You are on page 1of 17

IPG KAMPUS TUN HUSSEIN ONN, BATU

PAHAT
JOHOR
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA
PERGURUAN
(PISMP)
GURU DAN CABARAN SEMASA
(EDU 3093)

NAMA

: NUR SYAZWANI BINTI IDRIS

NO K/P

: 920823-01-6284

OPSYEN

: PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PEMBELAJARAN)

AMBILAN

: JANUARI 2012

PENSYARAH

: ENCIK MUHAMMAD AMIN BIN SIMON

1.0

PENDAHULUAN
Perpaduan ialah penyatuan, dan darjah serta jenis penyatuan yang

dipamerkan sesebuah masyarakat ataupun kumpulan dan jiran mereka. Menurut


Kamus Dewan (2005) perpaduan didefinisikan sebagai perihal berpadu iaitu
bergabung menjadi satu, sepakat dan lain-lain lagi. Ia merujuk kepada semua
perhubungan sosial yang mengaitkan manusia. Istilah ini lazimnya digunakan dalam
bidang sosiologi ataupun sains kemasyarakatan.
Asas perpaduan bagi sesuatu masyarakat berbeza. Dalam masyarakat
ringkas atau biasa ia mungkin berdasarkan hubungan kekeluargaan. Bagi
masyarakat yang lebih kompleks pula, terdapat beberapa teori berkaitan faktor yang
menyumbang kepada perpaduan sosial ataupun masyarakat. Jika di Malaysia,
perpaduan sudah bertapak sejak zaman dahulu lagi dan usaha pemupukan masih
perlu diteruskan kerana Negara sering diuji dengan segelintir pihak yang sengaja
memainkan isu berunsurkan sentiment perkauman di dalam Negara.
Isu-isu yang berkaitan dengan perpaduan kaum kerap dibincangkan dalam
surat khabar dan televisyen. Hal ini kerana rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagal
kaum dan agama. Terdapat beberapa kebaikan perpaduan kaum kepada
masyarakat dan negara. Antara kebaikan perpaduan kaum ialah masyarakat dapat
hidup dalam keadaan aman dan damai. Keadaan masyarakat yang aman dan damai
ini membolehkan aktiviti harian berjalan dengan baik. Masyarakat pelbagai kaum
boleh melakukan aktiviti keagamaan dengan bebas dan lancar. Budaya saling
menghormati akan agama serta budaya amat diperlukan agar semua kaum berasa
selesa dan bebas melaksanakan amalan tradisi kaum mereka di Malaysia.
Kepentingan lain perpaduan kaum di Malaysia ialah mewujudkan masyarakat
yang harmoni. Sebagai rakyat Malaysia, pasti kita sudah tidak asing lagi dengan
wujudnya masyarakat berbilang kaum di negara kita seperti Cina, Melayu, India,
Kadazan dan sebagainya. Peribahasa Rambut sama hitam, hati lain-lain jelas
menunjukkan walaupun manusia mempunyai warna rambut yang sama tetapi sukma
dan keinginan manusia adalah berbeza. Dengan mewujudkan perpaduan kaum
dalam kalangan masyarakat, barulah masyarakat harmoni yang mempunyai aspirasi

