You are on page 1of 11

Bersyukur kepada Tuhan kerana saya diberi peluang untuk mengikut program

khidmat masyarakat bersempena dengan kursus Bina Insan Guru (BIG) yang telah
dilaksanakan di SMK Wira Penrissen pada 30 Julai 2011 yang lepas. Sebenarnya
saya sentiasa menanti-nantikan khidmat masyarakat ini sepanjang semester ini,
selepas saya mengikuti perkhemahan BIG pada semester yang lepas kerana saya
percaya bahawa ia akan memberikan satu pengalaman yang luar biasa dan
mendalam bagi saya. Saya berasa begitu bersyukur dan sangat gembira selepas
menjalankan program khidmat masyarakat ini. Banyak pengalaman, kebaikan, dan
manfaat yang telah saya dapat dan perolehi daripada aktiviti ini.
Pertama sekali, saya sedar bahawa guru dan pentadbir sekolah haruslah
sentiasa prihatin dan mencuba untuk memenuhi keperluan fisiologi muridmuridnya. Hal ini demikian kerana pada hari tersebut kami dikehendaki untuk
berkumpul di perkarangan TAZA seawal pukul 7 pagi. Oleh itu saya telah bergegas
ke situ tanpa memakan sarapan pagi. Namun, apa yang saya berasa terharu ialah
pihak pengurusan program khidmat masyarakat ini begitu prihatin dan peka akan
keadaan kami dengan menyediakan sarapan pagi untuk kami. Sememangnya
penyediaan sarapan pagi tersebut memberikan satu iktibar kepada saya bahawa
sebagai seorang guru, kita harus sentiasa memikirkan keperluan-keperluan fisiologi
murid, termasuklah makanan dan minuman. Menurut Abraham Maslow (1943),
keperluan fisiologi dan keperluan psikologi perlu dipenuhi agar seseorang itu
bermotivasi

untuk

mengembangkan

potensi

diri,

belajar

perkara

baharu,

memanipulasikankeupayaan diri sepenuhnya serta berjaya mencabar diri untuk


melakukan yang terbaik. Daripada insiden ini, ia memberikan iktibar kepada saya
bahawa apabila saya menjadi seorang guru kelak, saya harus mengambil berat
keperluan fisiologi murid saya agar mereka dapat belajar dalam keadaan yang
selesa dan kondusif. Penyediaan makanan sarapan pada pagi tersebut diibaratkan
suntikan semangat yang kental bagi saya untuk melakukan yang terbaik pada hari
tersebut.
Selain itu, saya juga mempelajari bahawa sebagai seorang guru yang
dedikasi dan sanggup berkorban untuk murid, kita haruslah melakukan apa-

apa sahaja yang diamanahkan untuk memastikan kejayaan dan masa depan
murid-murid kita. Hal ini demikian kerana apabila kami sampai ke destinasi kami,
iaitu SMK Wira Penrissen, Kami telah dibahagikan kepada 3 kumpulan. Kumpulan
yang pertama ditugaskan untuk melukis dan mewarna mural pada dinding,
kumpulan yang kedua ditugaskan untuk menghiasi dewan sekolah tersebut, dan
kumpulan yang ketiga diberi tugas merumput dan membunga, serta melakukan
kerja-kerja khas seperti membuat jalan raya sekolah dan sebagainya. Saya berasa
sangat terharu apabila semua peserta termasuk saya menerima apa-apa kerja yang
diamanahkan kepada kami pada kami tanpa sebarang rungutan. Keadaan ini telah
memberikan satu idea kepada saya bahawa sebagai seorang guru yang sanggup
berkhidmat untuk masyarakat, kita tidak patut memilih kerja-kerja yang
semata-mata untuk tujuan kesenangan diri-sendiri sahaja. Sebaliknya, kita
harus berkorban apa jua, sama ada masa, tenaga, jiwa raga, dan sebagainya
untuk kebaikan dan masa depan murid dan sekolah kita. Secara peribadi, saya
dan rakan-rakan sekelas saya diketegorikan dalam kumpulan tiga pada hari
tersebut. Namun, kami tetap memberikan bantuan kepada kumpulan satu dan
kumpulan dua apabila mereka memerlukan bantuan kami. Situasi ini juga
menyedarkan saya bahawa sebagai seorang manusia yang hidup dalam
kumpulan dan kelompok, kita harus memberikan bantuan dan pertolongan
kepada mereka yang memerlukan bantuan kami, tanpa mengira kaum, bangsa
dan ras.
Memandangkan kami ditugaskan untuk merumput dan membunga serta
melakukan kerja-kerja khas sekitar makmal sains sekolah tersebut, maka kami telah
membahagikan kami kepada beberapa kumpulan kecil untuk menjalankan tugas
kami. Daripada peristiwa ini, saya mempelajari bahawa pengurusan masa dan
sumber tenaga adalah amat penting bagi memastikan semua kerja yang
diamanahkan dapat disiapkan pada masa yang telah ditetapkan pada kadar
yang efektif dan optimum. Kami juga tidak memberikan apa-apa bantahan
mengenai posisi pembahagian tugas kerana kami bersepakat bahawa kita harus
melakukan apa-apa sahaja dengan sedaya upaya dalam apa jua bidang kerja.

