You are on page 1of 6

HUKUM TAHALUF SIYASI DALAM KONTEKS GERAKAN ISLAM MASAKINI

Disediakan oleh: Ahmad Fadhli bin Shaari, Pensyarah KIAS

Pendahuluan
Istilah tahaluf siyasi menjadi satu istilah yang semakin dikenali khususnya di
kalangan pendokong gerakan Islam. Dengan kejatuhan khilafah Uthmaniyyah di
Turki pada tahun 1924, gerakan Islam yang pertama ditubuhkan ialah Ikhwan alMuslimin di bawah pimpinan Hassan al-Banna pada tahun 1928. Penubuhan
gerakan ini di Mesir membayangkan hasrat untuk menegakkan Haikimiyyah Allah
SWT. Idealisme ini berkembang ke seluruh dunia dengan penubuhan gerakangerakan Islam di hampir setiap negara di dunia. Matlamat dan konsep perjuangan
mereka hampir sama antara satu lain iaitu ke arah menegakkan sebuah negara
Islam dan lebih jauh dari itu menghidupkan semula sistem khilafah yang telah
berkubur.
Dalam keadaan hari ini, amatlah disedari oleh gerakan-gerakan Islam bahawa
mereka tidak mampu untuk berdiri sendiri dalam memperjuangkan aspirasi masingmasing. Di dalam sesebuah negara bangsa yang dibina pada zaman moden ini,
tidak semua rakyat memahami inti kandungan Islam dan kebaikan-kebaikannya.
Lantas, berlakulah keperluan untuk bekerjsama dengan gerakan lain samada di
dalam menyertai politik pilihanraya atau sebagai pendokong di dalam pembentukan
kerajaan. Perosalannya, adakah ia merupakan satu keharusan? Dalam erti kata lain,
haruskah bagi sesebuah gerakan Islam untuk menjalinkan kerjasama dengan
gerakan lain yang tidak mempunyai hasrat yang sama dengannya dalam
membentuk kerajaan?
Pengertian Tahaluf Siyasi
Tahaluf Siyasi membawa makna kerjasama harakah Islam dengan mana-mana
pergerakan lain yang tidak bermatlamatkan Islam di dalam perjuangannya.
Kerjasama ini boleh terjadi di dalam apa jua bidang yang dipersetujui bersama
untuk sama-sama menghadapi musuh yang sama. Tahaluf Siyasi juga kemungkinan
boleh berlaku dengan gerakan yang pernah atau berpotensi untuk menentang
ideologi harakah Islam. Dalam suasana hari ini, tahaluf siyasi yang dimaksudkan
juga termasuk kerjasama dengan golongan bukan Islam untuk menghadapi musuh
yang sama.
Hukum Tahaluf Siyasi
Para ulama haraki khususnya berbeza pandangan mengenai hukum melakukan
kerjasama dengan gerakan yang tidak bermatlamatkan perjuangan Islam.
Sebahagian daripada mereka dengan tegas menolak langsung sebarang usaha
melakukan kerjasama ini serta menghukumkan bahawa kerjasama ini sebagai
haram. Di antara mereka ialah Sheikh Muhammad Qutb dan al-Syeikh al-Imam Abu
Nasr Muhammad bin Abdullah . Manakala di antara ulama yang mengharuskan
tahaluf siyasi ialah Dr Yusuf al-Qaradhawi , Dr Mustoffa al-Tohhan , al-Syeikh
Muhammad Ahmad al-Rasyid , Doktor Solah al-Showi dan Doktor Munir Ghahdban .