yang sama dapat tercapai. Oleh hal yang demikian, sebagai rakyat Malaysia yang
prihatin, kita hendaklah mewujudkan perpaduan kaum dalam kalangan rakyat
Malaysia,seperti kata peribahasa, bulat air kerana pembetung, bulat manusia
kerana muafakat. Malaysia telah mengorak langkah yang amat cemerlang dan jauh
dalam era pembangunan Negara dan perpaduan dalam Negara pula hendaklah
bergerak seiring dengan kemajuan yang hendak dicapai. Apalah gunanya kemajuan
andai perpaduan perlu dikorbankan sebagai bayaran kepada sebuah kemajuan yang
diimpikan oleh semua Negara di dalam dunia ini.
Selain itu, perpaduan kaum akan menjadikan negara aman dan tenteram di
mana keadaan ini membolehkan pihak kerajaan merancang dan melaksanakan
pembangunkan dengan lancar untuk meningkatkan taraf hidup rakyat. Antara
manfaat lain perpaduan kaum ialah pihak kerajaan boleh memajukan sektor
pelancongan negara. Keadaan negara yang aman dan damai akan menarik lebih
ramai pelancong asing datang ke Malaysia. Kehadiran pelancong asing ini akan
memberikan peluang pekerjaan kepada rakyat. Peluang pekerjaan ini akan menjana
sumber pendapatan bagi menyara hidup dan meningkatkan taraf ekonomi rakyat.
Di samping itu, perpaduan kaum juga akan menarik pelabur asing untuk
datang melabur di Malaysia. Pelabur asing yakin untuk melabur kerana negara kita
berada dalam keadaan aman dan damai. Kedatangan pelabur asing ini juga akan
membuka peluang pekerjaan kepada rakyat dan akan meningkatkan pendapatan
negara.
Perpaduan kaum juga akan menaikkan imej negara di mata negara lain.
Perpaduan kaum membuktikan bahawa pemimpin Malaysia dapat memerintah
dengan balk. Terdapat beberapa negara yang ingin mencontohi negara Malaysia
dalam mentadbir negara. Selain itu, perpaduan kaum yang terdapat di Malaysia
telah membolehkan Malaysia terpilih sebagal pengerusi bagi beberapa pertubuhan
antarabangsa.

2.0

LITERATURE REVIEW
Pada Oktober 2011, Kementerian Pelajaran telah melaksanakan kajian

semula sistem pendidikan negara Malaysia secara menyeluruh dalam usaha


membangunkan Pelan Pembangunan Pendidikan yang baharu. Kerajaan telah
mengambil keputusan melaksanakan kajian semula sistem pendidikan berdasarkan
standard pendidikan antarabangsa yang kian meningkat, peningkatan aspirasi
negara, dan harapan ibu bapa serta masyarakat terhadap dasar pendidikan negara
dalam mempersiapkan generasi muda untuk menghadapi keperluan abad ke-21.
Oleh itu, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) telah dilancarkan
oleh kerajaan pada 6 September 2013. Pelan ini melibatkan 11 anjakan melibatkan
transformasi dari segi sistem pendidikan Negara 2013-2025.

Gambar 1: Sebelas Anjakan Transformasi Pendidikan PPPM

Di samping itu, proses transformasi sistem pendidikan turut akan dilaksana


dalam tempoh 13 tahun menerusi tiga gelombang iaitu gelombang pertama (20122015) menumpukan kepada usaha memperbaiki sistem dengan memberi sokongan
guru dan tumpuan kepada kemahiran asas. Gelombang kedua (2016-2020) pula

mempercepat penambahbaikan sistem dan gelombang terakhir dalam PPPM iaitu


gelombang ketiga (2021-2025) tertumpu kepada ke arah kecemerlangan menerusi
operasiyang fleksibel.

Gambar 2: 3
Gelombang
Pembangunan
Pendidikan

3.0

DEFINISI KONSEP

Pelan
Malaysia

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) bukan sahaja mempunyai


sebelas anjakan dan tiga gelombang bagi menghadapi transformasi pendidikan dari
2013 sehingga 2025 tetapi PPPM juga mempunyai aspirasi atau strategi khususnya
dalam mencapai perpaduan dalam Negara. Pendidikan di lihat merupakan langkah
pertama dalam mengenalkan konsep perpaduan dan oleh sebab itu, aspirasiaspirasi ini diwujudkan untuk dilaksanakan dalam pendidikan di sekolah.
PPPM juga menggariskan aspirasinya terhadap setiap murid iaitu setiap
murid akan mempunyai pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin,
kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian serta identiti nasional.
Pengetahuan ialah ilmu-ilmu yang bakal diperoleh memberi manfaat dan
berguna dalam kehidupan dan bukan hanya berlandaskan konsep belajar untuk
dinilai semata-mata. Kemahiran berfikir pula diukur dengan kebolehan murid
mengikut aras dan murid akan dirangsang untuk berfikir menggunakan kemahiran
berfikir aras tinggi (KBAT). Kemahiran memimpin diterapkan sesuai dengan sifat
azali manusia yang menjadi pemimpin di muka bumi ini. Murid akan dibantu dan
digilap dari segi menyerlahkan potensi diri untuk menjadi seorang pemimpin yang
berkaliber seperti menerusi aktiviti kokorikulum. Selain itu, kemahiran dwibahasa
juga diperkukuh seperti boleh menguasai dua bahasa utama dengan baik iaitu
Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Jika di Jepun, kanak-kanak akan dilatih
untuk menguasai adab dan kesopanan terlebih dahulu tetapi PPPM bertindak lebih
progresif dengan mengaspirasikan setiap murid untuk mempunyai etika dan
kerohanian yang baik. Hal ini kerana kecantikan luaran seperti etika akan bermula
dari dalaman iaitu kerohanian. Identiti nasional pula berfokus kepada mewujudkan
semua masyarakat di Malaysia mempunyai identiti nasional yang boleh dikenali di
mata dunia dengan menerapkan amalan perpaduan sejak bangku sekolah lagi.
Sebanyak lima aspirasi sistem pendidikan dalam PPPM telah diperkenal
untuk dilaksanakan oleh peneraju pendidikan di Malaysia. Aspirasi berkenaan ialah
akses, kualiti, kesaksamaan (ekuiti), perpaduan dan kecekapan.

