You are on page 1of 6

Biograf

Nama sebenar beliau ialah Uthman b. Affan b. Abul As yang mana beliau dilahirkan
ketika Baginda Nabi Muhammad SAW berumur5 tahun.Beliau dilahirkan di dalam
sebuah keluarga Quraish yang paling keras sekali tentangannya terhadap islam
dan rasulullah saw iaitu Bani Umayyah yang kaya di Makkah.Uthman bin Affan
(Arab: ) merupakan salah seorang sahabat Nabi Muhammad saw dan
penulis wahyu. Beliau juga merupakan salah seorang daripada orang yang pertama
sekali memeluk Islam dan amat dikenali kerana sifat belas kasihan dan
dermawannya kepada orang yang susah. semasa di madinah,beliau membeli telaga
air dari yahudi dan mewaqafkannya untuk keperluan masyarakat islam. Beliau
merupakan salah seorang saudagar yang terkaya di Tanah Arab sehingga digelar
denagn gelaran Al Ghani.Beliau juga berhijrah ke Habshah dan Madinah.

Kemuliaan sifat Uthman


Beliau adalah seorang yang bertaqwa dan bersikap wara.Tengah malamnya tidak
pernah disia-siakan.Beliau memanfaatkan waktu itu untuk mengaji Al Quran dan
setiap tahun beliau mengerjakan haji dan dalam sepanjang tahun beliau berpuasa
setiap hari kecuali pada hari-hari yang ditegah berpuasa.Apabila sedang berzikir
dari matanya mengalir air mata haru.Beliau selalu bersegera dalam melakukan
amal kebajikan dan kepentingan umat.kerana keluhuran budi akhlaknya itulah rasul
pernah bersabda kepadanyamalikat sangat malu kepadamu hai Uthman.
Beliau dilantik menjadi khalifah pada 23 hijrah oleh jawatankuasa syura yang
ditubuhkan oleh khalifah Umar Al Khattab ra.Selepas kewafatan saidina Umar yang
mati ditikam.Beliau merupakan khalifah yang ketiga selepas saidina Abu Bakar dan
saidina Umar.Beliau digelar Zu al-nurain yang bermaksud dua cahaya kerana
menikahi dua orang puteri rasulullah iaitu Ruqayyah dan Umi Kalthsum.

kepimpinan dan sejarah pentadbirannya


Saidina Uthman menjadi khalifah selepas Saidina Umar Al-Khattab dibunuh pada
tahun 644. Beliau memerintah selama dua belas tahun iaitu dari tahun 644
sehingga tahun 656. Semasa pemerintahannya, keseluruhan Iran, sebahagian
daripada Afrika Utara, dan Cyprus menjadi sebahagian daripada empayar Islam.
Adalah dikatakan bahawa Saidina Uthman melantik saudaranya sebagai pentadbir
jajahan baru Islam. Enam tahun pertama pemerintahannya dianggap aman
manakala enam tahun terakhir pula dianggap keadaan huru-hara.Ahli sejarah telah
membahagikan tempoh pemerintahan khalifah Uthman selama 12 tahun kepada 2
bahagian iaitu pertamanya zaman keamanan dan keagungan islam,manakala yang
keduanya pula ialah zaman fnatul-kubra iaitu zaman huru hara.

Zaman keamanan dan keagungan islam


saidina Uthman banyak melakukan perluasan kuasa terhadap beberapa buah
negara dalam usahanya menyebarkan islam, ini dapat dilihat pada keluasan
empayar Islam yang dapat mengatasi keluasan empayar Rom Timur dan juga
empayar Parsi pada zaman kegemilangan mereka. Antara wilayah baru yang
berjaya ditakluki ialah Cyprus,Afganistan,Samarqand,Libya,Algeria,Tunisia,Morocco
dan beberapa buah negara lagi.Beliau juga bertanggungjawab dalam menubuhkan
angkatan tentera laut islam yang pertama begi menjamin keselamatan dan
melakukan perluasan kuasa.Banyak negara yang telah dibuka melalui angkatan
tentera ini.
Perluasan kuasa telah menyebabkan penyebaran islam terjadi secara
meluas.Apabila ramainya orang yang memeluk islam,maka berlaku perbezaan
antara sesuatu wilayah dengan wilayah yang lain dari segi mereka mempelajari
islam.Apa yang paling ketara sekali ialah dalam masalah mereka mempelajari Al
Quran.Terdapat banyak perbezaan bacaan yang membawa kepada salah bacaan
antara satu tempat dengan tempat yang lain.Dalam keadaan ini banyak terjadinya
salah faham dan saling tuduh menuduh sesama orang islam dalam menyatakan
siapakah yang betul pembacaannya.

