You are on page 1of 9

PJM3117 Psikososial Sukan

Tajuk 9

SOSIOLOGI SUKAN

Sinopsis
Tajuk-tajuk dalam modul ini membincangkan berkaitan sosiologi sukan. Selain itu
topik ini akan menumpukan kepada definisi sosiologi sukan, sukan dan
masyarakat dan akhir sekali hubungan sukan dengan struktur masyarakat serta
apa itu sukan dan main. Pelajar harus mencari sumber lain untuk menambah
pengetahuan dalam topik berkenaan. Modul ini juga dibekalkan dengan soalan
latihan dan senarai bahan rujukan.

Hasil Pembelajaran
Setelah selesai membaca modul ini, diharap anda dapat:
1.

Mengetahui definisi sosiologi sukan.

2.

Mengenali sukan dan masyarakat.

3.

Mengetahui hubungan sukan dengan struktur masyarakat.

4.

Menyatakan perbezaan sukan, permainan dan main.

Kerangka Konsep Tajuk-tajuk Modul ini


Sosiologi Sukan

Definisi
sosiologi
sukan

Sukan dan
masyarakat

Hubungan sukan
dengan struktur
masyarakat

90

Main,
permainan
dan sukan
dan main

PJM3117 Psikososial Sukan

KANDUNGAN
9.0

Pengenalan

Sosiologi adalah kajian saintifik yang berkaitan dengan aspek sosial dan budaya
individu dalam komuniti dan masyarakat. Sosiologi adalah bidang yang
menjelaskan dan menerangkan berkaitan organisasi sosial manusia. Kajian
saintifik bermaksud sesuatu yang teratur, empirikal, sistematik serta mengambil
kira isu berkaitan kesahan (validity) dan kebolehpercayaan (reliability) kaedah
kajian yang digunakan. Struktur merujuk kepada suatu organisasi yang wujud
dalam masyarakat mikro dan makro seperti individu, seorang pelajar, seorang
atlet dan seorang guru. Makro pula merupakan kumpulan pelajar, pasukan atau
unit. Proses ialah interaksi yang berlaku antara individu dan kumpulan dalam
masyarakat dalam bentuk komunikasi, konflik, komersialisasi, birokratik,
sosialisasi, proses menginstitusikan dan proses lain yang berkaitan.
9.1

Definisi Sosiologi Sukan

Bidang kajian yang mengaplikasikan konsep sosiologi untuk melihat dan


memahami apa yang berlaku dalam sukan. Ini termasuklah usaha untuk
memahami interaksi yang wujud antara individu dalam pasukan dan mereka
yang berkaitan dengannya seperti penonton, pengurusan dan media. Isu
sosiologi yang signifikan dalam sukan termasuklah corak organisasi sosial yang
terlibat, sifat formal sukan seperti pasukan, jurulatih, pemain, penganjur, undangundang dan peraturan, tahap keseriusan menghadapi pertandingan seperti
menang-kalah tidak ditentukan lebih awal dan penekanan terhadap kemahiran
fizikal yang tinggi.
Menurut Leonard II (1980), sosialisasi merupakan satu proses biasa yang
melibatkan manusia, mempelajari budaya dan menjadi ahli kepada masyarakat.
Sosialisasi merupakan proses normal dalam kehidupan setiap insan. Budaya
dan cara hidup masyarakat diwarisi dari generasi ke generasi melalui proses
sosialisasi. Sosialisasi adalah proses yang berlaku sepanjang hayat meskipun
kebanyakan kajian berpendapat dan memberi tumpuan ke atas peringkat awal
tumbesaran manusia.

91

PJM3117 Psikososial Sukan

Brim (1966), telah menyatakan bahawa sosialisasi mengakibatkan pelbagai


perubahan kepada manusia sebagai ahli masyarakat. Tiga perkara berlaku iaitu
pertamanya manusia perlu memahami apa yang diharapkan oleh masyarakat.
Mereka mesti mengenalpasti apakah tingkah laku sesuai yang terlibat dalam
berbagai peranan yang dimainkan. Keduanya, manusia perlu meningkatkan
kebolehan untuk memenuhi keperluan peranan-peranan yang dimainkan.
Ketiganya,

melalui

sosialisasi

yang

sempurna

manusia

bukan

sahaja

memperolehi kebolehan tersebut tetapi juga kemahuan serta kesediaan mereka


untuk memenuhi kehendak-kehendak masyarakat.
Proses sosialisasi berkaitan dengan sukan didapati lebih kompleks kerana sukan
memainkan pengaruh dalam sepanjang hayat manusia itu dan di dalam berbagai
bentuk yang bersaling kaitan (Kenyon, 1969). Ini adalah jelas jika ditinjau tentang
proses sosialisasi sukan dalam dimensi sosialisasi ke dalam sukan.
Menurut ahli sosiologi sukan merupakan satu institusi sosial dalam masyarakat.
Untuk membolehkan sukan diinstitusikan sebagai satu institusi sosial dalam
masyarakat, beberapa kriteria tertentu perlu dipenuhi bagi membolehkan ianya
diterima sebagai satu institusi sosial. Antaranya adalah :
(a)

undang-undang dan peraturan - wujudnya undang-undang dan peraturan


yang mengawal perjalanan sukan tersebut.

