You are on page 1of 9

Sejarah Cetakan

Sejarah cetakan bermula pada tahun 3000SM apabila cetakan timbul yang telah dihasilkan oleh
orang Sumaria dijumpai. Cetakan ini dijumpai sekali dengan salinan imej kulit kerang di atas tanah
liat yang berbentuk empat segi dan mereka berjaya mencetak bentuk relif. Walaubagaimanapun,
ada juga orang yang mengatakan bahawa cetakan bermula apabila cetakan blok kayu buatan
tangan muncul pada abad ke-7 Masihi di Negara China dan seterusnya kemunculan pula cetakan
mono blok kayu buatan tangan di negara barat menjelang abad ke-14 Masihi. Ketika itu, cetakan
yang dihasilkan adalah warna hitam putih sahaja dan kemahiran mencetak ini digunakan untuk
mencetak bahan yang berkaitan dengan keagamaan, hiasan ilustrasi untuk buku dan poster,
propaganda, bahan untuk pendidikan dan cetakan tekstil untuk pakaian.
Pada abad ke-15 pula, penggunaan warna dalam cetakan telah diperkenalkan dan berkembang
sehingga munculnya pelbagai karya yang menarik dan berkualiti. Kini, seni cetakan telah berubah
dari traditional yang menggunakan tangan dan ukiran sendiri kepada moden dengan menggunakan
alatan elektronik seperti komputer, cetakan laser, dan jet. Cetakan yang menggunakan komputer
juga dikategorikan sebagai komputer grafik. Abad ke-16 pula, cetakan telah mencapai status
sebagai satu bentuk seni yang penting dengan kewujudan karya seniman dari Eropah Utara iaitu
Albrecht Durer.

Alatan dan bahan cetakan

- Kepingan linolium
- Blok kayu
- Bahan yang mempunyai jalinan seperti daun kering atau kertas dilekatkan di atas kadbod
untuk diletakkan warna cetakan ke atas Cetakan kolograf dan kolaj
- Set alat ukiran Mengukir imej yang dikehendaki (lino & blok kayu)
- Penggelek warna / roller Meratakan warna pada blok yang hendak dicetak
- Kepingan kaca (digunakan untuk menggelek warna dan meratakan warna)
- Dakwat cetakan lino atau blok kayu (- untuk mendapatkan imej yang dikehendaki)
- Minyak linsid (untuk mencairkan dakwat cetakan)
- 'Newsprint' (untuk mendapatkan imej cetakan)

(a) Cetakan Timbulan (Relief)


Merupakan proses membuat cetakan dengan meletakkan dakwat atau warna pada
permukaan tapak cetakan yang biasanya terdiri daripada blok kayu atau lino.
Hasil permukaan acuan merupakan imej yang terhasil di permukaan kertas.
Contoh cetakan jenis ini ialah:
(a) Cetakan Kayu
(b) Cetakan Lino
(c) Cetakan Kolograf
(d) Cetakan Kolaj

(b) Cetakan Stensil atau Skrin


Cetakan ini memerlukan kain sutera (organdi) yang direnggangkan di atas pemidang
kayu.
Cetakan Sutera Saring / Stensil / Sarigrafi.
Terdapat beberapa kaedah yang boleh digunakan dalam jenis cetakan ini iaitu:
(a) Kaedah Potongan Kertas Pendua
(b) Kaedah Filem Leker

(c) Kaedah Skrin Foto

(c) Cetakan Lithografi / Planograf / Cetakan datar


Juga dikenali sebagai cetakan Plonografi.
Cetakan datar menggunakan blok batu kapur sebagai blok persembahan imej.
Teknik yang digunakan ialah teknik penolakan minyak dengan air.
Kekalisan antara air dan minyak dapat menghasilkan cetakan seakanakan lukisan
pensil.
Cetakan dibuat menggunakan mesin cetak.