Selepas kami membahagikan kerja kami, maka kami pun mula menjalankan tugas
kami seperti yang telah diamanahkan.
Semasa menjalankan tugas, kami sentiasa membantu dan menolong antara
satu sama lain demi memastikan kerja kami dapat disiapkan pada masa yang telah
ditetapkan. Saya sedar bahawa kerjasama dan toleransi sesama rakan sebaya
adalah sangat penting bagi mewujudkan persekitaran dan suasana sekolah
yang selesa dan kondusif. Ia juga penting bagi memastikan sebarang
pertenglikahan

dan

persengketaan

dapat

dielakkan

bagi

melahirkan

alam

persekitaran yang sejahtera dan harmoni. Kesannya, kami berjaya menyiapkan


segala tugas yang diamanahkan kepada kami dalam keadaan suasana yang riang
dan gembira. Jadi, jelaslah di sini bahawa program khidmat masyarakat ini
secara langsung akan dapat merapatkan hubungan silaturahim antara ahli-ahli
kelas kami dan menyebabkan ikatan persahabatan kami menjadi lebih akrab
dan kukuh.
Bukan itu sahaja, program ini juga secara tidak langsung dapat
membantu kami mengenali rakan-rakan yang berasal dari kumpulan dan
bangsa yang lain. Hal ini demikian kerana kami telah pergi ke sekolah tersebut
untuk menjalankan program kidmat masyarakat bersama-sama dengan kumpulan
yang lain, iaitu PISMP BM Ambilan Januari 2011 dan PISMP PK (BM) Ambilan
Januari 2011. Saya sedar dan mengaku bahawa biasanya kumpulan kami yang
terdiri daripada semua guru pelatih berbangsa Cina kurang bergaul dengan
kumpulan-kumpulan lain, lebih-lebih lagi guru-guru pelatih yang berbangsa lain
disebabkan oleh kursus pengajian dan masa kuliah yang tidak sama. Namun, pada
program khidmat masyarakat ini, kami berasa bertuah kerana berpeluang bergaul
dan berkongsi pendapat dengan mereka yang berasal kumpulan-kumpulan yang
dinyatakan di atas. Daripada pergaulan dengan guru-guru pelatih yang berasal
dari kumpulan lain sepanjang program khidmat masyarakat ini, kami
berpeluang untuk memahami dengan lebih mendalam mengenali masalah
yang dihadapi, amalan budaya dan tradisi mereka, cara pergaulan mereka
dalam kumpulan mereka dan sebagainya. Walaupun masa pergaulan kami

