You are on page 1of 11

KELAB BUKU

BOOK CLUB

PENGENALAN
Membaca bukanlah amalan individu semata-mata sebaliknya perlu diamalkan secara
berkumpulan. Sebagai contoh, sewaktu tamadun Islam, membaca telah pun diamalkan
secara berkumpulan ketika membaca Al-Quran. Manakala semasa kecil, anak-anak
diajar mengaji dan membaca kitab di kampung bergurukan seorang ustaz.
Malangnya, amalan murni dan terancang ini tidak pula dipraktikkan dalam gerakan
membaca. Jika ada pun, ia hanya dilakukan ketika anak-anak anda berusia bawah 10
tahun, yang sering kali dianjurkan oleh perpustakaan. Tetapi, rata-rata masyarakat kita
tidak pula melihat membaca itu sebagai satu amalan berkumpulan.
Berlainan dengan negara-negara maju, yang telah mengamalkan amalan atau lebih bijak
jika dirujuk sebagai budaya membaca secara berkumpulan. Misalnya di United Kingdom,
telah wujud lebih 50,000 kumpulan pembaca. Manakala di Amerika Syarikat (AS), lebih
100,000 kumpulan pembaca wujud dalam masyarakat mereka.
Budaya membaca bukanlah merupakan satu hobi yang diminati oleh rakyat Malaysia.
Malah wujud persepsi negatif terhadap para pencinta buku yang diibaratkan seperti
kera sumbang. Tanggapan itu sama sekali tidak tepat. Pencinta buku juga menikmati
dan menghargai keseronokan berkumpul dengan rakan-rakan, terutamanya para
penikmat buku yang dapat bertukar cerita tentang buku-buku yang telah dibaca. Demi
mencipta ruang ini, mereka akan menyertai kelab buku atau kumpulan pembaca tertentu.
Menurut agensi Reading Groups yang mengkaji tentang kewujudan kelab-kelab buku di
negara Barat, mendapati kelab buku telah wujud seiring dengan sejarah penerbitan
buku. Di Malaysia, aktiviti kelab buku boleh dikatakan masih baru, kurang pendedahan,
ataupun tidak mendapat sambutan. Walau bagaimanapun, pengaruh membaca kian
meningkat, terutama dengan kemunculan beberapa kelab buku terbaru dalam talian atau
media sosial seperti Facebook.

Berikut adalah antara beberapa kelab buku dalam talian yang aktif di Malaysia;

Bookster Hub Dinaungi Malaysian Publication House (MPH) yang boleh diakses
melalui laman web MPH.

Baca@LRT

Dinaungi

PTS,

menggunakan

Facebook

sebagai

medium

kumpulan. Aktiviti bertumpu di LRT dan stesennya, dengan tujuan menggalakkan


rakyat membaca dalam kenderaan awam tersebut.

Goodreads Malaysia Bebas, tetapi tertakluk kepada syarat pengguna-pengguna


Goodreads. Aktiviti menjurus perbincangan mengenai buku-buku dan dikendalikan
oleh para peminat buku. Sekali sekala ada ahli akan memberikan buku percuma
ataupun mengadakan pertukaran buku/bookswap. Cabaran-cabaran membaca
turut diadakan seperti menghabiskan sasaran 50 buku setahun.

BookCrossing Malaysia Bebas, tetapi tertakluk kepada syarat penggunapengguna BookCrossing. Aktiviti melibatkan pembebasan buku-buku untuk dimiliki
oleh para peminat secara rawak ataupun secara tangan-ke-tangan. Antara
kumpulan yang paling lama bertapak di Malaysia.

Kelab Buku Malaysia Bebas, menggunakan Facebook sebagai medium. Konsep


santai dan tidak fokus kepada apa-apa aktiviti khusus.

Kelab Tidur Dengan Buku Bebas, baru ditubuhkan pada tahun 2014 tetapi giat
merancang aktiviti yang pelbagai. Menggunakan Facebook sebagai medium.
Turut serta dalam aktiviti Kelab Baca@LRT dan lain-lain.

Kewujudan kelab-kelab buku di atas nyata telah memeriahkan lagi dunia buku tanah air.
Kini, pencinta buku dapat

menambah luas pengalaman hidup dan persahabatan,

merentas minat, kerjaya dan budaya/agama.


Saudara Wasif Wan, salah seorang yang hadir, pernah menjalankan program kem buku
di bawah anjuran Jaringan Anak Muda. Sesuatu yang menarik bagi saya, kerana mereka
bermalam bersama-sama untuk membaca buku-buku berkualiti dan kemudian saling
mengupas isi buku sesama mereka.
Maka, jika anda berminat, mari kita lihat apa yang dimaksudkan oleh kumpulan pembaca
ini.
Penerangan yang mudah; sesuatu kumpulan yang berkumpul untuk berbincang,
berkongsi, membedah isi sesebuah buku yang dikongsi bersama untuk sesuatu masa.

