You are on page 1of 8

PENDEKATAN,KAEDAH,TEKNIK DAN STRATEGI PENGAJARAN PSV

Pendekatan
-Pendekatan biasanya dimaksudkan dengan arah atau hala yang kita ambil
untuk menuju ke sesuatu sasaran. Pendekatan pengajaran pula
merupakan haluan atau aspek yang digunakan untuk memulakan proses
pengajaran sesuatu isi pelajaran, mata pelajaran atau beberapa mata
pelajaran atau sesuatu kemahiran. Pendekatan-pendekatan pengajaran
boleh digolongkan mengikut cara pengelolaan pelajar, cara-cara fakta
disampaikan, keaktifan pengajaran atau pelajar, pengajaran bahasa dan
pengajaran mata pelajaran lain. Terdapat beberapa ciri-ciri pendekatan
dalam pengajaran yang telah lama diamalkan dalam sistem pendidikan ini.
Ciri-ciri tersebut ialah:

1) Daripada konkrit kepada abstrak


2) Daripada mudah kepada kompleks
3)Daripada keseluruhan kepada bahagian
4) Daripada umum kepada spesifik (deduktif)
5) Daripada spesifik kepada umum (induktif)
6) Daripada diketahui kepada belum diketahui

Pendekatan-pendekatan pengajaran ini juga terbahagi kepada beberapa


bahagian. Antaranya
(i) Pendekatan pengajaran berpusatkan guru
(ii) Pendekatan pengajaran berpusatkan pelajar
(iii) Pendekatan pengajaran berpusatkan bahan

-Setiap jenis pendekatan itu mempunyai kaedah pelaksanaannya yang


tersendiri. Bagi pendekatan berpusatkan guru, mereka boleh
menggunakan kaedah-kaedah seperti syarahan, demonstrasi, bercerita
serta pengajaran secara kelas. Pendekatan ini tidak memberi peluang
kepada palajar untuk mengambil bahagian dalam sesi P&P. Mereka hanya
mendengar sahaja apa yang disampaikan oleh guru.
- Manakala pendekatan berpusatkan pelajar lebih menarik dan berkesan.
Dalam pelaksanaannya, pelajar berpeluang untuk mengambil bahagian
serta memberi pendapat dan idea berkenaan dengan topik yang dipelajari.
Pendekatan ini lebih berkesan kerana pelajar dapat menyampaikan apa
yang ada dalam fikiran mereka. Antara pendekatan yang boleh digunakan
ialah pendekatan kumpulan, pendekatan individu, kaedah lawatan, kaedah
penyelesaian masalah, kaedah projek, simulasi dan bermain. Pelaksanaan
pendekatan ini membuatkan pelajar lebih seronok kerana mereka
mengalami sendiri pengalaman terlibat dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran itu.
-Bagi pendekatan pengajaran berpusatkan bahan pula memerlukan guru
untuk lebih kreatif dalam mencari dan menggunakan bahan-bahan
pengajaran untuk menarik minat pelajar. Antaranya ialah melalui
penggunaan sudut atau ruang bilik darjah, bahan pengajaran guru dan
bahan pembelajaran pelajar. Guru-guru boleh menggunakan bahan-bahan
seperti video, gambar, kertas mahjung, dan sebagainya bagi membuka
minda serta menarik perhatian pelajar dalam menyampaikan isi pelajaran.
Melalui tayangan video contohnya, pelajar-pelajar akan berfikir mengenai
isi kandungan yang cuba disampaikan oleh guru mereka pada hari
berkenaan.

Kaedah
-Kaedah dapat diinterprestasikan sebagai satu cara atau aturan,hukum
atau prinsip. Sesuatu kaedah terdiri daripada sesuatu siri tindakan yang
sistematik dan tersusun untuk mencapai sesuatu matlamat. Kaedah
pengajaran pula terdiri daripada beberapa langkah atau kegiatan yang

mempunyai urutan tertentu. Pengajaran yang dimaksudkan ialah segala


aktiviti seseorang untuk menghasilkan perubahan tingkah laku dalam diri
seseoran.Oleh demikian,kaedah-kaedah pengajaran ini terbahagi kepada
beberapa jenis. Ianya meliputi:

Kaedah terus
Kaedah semulajadi
Kaedah ajuk-hafaz
Kaedah linguistik
Kaedah oral-aural
Kaedah terjemahan
Kaedah psikologi

Menurut Salleh Mohd Akib (1975), kaedah terus ialah kaedah pengajaran
secara perbualan untuk memperkenalkan bahasa kedua kepada kanakkanak. Menurut Kamarudin Hj. Husin (1988), kaedah ini mengutamakan
prinsip mengajar berdasarkan psikologi pelajar. Kaedah ini disampaikan
berdasarkan empat perkara asas iaitu:
Perhubungan secara langsung antara perkataan dengan benda atau
ayat dengan fikiran atau sebaliknya.
Pengajaran harus dikaitkan dengan pengalaman-pengalaman sedia
ada.
Timbulkan perasaan ingin tahu kanak-kanak melalui soalan-soalan yang
telah dirancangkan.
Mengutamakan bahasa lisan, tidak mempelajari undang-undang tentang
bahasa yang hendak dipelajari, mengutamakan sebutan yang betul,

ulangan dan pengukuhan harus dibanyakkan, dan mempelajari sesuatu


yang mudah sebelum sesuatu yang kompleks.