dengan kumpulan-kumpulan lain hanyalah selama setengah hari sahaja, namun


kami berharap agar kami dapat bersama dengan kumpulan mereka lagi dalam
program khidmat masyarakat yang akan diadakan pada masa yang akan datang.
Selain daripada menjalankan tugas-tugas yang diamanahkan kapada kami
dalam kumpulan tiga, kami juga pergi meninjau dan memberikan bantuan kepada
kumpulan-kumpulan yang lain sekiranya perlu. Sebagai contoh, kami telah pergi
meninjau kumpulan satu yang menjalankan tugas menghiasi dewan pada sekolah
tersebut. Daripada pemerhatian kami berdasarkan kerja-kerja yang dilakukan oleh
ahli-ahli kumpulan tersebut, saya sedar bahawa sebagai seorang guru yang serba
boleh, kita haruslah mempunyai unsur-unsur kekreativiti dan inovasi dalam
menjalankan rutin tugas kita. Hal ini demikian kerana kumpulan tersebut telah
menghiasi dewan sekolah tersebut dengan begitu kreatif sekali, sehingga dewan
tersebut nampak berbeza dan cantik sekali juga berbanding dengan keadaan asal
dewan. Ini menyedarkan saya bahawa kekreativitian ini adalah begitu penting sekali,
khususnya bagi kita yang akan bergelar guru pada masa depan. Hal ini demikian
kerana kita perlu kreatif dalam merancang set induksi, merancang pelan
mengajar, merancang aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan sepanjang P&P,
mereka kertas soalan, mengendalikan projek-projek kelas, dan banyak lagi.
Tanpa unsur kreatif, murid-murid akan berasa bosan dan kesannya, mereka tidak
dapat menerima dan menerap apa yang hendak kita sampaikan. Oleh itu, mula dari
sekarang, saya akan cuba mencungkil potensi kreativiti yang terpendam dalam diri
saya agar saya dapat menjalankan rutin tugas saya dengan kreatif, lancar dan
sempurna pada masa depan kelak.
Selain itu, kumpulan kami juga berpeluang meninjau kumpulan dua yang
ditugaskan untuk melukis dan mewarna mural sekolah pada dinding sekolah
tersebut. Kumpulan tersebut melukis dan mewarna mural sekolah di sekitar pagar
sekolah tersebut. Berdasarkan pemerhatian kami, saya dan rakan-rakan kumpulan
kami sedar bahawa iklim atau budaya sekolah dan bilik darjah yang selesa,
enak dipandang, dan kondusif akan dapat menggalakkan motivasi seseorang
murid untuk belajar. Bayangkan apabila seseorang murid belajar di sebuah

sekolah yang penuh dengan mural sekolah yang begitu cantik, selesa dilihat dan
selesa tanpa sebarang kerosakan dan kekotoran, semangat murid tersebut untuk
belajar di sekolah tersebut pastinya akan meningkat mendadak dan berkobar-kobar
untuk mempelajari sesuatu yang baharu daripada guru-guru mereka. Jadi, jelaslah di
sini bahawa persekitaran sekolah adalah amat penting bagi memotivasikan
seseorang murid untuk belajar dan melakukan yang terbaik dalam pelajaran
mereka.
Di samping itu, saya juga telah mendapat satu pengajaran yang sangat
bermakna dan penting melalui program khidmat masyarakat ini, iaitu bersosial
dengan orang lain akan memudahkan kita dalam masyarakat. Hal ini demikian
kerana kita sebagai manusia tidak dapat hidup tanpa kawan, memandangkan
manusia merupakan golongan yang hidup secara berkumpulan, berorganisasi, dan
bersosial. Dengan kata lain, kita perlu berinteraksi dengan orang lain. Dengan cara
komunikasi yang sesuai, kita akan mendapat banyak kawan yang dapat berkongsi
masalah dan mendapatkan bantuan yang dapat membantu kita menyelesaikan
masalah kita. Dengan mengambil contoh khidmat masyarakat pada kali ini, saya
berpeluang untuk berinteraksi dan berbual-bual dengan Penolong kanan Hal-Ehwal
Muris, guru kaunseling, dan juga guru-guru yang terlibat dalam program khidmat
masyarakat pada hari tersebut. Daripada interaksi dan perbualan kami, saya telah
mengetahui tentang suka dan duka sebagai sebagai seorang guru, masalahmasalah yang akan dan sering dihadapi oleh seorang guru, khususnya guru baharu
yang baru menamatkan pengajian dari institut pendidikan guru, keadaan sekolah
tersebut, cara-cara mengawal murid di sekolah dan banyak lagi. Semua maklumat
atau informasi yang saya peroleh sepanjang interaksi tersebut adalah amat penting
untuk saya jadikan sebagai panduan suluh api pada masa hadapan. Oleh itu,
jelaslah di sini bahawa sosial yang aktif adalah sangat penting bagi memastikan
kita dapat bergaul dan berkomunikasi dengan orang lain dengan baik. Malah,
saya juga percaya bahawa sebagai seorang guru, kita haruslah berani
berhadapan dengan masyarakat demi menjalinkan perhubungan yang harmoni
dan baik dengan mereka. Contohnya, jikalau saya tidak berani bertegur sapa atau

