You are on page 1of 4

Dalam menuju ke arah matlamat Negara maju, Masyarakat kini mulai

sedar bahawa kemajuan Negara baik dari segi pembangunan sosial,


politik dan agama amat bergantung kepada kecekapan dan keberkesanan
sistem pendidikan Negara. Perkembangan pendidikan yang menyeluruh
dan pesat pula memerlukan pemimpin dan penampilan ciri-ciri
kepemimpinan yang berkesan ke arah pencapaian aspirasi Negara.
Pada amnya, kepemimpinan adalah satu proses yang melibatkan
keupayaan dan kekuatan menyakinkan orang lain. Kepemimpinan adalah
satu proses mempengaruhi tingkah laku orang lain untuk menggalakkan
mereka bekerja ke arah pencapaian sesuatu matlamat yang ditetapkan.
Kepemimpinan akan saling berkaitan dengan pemimpin. Bagi
mengekalkan kepemimpinan orang lain terhadap guru, seseorang guru
perlulah sentiasa meningkatkan kebolehannya dalam bidang yang
dipertanggungjawabkan. Dengan itu, perlaksanaan tugasan melalui
kepemimpinan guru memerlukan kriteria-kriteria seperti keperibadian
yang perlu disemai dan dapat melahirkan rasa hormat, personaliti yang
perlu diperkembangkan, kedudukan yang perlu dihormati dan kebolehan
yang mewujudkan kepercayaan dan amanah.
Justeru itu, banyak yang perlu dihuraikan dan difahami daripada
konsep kepemimpinan ini kerana konsep kepemimpinan guru itu sendiri
adalah amat rumit.
Jika dilihat dalam konteks guru di sekolah dan peranan hakiki
seorang guru untuk menyampaikan ilmu dan pengetahuan, seorang guru
itu haruslah mempunyai kepimpinan dalam bilik darjah. Kepimpinan dalam
bilik darjah merupakan satu set kemahiran di mana guru menggunakan
kepimpinannya untuk mengurus dirinya sendiri dan berkomunikasi dengan
yang lain. Kepimpinan guru dalam bilik darjah memerlukan
tanggungjawab guru untuk mewujudkan suasana iklim bilik darjah yang
kondusif untuk menyampaikan proses pengajaran dan pembelajaran
secara berkesan kepada murid. Bagi mewujudkan budaya bilik darjah
yang efektif, guru-guru perlu mampu membangkitkan minat murid untuk
sentiasa seronok, ceria dan tidak mempunyai tekanan dalam menuntut
ilmu. Corak dan suasana interaksi ini lazimnya boleh dicapai dengan
mengambilkira tiga faktor yang mempengaruhi bilik darjah iaitu faktor
fizikal, faktor sosial dan faktor emosi. Selain itu, cara penyampaian dan
stail kepimpinan guru dalam bilik darjah merupakan aspek utama bagi
menghasilkan iklim pembelajaran yang berkesan. Perkara ini termasuklah
suara guru yang sesuai, lantang dan jelas menyampaikan pengajaran. Di
samping itu, sikap positif dan berekspektasi tinggi yang dipaparkan oleh
seorang guru akan membawa kepada kecemerlangan murid. Cara
kepimpinan guru yang demokratik yang menekankan kerjasama,
berinisiatif dan penggunaan pujian juga mampu membimbing murid ke
arah nilai positf. Contoh Kepemimpinan guru dapat dilihat melalui keadaan
seperti ketika suasana kelas sedang bising, dan apabila guru mengangkat

