You are on page 1of 15

MASALAH TIGA TITIK

C2342/UNIT5/1

UNIT 5 MASALAH TIGA


TITIK

OBJEKTIF
Objektif Am : Mempelajari dan memahami konsep masalah
tiga titik dan masalah tiga jarak serta cara
penyelesaiannya.

Objektif Khusus : Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat : menyatakan maksud masalah-masalah tiga titik dan
penggunaannya.
menyelesaikan masalah-masalah bagi kes tersebut.

MASALAH TIGA TITIK

C2342/UNIT5/2

INPUT

5.1

Pengenalan Masalah Tiga Titik

Apakah sebenarnya yang dikatakan Masalah Tiga Titik?


Masalah tiga titik atau reseksi digunakan untuk menentukan kedudukan satu titik
berdasarkan kepada tiga titik yang diketahui kedudukannya di bumi. Maksud kedudukan
titik diketahui ialah samada ketiga-tiga titik tersebut mempunyai nilai kodinit atau
garisan-garisan di antaranya mempunyai nilai bering dan jarak.
Bagaimana kedudukan satu-satu titik boleh ditentukan?
Ia boleh ditentukan jika sudut-sudut yang dirangkumi oleh kedua-dua garisan ( tiga titik )
diketahui dengan membuat cerapan dari titik yang hendak ditentukan kedudukannya.
Rajah 5.1di bawah menunjukkan kedudukan titik-titik yang terlibat dengan masalah tiga
titik ini.
B
b
a
C
Y
A

Rajah 5.1

D
Titik A, B dan C adalah titik titik yang telah diketahui kedudukannya, manakala titik D
adalah titik yang hendak ditentukan kedudukannya.

MASALAH TIGA TITIK

C2342/UNIT5/3

Sudut-sudut p dan q adalah sudut yang dicerap di titik D.

Perlu ingat!!
Perhitungan bermula dengan menghitung sudut
X dan Y terlebih dahulu.

Di dalam rajah di atas, sudut ABC, sudut p dan q diketahui nilainya, maka;-

..(i )

X + Y = 360 - ( sudut ABC + p + q )

Formula yang digunakan di dalam penyelesaian masalah ini ialah seperti berikut:-

Tan

X-Y
Tan ( - 45) Tan
2

(X Y)
2

( ii )

Nilai boleh diperolehi dengan menggunakan satu lagi formula iaitu:-

Tan = b Sin p
a Sin q

MASALAH TIGA TITIK

C2342/UNIT5/4

Dengan memasukkan nilai yang sesuai ke dalam formula-formula di atas, kita akan
memperolehi dua persamaan serentak dalam sebutan X dan Y.

Sudut X dan Y dapat dihitung dengan menyelesaikan persamaan serentak ( i) dan (ii) di
atas.

Dengan adanya semua sudut di dalam empatsegi ABCD, kedudukan D boleh ditentukan
dengan membuat hitungan menggunakan salah satu segitiga, iaitu samada dengan
menggunakan segitiga ABD atau segitiga BCD.

MASALAH TIGA TITIK

C2342/UNIT5/5

AKTIVITI 5

UJIKAN KEFAHAMAN ANDA SEBELUM MENERUSKAN INPUT


SELANJUTNYA..!
SELAMAT MENCUBA

Contoh 1:
Daripada data yang diberikan dalam rajah 5.2 di bawah, hitungkan nilai jarak kedudukan
titik P dari titik A, B dan C.

C
Jarak AB = 251.20 meter
B

Jarak AC = 224.00 meter


Jarak BC = 260.80 meter
Sudut APC = 25 52 00
Sudut APB = 48 58 00

Rajah 5.2
P

MASALAH TIGA TITIK

C2342/UNIT5/6

Penyelesaian:
Langkah 1
Berdasarkan kepada segitiga ABC, sudut BAC boleh dihitung.
Kos BAC = ( 251.20 ) 2 + ( 224.0 ) 2 - ( 260.80 ) 2
2 ( 251.20 ) ( 224.0 )
BAC = 66 17 07
Langkah 2
( X + Y ) = 360 - ( 66 17 07 + 48 56 00 + 25 52 00 )
X + Y = 218 52 53 ( i )
Daripada segitiga ABP
dan Rumus Sinus

Langkah 3
AP = 251.2
Sin X
Sin 48 58
AP = 251.20 Sin X
Sin 48 58

( i )

Daripada segitiga ACP


dan Rumus Sinus

AP = 224.00
Sin Y
Sin 25 52

AP = 224.00 Sin Y
Sin 25 52

( ii )

Persamaan ( i ) = ( ii )

251.20 Sin X = 224.00 Sin Y


Sin 48 58
Sin 25 52

Sin X
Sin Y

= 224.00 Sin 48 58
251.20 Sin 25 52

Tan

= 224.00 Sin 48 58
251.20 Sin 25 52

Lihat

MASALAH TIGA TITIK

C2342/UNIT5/7

= 57 01 58

Langkah 3
Masukkan nilai-nilai yang sesuai ke dalam Formula berikut:

Tan

Tan X Y
2

X-Y
Tan ( - 45) Tan
2

= Tan ( 57 01 58 45 ) Tan 10926 26

X Y = - 31 07 43
2
X - Y = - 62 15 26 . (iii),
tetapi X + Y = 218 52 53( iv)

Langkah 4
Selesaikan kedua-dua persamaan di atas:

X- Y =

- 62 15 26
+

X+Y =
2X
X

(X Y)
2

218

156 37 27
=

78 18 43

Dari ( iv ),
X + Y = 218 52 53
Y = 140 34 10

MASALAH TIGA TITIK

C2342/UNIT5/8

Langkah 5

Dari segitiga ACP:A

Sudut PAC = 180 - ( 40 34 10 +


25 52 00 )
C

= 13 33 50
PC
= 224.0
Sin 13 33 50
Sin 25 52
PC

120.415 meter

Contoh 2

Rajah 5.3 di bawah menunjukkan kedudukan satu kapal di satu titik D. Titik-titik A, B
dan C adalah stesen-stesen yang telah diketahui kedudukannya di daratan. Berdasarkan
kepada data-data yang diberikan, hitungkan nilai bagi DA, DB dan DC.
B

855.270

904.040

C
A

53 31 54

61 39 39
Rajah 5.3
D

MASALAH TIGA TITIK

C2342/UNIT5/9

Penyelesaian:
Daripada rajah di atas,
X + Y = 360- ( 125 50 58 + 61 39 39 )
X + Y = 118 57 29

..( i )

Andaikan Tan = Sin X


Sin Y
Tan = 904.040 Sin 53 31 54
855.270 Sin 61 39 39
= 44 00 10
Daripada Formula:

(X Y)
2

Tan

X-Y
Tan ( - 45) Tan
2

Tan

X-Y
Tan ( 44 00 10 - 45) Tan
2

(118 57 29)
2

X Y = - 3 22 57 .( ii )

Daripada Persamaan ( i) dan ( ii )

X + Y = 118 57 29
_
X Y = - 3 22 57
2 Y = 122 20 26
Y = 61 10 13
dan

X = 57 47 16

MASALAH TIGA TITIK

Daripada segitiga ABD,


Sudut ABD = 180 - ( 57 47 16 + 53 31 54 )
= 68 40 50

AD = 855.270 x Sin 68 40 50
Sin 53 31 54
AD = 990.744 meter

BD = 855.270 x Sin 57 47 16
Sin 53 31 54
BD = 899.825 meter

Daripada segitiga CBD,


Sudut CBD = 180 - ( 61 10 13 + 61 39 39 )
= 57 10 08

CD = 904.040 x Sin 57 10 08
Sin 61 39 39
CD = 863.077 meter

C2342/UNIT5/10

MASALAH TIGA TITIK

C2342/UNIT5/11

PENILAIAN KENDIRI

Anda telah menghampiri kejayaan. Sila cuba semua soalan dalam penilaian kendiri
ini dan semak jawapan anda pada maklumbalas yang disediakan.
Jika ada masalah yang timbul, sila berbincang dengan pensyarah anda.
Selamat mencuba dan semoga berjaya!!!

Soalan 1
Daripada data-data dalam Rajah 5.4 yang diberikan di bawah, hitungkan jarak QS.
Q

R
P
Jarak PQ = 154.0 meter
Jarak QR = 179.0 meter
Jarak PR = 200.0 meter

Sudut = 25
Sudut = 30

Rajah 5.4

Soalan 2
Dari satu kapal bacaan sextant telah diambil terhadap tiga stesen A, B dan C di daratan
dan sudut yang dirangkumi oleh AB dan BC masing-masing dicerap sebagai 32 30 dan
62 30. Jarak untuk garisan AB adalah 360.0 meter, manakala BC pula ialah 615.0
meter. Sudut ABC pula diketahui 126 30.
Hitungkan jarak kapal itu dari B.

MASALAH TIGA TITIK

C2342/UNIT5/12

Soalan 3
Daripada data-data yang diberikan di dalam Rajah 5.5 di bawah, hitungkan jarak DA, DC
dan DB.

C
Diketahui bahawa,
Bering AC = 20 00 00
Jarak AC = 800 m
Bering CB = 40 00 00
Jarak CB = 1500 m

40
A
20

Rajah 5.5

D
A

MASALAH TIGA TITIK

C2342/UNIT5/13

MAKLUM BALAS
PENILAIAN KENDIRI

Sudahkah anda cuba menjawab soalan-soalan yang disediakan ? Jika ya,


bandingkan jawaban anda dengan jawaban yang dibuat oleh pakar seperti di
bawah!!..

JAWAPAN:

Soalan 1
Q

R
P

Jarak PQ = 154.0 meter


Jarak QR = 179.0 meter
Jarak PR = 200.0 meter
Sudut = 25
Sudut = 30

S
Langkah penyelesaian
i)

Dari segitiga PQR , hitung sudut PQR menggunakan formula kosain .


Kos PQR = (PQ) 2 + (QR) 2 - (PR) 2
2.(PR).(QR)
Sudut PQR = 73 23 35

MASALAH TIGA TITIK

ii)

C2342/UNIT5/14

Hitung sudut ( X + Y )
( X + Y ) = 360 ( sudut PQR + 25 + 30 )
( X + Y ) = 231 36 25 per .1

iii) Menggunakan formula ,


Andaikan Tan = Sin X

= 44 29 34

Sin Y

iv)

Gunakan formula asas ,


Tan

X-Y
Tan ( - 45) Tan
2

(XY) =

v)

02 05 52

.per. 2

Selesaikan persamaan serentak ( per. 1 dan per. 2 )

X = 116 51 09 ,
vi)

(X Y)
2

Y = 114 45 16

Selesaikan segitiga QPS atau QRS untuk dapatkan nilai jarak QS

QS = 325.103 meter

Soalan 2

Dari kapal ke stesen B = 636.626


Soalan 3
DA = 1832.631 m,

DC = 1861.289 m,

DB = 2275.870 m

MASALAH TIGA TITIK

C2342/UNIT5/15

You might also like