Malah, kadang kala kumpulan pembaca ini dirujuk sebagai Kelab Buku. Tetapi bagi
penulis, kumpulan pembaca ini lebih bersifat mikro jika dibandingkan dengan kelab buku
yang lebih bersifat makro. Skop kumpulan pembaca ini lebih kecil dan menjurus kepada
kumpulan pembaca yang tidak lebih daripada 10 orang. Manakala ahli kelab buku boleh
lebih daripada 10 orang, malah lebih daripada itu sehingga menjangkau ribuan
pembaca.
Antara contoh kelab buku yang aktif dan popular ialah Kelab Buku Oprah, yang dimiliki
oleh Oprah Winfrey, seorang 'pengacara buku' yang popular di AS.
Manakala di Malaysia, kelab buku diwujudkan oleh perpustakaan dan juga toko-toko
buku. Misalnya Kelab Buku Kanak-kanak Dewan yang telah ditubuhkan pada 14 Julai
1979. Oleh kerana ia bersifat komersial, maka ahli-ahlinya perlu membeli buku-buku
terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Dan DBP pula akan menerbitkan Berita
Buku Dewan yang akan menyenaraikan tajuk-tajuk buku baru dan kegiatan-kegiatan
kelab.
Jika peranan kelab buku diuruskan oleh sesuatu organisasi, sama ada perpustakaan
atau toko buku, kumpulan pembaca pula diuruskan oleh masyarakat itu sendiri. Malah
anda pun boleh mewujud dan menguruskan kumpulan pembaca anda sendiri.
Tidak perlu dilantik sebagai Ketua Pustakawan atau mempunyai puluhan juta ringgit
untuk berjaya sebagai seorang usahawan buku. Yang anda perlukan ialah perancangan,
kawan-kawan yang mempunyai minat yang sama, makanan dan yang paling penting
buku.
Jika dirujuk pada The Reading Group Handbook tulisan Rachel W. Jacobsohn, beliau
menyenaraikan beberapa langkah yang perlu diambil oleh sesebuah kumpulan pembaca
ketika 'bersidang' yang lebih dikenali sebagai Rachel's Rule of Order, antaranya:
1. Ahli-ahli tidak boleh merokok semasa kumpulan pembaca ini bertemu.
2. Kanak-kanak tidak boleh mencampuri urusan pembacaan ketika kumpulan pembaca
ini sedang 'bersidang.'
3. Ahli-ahli kumpulan pembaca dilarang bersosialisasi atau bersembang-sembang
kosong.
4. Binatang peliharaan tidak dibenarkan berkeliaran.
5. Tiada gangguan kebisingan yang keterlaluan.
6. Tiada deringan telefon.
7. Tiada urusan kraftangan.
8. Kurangkan pergerakan ahli-ahli ketika berbicara.

Mungkin ia agak keterlaluan, tetapi percaya atau tidak, inilah antara peraturan yang telah
dikenakan pada setiap kumpulan pembaca di negara-negara barat. Malah, perlu
ditambah di sini, makanan dan minuman (dan kadang-kala peneraju sesebuah kumpulan
pembaca menyediakan menu yang bersesuaian) juga merupakan satu peraturan yang
diwajibkan bagi sesebuah kumpulan pembaca.
Namun begitu, untuk mewujudkan kumpulan pembaca di dalam masyarakat kita,
mungkin tidak perlu mewujudkan peraturan-peraturan ketat seperti di atas. Sebaliknya
satu perancangan yang rapi perlu diwujudkan. Mungkin jika gerakan kumpulan pembaca
ini sudah serasi dan berjaya di Malaysia, maka kajian lebih mendalam perlu dilakukan
untuk memantapkan kumpulan pembaca ini.

OBJEKTIF

Memupuk sikap cintakan buku

Memartabatkan buku sebagai sumber ilmu

Memperoleh pengetahuan dari perbincangan melalui pembacaan rakan kelab

Soalan lazim mengenai garis panduan penubuhan kelab buku

1 Apa kategori kelab buku yang perlu ditubuhkan?

Kelab buku
berbentuk akademik

Kelab buku
berbentuk sosial

2 Apakah kategori buku yang perlu dibaca?


Pemilihan genre buku seperti buku berunsurkan PdP atau buku motivasi.

3 Berapa orang keahlian untuk kelab buku?


Empat hingga 15 merupakan keahlian yang sempurna untuk perbincangan dalam
kelab buku.

4 Berapa kerap ahli perlu berjumpa ?


Sebulan sekali merupakan kekerapan yang terbaik untuk perjumpaan.

5 Bilakah waktu perjumpaan dilakukan?


Cadangan hari bekerja waktu petang.

6 Dimanakah perjumpaan diadakan?


Di kantin, restoran, pusat sumber atau bilik mesyuarat.

7 Apakah nama kumpulan yang perlu diberikan kepada kumpulan kelab buku?
Beri kelab buku anda identity contoh SISC+ Kinta Utara memberi nama Die Hard
Readers. Contoh lain Goodreaders Club.

8 Bagaimana ahli kelab berhubung?

Hantar peringatan perjumpaan melalui emel, Whatapps atau memo.

