You are on page 1of 15

PENDIDIKAN SENI VISUAL

TAHUN 3

Anyaman ialah proses menganyam


dengan menjalinkan daun, kertas
atau plastik secara berselang-seli,
turun naik atau atas ke bawah.
Bahan-bahan asas yang boleh
digunakan seperti daun pandan,
mengkuang, bilah buluh, rotan, lidi,
paku-pakis ribu-ribu, nipah dan
bahan-bahan lain.

Kelarai ialah corak atau motif berbentuk


dam pada anyaman.
Dua jenis warna yang kontra digunakan
bagi menunjukkan kesan.
Antara jenis-jenis kelarai ialah : Kelarai berasaskan flora
Kelarai berasaskan fauna
Kelarai berasaskan rupa geometri
Kelarai berasaskan rupa abstrak
Kelarai berasaskan tempat dan pencipta

Kelarai Mata Bilis

Kelarai Sisik Ikan

Kelarai Tampuk Jantung

Kelarai Kepala Lalat


Kelarai Siku Keluang

PEMBARIS

KERTAS
WARNA

GAM

GUNTING

KERTAS
LUKISAN
PISAU

PENSIL

Langkah 1
Lakarkan garisan selari dengan ukuran
yang sama pada kertas lukisan dengan
menyediakan bingkai di sekelilingnya
sebanyak 2 cm

2 cm

LANGKAH 2
Lakarkan garisan selari pada kertas
warna dengan ukuran panjang yang
sama iaitu 1 cm.

LANGKAH 3
Potong garisan selari yang dibuat pada
kertas lukisan dan kertas warna tadi

LANGKAH 4
Susun kertas warna
pertama di atas
kertas lukisan
secara bertindan
tindih dan
melintang iaitu
sehelai di atas dan
sehelai di bawah.

LANGKAH 5
Susun pula kertas
warna kedua
secara berselangseli dengan kertas
warna pertama
tadi.

LANGKAH 6
Teruskan
menganyam kertas
warna tadi secara
berselang seli
sehingga habis.
Lebihan anyaman
dipotong dan
digamkan di
sebelah belakang.

Cuba nanti

You might also like