Dalil-dalil yang dipegang oleh ulama yang mengharamkan tahaluf siyasi ialah
seperti berikut :
1. Firman Allah SWT :

(51)




(52)
Yang bermaksud : Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil
orang-orang Yahudi dan Nasrani menjadi pemimpin-pemimpin(mu); sebahagian
mereka adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain. barangsiapa diantara kamu
mengambil mereka menjadi pemimpin, Maka sesungguhnya orang itu termasuk
golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang
yang zalim. Maka kamu akan melihat orang-orang yang ada penyakit dalam hatinya
(orang-orang munafik) bersegera mendekati mereka (Yahudi dan Nasrani), seraya
berkata: "Kami takut akan mendapat bencana". Mudah-mudahan Allah akan
mendatangkan kemenangan (kepada Rasul-Nya), atau sesuatu keputusan dari sisiNya. Maka kerana itu, mereka menjadi menyesal terhadap apa yang mereka
rahasiakan dalam diri mereka.
Hujah : Kerjasama gerakan Islam dengan orang-orang kafir di atas dasar politik
akan menjauhkan lagi orang-orang Islam daripada mereka. Ini kerana, Islam
mengharamkan sebarang jenis wala kepada kepada ahli kitab yang mempunyai
akidah yang hampir sama dengan Islam, apatah lagi wala kepada orang-orang
kafir yang akidah mereka langsung tidak mempunyai persamaan dengan akidah
Islam.
2. Firman Allah SWT :

Yang bermaksud : Pada keduanya terdapat dosa yang besar dan beberapa manfaat
bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya

Hujah : Ayat di atas berkenaan dengan pengharaman arak dan judi. Namun jika
dilihat dari sudut tahaluf siyasi, kerjasama dengan musuh mungkin mendatang
manfaat dari beberapa sudut, bagaimanapun dari sudut yang lebih jauh iaitu ke
arah menegakkan hakimiah Allah SWT, ia tidak akan dapat dicapai. Lantas,
kerjasama akan menyebabkan terbantutnya usaha gerakan Islam untuk
menegakkan daulah Islamiah. Oleh yang demikian, kerjasama ini adalah haram
kerana lebih banyak mendatangkan mudharat daripada manfaat.

3. Pertimbangan logik bahawa gerakan yang tidak berhasrat untuk menegakkan


Islam ini pastinya hanyalah menjadikan gerakan Islam sebagai jambatan untuk
mereka mendapatkan kuasa. Mereka sekali-kali tidak membiarkan gerakan Islam ini
berkembang sehingga mengatasi diri mereka. Dan ini sekali lagi akan menghalang
kepada tertegaknya daulah Islamiah seperti yang diperjuangan oleh Harakah
Islamiah.
Manakala bagi golongan ulama haraki yang mengatakan tahaluf siyasi sebagai
sesuatu yang diharuskan, mereka berpegang dengan hujah-hujah berikut :

1. Half al-Fudhul : Ia merupakan satu peristiwa yang berlaku pada zaman jahiliyyah
iaitu perjanjian di antara beberapa qabilah untuk menolong golongan yang dizalimi.
Perjanjian ini telah disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW. Inilah yang dimaksudkan
oleh hadis baginda yang menyatakan :


Yang bermaksud : Mana-mana perjanjian yang dilaksakanan ketika jahiiyyah tidak
akan ditambahkan (diubah) oleh Islam melainkan semakin patut dilaksanakan membawa makna mana-mana perjanjian di zaman jahiliyyah yang bermaksud
kerjasama dan silaturrahim tidak akan berubah ketika Islam melainkan ia lebih
patut untuk dilaksanakan. Ini kerana Islam tidak akan mengharamkan sesuatu
perkara yang baik.
Hujah : Sekalipun Nabi SAW menyaksikan perjanjian ini ketika jahiliyyah, tetapi
kerana Nabi telah memujinya semasa Islam, ia dianggap sebagai perkara yang baik.
Ini menunjukkan bahawa sekalipun yang berada dalam ikatan perjanjian itu orangorang yang berakidah salah, ia tetap dianggap perjanjian yang baik selagi mana
tujuannya adalah baik.
2. Perjanjian Rasulullah SAW dengan bapa saudaranya Abu Talib untuk menjaganya
serta memeliharanya dari ancaman kaum Quraisy. Tahaluf di antara mereka berdua
berlaku dalam beberapa peringkat :
2.1 Ketika Abu Talib melihat bagaimana Nabi Muhammad SAW bertegas untuk
melaksanakan dakwah sekalipun terpaksa mati untuk Islam, Abu Talib lantas
menyatakan : Teruskan wahai anak saudaraku, katakanlah apa yang kamu
hendaki. Demi Allah, aku tidak akan serahkan kamu kepada sesiapa selama-