(b)

sosioemosi - kesan sosial dan psikologi individu yang dicapai menerusi


penglibatan dalam sukan, antaranya katarsis (peluang untuk melepaskan
tekanan secara yang dibenarkan menerusi sukan).

(c)

sosialisasi - merangsang individu untuk saling mengenali antara satu


sama lain merentasi warna kulit kepercayaan dan sebagainya.

(d)

integrasi - menyatupadukan individu daripada pelbagai latar belakang


seperti menjadi satu pasukan sekolah, daerah dan negeri.

(e)

politik - alat untuk menunjukkan kuasa (pengurusan pasukan atau


persatuan dan hierarki dalam persatuan).

(f)

mobiliti sosial - proses yang bersifat dinamik dan sentiasa berubah untuk
memberi peluang kepada individu untuk meningkat seperti pemain
peringkat sekolah meningkat ke peringkat daerah, negeri atau negara.
92

PJM3117 Psikososial Sukan

9.2

Sukan dan Masyarakat

Proses sosialisasi adalah ruang untuk individu bersosial dan saling berinteraksi
dengan orang lain. Melalui proses ini, kita saling mengenali, mempelajari budaya
dan menyesuaikan diri menjadi ahli dalam sesebuah masyarakat tersebut.
Penglibatan dalam sukan membuka ruang untuk bersosialisasi serta berinteraksi
dengan orang lain. Proses sosialisasi sukan berlaku menerusi dua cara iaitu
sosialisasi ke dalam sukan dan sosialisasi menerusi sukan.
(a)

Sosialisasi ke dalam sukan


Individu memilih untuk melibatkan diri ke dalam sukan kesan dari
pengaruh, dorongan serta impak agen-agen sosialisasi sukan. Pengaruh
agen-agen sosialisasi ini membantu membentuk sikap, nilai dan perlakuan
yang diperlukan dalam sukan yang diceburi.

(b)

Sosialisasi menerusi sukan


Sukan menjadi alat kepada proses sosialisasi. Elemen-elemen dalam
sukan seperti sikap bekerjasama, toleransi, berdisiplin serta menghormati
individu lain dan peraturan membantu dalam proses pembentukan sikap,
nilai dan perlakuan individu tersebut.

9.3

Hubungan Sukan Dengan Struktur Masyarakat

Penglibatan dalam sukan menghasilkan kesan-kesan positif dan negatif kepada


individu dan negara. Antara kesan positif ke atas individu adalah :
(a)

pembentukan watak - sukan dapat membentuk perwatakan individu yang


positif.

(b)

imej kendiri yang positif - penyertaan dalam sukan boleh meningkatkan


imej diri.

(c)

kualiti kepimpinan - pembentukan daya kepimpinan individu, khususnya


dalam sukan berpasukan.

(d)

semangat patriotisme - rasa bangga mewakili pasukan dibentuk menerusi


penyertaan dalam bidang sukan.

(e)

semangat setia kawan/berpasukan - terbentuk menerusi penyertaan,


interaksi serta sosialisasi dalam sukan.

93

PJM3117 Psikososial Sukan

(f)

kesihatan - peningkatan kesihatan individu secara keseluruhan boleh


dicapai menerusi penyertaan dalam bidang sukan.

Beberapa nilai positif yang perlu diamalkan adalah seperti menghormati


peraturan, sifat bekerjasama, bertoleransi dan nilai-nilai murni yang lain. Jika
tidak diawasi, penglibatan dalam sukan juga akan mendatangkan kesan negatif
kepada individu seperti :
(a)

Sikap

terlalu

mementingkan

kemenangan

sehingga

meninggalkan

semangat kesukanan dan berpasukan.


(b)

Penggunaan bahan terlarang untuk meningkatkan prestasi.

(c)

Membelakangkan nilai-nilai kesukanan yang lain.

(d)

Keagresifan dalam sukan.

Penglibatan negara dalam bidang sukan pula mendatangkan kesan-kesan


seperti berikut :
(a)

Sosial
Integrasi

kaum-proses

integrasi

kaum

(integrasi

nasional)

dapat

dilaksanakan kerana aktiviti sukan merentasi batasan kaum.


