You are on page 1of 14

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi klinik kesihatan terdekat.

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA


www.myhealth.gov.my
http://fh.moh.gov.my
KKM/25,000/2011

TAHNIAH!
PUAN DISAHKAN HAMIL

Selamat Datang
ke Alam Kehamilan
Mengetahui bahawa puan hamil adalah saat yang amat menggembirakan
bagi puan, suami dan keluarga. Walau bagaimanapun, puan mungkin
mempunyai pengalaman dan masalah yang berbeza dengan wanita lain
semasa hamil. Jadi, pelbagai persoalan yang bermain di fikiran puan,
sama ada pertama kali atau sudah berpengalaman. Oleh sebab itulah,
nasihat dan petunjuk sentiasa diharapkan bagi melahirkan bayi yang sihat
dengan selamat.

1
Booklet-Hamil_648.indd B-1

7/27/2012 10:00:20 AM

Kalau saya mengalami tanda-tanda awal kehamilan,


apa yang patut saya buat?
Jika puan mengalami tanda-tanda awal kehamilan:
i.

segera ke klinik untuk pemeriksaan kesihatan

ii. sekiranya disahkan hamil, puan perlu menjalani pemeriksaan secara


berjadual di klinik kesihatan atau klinik/hospital swasta secepat
mungkin.

Tanda Awal Kehamilan

Perubahan Fizikal

Adakah saya hamil?

Boleh ke perubahan fizikal terjadi kepada saya?

Terdapat beberapa tanda awal yang menunjukkan puan hamil iaitu:

Boleh. Perubahan fizikal yang mungkin boleh terjadi kepada puan ialah:

Tidak datang haid


Loya dan muntah
Sentiasa lapar
Kerap buang air kecil
Letih lesu
Sakit dan tegang pada payudara
Perubahan emosi
Rasa hendak demam

2
Booklet-Hamil_648.indd 2-3

warna pada sekeliling puting payudara menjadi lebih gelap


timbul garisan tegak berwarna gelap pada perut (linea nigra)
lain-lain seperti kulit kelihatan lebih gelap, jerawat dan rambut kelihatan
lebat.

Perubahan ini hanyalah sementara dan tidak membahayakan. Ia akan


hilang selepas puan bersalin.

3
7/27/2012 10:00:34 AM

Pemeriksaan Kehamilan
Secara Berjadual (Antenatal)
1. Di mana saya boleh buat pemeriksaan kehamilan (antenatal)?
Puan boleh buat pemeriksaan kehamilan di klinik kesihatan, klinik
desa atau klinik/hospital swasta terdekat. Puan mesti hadir ke klinik
mengikut tarikh yang ditetapkan oleh anggota kesihatan.
2. Bila masa yang sesuai untuk saya mula pergi ke klinik bagi
pemeriksaan kehamilan?
Puan perlu hadir ke klinik seawal mungkin.

3. Perlu ke saya pergi ke klinik?


Puan perlu hadir ke klinik seawal mungkin sebelum usia kandungan mencapai
12 minggu untuk:

menilai tahap kesihatan


menjalankan ujian saringan penyakit yang boleh menjejaskan
pertumbuhan bayi
diberi suplemen yang sesuai atau vitamin
diberi pendidikan kesihatan
pengesanan awal masalah kesihatan untuk membolehkan puan dirujuk
kepada pakar.

4. Mengapa saya perlu jalani pemeriksaan kehamilan secara


berjadual?
Pemeriksaan kehamilan perlu dilakukan secara berjadual untuk mengetahui
tahap kesihatan ibu dan janin (bayi dalam kandungan).

4
Booklet-Hamil_648.indd 4-5

5. Doktor beritahu ke setiap hasil pemeriksaan kehamilan kepada


saya? Kenapa diterangkan kepada saya?
Setiap hasil pemeriksaan kehamilan akan diterangkan dengan jelas kepada
puan supaya puan mengetahui tahap kesihatan puan serta bayi. Sekiranya
tidak jelas puan perlu bertanya.