Namun begitu, apakah takrifan kelima-lima aspirasi yang telah diperkenalkan


ini? Menurut Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat (2005), akes bermaksud proses
atau cara untuk mencapai atau memperoleh sesuatu maklumat. Kualiti pula

ditakrifkan sebagai darjah kecemerlangan yang biasanya tertinggi ataupun mutu


sesuatu perkara.
Kesaksamaan

merupakan

istilah

daripada

perkataan

saksama

yang

didefinisikan sebagai perkara perihal cermat dan hati-hati. Perpaduan merupakan


perkataan yang tidak asing lagi dalam kehidupan rakyat Malaysia yang amat popular
dengan kepelbagaian kaum. Perpaduan merupakan istilah yang membawa maksud
penggabungan ataupun perkara perihal berpadu atau percantuman. Perpaduan
bersinonim dengan kukuh, teguh dan utuh. Aspirasi terakhir pula ialah kecekapan
iaitu bermaksud kebolehan melakukan sesuatu.

4.0

PEMBINAAN PERPADUAN DALAM KALANGAN PELAJAR MALAYSIA

Kerajaan amat komited dalam memastikan hasrat aspirasi transformasi pendidikan


tercapai. Namun begitu, bagaimanakah kelima-lima aspirasi berkenaan boleh
dilaksanakan bagi memupuk perpaduan dalam kalangan murid di sekolah?
Strategi yang pertama ialah memberikan akses penuh ke arah mencapai
kejayaan yang optimum bagi semua murid. Hal ini bagi membaiki peluang
pendidikan yang tidak sama diperoleh oleh setiap murid yang mempunyai latar
belakang etnik, ekonomi dan taraf kehidupan yang berbeza-beza. Kerajaan amat
komited untuk memastikan semua murid mendapat akses yang sama daripada
pendidikan yang berkualiti. Contohnya, murid orang asli seringkali akan menolak
untuk menghadirkan diri ke sekolah kerana bagi mereka, mereka amat ketinggalan
dan berasa rendah diri. Oleh yang demikian, kerajaan mewujudkan sekolah-sekolah
orang asli di penempatan mereka agar mereka menerima akses yang sama untuk
belajar seperti kaum yang lain. Namun begitu, adakah perpaduan dapat diterapkan
jika sekolah berkenaan khusus untuk orang asli sahaja? Untuk itu, guru yang
ditempatkan di sekolah berkenaan akan dipilih daripada pelbagai kaum dan
memainkan peranan yang amat penting mendekati murid serta masyarakat agar
perpaduan dapat dipupuk di sekolah berkenaan tanpa meletakkan jurang antara
sesuatu kaum.
Semua murid pula dalam aspirasi ini iaitu dari pra sekolah hingga menengah
akan mendapat tempat di sekolah. Hal ini boleh dilihat pada hari ini di mana pra

