You are on page 1of 2

Laporan Lawatan Sambil Belajar Ke Kilang Coklat Cadbury

Kelab Pendidikan Luar Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar


Kota Tinggi telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Kilang Coklat
Cadbury yang terletak di Shah Alam pada 15 Jun 2015. Rombongan ini
terdiri daripada empat puluh orang ahli Kelab Pendididkan Luar dan tiga
orang guru pengiring, iaitu Puan Suhana, Puan Halina, dan Puan Siti Cik
Hafizah. Seawal lapan pagi lagi, para pelajar dan guru yang terlibat
sudah menaiki bas yang disewa khas oleh ahli jawatankuasa lawatan ini.
Perjalanan mengambil masa tiga jam kerana antara jarak sekolah dengan
kilang tersebut hanya 300 kilometer.
Sebaik-baik sahaja tiba di kilang tersebut, rombongan kami
disambut dengan tangan terbuka oleh pengurus pemasaran dan promosi,
Encik Soo Sing Fei. Encik Soo telah membawa kami ke bilik mesyuarat
yang terletak ditingkat tiga Wisma Cadbury. Di dalam bilik mesyuarat
itu, kami diberi penerangan sejarah penubuhan kilang coklat secara
ringkas tapi jelas. Selepas mendengar taklimat, ahli rombongan pun
bersemangat tinggi dan bertanyakan pelbagai soalan yang berkaitan
dengan kilang coklat tersebut. Hal ini demikian kerana mereka perlu
menyediakan laporan lawatan ini.
Program pasca taklimat ialah memulakan lawatan ke bahagian
memproses coklat. Kami dibawa ke bahagian paling penting, iaitu zon
penyediaan. Di kawasan itu, kami diberi pakaian berupa tudung kepala,
penutup mulut, dan sarung tangan. Langkah penyediaan yang bersih dan
selamat adalah penting, kata Encik Soo kerana pihak kilang amat
mementingkan soal kualiti coklat. Hal ini demikian kerana kebersihan
menjamin mutu makanan yang disediakan. Kami melihat sendiri biji
koko panggang dikisar dengan sebuah mesin. Selepas itu, koko yang
lumat dimasak bersama gula dan susu yang diimport khas.
Selepas proses penyediaan selesai, coklat dalam bentuk cecair
pekat yang mencapai kepanasan seratus lima puluh darjah itu disalurkan
ke paip besar yang menuju ke bahagian pemprosesan coklat
prapembungkusan. Di bahagian itu, kami dapat melihat pelbagai jenis
coklat berjaya diproses dengan mesin yang canggih. Mesin itu
seterusnya menghantar jongkong-jongkong coklat yang sudah siap
diproses menuju ke peringkat pembungkusan mengikut saiz dan perisa.

Di bahagian ini, bilangan pekerja yang banyak diperlukan untuk


menyudahkan proses pembungkusan sehingga proses akhir,
penyimpanan.
Sepanjang lawatan di bahagian penyediaan, kami telah
mengemukakan soalan tentang kepentingan penyediaan makanan yang
selamat. Sepanjang dua jam lawatan, kami berasa teruja dan berpuas hati
dengan penerangan yang disampaikan. Walau bagaimanapun, kami
berasa penat kerana kawasan pemprosesan kilang iniamat besar. Di bilik
mesyuarat, kami diberi taklimat multimedia berkaitan perancangan masa
depan kilang coklat ini. Daripada taklimat multimedia ini, kami berasa
kagum akan semangat pengurusan syarikat ini yang memegang para
prinsip genggam bara api biar jadi abu.
Sebelum mengakhiri lawatan, Pengarah Urusan Kilang Cadbury
telah meluangkan masa untuk berjumpa dengan ahli rombongan sekali
gus menyampaikan cenderahati kepada kami. Selain itu, kami juga
diberi baucar istimewa untuk membeli coklat dengan potongan harga
sebanyak dua puluh hingga empat puluh peratus. Selepas bersalam
dengan tuan pengarah, kami pun menuju ke kedai coklat yang terletak di
sebelah pintu besar kilang itu. Ahli rombongan yang selesai membeli
coklat bersiap sedia menaiki bas untuk pulang ke sekolah.
Rombongan ini tiba di sekolah pada pukul dua belas tengah hari.
Cikgu Saloma yang bertugas menjagadisiplin pelajar berpuas hati
dengan kelakuan ahli rombongan walaupun ada segelintir daripada
mereka yang mulut murai. Akhirnya, murid-murid pun pulang ke rumah
masing-masing. Lawatan sambil belajar seperti ini amat bermanfaat
kepada pelajar. Selain mendapat ilmu dan pengalaman, kami juga
berjaya menimba pengetahuan tentang pengurusan kilang. Kami
berharap lawatan umpama ini akan dijadikan agenda tahunan Kelab
Pendidikan Luar Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Kota Tinggi.

You might also like