6. Berapa kerap saya perlu hadir ke klinik?


Secara lazimnya, jika puan tiada sebarang masalah kesihatan, puan perlu
hadir ke klinik untuk pemeriksaan kehamilan seperti jadual di bawah:

Awal kehamilan hingga usia kandungan 27 minggu (sebulan sekali)


Usia kandungan 28 minggu hingga 35 minggu (2 minggu sekali)
Usia kandungan 36 minggu hingga bersalin (seminggu sekali)

* Jika puan mengalami masalah kesihatan semasa hamil, puan perlu hadir
ke klinik dalam kadar segera.

7. Ada kesan sampingan tak kepada bayi kalau saya scan bayi
saya?
Imbasan ultrasound (ultrasound scan) tidak memberi sebarang kesan
sampingan terhadap bayi dalam kandungan.

5
7/27/2012 10:00:42 AM

Tanda-tanda yang
memerlukan rawatan SEGERA
di klinik/hospital
Apa tanda-tanda yang memerlukan saya bertindak segera
semasa hamil?

Demam yang tinggi


Loya dan muntah yang teruk
Sakit perut yang luar biasa
Pucat
Letih lesu
Sesak nafas
Sakit kepala
Penglihatan kabur
Sakit ulu hati
Kaki bengkak
Tiada peningkatan berat badan
Peningkatan berat badan berlebihan
Pembesaran rahim tidak sepadan dengan jangkamasa kehamilan
Janin kurang bergerak atau tidak aktif
Sakit bersalin sebelum masa
Pecah mentuban sebelum cukup bulan
Darah keluar dari faraj (tumpah darah)
Jantung berdebar-debar
Tidak berdaya untuk melakukan kerja rumah biasa/rutin harian.

Kalau saya hamil luar rahim, apa tanda-tandanya?


Puan mungkin merasa sakit di bahagian perut dan pinggul serta
pendarahan melalui faraj.

Hubungan Seks
Boleh ke saya lakukan hubungan seks semasa hamil?
Boleh. Tiada halangan untuk melakukan hubungan seks semasa hamil.
Walau bagaimanapun sekiranya puan mengalami tumpah darah dan
kedudukan uri di bawah, sila dapatkan nasihat doktor.

6
Booklet-Hamil_648.indd 6-7

7
7/27/2012 10:00:45 AM

4. Ada tak makanan yang perlu saya makan lebih semasa hamil?

Pemakanan
1. Mengapa saya perlu makan secara sihat semasa hamil?
Puan perlu amalkan pemakanan sihat untuk:

memastikan perkembangan bayi yang sihat


mengekalkan kesihatan ibu
memenuhi keperluan nutrien dan memastikan pertambahan berat badan
yang bersesuaian semasa hamil.

2. Jenis makanan macamana yang berkhasiat untuk saya?


Puan perlu mengamalkan pemakanan yang seimbang mengikut piramid
makanan semasa hamil.

3. Berapa kerap saya perlu makan dalam sehari dan jumlah


makanan yang perlu diambil?
Puan perlu makan pada setiap kali waktu makan dengan mengambil
makanan yang seimbang.

i. Pilih makanan yang mempunyai tinggi bahan nutrien seperti:

Kalsium (susu, keju, dadih, sayuran dedaun hijau dan produk kacang
soya)
Vitamin A (hati, susu, telur)
Vitamin B Kompleks ( hati, daging tanpa lemak, ikan dan susu)
Vitamin C (jambu, betik dan limau)
Asid Folik (sayuran berdaun hijau, hati dan kacang)
ii. Ambil makanan tambahan (jika disarankan oleh doktor atau Pakar
Pemakanan.