Pembukuan Al quran
Saidina Uthman telah mengadakan satu naskah Al Quran yang baru,yang mana
ianya digunakan secara rasmi oleh umat islam.Penyusunan dan pengumpulan Al
Quran ini adalah menggunakan lahjah Bahasa Quraish berdasarkan persetujuan
para sahabat.Al Quran yang berbeza telah dibakar .Mereka telah memilih 4 huffaz
sebagai penyusun Al Quran iaitu Saidina Zaid,Abdullah bin Zubayr,Said bin Al Asy
dan Abdurrahman bin Al Harith ibnu Hisyam.Al quran inilah yang digunakan
sehingga ke hari ini di mana ianya dikenali dengan nama Mushaf Uthmani .Langkah
ini bertujuan untuk menjamin kesucian Al Quran sebagai sumber perundangan
islam.

Pembesaran masjid nabawi


Masjid Nabawi telah menjadi padat kerana dipenuhi dengan jemaah yang semakin
ramai.Oleh itu,khalifah Uthman telah membesarkan masjid tersebut dengan
membeli tanah bagi memperluaskan kawasan tersebut.Masjid tersebut telah di
luaskan pada tahun 29 hijrah.

penyebaran dakwah islam


Saidina Uthman sering berdakwah di penjara dan beliau berjaya mengislamkan
ramai banduan.Beliau juga banyak mengajar hukum-hukum islam kepada
rakyatnya.Ramai pendakwah telah dihantar ke serata negeri bagi memperluaskan
ajaran islam.Beliau juga telah melantik ramai pengajar hukum islam dan juga
melantik ramai petugas khas yang membetulkan saf-saf sembahyang.Beliau juga
banyak menggunakan Al Quran dan as sunnah dalam menjalankan hukum-hukum.

perkembangan islam semasa pemerintahan saidina uthman


Pada masa zaman pemerintahannya,keadaan pemerintahan islam dari semasa ke
semasa mula menjadi bertambah luas dan mula menempuh satu zaman peralihan
dalam kehidupan asal orang Arab menuju suatu kehidupan baru dan pada
zamannyalah bermulanya zaman kemewahan hidup yang timbul hasil daripada
penaklukan negeri-negeri baru.Dalam pemerintahannya,orang islam mula merasa
hidup mewah dan menerima kemakmuran.Mereka yang menghadiri majlis majlis
jamuan khalifah Uthman pada zaman itu dapat melihat perbezaan besar jika
dibandingkan dengan jamuan yang diadakan pada zaman khalifah Umar.Sebagai
seorang khalifah,beliau merasa bahawa rakyatnya berhak menikmati hidup yang
makmur itu,tetapi beliau tidak membenarkan orang-orang islam bersenang-senang
dengan nikmat kemakmuran itu hingga melanggar hukum-hukum Allah.pada zaman
beliau,ramai daripada para sahabat Rasul keluar meniggalkan Bandar Madinah dan
bermastautin di wilayah-wilayah yang baru diperintah oleh pemerintah
islam.Pemergian mereka itu tidak dilarang oleh Saidina Uthman.Pada zaman
pemerintahan Saidina Umar,para sahabat tidak dibenarkan keluar dan bermastauin
di negeri-negeri yang baru diperintah oleh orang-orang islam.Tetapi di zaman
pemerintahan saidina Uthman tegahan itu dihapuskan.Saidina Uthman tidak begitu
mengambil berat terhadap gabenor-gabenor islam yang memerintah di wilayah
islam khususnya mengenai perjalanan mereka untuk menjaga nama baik mereka
dan untuk mengelakkan daripada perkara-perkara yanag mungkin menimbulkan
ftnah.Berlainan dengan saidina Umar yang sangat mengambil berat tenteng
kedudukan wakil-wakilnya yang memerintah.

zaman fnatul-kubra (zaman huru hara)