sekolah juga turut ditempatkan di dalam kawasan sekolah rendah dengan membuka
peluang kepada semua kaum untuk mendaftar dan bersekolah di pra sekolah
berkenaan. Hal ini secara tidak langsung akan memupuk pengenalan kepada
kepelbagaian kaum dalam diri kanak-kanak sejak kecil lagi agar mereka lebih
menghargai dan menghormati etnik dan kaum yang terdapat di Malaysia.
Murid-murid pula perlu memenuhi standard minimum iaitu lulus matapelajaran
Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Sejarah, Sains, Pendidikan Islam dan Moral.
Kelulusan ini turut boleh membantu dalam memupuk perpaduan kerana bahasa
merupakan media untuk berkomunikasi antara satu sama lain dan Bahasa Melayu
pula digunakan untuk berkomunikasi sesama kaum. Oleh itu, bagi memupuk
perpaduan, bahasa hendaklah dimantapkan agar semua kaum dapat berinteraksi
dengan baik di samping tidak melupakan sejarah terdahulu untuk dijadikan
pengajaran dan iktibar. Etika dan kerohanian dalam diri setiap murid perlu mantap
untuk membentuk perpaduan dan secara tidak langsung memupuk tingkah laku baik
murid sesama kaum menerusi ajaran agama yang diamalkan.
Seterusnya, strategi atau aspirasi yang hendak dilaksanakan ialah kualiti
standard antarabangsa yang tinggi. Dalam mengejar hasrat kerajaan mencapai
status Negara maju menjelang tahun 2020, pendidikan merupakan tapak yang perlu
diperkukuh terlebih dahulu. Oleh itu, dalam PPPM, kualiti pendidikan dibaiki
menerusi penambahbaikan prestasi mengikut standard antarabangsa. Kajian-kajian
antarabangsa diguna pakai bagi membuat kajian dan disesuaikan di Malaysia untuk
dilaksanakan. Kejayaan-kejayaan Negara lain yang mencapai pendidikan terbaik
dijadikan contoh untuk memajukan sistem pendidikan di Malaysia.
Namun

begitu,

perpaduan

tidak

boleh

dipisahkan

dalam

usaha

menyemarakkannya menerusi bidang pendidikan. Kualiti pendidikan hendaklah


relaven dengan masyarakat majmuk Malaysia yang amat terkenal di mata dunia.
Kerajaan amat memerlukan kerjasama dan penglibatan semua masyarakat dalam
usaha menjadikan Malaysia sebaris di dalam sistem pendidikan yang berkualiti dan
paling cepat berkembang. Penglibatan yang dimaksudkan ialah penglibatan dan
kerjasama oleh semua etnik dan kaum untuk saling membantu dan menyokong
segala usaha yang dilaksanakan bagi memberi laluan kepada pendidikan di
Malaysia untuk membangun dengan pantas.

Ekuiti untuk semua murid ialah kesaksamaan dalam pendidikan yang


diharapkan dapat diberi kepada semua murid di sekolah. Hal ini kerana kerjaan
berhasrat untuk memberikan pendidikan terbaik untuk semua melalui sistem
pendidikan yang diguna pakai di Malaysia. Hal ini bermakna jurang antara
pendidikan di Bandar dan di luar Bandar akan dibaiki agar murid daripada keduadua kawasan ini akan mendapat pendidikan yang sama.
Umum berpendapat bahawa kaum cina amat Berjaya dalam bidang
perniagaan dan menjadikan mereka lebih mudah menyediakan kemudahan
pendidikan terhadap anak-anak meraka. Hal ini akan menjadikan jurang ekonomi
sebagai perbezaan dalam pendidikan. Oleh yang demikian, kerajaan menyediakan
alatan dan sokongan kepada mereka yang tiak bernasib baik agar menerima
pendidikan yang sama dengan yang lain. Hal ini akan merapatkan jurang perbezaan
dan sekaligus menggalakkan perpaduan itu berkembang dengan lebih baik di
sekolah. Contohnya ialah kemudahan dan prasarana berteknologi terkini di terapkan
bagi tujuan pendidikan dan dengan kemudahan ini, pengenalan terhadap identiti
nasional dapat diterapkan secara visual dan lebih terperinci dan berlaku secara
langsung mahupun tidak langsung di dalam kelas. Guru hendaklah bijak
menggunakan teknologi dan kemudahan yang dibekalkan dalam menyelitkan
elemen perpaduan di dalamnya. Perpaduan merupakan intipati penting dalam
sebuah Negara yang mempunyai masyarakat majmuk dan hendaklah disemai dan
sentiasa disegarkan dalam bidang pendidikan di sekolah.
Murid-murid di sekolah pula mempunyai pelbagai perbezaan seperti
perbezaan keupayaan dan minat. Kerajaan tidak memandang enteng akan perkara
ini dengan menyediakan aspirasi baharu terhadap bidang vokasional seperti
mewujudkan kolej vokasional bagi menggantikan sekolah teknik di Malaysia. Murid
akan dapat menyerlahkan minat mereka dengan lebih awal dan semua kaum juga
menikmati faedah yang sama dalam pendidikan ini. Tidak ketinggalan murid
berkeperluan khas diperhebat dengan kemudahan yang membuatkan mereka
berasa dalam persekitaran pendidikan yang adik dan menggalakkan.
Perpaduan ialah strategi yang keempat dalam aspirasi pendidikan PPPM iaitu
memupuk perpaduan dalam kalangan murid. Kajian menunjukkan bahawa
perpaduan yang baik dalam sesebuah Negara akan memperlihatkan populasi yang

