You are on page 1of 2

Pernyataan Sebelum Praktikum

Praktikum ialah latihan praktik yang merupakan komponen wajib dalam program
pendidikan guru. Praktikum memberi peluang kepada pelajar untuk mengamalkan
pengetahuan, kemahiran dan nilai keguruan secara reflektif dalam situasi sebenar bilik
darjah dan sekolah. Pelaksanaan

program peringkat ini memberi tumpuan kepada

proses pengajaran dan pembelajaran dengan bimbingan pensyarah pembimbing dan


guru pembimbing melalui perkongsian pintar dan permuafakatan antara agensi agensi
KPM.
Sebelum menjalani tempoh latihan praktikum, saya telah mengikuti empat peringkat
Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) semasa semester satu. Ia merupakan syarat yang perlu
disempurnakan terlebih dahulu sebelum menjalani praktikum. Praktikum ini adalah untuk subjek
major iaitu Matematik. Latihan praktikum ini dilaksanakan sebagai memenuhi syarat yang telah
ditetapkan oleh institut Pendidikan Guru. Saya bersama dengan dua orang lagi rakan kelas saya iaitu
Komathy a/p Kasinathan dan Logeswari a/p Kanagah Rajah telah ditempatkan di Sekolah
Kebangsaan Seberang Jaya 2.
Antara perkara yang saya perlu lalui sebelum menjalankan praktikum ini ialah sesi taklimat
bersama unit praktikum. Sesi taklimat ini telah berlangsung pada 13 Mei 2015 di Blok Dingin. Untuk
taklimat praktikum kali ini, penekanan adalah berkenaan prosedur pelaksanaan praktikum peranan
dan tanggungjawab pelajar, kehadiran praktikum, wajaran praktikum dan garis panduan pelaksanaan
kokurikulum di sekolah.
Selain itu, antara persediaan penting yang telah saya lakukan sebelum menjalankan sesi
praktikum yang pertama ini adalah membuat persediaan dari segi mental dan fizikal. Sepanjang
tempoh praktikum tersebut, saya dikehendaki untuk menyiapkan segala tugasan yang telah diberikan
oleh Unit Praktikum. Oleh itu, saya perlu membuat beberapa persediaan sebelum menjalani
praktikum tersebut.
Secara keseluruhan, melalui praktikum ini saya berharap dapat meningkatkan pengetahuan
dan memperoleh pengalaman pengajaran sebagai seorang guru tentang mengetahui :

cara berkomunikasi dengan murid secara berkesan.


cara pengawalan dan pengurusan bilik darjah.
pengurusan dan pentadbiran sesebuah organisasi sekolah
cara penyampaian ilmu secara berkesan.
Strategi pengajaran matematik yang menarik dan sesuai dengan tahap murid.

You might also like