memberikan salam dengan guru-guru di sekolah tersebut, mustahil saya akan dapat
mendapatkan maklumat atau infomasi seperti yang dinyatakan di atas.
Sehubungan dengan itu, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan
kepada pihak Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Batu Lintang kerana
menyediakan program khidmat masyarakat ini bersempena dengan kursus Bina
Insan Guru untuk mengisi masa lapang kami dan juga untuk melatih kami untuk
menjadi seorang guru yang sentiasa tabah menghadapi cabaran, berani
menghadapi segala masalah dan meningkatkan semangat kami untuk bertekad
menjadi seorang guru yang dedikasi dan cinta akan pekerjaannya. Selain itu, saya
juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Micheal Tarang Jelaming,
Penyelaras program khidmat masyarakat ketua Siri 3 Tahun 2011 kerana sentiasa
membantu kami sepanjang program khidmat masyarakat ini. Ucapan terima kasih
juga tidak lupa ditujukan kepada Encik Tan Ming Tang, tutor kumpulan kami kerana
datang ke SMK Wira Penrisen untuk mengambil berat, membimbing, membantu dan
menolong kami. Saya yakin bahawa tanpa usaha dan kerjasama daripada semua
pihak, mustahil segala aktiviti yang dirancang bersempena dengan program khidmat
masyarakat ini dapat dijalankan dengan lancar dan sempurna.
Jadi ternyata di sini bahawa banyak manfaat yang saya dapat daripada
semua aktiviti yang dijalankan sepanjang khidmat masyarakat ini. Semua
pengalaman dan pengetahuan yang saya dapat saya aplikasikan agar menjadi
seorang guru yang lebih jitu dan serba boleh. Diharapkan agar aktiviti seperti ini
dijalankan pada masa yang akan datang. Terima kasih sekali lagi kerana
memberikan peluang kepada saya untuk menyertai aktiviti ini.
Secara keseluruhannya, program khidmat masyarakat ini dijalankan dengan
lancar dan juga telah menepati matlamatnya untuk membentuk insan guru yang
sempurna. Ini merupakan kaedah yang baik untuk membentuk insan guru
yangberakhlak mulia, mempunyai semangat juang yang tinggi, dapat menyesuaikan
diri dalam apa-apa jua keadaan, dan juga dapat mengatasi sebarang cabaran atau
rintangan, lantas melahirkan guru yang seimbang. Program ini juga akan dapat
memberi pendedahan kepada guru pelatih agar sentiasa bersedia untuk mendidik

anak bangsa walau di mana mereka akan ditempatkan kelak. Bukan itu sahaja,
diharapkan program ini turut akan menyediakan mental dan rohani guru pelatih agar
mereka akan bersedia untuk berkhidmat dan berbakti kepada negara. Akhir kata,
saya berasa seronok dan bersemangat selepas menyertai program khidmat
masyarakat ini. Diharapkan agar aktiviti ini akan dijalankan setiap tahun.

Laporan Khidmat Masyarakat:


Kekuatan:
Terdapat banyak kekuatan yang dapat diperolehi daripada program khidmat
masyarakat ini. Di sini, kami mengemukakan lima wajarannya:
1. Unsur-unsur seperti kerjasama, tolong menolong dan juga keikhlasan jelas terpamer
dan kelihatan dalam setiap aktiviti yang dianjurkan. Contohnya, semasa kerja
pengangkutan tanah dijalankan, semua guru pelatih begitu berkerjasama dan
bersikap rajin sekali. Hasilnya, kerja ini dapat disiapkan dengan begitu jayanya.
2. Selain itu, pihak pengurusan xxxx juga memberikan sepenuh kerjasama dari awal ke
akhir program. Maka, program khidmat masyarakat ini merupakan suatu program
susulan untuk meneruskan kesinambungan silaturahim ini. Seterusnya memberi
aspirasi kepada semua guru pelatih untuk berjaya dalam akademik sekaligus
menempatkan diri di menara gading.
3. Menwujudkan perhubungan erat dan dinamis anatara guru-guru pelatih dengan
penduduk setempat disamping bertukar pendapat. Contohnya, kami dapat
berinteraksi antara satu sama lain semasa menjalankan tugas. Hal ini membolehkan
kami mempelajari kemahiran berkomunikasi.
4. Program ini dikendalikan dengan pendekatan bersepadu melibatkan empat
komponen manusia, iaitu aspek kerohanian, mental, intelektual dan fizikal. Maka,
semua guru pelatih akan lebih mengetahui kelemahan dan kekuatan diri mereka
sendiri dan akan mengambil tindakan yang sewajarnya.
5. Program khidmat masyarakat sememangnya menyintil atau menyelitkan nilai-nilai
yang dikehendaki dalam diri setiap peserta. Sebagai contoh, nilai seperti kasih
sayang, cinta kepada alam sekitar, berdikari dan sebagainya dapat dipelajari oleh
setiap guru pelatih. Sudah tentu nilai-nilai murni ini dapat mematarbatkan profesion
perguruan ini.
Kelemahan:
1. Bilangan peserta. Bilangan guru yang terlibat dalam program khidmat masayarakat
adalah agak ramai, iaitu seramai XX orang. Hal ini menyebabkan kawasan XXX
yang agak kecil itu disesaki dengan guru-guru pelatih daripada XXXXX.

2. Pemilihan kawasan. Kumpulan kami berpendapat bahawa XXX adalah kurang


sesuai untuk menjalankan program khidmat masyarakat. Hal ini adalah kerana
kawasan XXX adalah agak bersih dan kecil. Maka, kerja yang perlu dilakukan oleh
setiap guru pelatih adalah agak berkurangan. Oleh itu, pemilihan sesuatu kawasan
itu seharusnya boleh memuatkan pengisian masa, mahupun memenuhi objektif
program khidmat masyarakat ini.
3. Motivasi. Guru-guru pelatih kurang bermotivasi semasa Program khidmat
masyarakat kali ini. Hal ini mungkin disebabkan kurangnya maklumat ataupun
informasi sebelum program ini dijalankan. Maka, guru-guru pelatih tidak membuat
persiapan awal. Maka, semangat ataupun motivasi adalah tidak dapat ditingkatkan
semasa program ini dijalankan.
Cadangan penambahbaikan:
Berdasarkan kepada kelemahan-kelemahan yang dinyatakan di atas, kumpulan
kami mengariskan beberapa cadangan penambahbaikan seperti di bawah ini:
1. Bilangan peserta. Bilangan guru pelatih boleh dibahagikan kepada kumpulan yang
lebih kecil lagi semasa khidmat masyarakat dijalankan. Hal ini adalah supaya setiap
peserta program khidmat masyarakat ini betul-betul dapat memperolehi manfaat
yang setimpalnya. Contohnya, bilangan maksimum guru pelatih boleh dikurangkan
kepada 40 orang. Diharapkan dengan ini, setiap guru pelatih dapat mempelajari dan
menimba pengalaman ataupun mendapat manfaat yang lebih banyak lagi.
2. Pemilihan kawasan. Program khidmat masyarakat ini boleh dijalankan di tempat
perkampungan yang berdekatan. Hal ini adalah kerana ianya lebih mendedahkan
guru-guru pelatih dengan masyarakat. Sehubungan itu, profesion perguruan dapat
dimantapkan lagi.
3. Motivasi. Walaupun XXX memberikan taklimat ringkas pada hari tersebut, tetapi
guru-guru pelatih agak keliru tentang apa yang perlu dilakukan. Kumpulan kami
mencadangkan supaya suatu ceramah ataupun taklimat khas perlu diberikan
sebelum hari program khidmat masyarakat ini dijalankan. Hal ini adalah supaya
guru-guru pelatih dapat membuat persediaan tentang apa yang perlu dilakukan.
Sebagai contoh, makluman bahawa tiada makanan disediakan perlulah dibuat
sehari sebelum program ini dijalankan. Sehubungan itu, guru-guru pelatih dapat
membuat persediaan dengan membawa makanan dan minuman. Hal ini dengan
alasan bahawa terdapat segolongan guru pelatih kelaparan dan sehingga
menjejaskan motivasi mereka untuk berkhidmat kepada masyarakat ini.