sihat, masyarakat yang selamat. Malaysia sudah hidup di dalam persekitaran


perpaduan sejak dahulu lagi dan diperhebat ketika tampok pemerintahan dipegang
oleh bapa perpaduan Allahyarham Tun Hussein Onn. Hal ini membuktikan bahawa
perpaduan amat penting bagi menjamin kesejahteraan kehidupan di Negara ini.
Sistem pendidikan digunakan untuk menyatupadukan murid yang berbilang kaum
dengan menggunakan bahasa pengantar yang sama agar mereka dapat menerima
ilmu yang hendak disampaikan dengan efektif dan proses komunikasi sepanjang
pembelajaran pula menjadi lebih efektif dengan bahasa yang difahami oleh semua.
Murid menghabiskan masa mereka dalam jumlah jam yang agak banyak dan
ibu bapa tidak mengharapkan kepada perkembangan dan kemajuan akademik
semata-mata tetapi merangkumi semua aspek yang boleh memacu murid
berkenaan agar menjadi seorang insan yang lebih baik. Kanak-kanak di sekolah
tidak seharusnya dilayan dengan diskriminasi kaum sebaliknya tidak meletakkan
apa-apa jurang dalam pendidikan. Guru hendaklah melayani murid secara adil dan
sama rata. Jika terdapat aktiviti yang memerlukan murid membentuk kumpulan, ahli
kumpulan mestilah dibahagikan secara sama rata agar mereka berinteraksi dan
memupuk perpaduan secara tidak langsung. Elakkan bersikap rasis kerana murid
akan mencontohi apa yang dilontarkan dan dilakukan oleh guru. Contoh tidak baik
merupakan virus dalam menyemarakkan perpaduan di sekolah.
Pihak pentadbir sekolah pula perlu merancang satu persekitaran yang
menggalakkan perpaduan iaitu menyediakan prasarana dan bahan yang boleh
digunakan bagi menyerlahkan identiti nasional. Selain itu, mural dan sudut ruangan
informasi boleh dijadikan wahana penyebaran informasi mengenai setiap kaum agar
sifat menghargai dan menghormati perbezaan yang ada dapat dipupuk dalam diri
setiap murid.
Strategi dalam aspirasi PPPM yang terakhir ialah pelaksanaan kecekapan
yang tinggi. 16% bajet kewangan Negara digunakan dalam pemantapan sistem
pendidikan di Malaysia dan besarlah hasrat kerjaan agar pendidikan di Malaysia
dapa memaksimumkan keberhasilan produk bagi setiap wang yang diperuntukkan.
Jika disebuah kilang, produk merupakan hasil yang dikeluarkan dan prosuk
berkenaan pula hendaklah menepati ciri-ciri yang dikehendaki sesuai dengan modal