5. Ada tak makanan yang perlu saya elak semasa hamil?


Puan perlu elakkan makanan seperti berikut:

Makanan mentah seperti sushi


Daging mentah atau separa mentah
Makanan yang tercemar dengan merkuri
Makanan beralkohol
Makanan herba
Minum berkafein

6. Boleh ke saya amalkan atau elakkan makanan mengikut


kepercayaan adat resam?
Boleh, tetapi jangan sampai membahayakan kesihatan puan dan bayi.

8
Booklet-Hamil_648.indd 8-9

9
7/27/2012 10:00:49 AM

Pakaian

Kebersihan diri

Jenis pakaian dan kasut yang macamana sesuai untuk saya


semasa hamil?
Pakaian yang longgar dan selesa amat sesuai untuk puan semasa hamil.
Pastikan kasut juga selesa, elakkan kasut yang bertumit tinggi dan pastikan
tapak kasut yang mencengkam.

Ubat-ubatan

Perlu ke saya jaga kebersihan diri?


Puan perlu menjaga kebersihan diri bagi mengelakkan jangkitan terhadap
ibu dan bayi dalam kandungan. Khususnya kebersihan di bahagian sulit.

Penjagaan payudara
Kenapa saya perlu menjaga payudara?

Boleh ke semua ubat saya ambil semasa hamil?

Puan perlu menjaga payudara sebagai persediaan untuk menyusu bayi


puan kelak.

Tidak semua ubat boleh puan ambil semasa hamil. Puan perlu rujuk kepada
doktor sebelum mengambil sebarang ubat.

Macamana saya nak jaga payudara?

Ada tak vitamin yang bagus untuk saya ambil semasa hamil?

Cara terbaik untuk menjaga payudara ialah mencuci puting payudara


dengan air bersih dan memakai coli yang sesuai dan selesa.

Memang ada seperti:

Asid folik
Zat besi

B Complex
Vitamin C

Rehat
Perlu ke saya rehat secukupnya?
Ya. Puan perlu berehat secukupnya bagi mengekalkan tahap kesihatan ibu
dan bayi dalam kandungan.

10
Booklet-Hamil_648.indd 10-11

Penjagaan emosi
Kenapa saya perlu jaga emosi saya?
Puan perlu jaga emosi supaya tidak menjejaskan kesihatan diri puan dan
bayi.

Macamana saya nak jaga emosi saya semasa hamil?


Puan perlu sentiasa berfikiran positif dan banyak membaca.

11
7/27/2012 10:01:10 AM

Senaman Pergerakan Tangan

Senaman

Kebaikan:

Senaman Antenatal
Senaman ringan yang macam mana boleh saya buat semasa
hamil?
Terdapat senaman ringan yang boleh puan lakukan seperti:

Senaman pernafasan
Senaman pergerakan tangan
Senaman pergerakan pergelangan kaki
Senaman untuk menguatkan otot pinggul

- Membantu melegakan pedih ulu hati,


meningkatkan pengaliran darah serta pernafasan
dan mengembangkan paru-paru.
Posisi permulaan:
- Berdiri tegak
Langkah-langkah:
- Berdiri tegak dengan mendepakan kaki. Tetapkan
bahu ke belakang.
- Angkat kedua belah tangan secara lurus
ke belakang sejauh mungkin tanpa
membengkokkan siku.
- Gerakkan tangan 180 ke hadapan. Hayun
tangan ke belakang semula dan ulang pergerakan
ini sebanyak 5 kali.

Senaman Pergerakan Pergelangan Kaki

Senaman Pernafasan

Kebaikan:
- Meningkatkan pengaliran darah
- Mengekalkan gerakan pergelangan kaki
Posisi permulaan:
- Duduk di atas lantai dengan meluruskan kedua
belah kaki
- Duduk di atas kerusi dengan mengangkat atau
menopang kaki
Langkah-langkah:
- Angkat sebelah kaki dan gerakkan pergelangan
kaki dalam bentuk bulatan beberapa kali,mula
dengan satu hala kemudian ke hala berlainan.
Jangan gerakkan lutut, Ulang dengan kaki
yang sebelah lagi.

