You are on page 1of 9

SISTEM ENDOKRINA

Sistem endokrin menghasilkan sejenis bahan kimia yang dinamakan sebagai


hormon. Hormon dibawa ke seluruh badan dengan bantuan sistem pengaliran darah. Ia
juga adalah sistem yang melibatkan kelenjar tertentu yang menghasilkan hormon yang
berfungsi mengawal sistem tubuh. Hormon yang dilepaskan akan menyerap terus ke
dalam darah dan dibawa oleh sistem pengaliran darah ke seluruh tubuh

FUNGSI DAN CIRI-CIRI HORMON


Hormon yang dihasilkan oleh sistem endokrin mempunyai kesan yang banyak
dan berbeza-beza. Walaupun begitu, terdapat empat fungsi utama yang dilakukan oleh
hormon:
(a)

Membantu tubuh dalam keadaan tertekan seperti semasa keadaan jangkitan,

trauma, stres, pendehidratan, kebuluran, pendarahan dan perubahan suhu yang


melampau
(b)

Menolong mengawal persekitaran dalaman dengan mengatur kandungan kimia

dan isi padunya di dalam tubuh badan


(c)

Memainkan peranan dalam pembentukan gamet, persenyawaan, pemakanan

kepada embrio dan fetus, proses bersalin dan pemakanan kepada anak yang baru lahir.
(d)

Memainkan peranan dalam pertumbuhan dan perkembangan tubuh.

Hormon-hormon yang dirembeskan pada tisu perantara bertindak ke atas sel-sel


sasaran di merata tubuh. Sistem endokrin mempunyai kesan yang perlahan tetapi
berpanjangan dan lebih merata. Sel-sel sistem endokrin bertugas dengan mensintesis
dan merembeskan hormon.
Kelenjar endokrin terbina apabila sel-sel endokrin berkumpul. Hasil yang didapati
dari kelenjar endokrin akan dirembeskan terus ke dalam tisu perantara. Kelenjar-

kelenjar endokrin yang terdapat di dalam sistem tubuh terdiri daripada kelenjar pituitari,
tiroid, paratiroid, adrenal, pineal dan timus.
Terdapat juga sel endokrin yang berkumpul di dalam organ tubuh badan seperti
pankreas, ovari, testis, ginjal, hepar, trek gastrousus, plasenta dan otot jantung.

KELENJAR ENDOKRIN UTAMA


Kelenjar-kelenjar utama pada sistem endokrin adalah kelenjar pituitari, tiroid,
paratiroid, adrenal, pineal dan timus.

Kelenjar pituitari
Kelenjar pituitari adalah Kelenjar utama endokrin kerana turut menghasilkan
hormon yang mengawal kelenjar endokrin yang lain. Ia juga menghasilkan banyak
hormon dan mengawal aktiviti tubuh. Ia berbentuk bulat seperti buah pea dan
berdiameter 1-1.5cm. ia juga terletak di dalam ruang tengkorak, iaitu difosa
hypophyseal yang terdapat di permukaan atas tulang sfenoid yang dikenali sebagai
Sella turcica. Kalenjar ini dibahagikan kepada dua lobus iaitu lobus anterior dan lobus
posterior. Lobus anterior mewakili 75% daripada berat kelenjar pituitari dan kedua-dua
lobus ini mengeluarkan beberapa hormon di dalam tubuh.

Lobus anterior
Hormon pertumbuhan mengawal tumbesaran tubuh.
Hormon tirotropik mengawal aktiviti kelenjar tiroid dalam
menghasilkan tiroksin.
Hormon adrenokortikotropik mengawal aktiviti suprarenal dalam
menghasilkan kortisol dari korteks kelenjar suprarenal.
Hormon gonadotrofik:
a) Hormon perangsang folikel merangsang perkembangan
folikel Graafian dalam ovari dan pembentukan spermatozoa dalam
testis.
b) Hormon luteinising mengawal rembesan estrogen dan
progesteron dalam ovari dan testosteron dalam testis.
c) Hormon prolaktin mengawal rembesan air susu dan
mengekalkan bekalan korpus luteum semasa kehamilan.
Lobus posterior
Hormon antidiuretik mengatur jumlah air yang dikumuhkan
melalui ginjal.
Hormon oksitosik meransang pengecutan uterus sewaktu
melahirkan bayi dan pengeluaran air susu sewaktu menyusukan
bayi.

Kelenjar tiroid
Ia Terletak di bahagian depan leher, anterior dan lateral terhadap larinks dan
trakea. Kelenjar tiroid kaya dengan bekalan darah dan sel kelenjar tiroid merembeskan
koloid tiroid yang mengandungi sebatian iodin kelenjar tiroid berfungsi dalam mengatur
susunan kimia tisu dan sebagai perangsang proses pengoksidaan. Secara tidak
langsung kelenjar tiroid mengatur pengeluaran karbon dioksida dan terdapat dua
keadaan dalam kelenjar tiroid iaitu hiperembesan dan hiporembesan.