Refleksi
Aktiviti khidmat masyarakat ini telah diadakan di XXXX. Pada hari tersebut,
guru-guru pelatih berkumpul di depan Auditorium XXXX sebelum 8.00 pagi. Selepas
taklimat diberikan oleh XXXX dan pensyarah-pensyarah , kami bertolak ke XXXX
pada pukul 8.15 pagi dengan XXXXXX.

Perjalanan ini mengambil masa selama 10 minit untuk sampai ke destinasi.


Sesampainya di sana, suatu taklimat ringkas telah diberi kepada guru-guru pelatih
oleh pihak pengurusan XXXX. Guru-guru pelatih XXXXXXXXXX harus menjalani
aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan XXXXX. Saya pula mendapat tugas
untuk membersihkan kawasan semak di sekitar pokok-pokok bunga. Oleh kerana
tugas ini agak ringan, saya telah membantu kawan-kawan menggangkut tanah
selepas menyiapkan kerja di atas.
Secara ringkasnya, aktiviti khidmat masyarakat ini mempunyai beberapa
kekuatan. Pertama sekali, aktiviti ini melatih sikap kerjasama antara ahli-ahli
kumpulan. Seperti yang diketahui, sikap kerjasama memang penting dalam konteks
yang membawa kepada pembangunan sesuatu masyarakat tersebut. Sebagai
contoh, dengan berkat kerjasama antara ahli-ahli kumpulan, kami telah berjaya
mengangkut tanah dengan begitu cepat sekali.
Selain itu, program khidmat masyarakat ini juga merupakan suatu aktiviti
yang bermakna di samping dapat menyihatkan tubuh badan kita. Maka, ianya
merupakan peluang yang baik untuk semua guru pelatih bersenam dan memberikan
sedikit sumbangan kepada masyarakat ini. Bukan itu sahaja, program ini juga
berjaya membawa diri saya lebih mendekati dengan masyarakat.
Dari segi kelemahan pula, saya rasa bilangan guru pelatih yang terlibat
adalah agak ramai berbanding kawasan ataupun kerja yang ditetapkan. Untuk
makluman, jumpah guru pelatih adalah seramai XX orang, manakala kawasan XXXX
itu adalah kecil. Hal ini menyebabkan ada sesetengah guru pelatih mencuri tulang.
Kelemahan seterusnya adalah seperti kawasan yang dipilih untuk program khidmat
masyarakat itu kurang sesuai. Pada pendapat saya, kawasan XXXX adalah agak
bersih. Oleh itu, kerja yang perlu dilakukan adalah agak berkurangan.
Sebagai cadangan penambahbaikan, saya berasa bahawa bilangan guruguru pelatih harus dikurangkan supaya program ini betul-betul kelihatan seperti
program khidmat masyarakat. Selain itu, kawasan yang dipilih itu juga harus lebih
besar lagi. Hal ini adalah supaya guru-guru pelatih dapat menimba ilmu
pengetahuan yang lebih banyak lagi. Sebagai contoh, kawasan seperti
perkampungan boleh dipertimbangkan.
Secara tuntasnya, program khidmat masyarakat memang memberikan
manfaat yang tidak terkira nilainya kepada setiap guru pelatih yang mengambil
bahagian. Saya berharap di masa yang akan datang, saya berharap dapat
menyertai lagi program seperti ini untuk menimba pengalaman yang baharu.
Atas berkat dan kesyukuran Tuhan, saya telah berjaya menghabiskan program Bina
Insan Guru (BIG) fasa dua pada 22 September 2012 bertempat di Tamu
Donggongon. Sebelum memulakan perjalanan ke sana, saya berasa risau dengan
cuaca mendung dan perasaan ini hilang sebaik sahaja saya menaiki bas IPG
Kampus Gaya. Perasaan teruja juga menyelubungi saya pada pertama kalinya saya
mengunjungi tamu tersebut.