(b)

Ekonomi
Sumber kewangan-peningkatan sumber kewangan dari segi penajaan
pertandingan, hak penyiaran, kutipan cukai serta kedatangan pelancong
asing (pelancong sukan).

(c)

Politik
Semangat setia kawan-khususnya pada peringkat serantau dapat disemai
menerusi penyertaan dalam bidang sukan seperti sukan SEA dan Asia.

Kerjasama antarabangsa - dapat diwujudkan menerusi sukan secara meluas


seperti Sukan Olimpik, Sukan Komanwel dan Sukan Asia. Jika tidak diawasi
penglibatan negara dalam bidang sukan juga akan mendatangkan kesan negatif
seperti perbalahan antara negara kerana ingin mendapatkan hak penganjuran
sukan dan pemboikotan sukan. Kesannya, semangat setiakawan serta
kerjasama antarabangsa mungkin terjejas jika proses penglibatan dalam sukan
ini tidak ditangani dengan teliti.
94

PJM3117 Psikososial Sukan

9.4

Main, Permainan dan Sukan

(a)

Main

Main ditakrifkan sebagai sebarang aktiviti yang memberikan kegembiraan dan


kepuasan kepada kanak-kanak tanpa menimbangkan apakah hasil aktiviti itu.
Dengan lain perkataan, kanak-kanak bermain bukan kerana ingin akan sesuatu
atau mencapai tujuan tertentu. Bermain dianggap sebagai satu pekerjaan bagi
kanak-kanak, tetapi bukanlah pekerjaan yang memerlukan hasil akhiran atau
tujuan tertentu. Ciri-ciri lain main ialah :
(i)

Individu bermain secara sedar dan sukarela.

(ii)

Tidak mempunyai peraturan tertentu.

(iii)

Bukan kerja harian individu yang terlibat.

(iv)

Tidak mempunyai had masa serta ruang untuk menyekat mereka.

(v)

Hasilnya bukan berbentuk material atau kebendaan.

Main ialah satu aktiviti bebas di luar kehidupan seharian yang melibatkan
seseorang secara langsung. Ia merupakan satu aktiviti yang tidak mementingkan
penghargaan material atau keuntungan. Masa dan ruang juga tidak dihadkan
semasa bermain tetapi ditetapkan dengan peraturan-peraturan tertentu dan lebih
teratur.
Menurut Kraus (1990), bermain juga bukanlah satu aktiviti yang dipaksa malah
merupakan keinginan semulajadi kanak-kanak. Lazimnya apabila sesuatu
tugasan itu dianggap mudah, tugasan tersebut sering dirujuk sebagai mainan
kanak-kanak memandangkan tidak wujudnya komplikasi dan merupakan nilai
yang paling berharga buat perkembangan kanak-kanak.

Mengikut Carr (2004), main merupakan pengalaman katartik, memberi peluang


kepada kanak-kanak untuk meluahkan emosi yang negatif. Sebagai contoh
kanak- kanak yang berusia empat tahun yang baru sahaja mendapat adik baru
akan mengalami pengalaman negatif seperti penolakan kasih sayang dan
perasaan permusuhan terhadap adik tersebut. Untuk perihal ini, main dikatakan
dapat menyuarakan perasaan kecewa tersebut.

95

PJM3117 Psikososial Sukan

Dari aspek psikoanalisis, Freud menjelaskan main memberi peluang kepada


kanak-kanak untuk memperolehi perasaan, dapat mengawal keadaan di
samping membantu kanak-kanak untuk berurusan dengan realiti sebenar (Kraus,
1990).
(b)

Permainan

Permainan pula merupakan satu aktiviti main yang mempunyai undang-undang


yang eksplisit, matlamat yang ditetapkan, mempunyai elemen pertandingan, had
masa dan ruang yang dikenal pasti serta sekuens pergerakan yang berulang
setiap kali permainan dijalankan.
Permainan juga merupakan salah satu alat pengukuhan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Menurut Allessi & Trollip (1991) permainan ialah
suatu aktiviti yang melibatkan proses pembelajaran secara tidak formal.
Permainan

mampu

merangsangkan

untuk

mewujudkan

pembelajaran

atau

suatu

suasana

penguasaan

sesuatu

yang

dapat

kemahiran.

Permainan tidak mempunyai tujuan yang jelas tetapi boleh berubah kepada
sukan. Individu yang menyertai sesuatu jenis permainan mempunyai matlamat
tertentu seperti prestij, status atau pengiktirafan tertentu dari pihak-pihak
yang tertentu. Permainan mempunyai unsur organisasi dan pertandingan
mengikut
tertentu
(c)

jenis

permainan

berdasarkan

yang

disertai

undang-undang

formal

serta
atau

mempunyai
tidak

struktur

formal.