Pernafasan Diafragma

Pernafasan Lateral Costal

Kebaikan:

Posisi permulaan:

- Mengekalkan pengembangan paru-paru dan mengoptimakan


kapasiti keperluan oksigen dalam aktiviti seharian ketika
hamil.
- Membantu menenangkan dan melegakan kesakitan.

- Duduk dalam posisi hampir baring atau posisi selesa.


- Letakkan tangan anda di bahagian sisi tulang selangka.
- Tarik nafas panjang melalui hidung dan hembus keluar
menerusi mulut.
- Ulang proses ini sebanyak 5 kali.

Posisi permulaan:
- Duduk dalam posisi hampir baring atau posisi selesa.
- Letakkan tangan di bahagian atas perut.
- Tarik nafas panjang melalui hidung dan hembus keluar
menerusi mulut.
- Ulang proses ini sebanyak 5 kali.

* Anda sepatutnya merasakan sedikit pergerakan di bawah tangan


semasa melakukan senaman ini.

Senaman Untuk Menguatkan Otot Pinggul


Kebaikan:

Langkah-langkah:

- Menguatkan otot pelvis


- Mengelakkan masalah selepas bersalin seperti
incontinence dan prolapsed uterus
- Otot lebih fleksibel semasa bersalin

- Bayangkan anda sedang menahan diri daripada


membuang air kecil dan ketatkan otot untuk
mengelakkan kebocoran
- Kekalkan keadaan ini selama 5 saat. Bernafas
seperti biasa
- Jangan ketatkan otot di bahagian punggung dan peha
- Rehat selama 10 saat
- Ulang sebanyak 10 kali

Posisi permulaan:
- Duduk, berdiri atau baring dengan membengkokkan
kaki

12
Booklet-Hamil_648.indd 12-13

13
7/27/2012 10:01:17 AM

Senaman Postnatal
Jenis senaman macamana yang boleh saya buat selepas bersalin?
a. Senaman Otot Pelvis
Senaman Postnatal harus dimulakan sejurus selepas bersalin. Ia dapat
mengurangkan kemungkinan tidak dapat mengawal kencing dan
memulihkan fungsi otot pelvis.

d. Senaman Pergerakan Tangan

Membantu melegakan pedih ulu hati, meningkatkan pengaliran darah serta pernafasan dan mengembangkan
paru-paru.

Posisi permulaan

b. Senaman Abdomen

Untuk menguatkan otot abdomen.


Untuk memperbaiki keseimbangan di dalam aktiviti seharian.

Posisi permulaan

Baring di atas lantai atau katil, bengkokkan kaki dan angkat kepala.

Berdiri tegak.

Langkah-langkah

Berdiri tegak dengan mendepakan kaki. Tetapkan bahu ke belakang.


Angkat kedua belah tangan secara lurus ke belakang
sejauh mungkin tanpa membengkokkan siku.
Gerakkan 180 ke hadapan. Hayun tangan
ke belakang semula dan ulang pergerakan ini
sebanyak 5 kali.

Langkah-langkah

Tarikh nafas kemudian hembuskan nafas.


Pada masa yang sama, kempiskan perut dan rapatkan tulang belakang ke lantai.
Tahan selama 5 saat dan rehat.
Ulang sebanyak 5 kali.

c. Senaman Pergerakan Pergelangan Kaki

Meningkatkan pengaliran darah.


Mengekalkan gerakan pergelangan kaki.

Posisi permulaan

Duduk di atas lantai dengan meluruskan kedua belah kaki.


Duduk di atas kerusi dengan mengangkat atau
menopang kaki.

Langkah-langkah

Angkat sebelah kaki dan gerakkan kaki dalam bentuk


bulatan beberapa kali, mula dengan satu hala kemudian
ke hala berlainan. Jangan gerakkan lutut, ulang dengan
kaki yang sebelah lagi.