Sebaik sampai ke destinasi, saya dan rakan-rakan lain ditempatkan di ruang


luas dan mendengar taklimat daripada Encik Ladius Emor tentang aktiviti yang bakal
dijalankan. Saya berasa gembira apabila sampai ke destinasi dengan selamat.
Pegawai berkuasa tempatan, Encik Albert juga mengambil masa untuk memberi
taklimat ringkas tentang pekan Donggongon dan kawasan tamu. Seorang pegawai,
Cik Nomi juga memberikan taklimat tentang Kempen Anti Kutu Sabah (KAKS) yang
bertujuan untuk menangkap dan memerangi orang yang membuang sampah atau
mengotorkan kawasan pekan. Taklimat yang diberikan oleh mereka amat memberi
inspirasi dan rangsangan kepada saya. Usaha yang dijalankan oleh pihak berkuasa
tempatan amat memberangsangkan saya untuk bersungguh-sungguh dalam
membuat kerja pembersihan.
Maka, selaras dengan program BIG yang ditetapkan dalam kursus PISMP,
saya menjalankan aktiviti khidmat masyarakat yang berbentuk kerja pembersihan
kawasan tamu. Pembahagian kumpulan dijalankan mengikut opsyen kepada lima
kumpulan. Alat pembersihan juga dibekalkan, termasuklah penyapu, penyodok,
cangkul, plastik sampah dan lain-lain. Melalui kerja mencabut rumput di kawasan
jalanan, saya berasa penat tetapi seronok disebabkan dapat mencantikkan lagi
kawasan jalanan tersebut. Melihat rakan lain bertungkus-lumus untuk menyiapkan
kerja, saya juga membantu mereka atas kesungguhan mereka. Saya pernah
mengangkat cangkul dan penyodok tetapi menggunakan alat-alat tersebut turut
memenatkan saya. Namun diri saya juga dapat mencepatkan proses kerja dan
melatih otot tangan. Bak kata pepatah, sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit. Saya
juga menyedari bahawa usaha yang kecil namun jika dikumpulkan akan menjadi
satu usaha yang besar dan bermakna dalam melindungi muka bumi ini.
Melalui aktiviti khidmat masyarakat ini, saya berpeluang merasai budaya dan
kehidupan masyarakat tempatan. Sikap ramah mesra yang diamalkan oleh mereka
amat menyenangkan dan memberi iktibar kepada saya. Pemerhatian yang didapati
daripada mereka menekankan kepada interaksi penduduk yang berbeza kaum amat
mengharukan saya. Kerjasama antara ahli kumpulan dan antara kumpulan juga
melancarkan kerja pembersihan. Sikap toleransi dan tolong-menolong amat penting
untuk menjayakan sesuatu program. Demikianlah dengan nilai kesabaran yang
dicerminkan melalui ketahanan guru pelatih untuk bekerja di bawah panas terik
matahari. Saya juga menikmati suasana bekerja yang ceria dan aktif dengan
seronoknya. Pengalaman dan perasaan ini amat berharga kepada saya untuk
menimba pengalaman hidup dan menambah kematangan saya untuk menguruskan
aktiviti sebegitu di masa depan.

Saya juga menghargai layanan masyarakat tempatan, terutama senyuman


yang dilemparkan dan penyediaan makanan kepada saya. Apabila melihat mereka
berasa puas hati atas kawasan tamu yang menjadi lebih bersih, ini telah menjadi
kepuasan saya. Walaupun peluh dan kepenatan menyelubungi saya, saya tetap
berasa berbaloi untuk menyumbangkan tenaga dan masa demi kebersihan dan imej
kawasan tamu serta pekan Donggongon. Saya berharap dapat terus melibatkan diri
dalam usaha khidmat masyarakat di tempat lain. Semua usaha yang dijalankan
diharapkan dapat mengurangkan sampah dan meningkatkan tahap kebersihan alam
sekitar.

You might also like