yang dikeluarkan serta memberikan manfaat dan keuntungan. Hal ini turut sama
dalam bidang pendidikan tetapi sedikit berbeza dari aspek proses dan hasilnya.
Kerajaan Malaysia amat berharap pendidikan di Malaysia dapat melahirkan
golongan bijak pandai yang mampu memacu Malaysia ke arah kecemerlangan dan
kemajuan yang hendak dicapai menerusi perbelanjaan dan usaha-usaha yang
dirangka. Jika kini Malaysia masih bergantung kepada tenaga luar dan para ilmuwan
luar untuk melaksanakan sesuatu perkara, tetapi pada suatu masa kelak, Malaysia
berharap agar segala kemajuan yang dicapai merupakan hasil buah fikiran
masyarakat Malaysia yang dilahirkan menerusi pelaburan pendidikan yang dibuat.
Namun begitu, wang yang dibelanjakan bukan sahaja untuk kecemerlangan
akademik tetapi juga kecemerlangan kendiri murid yang turut perlu diperhebat.
Program yang memupuk kepada kearah kecemerlangan perpaduan kaum
hendaklah tidak diambil mudah seperti Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan
(RIMUP) hendaklah diteruskan dan diberikan kelain dan perbezaan dari tahun demi
tahun agar murid akan lebih seronok untuk melibatkan diri dalam aktiviti dibawah
program RIMUP ini.

Aspirasi dan strategi yang diusulkan oleh PPPM tidak dinafikan mampu
memupuk perpaduan seperti yang diharapkan oleh semua pihak di Malaysia. Namun
pihak guru dan sekolah juga boleh melaksanakan strategi tersendiri dalam
memastikan usaha memupuk perpaduan dapat dilaksanakan dengan berjaya seperti
diharapkan oleh semua pihak.
Salah satu usaha yang boleh dibuat ialah dengan membuat perubahan
semual terhadap penempatan murid di dalam kelas. Kadangkala terdapat segelintir
sekolah yang menempatkan murid berdasarkan pencapaian akademik yang
ditonjolkan di sekolah tanpa mengendahkan tentang hal perpaduan yang perlu
diterapkan dalam diri setiap murid. Hal ini sehingga mengakibatkan jumlah murid di
dalam kelas tidak seimbang mengikut kaum. Justeru bagaimanakah perpaduan
hendak diterapkan jika penempatan mereka tidak disatukan dan interaksi aktif tidak
dapat dicipta melibatkan semua kaum.

Oleh yang demikian, pihak sekolah hendaklah peka akan perkara ini dan tidak
bersikap mengejar status akademik semata-mata. Pola penempatan perlu diambil
kira dengan menyeimbangkan murid mengikut kaum di dalam kelas. Penyusunan
kedudukan murid juga perlu dititik beratkan agar mereka tidak berkelompok
mengikut kaum. Guru boleh memilih untuk menempatkan murid secara berkumpulan
atau secara berpasangan agar interaksi sosial dapat diwujudkan di dalam kelas.
Perkara seperti ini hendaklah dilaksanakan ketika murid masih kecil agar mereka
menjadi biasa berinteraksi sesama kaum yang lain. Penglibatan berkumpulan
hendaklah dipantau agar tiada kaum yang dipinggirkan daripada kumpulan yang
dibentuk oleh guru. Teguran atas kesilapan murid hendaklah dilakukan secara
berhemah dan hormat akan kaum mereka agar suasana kelas harmoni dapat dicipta
menerusi pimpinan guru yang mempunyai sifat perpaduan yang baik.
Selain itu, guru hendaklah bijak dalam mengatur strategi serta kaedah
pengajaran yang digunakan di dalam kelas. Tidak dapat disangkal bahawa kurikulum
telah disediakan oleh pihak atasan dan guru hanyalah melaksanakan kurikulum
yang telah dibina. Namun, hal itu tidak boleh menjadi penghalang dalam menjadikan
suasana PdP sebagai suasana yang mempunyai semangat perpaduan yang tinggi.