Sukan

Permainan merupakan salah satu alat pengukuhan dalam proses pengajaran


dan pembelajaran. Menurut Allessi & Trollip (1991) permainan ialah suatu aktiviti
yang melibatkan proses pembelajaran secara tidak formal. Permainan mampu
untuk mewujudkan suatu suasana yang dapat merangsangkan pembelajaran
atau penguasaan sesuatu kemahiran. Permainan tidak mempunyai tujuan yang
jelas tetapi boleh berubah kepada sukan. Sukan terdiri daripada aktiviti fizikal
yang dilakukan untuk pelbagai tujuan untuk pertandingan, keseronokan,
pembangunan, kemahiran, kecemerlangan, dan sebagainya. Perbezaan tujuan
inilah yang membezakan sifat sesuatu sukan itu.

96

PJM3117 Psikososial Sukan

Sukan ialah satu pertandingan dalam bentuk permainan dan terdapat eksploitasi
individu. Ia mempunyai ciri-ciri seperti kontinuiti, pembahagian peranan, interaksi
yang dinamik dengan audien dan pengurusan yang mantap. Sukan juga
merupakan satu perlakuan atau permainan yang melibatkan kemahiran dan
daya usaha fizikal. Malah, penglibatan murid adalah untuk keseronokan,
pertandingan atau penghargaan dari segi kewangan dan lain-lain.
Berenang secara bertanding di hadapan ribuan penonton boleh diklasifikasikan
sebagai sukan tetapi berenang bersendirian di kolam atau laut dilihat sebagai
aktiviti rekreasi.
Oleh itu jelaslah bahawa sukan sangat tersusun dari segi struktur organisasinya.
Ia mempunyai unsur pertandingan untuk menghasilkan pemenang. Individu
terlibat memerlukan kemahiran perancangan, kemahiran motor atau lakuan
lakuan motor strategi dan nasib yang tidak menentu. Sukan juga tempat dimana
individu terlibat memperlihatkan keupayaan fizikal dan mental yang tinggi dalam
acara yang disertai mereka.
Kesimpulan
Sosiologi sukan boleh disimpulkan sebagai suatu bidang yang mengkaji
tingkahlaku manusia dan interaksi sosial dalam kontek budaya. Bidang ini mengkaji
tingkah laku manusia dan interaksi sosial yang berlaku dalam kontek budaya dan sosial
serta meneliti aspek-aspek persekitaran yang mempengaruhi sosial terutamanya di
dalam sukan. Bagaimana sukan itu distrukturkan, tingkah laku sukan terbentuk dan
faktor-faktor yang mempengaruhinya: politik, ekonomi dan sosial. Sosiologi sukan
merupakan satu sub disiplin sosiologi yang melihat sukan sebagai sebahagian daripada
aktiviti sosial dan budaya masyarakat. Terdapat pelbagai teori yang boleh dikaitkan dan
pendekatan yang digunakan untuk mengkaji aktiviti sosial yang di berlaku dalam sukan.
Dengan pengetahuan yang mendalam dalam bidang ini, adalah diharapkan para
penggiat sukan berupaya mengaplikasi pengetahuan ke dalam senario sukan dengan
menyelesaikan permasalahan yang ditimbulkan dari sudut bidang pengajian sosiologi
sukan.

97

PJM3117 Psikososial Sukan

TUGASAN TERARAH
Bagi meningkatkan pengetahuan, anda disaran agar mendapatkan dan
mengumpulkan maklumat tambahan dari bahan bacaan dan bahan multimedia
yang berkaitan nilai atau moral dan etika dalam sukan.

LAMAN WEB
http://www.infolizer.com/search/Definisi-sosiologi/
http://www.scribd.com/doc/53315289/sosiologi-sukan
http://www.scribd.com/doc/47530388/Sejarah-Teori-Sosiologi-Dalam-Sukan
http://hilmiahmad.blogspot.com/
http://rujuknota.blogspot.com/2009/08/sosiologi-sukan.html
http://www.kbs.gov.my
http://www.motac.gov.my

PORTFOLIO
Dokumen atau tugasan perlu disimpan dalam portfolio dan diserahkan kepada
pensyarah dalam bentuk soft dan hard copy.

RUJUKAN
Shahabuddin Hashim, Mahani Razali & Ramlah Jantan. (2003). Psikologi
pendidikan. Kuala Lumpur. PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
Shaharudin Aziz. (2001). Siri Pendidikan Sukan Utusan : Mengaplikasi teori
psikologi dalam sukan. Kuala Lumpur. Utusan Publication & Distributors
Sdn. Bhd.

98

You might also like