lamanya Kata-kata ini dibuktikan beberapa kali oleh Abu Talib di mana pernah
beliau mengetahui tentang sekumpulan kaum Quraisy yang merancang untuk
membunuh Nabi Muhammad SAW, lalu dikumpulkan bani Abdul Mutalib dan Bani
Hasyim untuk melindungi baginda SAW. Mereka semua berkumpul termasuklah
yang masih kafir untuk melindungi Nabi Muhammad SAW.
2.2 Peringkat berikutnya ialah ketika kaum Quraisy melancarkan pemulauan kepada
Bani Hashim dan Bani Abdul Mutalib sebagai tindak balas kerana mereka
melindungi Rasulullah SAW. Lalu ditulis surat penguatkuasaan di mana tidak
dibenarkan sesiapa pun menikahi atau dinikahi oleh kedua-dua kabilah ini. Juga
tidak dibenarkan berlakunya urusan jual beli dengan kedua-duanya. Surat ini
ditampalkan di dinding kaabah.
Hujah : Di dalam peristiwa-peristiwa ini, dapatlah dibuat kesimpulan bahawa
menjadi satu keharusan jamaah Islam untuk mendapat perlindungan daripada
orang yang bukan Islam demi mencapai matlamat perjuangannya. Namun ia
tidaklah sampai kepada peringkat tunduk dan patuh sehingga menggadaikan
perjuangannya.
3. Perjanjian Rasulullah SAW dengan Mutim bin Adi. Ia berlaku selepas
kewafatan Abu Talib dan sekembalinya baginda SAW dari menyebarkan dakwah
Thaif. Rasulullah SAW telah memasuki kota Mekkah dengan perlindungan seorang
musyrik yang bernama Mutim bin Adi. Rasulullah SAW menghargai pertolongan
Mutim sehingga baginda pernah bersabda apabila memenangi perang Badar,
Sekiranya Mutim bin Adi masih hidup lalu memintaku membebaskan tawanan
ini, aku akan lakukan untuknya..
Hujah : Mutim di dalam peristiwa ini sekalipun tidaklah memberikan kebebasan
dan pertolongan kepada dakwah Islam tetapi melakukan sesuatu yang lebih besar
dari itu iaitu menjaga tubuh badan Nabi Muhammad SAW. Mutim tidak pernah
berniat untuk menjadi pengikut Rasulullah SAW dan pendirian ini jelas ketika ia
menjawab soalan dari Abu Jahal . Ini menunjukkan keharusan mendapatkan
kerjasama dari orang yang tidak berniat melaksanakan Islam di dalam urusan yang
memberikan kebaikan kepada Islam dan umatnya.
4. Perjanjian yang dibuat oleh Rasulullah SAW dengan kaum Yahudi ketika
ditegakkan negara Islam Madinah. Perjanjian yang melahirkan Sahifah Madinah ini
merupakan satu-satunya peristiwa besar dan terpenting yang menjadi hujjah
keharusan kaum muslimin menjalinkan perjanjian dengan orang-orang bukan Islam
di atas dasar memelihara kebajikan kedua-dua pihak.
Di antara isi kandungan perjanjian ini ialah, Kaum muslimin mempunyai haknya
dan kaum Yahudi mempunyai haknya. Dan di antara mereka hendaklah tolong
menolong sekiranya diserang oleh sesiapa. Dan di antara mereka hendaklah saling
menasihati dan bekerjasama. Dan janganlah sesiapa memungkiri janjinya. Dan
hendaklah pertolongan diberikan kepada yang dizalimi. Dan sekiranya berlaku apaapa kepada pihak yang menjalinkan perjanjian ini, maka tempat rujukan ialah
kepada Allah dan Muhammad Rasulullah SAW