Pelaksanaan inti kurikulum boleh dipelbagai asalkan objektif dan matlamat


tercapai di samping perpaduan dapat diterapkan dalam diri murid. Bentuk
pembelajaran perlu disesuaikan mengikut topic yang hendak diajarkan dan programprogram pembelajaran yang baharu boleh dicetuskan. Contohnya, jika pembelajaran
sudah sekian lama hanya berbentuk syarahan dan penerangan guru, perkara
baharu boleh digunakan seperti pembelajaran berkumpulan untuk mencapai hasil
pembelejaran sesuatu tajuk. Contohnya, guru memberikan tugasan projek untuk
dilaksanakan oleh murid secara berkumpulan. Kumpulan tersebut pula diberikan
oleh guru dan perlu menerapkan elemen perpaduan. Menerusi pembelajaran projek
berkumpulan itu, murid akan berinteraksi dengan aktif antara mereka bagi
melaksanakan tugasan yang diberikan dan secara tidak langsung lebih mengeratkan
ikatan dan jalinan dalam diri mereka.
Selain itu, pembelajaran pula boleh diselitkan elemen perpaduan semasa
pelaksanaannya di dalam kelas. Sebagai contoh, bagi mata pelajaran sejarah, guru

boleh boleh menggunakan set induksi yang mengingatkan mereka akan perpaduan
yang sudah lama tertanam dalam diri rakyat Malaysia agar mereka akan lebih
menghargai hal yang demikian. Guru kelas pula memainkan pernan penting untuk
mengemudi kelas yang mempunyai kaum yang berlainan di dalamnya. Informasi dan
biodata murid boleh dijadikan hiasan kelas agar semua murid mengenali antara satu
sama lain dan lebih menghormati dan menghargai perbezaan yang ada. Sambutan
hari perayaan yang dirayakan oleh ahli kelas boleh dimeriahkan bersama-sama
menerusi aktiviti Pendidikan Seni Visual iaitu membuat kad ucapan, menganyam
ketupat, membuat tanglung dan lain-lain lagi. Pada dasarnya perkara ini dianggap
kecil tetapi impaknya mampu mengukuhkan perpaduan dan mengeratkan kasih
sayang antara mereka.
Selain

itu,

kerajaan

juga

boleh

mengambil

langkah

lain

dengan

memperbanyak kuota pengambilan guru daripada pelbagai kaum untuk ditempatkan


di dalam satu sekolah. Hal ini bermakna bukan sahaja murid yang akan berbilang
kaum malah guru juga akan datang daripada kaum yang berbeza-beza. Hal ini akan
mewujudkan suasana kerja yang menerapkan elemen perpaduan di sekolah. Teori
Sosial yang diperkenal oleh Albert Banduri menggariskan bahawa kanak-kanak akan
mempelajari sesuatu menerusi persekitarannya dan hal ini sejajar dengan situasi
yang hendak dicipta. Jika guru memberikan contoh yang baik dalam budaya kerja
menerapkan elemen perpaduan, murid juga akan meniru dan mencontohi mereka
dengan mewujudkan suasana pembelajaran yang berpadu.
Selain itu, guru kaum lain juga boleh diambil untu mengajar matapelajaran
yang merupakan matapelajaran sesuatu identiti kaum seperti guru Melayu diambil
untuk mengajar subjek Bahasa Cina. Hal ini kerana terdapat juga masyarakat
melayu yang menghantar anaknya bersekolah di sekolah cina dan seterusnya anak
itu amat cemerlang dalam bahasa cina dan juga fasih berbahasa cina. Oleh itu,
untuk menyemarakkan perpaduan dalam Negara, pembaharuan seperti ini boleh
dilaksanakan supaya kaum berkenaan berasa budaya dan identiti mereka dihargai
dan hal ini sekaligus memupuk semangat perpaduan seperti yang diimpikan.

5.0

RUMUSAN
Holistiknya, pelbagai strategi telah dirangka oleh pihak kerajaan bagi

mewujudkan suasana perpaduan sejak zaman persekolahan lagi. Hal ini kerana,
sekolah merupakan tempat pertama yang paling sesuai untuk murid mengenali dan
mebghargai perbezaan kaum yang terdapat di Malaysia. Selain itu, mereka juga
perlu mengetahui bahawa Malaysia merupakan Negara unik yang sering disanjung
menerusi keamanan yang dapat dicapai meskipun hidup dalam berbilang bangsa
dan kaum. Mereka merupakan barisan generasi muda yang akan menerajui
Malaysia pada masa akan datang dan seharusnya mereka perlu mengekalkan
keamanan yang telah diperlihara sejak dahulu lagi melalui pemupukan perpaduan
dan pemeliharan semangat kekitaan ini.