9 Bagaimana menjadikan pembacaan yang dikongsi manfaat untuk semua ahli?


Adakan jurnal kelab dalam bentuk sinopsis yang dijildkan atau simpan dalam fail.

10 Apakah manfaat perbincangan kelab buku ini?


Buatkan rumusan dan pendapat ahli untuk sesuatu buku.
MODUS OPERANDI KELAB BUKU PLC

Bentukkan kumpulan Kelab Buku dalam panitia.


Tentukan masa untuk mengadakan sesi perjumpaan ahli kumpulan.
Ketua Panitia menghantar emel kepada ahli panitia untuk menyenaraikan tajuk
buku ilmiah (yang berkaitan dengan motivasi dan PdP).
Ahli kumpulan akan menghantar senarai buku kepada ketua panitia.
Semasa perjumpaan, ketua panitia akan menyenaraikan tajuk-tajuk buku kepada
ahli panitia untuk dipilih.
Perjumpaan untuk pemilihan buku boleh dibuat sekali untuk buku yang perlu
dibaca dalam setahun atau boleh dibuat sebelum sesuatu perjumpaan kelab buku
dibuat. Sekurang-kurangnya 4 buah buku dipilih untuk dipilih.
Selepas buku telah dipilih, seorang ahli akan ditentukan untuk membaca dan
membuat sinopsis buku tersebut. Sinopsis perlu dihasilkan dalam bentuk
persembahan.
Selepas 2 minggu, ahli yang membaca buku tersebut perlu membuat
pembentangan kepada semua ahli kumpulan dalam satu perjumpaan yang telah
ditetapkan. Selepas pembentangan, soalan akan ditanya kepada ahli kumpulan
secara lisan.
Sesi refleksi akan dibuat selepas sesi pembentangan dan soal jawab.
Rumusan akan dihasilkan daripada pandangan ahli kelab mengenai buku tersebut
dan disimpan dalam fail PLC.

Cadangan : Panitia boleh mewujudkan blog/portal untuk memasukkan sinopsis buku yang telah dibaca.

Sesi perbincangan buku (boleh guna classtool)


Bagaimana hendak mengadakan perbincangan buku?
Kalau anda mengetuai satu perbincangan buku

-Pilih satu soalan pada satu masa dan lontarkan kepada kumpulan (Lihat perbincangan
soalan generik di bawah)
1

Pilih beberapa soalan, tulis setiap satu dalam satu kad indeks, dan edarkan. Setiap
ahli / kumpulan, memilih dan mengambil satu kad dan menjawab soalan itu.

Gunakan latarbelakang / atau objek yang berkaitan dengan cerita. Ia boleh


membantu menjana kemahiran berfikir para ahli mengenai beberapa aspek dalam
cerita yang dibaca. Ia adalah satu adult show and tell
o Peta, gambar, lukisan, makanan, pakaian, rakaman muzik, pita filem

Pilih suatu petikan spesifik dari sebuah buku, 1 idea, 1 ayat dialog dan minta
ahli untuk membuat komen.

Bagaimana petikan dapat memberi iktibar mengenai suatu watak atau tema
cerita atau kehidupan ahli atau kepercayaan kendiri?

Pilih satu watak utama dan minta ahli untuk memberi komen mengenai watak
tersebut. Pertimbangkan :
-

Perwatakan, motivasi, bagaimana watak tersebut memberi kesan kepada


peristiwa dalam cerita dan wataknya

Permainan bahasa dan


buat aktiviti icebreaker untuk membuka minda dan
merangsang sesi seterusnya.

Edarkan nota kepada semua yang terlibat untuk mengingat kembali atau
menggunakan nota sebagai isi perbincangan. Kenalpasti watak utama dan
ringkaskan plot cerita.

Sekiranya anda mengambil bahagian dalam perbincangan buku


-

Elakkan istilah suka atau tak suka. Istilah itu tidak membantu untuk
merancakkan perbincangan, malah akan menyebabkan ahli yang lain tidak
mahu menerima idea atau pandangan yang dikemukakan. Perkongsian
mengenai pengalaman kendiri, pandangan mengenai buku yang dibaca
adalah lebih sesuai dan lebih baik diutarakan dalam perbincangan buku.

Sokong pandangan anda. Gunakan petikan yang terpilih dalam buku yang
dibaca untuk menyokong pandangan dan idea yang diberi. Teknik analisis
literature ini dikenali sebagai Bacaan Terperinci - Close Reading.

Catat nota semasa membaca. Buat catatan terhadap mana-mana petikan


yang menarik: sesuatu yang menarik perhatian anda atau mungkin tidak
difahami. Kongsi bersama catatan anda semasa perjumpaan.

Sarana BC01
SENARAI BUKU

BUKU AKADEMIK (PdP)

BUKU MOTIVASI

1. .

1. .

2. ..

2. ..

3. .

3. .

4. .

4. .

Sarana BC02
RUMUSAN PERBINCANGAN

Rumusan Buku.

Pandangan Ahli mengenai pengajaran dipeolehi.

You might also like