You are on page 1of 2

Kini, isu buli di sekolah merupakan masalah displin yang sangat serius .

Isu buli ini


hangat diperkatakan kerana beberapa kes buli telah menyebabkan kecederaan yang serius dan
ada juga yang menyebabkan kematian. Sesungguhnya isu ini tidak harus dipandang ringan
oleh masyarakat kerana isu ini boleh mengganggu perkembangan bidang pendidikan yang
sememangnya penting untuk kemajuan negara. Berluasanya isu buli telah menjadikan sistem
pendidikan negara terganggu kerana sesetengah pelajar tidak dapat menumpukan perhatian
kepada pelajaran kerana menjadi mangsa buli. Apakah yang menyebabkan masalah buli di sekolah
kian menjadi-jadi dari semasa ke semasa? Sebenarnya terdapat beberapa sebab berlakunya
perbuatan membuli di sekolah.

Punca utama berlakunya perbuatan buli ialah sikap pelajar berkenaan. Banyak kajian
menunjukkan bahawa kebanyakan pelajar yang membuli ini adalah pelajar yang kurang
berdisiplin. Pelajar ini didapati selalu bergaduh sama ada dengan adik-beradik ketika berada di
rumah dan bergaduh dengan kawan-kawan jika berada di luar rumah. Sebahagian daripada
perlakuan buli yang dilakukan juga bertujuan untukmembalas dendam atau menyakiti fizikal
seseorang serta mahu mendapatkan perhatian daripada orang lain. Pelajar ini biasanya
mempunyai kawan-kawan yang berkelakuan negatif seperti menghisap rokok, bergaduh dan
ponteng sekolah.

Masalah yang dihadapi oleh pelajar itu dalam keluarga juga boieh menyebabkan kegiatan
buli berlaku. Pelajar berkenaan ingin membalas dendam kerana di rumah mereka sering
dimarahi dandidenda oleh ibu bapa. Hal inl disebabkan mereka selalu berkelakuan
tidak baik kepada ahli keluarga. Selain itu, ibu bapa yang sering tiada di rumah kerana
sibuk bekerja juga telahmenyebabkan pelajar berkenaan tidak mendapat perhatian dan kasih
sayang yang cukup. Oleh itu, mereka sering melakukan kesalahan disiplin termasuklah membuli
untuk mendapatkan perhatian daripada ibu bapa mereka.

Faktor pengaruh rakan sebaya juga menjadi punca kepada terjadinya kegiatan
membuli. Pengaruh rakan sebaya dalam tingkah laku seseorang memang tidak dapat disangkal

lagi. Terdapat pelajar yang membuli pelajar lain kerana mengikut kawan. Mereka seronok melihat
pelajar yang dibuli menangis atau marah kepada mereka. Lebih menjejaskan keadaan apabila
perbuatan buli ini boleh membawakepada kecederaan atau kematian.

Perbuatan buli juga boleh berpunc a daripada pengaruh media massa. Media massa yang
paling berpengaruh ialah televisyen dan permainan video. Dewasa ini terdapat banyak
stesen televisyenyang menayangkan filem yang berunsur ganas. Sewajarnya pihak media perlu
memastikan program yang disiarkan di televisyen tidak mendatangkan kesan negatif kepada
golongan muda, terutamanya peiajar sekolah.

Pentadbiran sekolah yang kurang berkesan juga boleh menyebabkan kepada berlakunya
gejala buli. Adalah amat penting bagi jawatankuasa disiplin sekolah dapat berperanan dengan
baik. Sesungguhnya, pelajarakan menjadi semakin nakal jika mendapati pihak jawatankuasa
disiplin sekolah tidak mengambil tindakan disiplin yang sewajarnya terhadap pelajar yang
melanggar peraturan sekolah. Antara masalah disiplin yang perlu diambil tindakan dengan segera
ialah bergaduh, menghisap rokok dan ponteng sekolah. Jika pihak jawatankuasa disiplin
sekolah dapat memainkan peranan dengan proaktif, maka sudah pastilah gejala buli dapat
dibanteras.

You might also like