Pada akhir tahun 34 hijrah,pemerintahan islam dilanda ftnah.Sasaran ftnah
tersebut ialah saidina Uthman hingga mengakibatkan beliau terbunuh pada tahun
yang berikutnya.Timbulnya peristiwa -peristiwa yang baharu ini bukanlah
disebabkan kecuaian saidina Uthman atau beliau sengaja meringan-ringankan

hukum,bahkan hukuman-hukuman yang sewajarnya tetap dikenakan ke atas siapa


juga yang melanggar larangan agama islam.Tetapi bagaimanapun percubaanpercubaanya itu tidak menghasilkan hasil yang baik,berlainan dengan apa yang
dijalankan oleh saidina Umar semasa pemerintahannya dan ini menyebabkan
ftnah-ftnah makin banyak berlaku antara pihak pemerintah dengan orang
ramai.Fitnah yang keji datang dari Mesir berupa tuduhan-tuduhan palsu yang
dibawa oleh orang-orang yang datang hendak menunaikan umrah pada bulan
Rejab.Saidina Ali bermati-matian membela Saidina Uthman dan menyagkal tuduhan
mereka.

saidina Ali menanyakan keluhan dan tuduhan mereka.Pada hari jumaat,saidina


Uthman berkhutbah dan mengangkat tangannya seraya berkata Ya Allah,aku
beristighfar dan bertaubat kepada Mu.Aku bertaubat di atas perbuatanku Saidina
Ali menjawab soalan orang-orang islam itu.Setelah mendengar penjelasan Saidina
Ali ra,umat islam pulang dengan rasa puas.Tetapi,para penipu ftnah terus
melancarkan ftnah dan melaksanakan rancangan jahat mereka.Akhirnya,tibalah
kemuncak kepada ftnah itu apabila masuknya tahun35 hijrah sehingga Saidina
Uthman sendiri memberitahu kepada para muslimin tentang perancangan jahat
golongan Khawarij dan pengikut Abdullah bin Saba.Para sahabat meminta agar
mereka dibunuh kerana menderhaka kepada khalifah tetapi Saidina Uthman
melarangnya kerana mengikut jejak rasulullah yang menegah daripada membunuh
golongan munafk yang diketuai oleh Abdullah bin Ubai sebelum ini dimana
dibimbangi musuh islam akan menuduh Nabi membunuh sahabat nya sendiri.

ftnah surat layang


Diantara mereka ada yang menyebarkan tulisan surat palsu daripada Saidina
Uthman.Setelah menerang kan isi surat tersebut,maka Saidina Ali dan beberapa
sahabat terus menemui Saidina Uthman di mana beliau bersumpah serta menafkan
penulisan surat itu dan ia merupakan antara usaha jahat pihak Ibnu Saba dan
Khawarij dengan menggunakan khadam dan cap mohornya.Saidina Ali dan sahabat
mengakui kebenarannya.Surat layang ini digunakan sepenuhnya dalam
menjatuhkan Saidina Uthman terutamanya keadaan Madinah yang sememangnya
pada waktu itu kekurangan penduduknya terutamanya golongan lelaki yang ketika
itu keluar berperang,ada juga yang berdakwah dan tak kurang juga yang
menunaikan haji.Jumlah yang ada begitu sikit berbanding dengan puak Khawarij
seramai 3 ribu orang.Setelah melihat keadaan Madinah yang begitu tegang,maka
Saidina Uthman telah mengutuskan surat bagi meminta bantuan para muslimin
terutamanya di Mesir,Kufah dan Basrah untuk datang ke Madinah bagi mengusir
puak Khawarij.Para muslimin begitu bersemangat dan bersedia untuk membantu

Saidina Uthman yang kini dikepung di Madinah bermula 8 Zulkaedah tahun 35


hijrah.Saidina Uthman tahu tentang para muslimin yang bersedia berperang dengan
pemberontak lalu mengutuskan utusan untuk menegah para muslimin daripada
berperang.Malah semasa dikepung,Saidina Uthman yang ditemani hampir 700
orang sahabat tetap menegah para sahabat daripada berperang dengan
pemberontak.
Pertemuan terakhir Saidina Uthman dengan para muslimin ialah seminggu selepas
bermulanya kepungan dimana beliau menyuruh mereka bersabar.Selepas itu
Saidina Uthman terus terkepung di dalam rumahnya sehinggalah terputus bekalan
air.Ketika Saidina Ali dan isteri nabi Ummu Habibah meminta kebenaran daripada
pemberontak untuk memberi air kepada Saidina Uthman maka ia ditolak mentahmentah oleh pemberontak.