REFLEKSI

Bersykur saya ke hadrat ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya saya
dapat melaksanakan tugasan diberikan dalam tempoh masa yang ditetapkan.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada pensyarah iaitu Encik Mohd. Amin Bin Simon
Sepanjang proses pelaksanaan tugasan ini saya telah mengenalpasti
beberapa kelemahan dan kelebihan yang boleh dijadikan refleksi untuk diri saya.
Kekuatan yang saya dapati sepanjang pelaksanaan tugas ini ialah di mana tugasan
bukan berkisar mengenai tajuk-tajuk yang terdapat dalam pembelajaran subjek Guru
dan Cabaran Semasa tetapi lebih kepada aplikasi pembacaan yang telah dibuat.
Tugasan ini dilaksanakan dengan pembacaan dan mengakses maklumat yang
dikehendaki pada soalan yang diberikan. Oleh itu, bonus diperoleh ialah saya dapat
membuat ulangkaji secara tidak langsung dan memahami tajuk yang difokuskan
dalam melaksanakan tugasan ini. Hal ini amat bermakna memandangkan Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) merupakan satu perkara yang perlu
saya dalami dan ketahui sebelum ditempatkan di sekolah kelak. Hal ini juga
disebabkan kerana saya merasakan 2016 amat hampir dan bakal menjelang tiba
dengan membuka lembaran baru dalam episod transformasi pendidikan iaitu
memasuki fasa Gelombang Kedua.
Selain itu, saya juga dapat membuka mata bahawa masyarakat sentiasa
memberi perhatian terhadap isu-isu yang melibatkan bidang pendidikan di Negara
ini. Perkara ini tidak kira mengenai profesion perguruan mahupun sistem pendidikan
itu sendiri. Saya telah membuat pembacaan tentang perkara yang melibatkan
pendidikan di dalamnya. Hal ini menjadikan saya lebih peka terhadap isu yang
membelenggu pendidikan di samping memberi motivasi kepada saya untuk lebih
komited semasa melaksanakan tugas kelak.
Seterusnya, saya juga mendapati bahawa cabaran guru bukan sahaja terletak
pada PdP yang dilaksanakan tetapi juga tugas-tugas menerapkan elemen
perpaduan dalam diri murid yang perlu dilaksanakan di sekolah. Imej guru di sekolah
juga perlu dijaga kerana murid melihat guru sebagai seorang ikon yang akan
dicontohi dan oleh itu, guru hendaklah sensitif terhadap penampilan yang ditonjolkan
ketika di sekolah tidak kira penampilan fizikal mahupun verbal.

Kelemahan yang saya dapati pula ialah saya terlalu bergantung terhadap
bahan buku yang dibekalkan dan saya mendapati bahawa semua pelajar juga
mempunyai masalah yang sama mengenai bahan yang hendak digunakan. Namun
saya berusaha membaca dan mengulas kembali apa yang terdapat di dalam
Dokumen PPPM bagi memberikan perbezaan olahan dalam tugasan yang diberikan.
Seterusnya, kekangan masa amat membelenggu saya dan semua pelajar
semester 8 dek perubahan tkwim kuliah yang dilaksanakan. Namun begitu, saya
tidak boleh menjadikan perkara itu sebagai alas an dan perlu mencari masa dan
mengorbankan masa untuk diri sendiri demi kepentingan pada masa akan datang.
Penambahbaikan

yang

boleh

dibuat

ialah

dengan

memperbanyak

pembacaan material sama ada dalam dan luar Negara untuk membaiki mutu atau
kualiti tugasan yang diberikan. Pengurusan masa juga hendaklah lebih efektif dan
menghindari sifat bertangguh kerana bertangguh itu ialah pencuri masa dan akan
mengakibatkan stress.
Secara keseluruhannya, tugasan ini merupakan cabaran yang bagus untuk
mencabar diri untuk melaksanakannya dan juga memberikan kefahamn dengan
lebih mendalam kepada para pelajar mengenai tajuk yang digariskan sebagai
persediaan kepada menghadapi situasi sebenar profesion perguruan kelak.

NUR SYAZWANI BINTI IDRIS

You might also like