14
Booklet-Hamil_648.indd 14-15

15
7/27/2012 10:02:08 AM

Penjagaan Kehamilan

Penjagaan Kehamilan

pada Minggu 1 12

pada Minggu 13 24

(Trimester Pertama)

(Trimester Kedua)

Alahan
Macamana alahan semasa hamil
yang mungkin saya alami?

Masalah/Penyakit yang perlu


diberi perhatian
Kenapa bila saya hamil saya
boleh menghidap hipertensi
(tekanan darah tinggi) dan
diabetes (kencing manis)?

Masalah dan alahan yang mungkin


puan alami ialah rasa loya dan
muntah, tidak selesa dengan bau
tertentu dan mengalami gatal-gatal
di bahagian kulit.

Ada tak cara saya nak atasi


alahan tersebut?
Puan boleh atasi dengan mengelakkan
punca alahan tersebut. Sekiranya, puan
mengalami muntah yang teruk, puan
perlu mendapatkan nasihat doktor.
Bagi mereka yang mendapat gatalgatal pada kulit, elakkan mengguna
sabun yang ada pewangi dan
sekiranya semakin teruk sila dapatkan
nasihat doktor.

Apabila
puan
hamil,
terjadinya
perubahan fisiologi dan hormon
dalam badan. Ini akan meningkatkan
risiko
untuk
mendapat
penyakit
hipertensi dan diabetes semasa hamil.

Saya sentiasa pucat


hamil. Kenapa?

semasa

Ini adalah kerana puan mungkin


kekurangan hemoglobin dalam sel
darah merah. Puan perlu dapatkan
pengesahan daripada doktor kerana
kurang darah memberi kesan kepada
puan dan pertumbuhan janin.

16
Booklet-Hamil_648.indd 16-17

Ada tak penyakit kronik lain


yang perlu diberikan perhatian
semasa hamil?
Ada, seperti penyakit jantung, asma,
tiroid dan lain-lain.

Pelalian semasa hamil


Apakah jenis pelalian yang diberi
semasa hamil? Apa tujuannya?
Pelalian yang diberikan semasa hamil
ialah anti-tetanus (ATT). Tujuannya
adalah untuk mencegah puan dan
bayi dari jangkitan kuman tetanus
mengakibatkan kejang otot dan boleh
membawa maut.

Berapa kerapkah
diberi pelalian?

saya

akan

Sekiranya puan pertama kali hamil,


puan akan diberi pelalian anti-tetanus
sebanyak 2 kali. Untuk kehamilan
seterusnya, puan hanya diberi pelalian
sekali sahaja.

17
7/27/2012 10:03:01 AM

Pergerakan bayi dalam kandungan


Perlukah saya beri perhatian
terhadap pergerakan bayi dalam
kandungan?
Ya. Pergerakan bayi adalah salah satu
cara untuk memastikan bayi sihat.
Sekiranya pergerakan bayi berubah
dari biasa / kurang gerak / lemah,
sila dapatkan pemeriksaan doktor.

Pemeriksaan gigi
Perlu ke saya buat pemeriksaan
gigi semasa hamil? Boleh ke?
Ya. Pemeriksaan dan rawatan rutin
gigi sangat digalakkan dan selamat. Ia
disyorkan kerana perubahan hormon
semasa hamil boleh menyebabkan
masalah gigi dan gusi. Masalah yang
sesuai untuk rawatan gigi adalah
semasa minggu 13 hingga 24.

Risiko
kelahiran
pramatang
(tidak cukup bulan)
Adakah saya berisiko untuk
melahirkan bayi pramatang?
Ya, jika puan mengalami masalah
seperti di bawah:

18
Booklet-Hamil_648.indd 18-19

Pernah
mengalami
kelahiran
pramatang
Kandungan lebih dari satu contoh
kembar 2 atau 3 dan seterusnya
Uterus dan serviks yang luar biasa
Kandungan
yang
mempunyai
komplikasi contoh: tekanan darah
tinggi semasa hamil dan uri
di bawah
Kurang sokongan sosial
Pengambilan alkohol, dadah dan
merokok semasa hamil
Jangkitan pada salur kencing
Jangkitan dalam rahim
Kecacatan bayi dalam kandungan

Apa
tanda-tanda
pramatang?

kelahiran

Sakit perut seperti hendak bersalin


dan pecah mentuban sebelum masa
bersalin.