Pertempuran di hadapan rumah Saidina Uthman


Pemberontak Khawarij memulakan tindakan seterusnya selepas 30 hari membuat
kepungan terhadap Saidina Uthman kerana mereka bimbang tibanya bantuan
tentera muslimin.Serangan awal mereka ialah dengan membakar pintu dan atap
rumah Saidina Uthman di mana beberapa orang yang berada dalam rumah
berusaha memadamkan api sedangkan Saidina Uthman sedang sembahyang.Para
muslimin yang bertindak mengawal rumah Saidina Uthman mula bertempur dengan
pemberontak di mana 2 orang muslimin gugur syahid.Melihat perkara itu lalu
Saidina Uthman memerintahkan semua yang bertindak mengawalnya agar pulang
ke rumah masing-masing.Para muslimin akur dengan perintah khalifah tersebut.
Akhirnya tibalah hari jumaat 18 Zulhijjah tahun35 hijrah yang merupakan hari
terakhir bagi kehidupan dunia Saidina Uthman iaitu hari ke 40 daripada kepungan
itu.Beliau yakin telah tiba hari ajalnya lalu berpuasa dan banyak membaca Al Quran
agar beliau mati syahid dalam keadaan berpuasa dan membaca Al
Quran.Pemberontak meminta agar beberapa orang dari kalangan mereka untuk
masuk dan membunuh Saidina Uthman.Tetapi seorang demi seorang sehinggalah
cukup 4 orang di mana orang terakhir ialah Muhammad bin Abu Bakar sendiri di
mana mereka masuk dan mengugut Saidina Uthman agar melucutkan jawatan
khalifah tetapi beliau enggan dan memberi hujah yang menyebabkan cubaan
membunuhnya gagal dilakukan oleh 4 orang tadi.Antaranya Saidina Uthman
menyatakan bahawa mereka bukanlah orang sebenar yang akan membunuhnya
dan antara mereka merupakan orang yang dijanjikan Allah melalui lidah Rasulullah
tentang pengampunan dosa dan orang yang pernah didoakan nabi dalam
peperangan sebelum ini .Akhirnya mereka keluar tanpa membunuh Saidina Uthman
sepertimana yang di suruh oleh ketua mereka. Selepas itu 3 pemimpin Khawarij
dengan perasaan marah telah masuk ke dalam rumah Saidina Uthman di mana
Ghafqi telah memukul Saidina Uthman dengan besi dan menyepak Al Quran yang

dibaca olehnya.Al Quran itu terus terbuka dan tetap berada di tangan Saidina
Uthman sehingga darah yang mengalir dari muka beliau terkena ayat 137 surah Al
Baqarah yang bermaksudMaka cukuplah Allah bagi kamu daripada kejahatan
mereka dan Dialah Tuhan Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.Kemudian
datang pula Sudan lalu dilibas pedangnya ke arah Saidina Uthman tetapi isterinya
Nailah menahannya sehingga pedang itu telah memutuskan jarinya.Sudan yang
hilang perikemanusiaan itu terus menetak Saidina Uthman beberapa kali sehingga
beliau gugur syahid.Seorang anak Saidina Uthman iaitu Najih yang melihat Sudan
membunuh ayah nya terus menerkan Sudan lalu membunuhnya.Qatirah seorang
lagi pemimpin Khawarij yang melihat kejadian itu terus membunuh Najih.Manakala
seorang lagi anak beliau iaitu Sobih turut gugur syahid dibunuh ketika membunuh
Kalthom Tajibi yang sedang menganiayai ibunya Nailah.
Kewafatan Saidina Uthman sebelum Maghrib hari jumaat 18 Zulhijjah tahun 35
Hijrah dalam usia 83 tahun.Jasad enam orang termasuk jenazah Saidina Uthman
dituntut daripada pemberontak pada malam tersebut manakala 3 mayat
pemberontak pula dibuang di dalam kebun sehingga dimakan oleh anjing.Para
muslimin begitu sedih dengan kewafatan Saidina Uthman dan para sahabat
melaknat para pemberontak yang melakukan kekacauan dan pembunuhan kejam
itu.
Sejak itu bermulalah babak-babak yang mendukacitakan dalam lembaran sejarah
islam dan kekuasaan islam sering diwarnai oleh titisan darah.
Pemerintahan beliau memakan masa selama 12 tahun,yang mana ianya merupakan
pemerintahan yang paling lama dalam pemerintahan Khulafa ar Rasyidin.

You might also like