Hujah : Inilah sebesar-sebar hujah keharusan melakukan hubungan dengan nonmuslim di dalam menegakkan negara Islam. Dan tidaklah menjadi dasar Islam
mengenepikan kaum musyrikin daripada realiti kehidupan.
5. Perjanjian Rasulullah SAW dengan Bani Khazaah. Ia berlaku apabila baginda
bersama para sahabat ingin memasuki kota Makkah untuk mengerjakan haji namun
disekat oleh kaum Quraisy. Lalu Rasulullah SAW mengutuskan pengintip dari bani
Khazaah yang merupakan seorang musyrik dan mereka melaporkan kepada
Rasulullah SAW mengenai pergerakan kaum Quraisy. Bani Khazaah sebenarnya
telah mempunyai hubungan dengan Bani Hasyim semenjak zaman jahiliyyah dan
mereka meneruskan hubungan baik mereka dengan Bani Hasyim sekalipun berbeza
akidah. Rasulullah SAW mengiktiraf hubungan ini dengan memberikan syarat iaitu
pertolongan tidak akan diberikan kepada golongan yang zalim.
6. Perintah Rasulullah SAW kepada para sahabat agar berhijrah ke Habsyah semasa
ditindas di Makkah untuk mendapatkan perlindungan dari Raja Najasyi yang
merupakan seorang Nasrani pada masa itu turut merupakan dalil kepada keharusan
untuk mendapatkan perlindungan dari orang yang bukan Islam di dalam menjaga
kemaslahan umat Islam.

Jawapan Terhadap Golongan Yang Mengharamkan Tahaluf Siyasi


Di dalam memberikan jawapan kepada golongan ulama haraki yang
mengharamkan tahaluf siyasi, beberapa pandangan telah dikemukakan. Antara
lain :
1. Ayat yang digunakan iaitu dari surah al-Maidah, ayat 51-52 bukanlah merujuk
kepada tahaluf siyasi tetapi merujuk kepada orang-orang munafik yang terus
meletakkan kepatuhan kepada orang-orang Yahudi di Madinah. Ianya turun kepada
ketua munafik iaitu Abdullah bin Ubai yang bertindak untuk menyokong kabilahnya
Yahudi Bani Qainuqa di dalam berhadapan dengan Nabi Muhammad SAW. Ini
menunjukkan bahawa ayat ini tiada kena mengena dengan tahaluf siyasi tetapi
berkenaan dengan orang yang keluar langsung dari Harakah Islam untuk
bekerjasama dengan musuh bagi melawan Islam.
2. Ayat 219 dari surah al-Baqarah pula bukan sahaja tidak menjadi hujah
mengharamkan tahaluf siyasi bahkan menjadi peneguh kepadea keharusannya. Ini
kerana daripada tahaluf siyasi yang dilaksanakan di beberapa buah negara seperti
Mesir, Sudan dan Yaman, manfaat yang besar banyak diperolehi oleh kaum
muslimin. Oleh yang demikian, di dalam masalah manfaat dan mudharat ini,
pertimbangan berdasarkan senario semasa perlu diambil kira. Tahaluf Siyasi
sebelum diputuskan hendaklah dipertimbangkan semasak-masaknya oleh pakar
politik dan ahli-ahli strategi.
KESIMPULAN
Di dalam mendepani arus politik dunia pada hari ini, gerakan Islam perlulah bijak
mengambil manfaat daripada ruang dan peluang yang ada. Tahaluf siyasi perlulah
dilakukan dalam keadaan gerakan Islam mendapat keuntungan yang maksimum

dalam usaha untuk menegakkan agama Allah SWT. Bagaimanapun, perlulah


diingatkan agar penerangan demi penerangan hendaklah dilakukan dari masa ke
semasa khususnya kepada masyarakat awam agar tidak terkeliru dengan langkah
yang diambil.
Penyertaan gerakan Islam dalam mana-mana kerajaan seharusnya dilakukan
dengen penelitian yang teliti terhadap senario politik setempat. Oleh yang
demikian, pimpinan gerakan Islam perlulah sentiasa prihatin dan sensitif dengan
perkembangan semasa serta kehendak masyarakat agar langkah yang diambil tidak
menyebabkan kerugian di mereka nanti.

Maklumat Penulis :
Ahmad Fadhli bin Shaari
B.A (Hons) Dakwah Islamiyyah, Univ. Al-Azhar, Mesir.
Penulis merupakan Ketua Jabatan al-Dakwah wal Qiadah

You might also like