Macamana rawatan untuk bayi


pramatang?
Bayi pramatang akan diberi penjagaan
dan rawatan rapi di hospital bergantung
kepada tahap kesihatan bayi. Beri
susu ibu agar pertumbuhan bayi akan
lebih cepat.

Penjagaan Kehamilan

pada Minggu 25 - 40
(Trimester Ketiga)
Persediaan Untuk Bersalin
Tanda bersalin
Macam mana tanda sakit yang
menunjukkan sudah sampai
masa untuk saya bersalin?

Lendir bercampur darah keluar dari


faraj
Sakit perut seperti hendak buang air
besar
Sakit pada bahagian pinggang
Pecah air mentuban
Sakit semakin kerap dan tempoh
sakit semakin panjang.

Tempat yang sesuai untuk


bersalin
Di mana tempat yang paling
sesuai untuk saya bersalin
dengan selamat?
Tempat yang paling sesuai untuk puan
bersalin dengan selamat adalah tempat
yang mempunyai anggota kesihatan

yang terlatih, kemudahan yang lengkap,


bersih dan selamat.

Teknik Bersalin
Macam mana cara untuk saya
bernafas semasa bersalin?
Terdapat teknik pernafasan semasa
bersalin yang merangkumi 3 langkah
iaitu:
a. Apabila terasa kontraksi akan berlaku,
cuba bertenang dan rehatkan otot
pada bahu, muka dan tangan.
b. Apabila kontraksi bermula, tarik
nafas melalui hidung sedalam
mungkin secara perlahan-lahan
menggunakan otot perut dan
lepaskan melalui mulut untuk
mehilangkan rasa sakit.
c. Apabila kontraksi memuncak, tarik
dan lepaskan nafas melalui mulut
secara pendek. (shallow breath)

19
7/27/2012 10:03:22 AM

Penyusuan susu ibu


Bila boleh saya mulakan penyusuan
susu ibu selepas bersalin?
Secepat mungkin. Sebaik-baiknya
penyusuan dimulakan dalam masa
sejam selepas bersalin.

Berapa
kerap
saya
perlu
menyusu bayi dengan susu ibu
dan berapa kuantiti susu?
Puan perlu beri susu ibu kepada bayi
sekerap mungkin.

Peralatan bayi dan ibu


Apakah peralatan bayi dan ibu
yang perlu saya sediakan?
Ibu
Sehelai blaus
Sehelai kain sarung
Stokin
Baju sejuk
Pakaian dalam
Tuala wanita
Peralatan mandian
Tuala mandi

Bayi
Sepasang baju
Lampin pakai buang
Stokin
Sarung tangan
Barut
Selimut bayi
Tuala mandi

Bagaimanakah cara penggunaan


lampin dan penjagaannya?
Puan boleh menggunakan lampin kain
atau lampin pakai buang yang ada
di pasaran. Ia hendaklah ditukar sebaik
sahaja bayi membuang air kecil atau
besar untuk mengelakkan jangkitan
kuman atau masalah kulit pada bayi.
Puan boleh juga menggunakan krim
untuk mencegah ruam lampin.

Dewan Bersalin
Apa yang perlu saya buat sebelum
masuk ke dewan bersalin?
Puan perlu membersihkan diri dan
memakai pakaian bersih yang disediakan.

Apa yang perlu saya buat semasa


berada di dewan bersalin?

Boleh ke suami saya temankan


saya semasa bersalin?
Ini bergantung kepada peraturan yang
ditetapkan di fasiliti tersebut.

