You are on page 1of 4

Penulisan Jurnal Pelaksanaan

Peer Coaching
Tarikh
pelaksanaan

29/4/2015 - Rabu

Nama
Coach

Puan Hajah Fadilah Binti HJ Yaacob

Nama
Coachee

Puan.Azlin binti Ahamad dan Puan Lalithambal


Muttiah

Model

Model 2 : Coach sebagai guru yang mengajar model


pengajaran

Refleksi

Para pelajar yang terlibat ialah dari kelas 4 Gemilang


dan 4 Terbilang seramai 27 orang. Guru fokus kepada
pengajaran reading comprehension. Para pelajar yang
terlibat terdiri daripada tahap sederhana dan lemah.
Strategi yang digunakan ialah berpusatkan pelajar
iaitu aktiviti secara kumpulan.. Pada mulanya,guru
meminta pelajar membaca teks dalam kumpulan
sambil mengenalpasti sebutan yang betul dan
mencari makna perkataan yang tidak difahami. Setiap
kumpulan diedarkan dengan kamus.
Selepas itu,setiap kumpulan membaca perenggan
yang dibagi kepada mereka dan menuliskan maksud
perkataan di papan putih.

Aktiviti kedua pula ialah menjawab soalan


berdasarkan kepada petikan tersebut. Para pelajar
berbincang dalam kumpulan dan mencari jawapan
bagi soalan yang diagihkan kepada setiap
kumpulan.Guru bergerak dari meja ke meja bagi
membimbing setiap kumpulan secara individu.
Selepas itu,wakil daripada setiap kumpulan tampil ke
hadapan kelas bagi untuk melekatkan kertas jawapan
di papan putih dan menerangkan soalan dan membaca
jawapan yang berkaitan.
Semua kumpulan berjaya melaksanakan tugasan yang
diberikan kepada mereka.
Pada akhir pembelajaran diberikan latihan individu
kepada para pelajar bagi mengukuhkan lagi
pemahaman pelajar terhadap pdp pada hari itu.
Secara umumnya,semua pelajar aktif dalam aktiviti
kumpulan. Namun demikian, masih ada 2 atau 3
pelajar yang cepat hilang fokus. Golongan ini
memerlukan perhatian dan bimbingan yang lebih
banyak daripada guru .
Pengajaran berjalan dengan lancar.

Lampiran

LAPORAN PLC
PEER COACHING
PANITIA
BAHASA INGGERIS
SMK SENALING

You might also like