang Pasu) dengan pengambilan pertama
seramai 60 orang pelatih dalam bidang Elektrik Domestik, Menerap Bata & Kayu
Tanggam dan Bengkuk Besi.
Sambutan dan permintaan tinggi terhadap program GIATMARA menyebabkan
GIATMARA berkembang pesat dari segi bilangan dan program yang ditawarkan.
Pada masa ini GIATMARA menawarkan 39 jenis kursus di bawah 12 jenis kluster iaitu
Mekanikal, Seni Bina, Pengangkutan, Pembuatan, Percetakan, Elektrikal, Komputer &
IT, Fabrik, Elektronik/Mekatronik, Kulinari, Hairdressing & Cosmetology dan
Hospitaliti. Pada akhir RMK 10, bilangan GIATMARA dijangka akan bertambah
menjadi 231 buah seluruh negara.

You might also like