Saya seorang muslim. Boleh


ke suami saya iqamat/azankan
bayi dengan segera selepas
bayi dibersihkan dalam dewan
bersalin?
Boleh, suami puan boleh iqamat/
azankan bayi selepas bayi dibersihkan.

Bilik Penjagaan Bayi (Nurseri)


Bayi saya akan diletakkan bersama
saya ke selepas bersalin?
Kebanyakan bayi akan diletakkan
bersama ibu melainkan bayi puan
mengalami masalah kesihatan yang
memerlukan penjagaan khas.

Penjagaan
Posnatal
(Selepas Bersalin)
Penjagaan luka (episiotomi)
Macamana cara untuk saya
menjaga
kebersihan
luka
(episiotomi)?
Luka
episiotomi
perlu
dicuci
menggunakan ubat cecair yang
dibekalkan oleh pihak hospital. Puan
juga perlu menjaga kebersihan diri
secara keseluruhan.

Penjagaan payudara
Kalau payudara saya bengkak,
apakah yang patut saya buat?
Puan
boleh
menyusukan
bayi
sekerap mungkin serta memerah susu
selebihnya untuk disimpan dengan
cara yang betul. Sekiranya payu dara
puan masih bengkak atau semakin
teruk, puan hendaklah mendapatkan
rawatan doktor.

Puan perlu tenangkan diri dan mengikut


arahan anggota kesihatan sepanjang
proses bersalin. Puan boleh bertanya
sekiranya ada sebarang soalan.

20
Booklet-Hamil_648.indd 20-21

21
7/27/2012 10:03:47 AM

Apa yang saya perlu lakukan


selepas bersalin dihospital?
Suami perlu melaporkan kelahiran di
klinik kesihatan berhampiran untuk
membolehkan jururawat membuat
perawatan di rumah.

Pemakanan dan pantang larang


Perlu ke saya amalkan pantang
larang orang tua tentang makanan
selepas bersalin?
Puan perlu pastikan pemakanan
puan adalah seimbang dan minum air
secukupnya supaya tidak menjejaskan
kesihatan puan dan bayi.

Penggunaan Jamu
Boleh ke saya amalkan jamu
selepas bersalin?
Puan
tidak
digalakkan
untuk
mengamalkan jamu kerana ia boleh
meningkatkan risiko bayi mendapat
jaundis.

Saya pernah dengar yang jamu


tidak digalakkan untuk diamalkan
sekiranya bayi mengalami jaundis.
Betul ke?
Betul, puan perlu elakkan sekiranya
bayi jaundis.

22
Booklet-Hamil_648.indd 22-23

Selepas bersalin, macam mana


saya nak jaga emosi saya
sebab banyak faktor yang akan
mempengaruhi emosi saya?
Puan perlu mendapatkan rehat
secukupnya serta sokongan daripada
suami dan keluarga serta melakukan
senaman postnatal.

Rehat
Perlu ke saya berehat secukupnya
selepas bersalin?
Ya, puan perlu berehat bagi menjamin
kesihatan yang optima.

Macamana saya hendak berehat


sedangkan banyak perkara yang
perlu saya lakukan untuk menjaga
bayi?
Puan perlu cuba memperuntukkan masa
untuk berehat dalam kesibukan dan
suami serta ahli keluarga lain perlu
membantu.

Pakaian
Selepas bersalin, apakah jenis
pakaian yang sesuai untuk saya?
Puan boleh memakai pakaian yang
longgar dan selesa serta coli yang
sesuai bagi memudahkan penyusuan
susu ibu.

Pemeriksaan postnatal
Bila saya perlu datang ke klinik
untuk pemeriksaan postnatal?
Biasanya puan diminta hadir ke klinik
selepas sebulan bersalin. Sekiranya
puan mengalami masalah kesihatan,
puan perlu segera ke klinik untuk
mendapatkan rawatan doktor.