Hiporembesan
Berlakunya kretinisme iaitu kekurangan rembesan pada waktu
bayi mengakibatkan pertumbuhan mental dan fizikal terencat.
Bagi golongan dewasa, keadaan ini menyebabkan miksedema di
mana proses metabolik sangat perlahan dan cenderung untuk
menjadi gemuk, pergerakan lembap, kulit menjadi tebal dan
kering, rambut gugur dan menjadi jarang, suhu badan di bawah
normal dan denyut nadi perlahan.
Hiperembesan
Kadar metabolisme menjadi tinggi dan suhu badan lebih tinggi
daripada normal.
Pada keadaan ini, pesakit kehilangan berat badan, gelisah dan
mudah marah, kadar denyutan nadi naik, output jantung
bertambah dan mengalami simptom kardiovaskular seperti
fibrilasi atrium dan kegagalan jantung.

Kelenjar Paratiroid

Terbina daripada tisu yang kecil dan bulat dan dilapisi oleh fasia pratrakea berserta
dengan kelenjar tiroid. Hormon paratiroid yang dikeluarkan berfungsi untuk mengatur
metabolisma kalsium dan mengawal jumlah kalsium di dalam darah dan tulang. Dua
keadaan pada kelenjar paratiroid adalah hipoparatiroidisma dan hiperparatiroidisma.

Hipoparatiroidisma
Kekurangan kalsium dalam kandungan darah.
Keadaan ini menyebabkan keadaan seperti tetanus iaitu gejala
kekejangan otot dan konvulsi terutamanya pada tangan dan kaki
yang dikenali sebagai karpopedal spasma.
Gejala di atas dapat diredakan dengan memberikan kalsium
dalam kadar segera.
Hiperparatiroidisma
Aktiviti kelenjar yang berlebihan berkaitan dengan pembesaran
(tumor) kelenjar.
Pengagihan kalsium terganggu di mana kalsium dikeluarkan
semula dari tulang dan dimasukkan kembali ke serum darah.
Ini akan menyebabkan penyakit tulang di mana bahagian tulang
menjadi nipis.
Kegagalan ginjal juga boleh berlaku jika kalsium terbina di dalam
ginjal.

Kelenjar timus

Ia terletak dalam toraks dan berwarna kemerah-merahan dan terdiri daripada dua
lobus. Saiznya sangat kecil dengan berat kira-kira 10 gram bagi bayi yang baru lahir.
Beratnya akan bertambah kepada 30 hingga 40 gram pada waktu remaja dan kemudian
ia mengecut semula. Kelenjar timus berkaitan dengan penghasilan antibodi, kelenjar
adrenal. Ia terletak di bahagian atas setiap ginjal. Ia mengandungi darah yang banyak
dan dilapisi dengan kapsul berserat. Kelenjar adrenal bahagian korteks mengeluarkan
kortisol dan bahagian medula menghasilkan adrenalin dan noradrenalin. Rembesan akan
menjadi banyak apabila berada dalam keadaan marah atau takut, asfiksia dan kelaparan.
Keadaan ini menyebabkan tekanan darah naik dalam usaha melawan kejutan yang
disebabkan oleh situasi ini.

Kalenjar Adrenal

Korteks adrenal
Terbahagi kepada tiga zon.
Zon pertama adalah glomerulosa menghasilkan rembesan mineralokortikoid.
Zon tengah pula dikenali sebagai zon fasikulata dan merembeskan
hormon glukokortikoid.
Zon dalam dipanggil zon retikularis dan merembeskan hormon
androgen.
Medula adrenal
Mempunyai sel-sel kromafin yang menghasilkan hormon.
Rembesan hormon dikawal oleh sistem saraf autonomik.
80% daripada rembesan medula adalah adrenalin dan ianya bersifat
lebih poten daripada noradrenalin.

Kelenjar pineal
Terletak pada korpus kalosum dan bersaiz kecil dan berwarna merah. Ia dilapisi
oleh kapsul yang bernama pia mater. Kelenjar pineal menghasilkan hormon melatonin
dan adrenoglomerulotropin. Melatonin boleh merencatkan aktiviti pembiakan dengan
cara merencatkan hormon gonadotropik. Sementara adrenoglomerulotropin pula
merangsang korteks adrenal untuk merembeskan mineralokortikoid.

Kelenjar Pineal
TINDAKAN HORMON

Tindakan hormon ada dua jenis iaitu tindakan positif dan tindakan negatif.

Tindakan positif
Terdapat hormon yang terhasil dengan mengaktifkan kelenjar
yang menghasilkan hormon tersebut.
Hasilnya adalah berlawanan dengan tindakan negatif.
Dalam tindakan positif, peningkatan sel hormon akan
menghasilkan lebih banyak hormon.
Contoh peningkatan hormon boleh dilihat pada kontraksi semasa
ingin melahir bayi.
Tindakan negatif
Kekurang hormon akan menyebabkan kelenjar merembes
dengan lebih banyak dan tekanan darah akan meningkat.
Tindakan negatif berlaku di mana pembuluh-pembuluh akan
tertarik semasa rembesan hormon yang banyak dikeluarkan.
Boleh dikatakan seperti mengawal kelajuan pada kereta, apabila
speedometer menunjukkan kelajuan melampau, kita akan
megurangkan kelajuan. Apabila kita sedar kelajuan semakin
berkurangan, kita akan menekan pedal minyak untuk menambah
kelajuan.
Kebanyakan kelenjar mempunyai kepekaan sebegitu untuk
memberitahu tentang kelajuan endokrin.
Oleh itu, kelenjar-kelenjar ini akan mengeluarkan rembesan yang
sesuai untuk menyeimbangkan kandungan hormon dalam darah.

You might also like