(d) Cetakan Benaman (Intaglio)


Berlawanan dengan cetakan timbulan. Bagi cetakan timbulan, dakwat atau pewarna di
atas permukaan yang timbul manakala cetakan benaman pula dakwat atau warnanya di
dalam ukiran turisan yang akan menjadi imej.
Merupakan proses membuat cetakan melalui cara mengukir pada plat logam atau kayu
dan meletakkan dakwat atau warna ke dalam hasil turisan.
Contoh cetakan jenis ini ialah:
(a) Kaedah Turisan (engraving)
(b) Kaedah Gurisan Asid (etching)
(c) Kaedah Akuantin (aquantint)
(d) Kaedah Mesotin (mezzotint)

(e) Cetakan Gurisan Asid


Cetakan asid pertama kali digunakan pada awal kurun ke-16 selepas asid diketahui
boleh digunakan untuk mengguris imej ke dalam kepingan logam.
Rembrandt Van Rijn, Francisco Goya dan Pablo Picasso adalah antara artis yang
menggunakan tekni ini untuk mencipta dan menghasilkan sebahagian daripada karya
utama mereka.
Corak gurisan yang dihasilkan diatas permukaan logam yang telah disapu dengan
sejenis bahan yang kalis asid.
Gurisan dibuat dengan jarum etching di atas permukaan logam.
Mesin digunakan untuk menghasilkan cetakan jenis ini.
(f) Cetakan Kayu
Kaedah yang paling awal digunakan.
Muncul di Negeri China pada kurun ke-8.
Berkembang ke Eropah sekitar tahun 1418 Masihi dan digunakan untuk mencetak rekaan
pada kain. Kemudian, cetakan dikembangkan untuk kegunaan pendidikan, keagamaan,
propaganda dan tekstil untuk pakaian.
Cetakan berwarna diperkenalkan pada kurun ke-15 Masihi. Manakala pada kurun ke-16,
cetakan muncul dan mencapai status sebagai satu bentuk seni yang penting dengan
penghasilan karya Albrecht Durer dan karyawan Eropah.
Di Malaysia, cetakan bermula dengan mencetak kain sarung.
Kaedah yang mudah dan murah kerana peralatan senang didapati.
Cara dan teknik sama dengan cetakan lino. Perbezaannya hanya cetakan kayu
menggunakan kayu yang kesan cetakannya berira manakala cetakan lino menggunakan
lino kesannya yang licin.
Permukaan kayu yang berira ini membawa kesan yang tersendiri yang amat menarik.
Oleh itu, seorang pencetak dari Eropah, Edvard Munch amat suka menggunakan teknik
ini.

(above: Edward Jansen, Railroad Bridge, Wood-block print on paper. Gift of the WPA. 1943.06.47)

(above: Minnie Lois Murphy (American, 1901 - 1962), Election Night, ca. 1935 - 1937, Wood-block
print on paper. Gift of the WPA. 1943.06.17)
(g) Cetakan Lino
Kaedah dan proses sama dengan cetakan kayu iaitu kaedah cetakan timbul.
Bezanya hanya imej yang hendak di cetak di ukir dengan pahat pengukir di atas lino
manakala kaedah cetakan kayu ukiran dibuat di atas blok kayu.

