You are on page 1of 2

ISL 10: Tamadun India mempunyai hubungan yang kuat dengan agama.

Dengan contoh-contoh yang jelas. Bincangkan kenyataan ini.


PENDIDIKAN
Peningkatan dalam bidang pendidikan bermula pada Zaman Vedik.
Pendidikan pada zaman ini sangat mementingkan keagamaan dan Hindu
menjadi terasnya. Pendidikan pada zaman ini hanya didominasi oleh kaum lelaki.
Golongan wanita pada masa itu tidak mempunyai ruang untuk menerima
pendidikan. Pendidikan pula memberikan perhatian kepada pembelajaran kitabkitab Veda dan bahasa Sanskrit merupakan medium pengajaran yang penting.
Kaedah hafalan merupakan kaedah yang digunakan untuk mendalami kitab-kitab
Veda tersebut.
Pendidikan yang berteraskan agama Hindu dan Buddha adalah untuk
menyediakan manusia menghadapi hari selepas mati. Tumpuan pendidikan ialah
agama. Segala hukum agama harus dipelajari supaya mereka dapat hidup
sempurna dengan nilai-nilai murni yang diajar oleh agama. Pendidikan tinggi
telah diberikan di Kolej Brahman. Untuk mencapai taraf sebagai Brahmin tang
berpendidikan, seseorang harus menghafal pelbagai buku agama khususnya
Veda yang mengandungi peraturan ritual, mantera, dan lagu-lagu agama.
FALSAFAH
Falsafah wujud dalam 2 bentuk pemikiran yang besar, iaitu kumpulan yang
bersumberkan kitab Veda dan yang menolak kitab Veda. Kitab Veda terdiri
daripada Rig Veda, Yajur Veda, Sama Veda, dan Atharva Veda. Upanishad,
Mahabharata, dan Bhagavad Gita merupakan antara sumber falsafah yang
terdapat dalam Veda. Sementara falsafah bukan aliran Veda bersumberkan
ajaran Carvaka, Jainismedan Buddhisme.
SAINS DAN TEKNOLOGI
Sains dan teknologi ialah cabang kepada pengetahuan Vedik.
Pengetahuan tentang astronomi dapat dipetik daripada Rig Veda. Ilmu
matematik telah wujud dalam tamadun India dan berkembang pest pada Zaman
Gupta. Ahli matematik India telah mengetahui tentang konsep geometri dan telah
memperkenalkansistem nombor, iaitu angka Brahmin dan angka Kharosti.
Sistem angka juga telah wujud dalam tamadun Yunani, iaitu herodianicdan ionic.
Ilmu perubatan berkembang disebabkan kecendurungan masyarakatnya dalam
fisiologi kerana kaitannya dengan yoga.
SENI BINA
Masyarakat telah berupaya untuk membina binaan yang sangat baik. Hal
ini dapat dilihat pada binaan Great Bath. Oleh sebab kehidupan masyarakat

India sangat erat hubungannya dengan agama, maka bidang seni bina turut
berkembang berdasarkan keagamaan. Oleh itu, terlihat binaan yang berteraskan
agama Buddha dan Hindu. Antara binaan yang mengagumkan termasuklah
binaan kompleks kuil di Gua Ajanta. Kompleks ini mempunyai 20 buah kuil.
Sementara itu kompleks kuil di Gua Ellora pula mempunyai 28 buah kuil-gua dan
dibina antara abad kelima hingga abad kelapan Masihi.
BAHASA DAN KESUSASTERAAN
Kelompok Dravidia dan Indo- Arya mempunyai budaya serta bahasa yang
berbeza. Bagi masyarakat Dravidia di bahagian selatan India bahasanya adalah
seperti Telegu, Malayalam, Kannada dan sebagainya. Bahasa utama pada
Zaman Vedik ialah bahasa Sanskrit.
Tamadun India turut menghasilkan satera agama Hindu dan Buddha,
antaranya termasuklah epik Mahabharata dan Ramayana. Mahabharata
menceritakan peperangan antara dua tentera, iaitu yang baik dan yang jahat.
Ramayana pula ialah cerita inkarnasi Dewa Vishnu sebagai Rama dan
pergaduhannya dengan raja Sri Lanka yang melarikan isterinya, Sita.
SISTEM SOSIAL
Dalam tamadun India, salah satu perkara penting yang harus
diperhatikan dalam sistem sosial ialah kewuujudan sistem kasta. Sistem ini
merupakan sebuah institusi yang sangat unik dan tidak ditemui dalam manamana tamadun dunia yang lain. Sistem ini mempunyai empat kasta utama, iaitu
Brahmin, Ksyatria, Vaisya dan Sudra. Keempat-empat kasta ini mempunyai
tangggungjawabyang berbeza. Sistem kasta ini menjadi darah daging kepada
sistem sosial India dan sistem ini diikuti dengan ketat. Berdasarkan sistem ini,
abtara lainnya, seseorang lelaki tidak boleh mengahwini wanita daripada kasta
yang berbeza dan tidak boleh bercampur gaul dengan ahli kasta yang berbeza.

You might also like