tangan semua murid yang bising dalam kelas menjadi senyap dan kembali
fokus kepada pengajaran guru.
Kepemimpinan seorang guru turut dipandang dalam sudut
pandangan islam. Menurut perspektif islam, kepimpinan adalah amanah
yang wajib ditunaikan. Pemimpin pula ialah orang memandu dan
mengajak orang lain ke arah kebahagiaan, mendapat kredhaan Allah,
membuat segala suruhanNYa dan meninggalkan segala laranganNya.
Seorang pemimpin seharusnya beriman kepada Tuhan dan mempunyai
kepercayaan dan kepatuhan kepada agama. Tidak kiralah sama ada guru
tersebut beragama Islam, Kristian, Hindu ataupun Buddha, kepercayaan
ini penting bagi memastikan mereka mempunyai pegangan dan dasar
kepercayaan yang utuh. Bertitik tolak kepada kepercayaan kepada agama
ini lah akan mencernakan peribadi terpuji selaras dengan tuntutan
agama. Manakala konsep etika dan amalan keagamaan seharusnya
member kekuatan jatidiri kepada para guru yakni pemimpin di dalam
memimpin sesebuah organisasi terutamanya memacu kecemerlangan
pendidikan di sekolah. Dalam merealisasikan dan melahirkan guru yang
mempunyai kepimpinan berwibawa seperti yang dianjurkan, beberapa
peranan penting harus lah dimainkan oleh seseorang pendidik.peranan
paling utama yang perlu ditonjolkan adalah menjadi role model kepada
setiap murid di sekolah. Guru haruslah berupaya dan berkemampuan
untuk memberikan contoh tauladan terbaik, contoh apabila berhadapan
dengan seorang murid yang bermasalah disiplin, nasihat dan langkah
penyelesaian yang diberikan mestilah sesuai dan bertetapan dengan ciri
sikap dan perilaku serta akhlak guru itu sendiri. Seorang guru yang baik
mesti mampu untuk merubah murid menjadi baik dan begitulah sebalikya.
Kepemimpinan juga adalah satu proses mempengaruhi tingkah laku
orang lain untuk menggalakkan mereka bekerja ke arah pencapaian
sesuatu matlamat yang ditetapkan. Ini bermaksud, kepemimpinan juga
merupakan keupayaan untuk mempengaruhi ahl-ahli kumpulan untuk
mencapai sesuatu matlamat dan untuk mempengaruhi sistem
kepercayaan, tindakan dan nilai ahli-ahli dalam kumpuannya.konsep asas
kepemimpinan yang seterusnya adalah merujuk kepada kepimpinan
diantara pemimpin dengan pengikut. Walaupun pemimpin mempunyai
kuasa tetapi kekuatan pengaruh lebih bergantung kepada pujukan
daripada paksaan. Proses ini selalunya melibatkan pertalian pengaruh
yang bersifat dua arah dan tujuan utama ialah untuk mencapai matlamat
bersama. Jadi kepimpinan bukan hanya tanggungjawab pemimpin, tetapi
memerlukan usaha daripada pengikut-pengikutnya.
Dalam konsep kepimpinan guru dan budaya sekolah, guru
merupakan pemimpin yang berperanan sebagai agen perubahan.
Perubahan yang dimaksudkan adalah melibatkan perubahan ke atas
sekolah dan pengajaran dalam bilik darjah. Guru juga adalah individu yang
menggariskan hala tuju dan membentuk murid ke arah merealisasikannya
dengan nilai-nilai kepimpinan yang positif. Guru sebagai pengajar perlu