(h) Cetakan Lithografi


Cetakan ini dicipta pada tahun 1798 oleh Aloys Senefelder.
Pada tahun 1890-an, cetakan ini telah muncul dalam karya yang penuh artistik,
iaitu dalam bentuk warna oleh Piere Bonnard dan Henri de Toulouse-Leutrec.
Juga dikenali sebagai cetakan Plonografi.
Cetakan datar menggunakan blok batu kapur sebagai blok persembahan imej.
Teknik yang digunakan ialah teknik penolakan minyak dengan air.
Kekalisan antara air dan minyak dapat menghasilkan cetakan seakan akan lukisan
pensil.
Cetakan dibuat menggunakan mesin cetak.
(i) Cetakan Sutera Saring
Pada sekitar tahun 1930-an, beberapa artis Amerika Syarikat memulakan hasil karya
mereka dengan menggunakan teknik cetakan ini.
Juga dikenali sebagai cetakan stensil dan sarigrafi.
Cetakan ini memerlukan kain sutera (organdi) yang diregangkan pada pemidang.
Imejnya dihasilkan melalui keratan kertas pendua, filem leker atau skrin foto.
Berbeza dengan cetakan lain, ia menggunakan sekuji untuk menyapu dakwat atau warna
di atas permukaan kertas.
Terdapat pelbagai kaedah stensil. Di antaranya ialah:
(a) Kaedah Potongan Kertas Pendua
(b) Kaedah Filem leker
(c) Kaedah Lilin
(d) Kaedah Sutera Saring

(j) Cetakan Stensil Kaedah Potongan Kertas Pendua


Kaedah ini ialah kaedah yang paling ringkas dan mudah. Sediakan sebuah pemidang skrin. Lukis
dan gunting imej atas kertas pendua. Semasa mencetak, letakkan imej yang telah dipotong di atas
kertas permukaan dasar yang hendak dicetak. Pemidang skrin diletakkan di atasnya sebelum
dituangkan dakwat atau warna. Gunakan sekuji untuk meratakan warna di atas pemidang skrin.
Angkat perlahan-lahan pemidang skrin. Biasanya imej yang dipotong itu akan terlekat pada
belakang pemidang skrin. Cetakan ini tidak boleh menghasilkan edisi yang banyak kerana kertas
pendua yang dipotong itu akan lembap dan menyebabkan dakwat atau warna terkeluar. Sila rujuk
rajah-rajah berikut:
(k) Cetakan Stensil Kaedah Filem Laker
Langkah 1 : Sediakan lakaran imej. Kemudian lukis imej pada muka belakang filem
leker.
Langkah 2 : Potong dan keluarkan bahagian-bahagian yang hendak didakwatkan atau
diwarnakan dengan pisau pemotong NT. Filem leker ini mempunyai dua
lapisan. Satu lapisan berlilin dan satu lapisan kertas biasa. Bahagian
yang dipotong ialah bahagian yang berlilin.
Langkah 3 : Setelah selesai mengeluarkan bahagian yang ditembusi dakwat atau warna,
kertas filem leker itu diletakkan di bawah pemidang yang telah tersedia
dengan kain sutera. Kemudian, digosok dengan seterika elektrik yang
sederhana panas. Semasa menggosok, bahagian yang berlilin (leker) akan
melekat pada pemidang, sementara kertas biasa