Apakah tujuan
postnatal?

pemeriksaan

Ia adalah bertujuan untuk memastikan


tahap kesihatan puan berada dalam
keadaaan baik dan pemeriksaan pap
smear biasanya dibuat pada masa yang
sama. Puan juga akan dinasihatkan
berkenaan dengan kaedah perancang
keluarga.

Peralatan bayi
Bagaimanakah
cara
untuk
menjaga kebersihan peralatan
bayi?
Pastikan peralatan bayi disimpan di
tempat yang bersih.
Sesetengah peralatan bayi seperti
bekas menyimpan susu perahan perlu
didihkan atau direndam menggunakan
ubat steril peralatan bayi.

Kad bayi
Apakah kad bayi perlu sentiasa
dibawa ketika pemeriksaan oleh
anggota kesihatan?
Ya, ianya perlu untuk merekodkan
perkembangan bayi.

Bilakah masa yang sesuai untuk


saya mendaftar kelahiran bayi
selepas dilahirkan?
Kelahiran bayi perlu didaftarkan secepat
mungkin.

Apakah keperluan untuk mendaftar


kelahiran bayi saya?

Borang JPN LMO1


Kad pengenalan ibu & bapa
Kad pemeriksaan kehamilan
Dokumen pengesahan kelahiran
Sijil nikah

23
7/27/2012 10:04:03 AM

Jadual Imunisasi Bayi


Apakah imunisasi yang akan
diberikan kepada bayi saya
selepas dilahirkan di hospital?
Bayi puan akan diberikan imunisasi
BCG dan Hepatitis B.

Apa yang perlu saya lakukan jika


bayi saya jaundis?

* Adakah terdapat imunisasi lain

yang perlu diberi kepada bayi


saya? Bila dan di mana?
Ya, imunisasi bayi perlu diberi
sehingga bayi berumur 18 bulan.
Ia boleh didapati di klinik kerajaan
atau swasta mengikut jenis dan
jadual yang telah ditetapkan. Amat
penting bagi puan membawa bayi
pada masa yang ditetapkan.

Jaundis (Penyakit kuning)


Apakah jaundis?
Jaundis ialah masalah
pada kulit dan mata bayi.

kekuningan

Mengapa jaundis boleh berlaku


terhadap bayi saya?
Ia disebabkan oleh tahap bilirubin
(Bilirubin adalah sejenis pigmen yang
dihasilkan dari pemecahan sel darah
merah) yang berlebihan dalam darah.

Apakah tanda-tanda
pada bayi?

jaundis

Kekuningan di selaput mata dan


kulit bayi.
Bayi kurang aktif dan enggan
menyusu.
Najis bayi kelihatan pucat atau air
kencing menjadi pekat.

Mendapatkan
rawatan
segera
ke hospital atau klinik yang
berdekatan jika terdapat tandatanda jaundis.
Elakkan
daripada
memberi/
mengambil ubat tradisional secara
mandian atau minum (contohnya
susu kambing, jamu, alkohol dan
lain-lain).
Elakkan daripada menjemur bayi
dibawah matahari kerana ia akan
menyebabkan kekeringan.
Meneruskan penyusuan susu ibu
dengan lebih kerap.

Penjagaan bayi
Bagaimanakah cara untuk saya
mandikan bayi?
Puan hendaklah menggunakan air
suam dan bersih. Pastikan suhu air
sesuai. Bersihkan muka dan rambut
bayi dahulu dan diikuti dengan
bahagian badan yang lain. Puan perlu
menggunakan sabun bayi yang sesuai.

Bagaimanakah cara untuk saya


cuci pusat bayi?
Pusat bayi perlu dicuci dengan ubat
cucian pusat bayi yang diberikan oleh
pihak hospital dengan menggunakan
kapas bersih.

*Rujuk Jadual Imunisasi Bayi dalam buku rekod kesihatan kanak-kanak.

24
Booklet-Hamil_648.indd 24-25

7/27/2012 10:04:31 AM

You might also like