berusaha untuk memahamkan murid berkaitan konsep dengan mudah,


sistematik, seronok dan bermakna. Di samping itu, guru turut sama
berperanan sebagai individu yang menjadi jambatan rujukan pengetahuan
dan maklumat para murid. Justeru, guru perlulah menunjakkan
kepimpinannya dengan sentiasa bersedia dan boleh menyesuaikan diri
dengan keadaan iaitu mempamerkan corak atau gelagat kepimpinan yang
sesuai. Contohnya, dalam zaman globalisasi pendidikan yang mencabar
ini, rata-rata murid terlebih dahulu terdedah dan mahir dalam
penggunaan TMK. Maka, sebagai guru, kita perlu lah mengambil langkah
yang lebih besar untuk mempelajari kemahiran TMK dan berada seiring
dengan perkembangan budaya dan persekitaran murid.
Kecemerlangan sesebuah sekolah bergantung kepada pendekatan
dan kesungguhan guru-guru di sekolah bekerjasama dalam mendukung
hasrat misi dan visi sekolah. Kerjasama dalam kalangan guru bukan sahaja
menyerlahkan profesionalisme keguruan malah turut menjulang
kepimpinan guru. Seorang guru yang berkarisma dalam memimpin
sesuatu organisasi juga berupaya untuk memupuk nilai kepimpinan dalam
diri rakan sejawatanya dan seterusnya mewujudkan suasana yang
fleksibel untuk sebarang bentuk kerjasamaantara mereka. Sekolah yang
berjaya dan berkesanbiasanya dibantu oleh penglibatan aktif guru-guru
dalam tugas berkumpulan dan lazimnya wujud kerjasama harmoni dalam
kalangan komuniti tersebut. Contoh yang boleh dikaitkan dengan daya
kepimpinan sesame guru ini adalah seperti keupayaan seseorang guru
untuk bekerjasama, berinteraksi serta mendorong rakan sejawatanya
dengan menggunakan kuasa pujukan daripada paksaan untuk mencapai
matlamat sesebuah aktiviti yang telah dirancangkan.
Konsep kepemimpinan guru ini juga turut meliputi ruang lingkup
yang lebih luas dengan melibatkan masyarakat umum. Guru yang
mengamalkan kepimpinan yang berkesan dapat menarik kepercayaan
masyarakat untuk bekerjasama dengan pihak sekolah. Ahli masyarakat
yang dimaksudkan di sini adalah golongan ibu bapa yang menjadi tulang
belakang kepada kehidupan sosial murid. Guru yang berwibawa memiliki
keupayaan untuk melibatkan ibu bapa dalam proses memberikan
pendidikan formal kepada anak-anak mereka. Hubungan ibu bapa dan
guru yang tidak hanya terbatas di atas meja mesyuarat PIBG akan
membuka ruang kolaborasi yang lebih dinamik serta mengikis
kebimbangan ibu bapa terhadap kreadibiliti guru dalam aspek
pembentukan disiplin dan jati diri anak mereka. Kepemimpinan guru yang
berkesan juga mengurangkan beban individu kerana kerjasama kumpulan
lebih dititikberatkan. Sebagai contoh, pengagihan tugas dalam mesyuarat
agung PIBG antara pihak guru dan pihak ibu bapa akan mengurangkan
beban tugas sesama ahli dan pada masa yang sama memupuk kerjasama
dua hala melalui kepimpinan guru.
Secara ringkasnya, guru boleh dianologikan sebagai kapten kapal yang
sedang mengemudi sebuah kapal yang tidak ada penghujung

pelayarannya tetapi yang ada Cuma persingahan untuk menurunkan


penumpang. Jika baik pengemudiaanya maka penumpang akan berlabuh
dengan selamat. Murid dianalogikan sebagai penumpang kapal yang
belayar tersebut. Ibu bapa pula adalah bebaling yang menyokong dan
memastikan kapal sampai ke destinasi yang hendak dituju sepertimana
diharapkan. Analogi ini memberikan gambaran akan betapa pentingnya
nilai kepimpinan seseorang guru yang juga digelar arkitek pembinaan
insan salam melaksanakan tugas yang tiada penghujungnya. , kepimpinan
pendidikan di peringkat sekolah melibatkan satu set proses pengaruh
yang kompleks dan aktiviti-aktiviti yang dilakukan bagi memperbaiki
kesannya kepada sekolah adalah melalui perubahan secara sukarela. Oleh
itu, proses kepimpinan peringkat sekolah berlaku bermula daripada guru
kepada pentadbir, pentadbir kepada guru-guru dan guru-guru dengan
ibubapa, masyarakat, dan lain-lain agen yang terlibat secara langsung
atau tidak langsung dengan sekolah.

You might also like