1. Persediaan membentuk imej


Proses untuk membentuk imej dalam cetakan ini merupakan satu elemen yang sangat penting. Imej
yang dihasilkan mestilah berwarna hitam dan putih. Semakin halus imej yang digunakan, maka
semakin realistik dan semakin cantiknya karya yang akan dihasilkan. Untuk menghasilkan gambar
yang berwarna hitam putih, pengkarya boleh menggunakan pelbagai softway atau pengisisan
komputer seperti adobe Illustrator, Coral Draw dan Photoshop. Selain menggunakan pengisian
komputer, pengkarya juga boleh menggunakan cara manual iaitu pengkarya lukis atas kertas putih
dan tekap atas tracing paper dengan menggunakan marker hitam.
2. Proses menyediakan photo emulsion
Dalam proses membuat cetakan ini, pengkarya hendaklah menyediakan 3 bahan asas iaitu photo
emulsion (berfungsi sebagai merakam imej seperti filem), Sensitizer (fungsi pelengkap kepada photo
emulsion) dan Hardener (fungsi untuk imej bertahan lama dan menutup mana-mana silscree yang
tidak terkena dengan photo emulsion). Selepas belas photo emulsion telah dibuka, maka ia boleh
bertahn sehingga 6 bulan dan 3 bulan jika dicampur dengan sensitizer. Sekira bekas photo emulsion
yang terbuka ini terdedah dengan cahaya, maka photo emulsion itu akan rosak dan tidak boleh
digunakan lagi.
3.Proses Coating sutera saring
Dalam proses ini, pengkarya hendaklah memastikan proses ini tidak terdedah dengan cahaya.
Selepas itu, pengkarya juga hendaklah memastikan silkscreen yang dihasilkan adalah bersih dan
menyapukan photo emulsion yang telah disediakan dengan menggunakan squeegee atau alatan
khas (scoop coater) untuk meratakannya. Setelah selesai proses ini, blok silkcreen tersebut
hendaklah dikeringkan di tempat yang tidak bercahaya supaya photo emulsion yang disapu tidak
rosak akibat pancaran cahaya. Emulsion yang disapu hendaklah di bahagian tengah blok dan tidak
menyentuh permukaan lain semasa proses permukaan lain semasa proses pengeringan supaya
proses seterusnya dapat berjalan dengan lancar
4. Proses penetapan masa dedahan cahaya (Expose)
Proses ini adalah untuk memindahkan imej ke atas silkscreen yang telah siap disapu dengan photo
emulsion. Langkah pertama untuk proses ini ialah pengkarya hendaklah lekatkan atau letakkan imej
di bahagian hadapan blok sutera saring. Selepas itu, membuat expose gambar, kebiasaan untuk
proses ini mengambil masa selama 190 saat. Walaubagaimanapun, penetapan dedahan cahaya ke
atas sesuatu imej juga boleh berbeza, ia bergantung dengan jenis photo emulsion, cara bancuhan
dan campuran, jenis lampu yang digunakan dan kejelasan imej.
5. Proses menanggalkan photo emulsion
Setelah membuat exposes gambar, langkah seterus ialah menanggalkan photo emulsion, proses ini
memerlukan semburan air untuk menanggalkan bahagian photo emulsion yang hendak dicetak.
Photo emulsion yang terdapat di bahagian hitam akan tanggal selepas proses mencuci sutera
saring. Selepas mencuci, biarkan blok itu kering sebelum membuat cetakan. Jika berlaku kerosakan
imej semasa proses mencuci, pembuat hendaklah mencuci kesemuanya supaya imej yang
dihasilkan lebih sharp dan tidak kekurangan bahagian-bahagian tertentu. Sekira photo emulsion
tidak boleh ditanggalkan, maka gunakan photo emulsion remover atau menggunakan Clorox
(kemungkinan silkcreen tidak tahan lama dengan gunakna cara ini) untuk menanggalkan photo
emulsion.

6. Proses penampalan tape


Proses penampalan tape adalah berfungsi untuk menutup lubang yang tidak ditutup
dengan photo emulsion dan untuk menggelakkan warna menembusi bahagian yang tidak mahu
dicetak.
7. Proses mencetak imej
Selepas menjalani kesemua proses di atas, pengkarya sudah boleh mencetak karya.
Semasa membuat cetakan pengkarya hendaklah berhati-hati supaya imej yang. Dicetak tidak lari
terutama bagi layer kedua, tiga dan empat.
8. Proses menanggalkan warna dari blok silkscreen
Selepas membuat cetakan jangan membiarkan warna berada terlalu lama di atas kain sutera saring.
Hal ini kerana warna boleh mengeras dan akan menutupi bahagian lubang kain sutera saring. Oleh
itu, untuk memastikan masalah ini tidak wujud, langkah terbaik ialah terus membasuh aau mencuci
dengan photo emulsion remover setelah proses mencetak, bergitu juga dengan squeegee dan
alatan yang berkaitan. Selepas mencuci, jemur blok sehingga kering. Kesemua proses ini diulangi
sehingga siap keempat-empat layer.

You might also like