Kaedah Semulajadi pula hampir sama dengan kaedah Terus. Pengajaran


dimulakan dengan soalan-soalan yang berhubung dengan objek dan
gambar. Perkataan-perkataan yang baru diterangkan dengan
menggunakan perkataan-perkataan yang telah diketahui oleh murid.
Terjemahan tidak langsung digunakan dalam kaedah ini. Manakala Kaedah
Oral-Aural pula merupakan kaedah mendengar dan kemudiannya bertutur
dengan menggunakan dialog untuk dihafaz dan diikuti secara ajukan. Latih
tubi dan dialog dijalankan dalam cara yang realistic dengan memberi
perhatian kepada intonasi yang betul. Seterusnya,Kaedah Linguistik yang
membolehkan murid-murid menggunakan bahasa yang telah diketahuinya
untuk mempelajari bahasa baru dari segi bunyi.

Teknik
Teknik pengajaran pula adalah kemahiran atau perkara-perkara khusus
yang terdapat dalam sesuatu kaedah. Jika seseorang guru tidak dapat
menguasai teknik-teknik yang terdapat dalam sesuatu kaedah,
kemungkinan matlamat kaedah itu tidak akan berhasil. Terdapat pelbagai
teknik yang boleh diamalkan oleh seoarang guru dalam sesi P&P.
antaranya ialah:
Teknik perbincangan
Teknik brainstorming
Teknik soal jawab
Teknik main peranan
Teknik bercerita
Teknik tunjuk cara

Teknik penyelesaian masalah


Teknik latih tubi
Teknik permainan bahasa

Teknik perbincangan
-Ianya berbentuk perbualan dan dilakukan dalam kalangan pelajar di
bawah penyeliaan dan kawalan guru.

Teknik brainstorming
Teknik ini merupakan teknik yang berbentuk perbincangan yang mana
pelajar digalakkan untuk berfikir secara kreatif dan aktif bagi menghuraikan
pendapatnya.

Teknik soal jawab


Teknik ini pula merupakan teknik yang kerap digunakan oleh guru. Ia
mewujudkan interaksi antara guru dengan pelajar-pelajarnya. Teknik ini
dilaksanakan dengan cara guru bertanyakan soalan dan pelajar akan
menjawab soalan tersebut. Setiap soalan yang ditanya mempunyai aras
kesukaran yang tertentu.

Tenik Main Peranan


-Bagi teknik main peranan pula, ianya melibatkan gambaran-gambaran
pelajar terhadap sesuatu situasi atau keadaan dan melakonkannya tanpa
sebarang bantuan skrip. Hal ini berlaku secara spontan yang mana pelajarpelajar perlu bijak dalam memainkan peranan mereka semasa sesi ini
berlangsung.

Teknik Bercerita
-Teknik ini membawa maksud guru memilih cerita yang sesuai dengan
pelajar dan isi pengajaran yang hendak disampaikan. Guru bercerita dalam
keadaan yang selesa dan berikan penekanan kepada aspek-aspek bahasa
yang hendak diajarkan.

Teknik Tunjuk Cara


-Manakala teknik tunjuk cara sesuai digunakan terutama dalam proses
pengajaran yang memerlukan pelajar bertutur dengan menggunakan ayatayat yang betul dan sempurna. Di samping menunjuk cara, pelajar-pelajar
juga diminta untuk menerangkannya melalui bahasa yang baik. Sebelum
pelajar menunjuk cara, guru perlulah menerangkan maksud tunjuk cara
tersebut dan perkara-perkara yang harus dicakapkan.

Teknik Penyelesaian Masalah


-Seterusnya adalah teknik penyelesaian masalah di mana teknik ini
dilaksanakan di bawah penyeliaan guru. Pelajar-pelajar diberi masalah dan
cuba menyelesaikan masalah tersebut.

Teknik Latih Tubi


-Teknik latih tubi pula merupakan pengulangan fakta-fakta yang telah
dipelajari. Tujuannya adalah untuk mencapai taraf penguasaan kemahiran
tersebut dan di samping untuk menjamin pengekalannya.

Teknik Permainan Bahasa


-Teknik terakhir ialah teknik permainan bahasa iaitu guru membentuk satu
situasi yang memerlukan pelajar menggunakan bahasa yang ada pada
mereka untuk menyelesaikan tugas-tugas permainan yang diberi.

Strategi
-Strategi boleh diibaratkan sebagai suatu susunan pendekatan-pendekatan
dan kaedah-kaedah untuk mencapai sesuatu matlamat dengan
menggunakan tenaga, masa serta kemudahan secara optimum.

S - SPECIFIC
M - MEASURABLE
A - ATTAINABLE
R - REALISTIC
T - TIMELY

SPECIFIC
-Sesuatu pembelajaran yang diajar oleh guru haruslah mempunyai
matlamat yang spesifik. Hal ini demikian kerana, guru yang profesional
akan menyediakan bahan bantuan mengajar dengan rapi sebelum
memulakan pengajaran supaya sesi pengajaran berjalan dengan lancar. Di
samping itu, subjek yang diajar tidak lari daripada tajuk asal yang selaras
dengan sukatan pelajaran yang telah ditetapkan.

MEASURABLE
- Sesuatu pembelajaran itu haruslah mempunyai ukuran mengikut tahap.
Guru perlu mengetahui bagaimana untuk menarik minat pelajar melalui
pembelajaran itu. Jelasnya, seorang guru perlu mengajar subjek mengikut
kebolehan dan tahap pelajar tersebut supaya pembelajaran tersebut dapat
difahami oleh mereka.

ATTAINABLE
-Sesuatu pembelajaran itu mestilah dapat dicapai oleh pelajar. Melalui
pendekatan ,kaedah,teknik dan strategi yang digunakan oleh guru haruslah
dapat dicapai pelajar spaya pelajar dapat memahami pelajaran itu. Satu
masalah yang selalu dialami antara guru dan pelajar ialah guru mengejar
silabus menyebabkan tidak semua pelajar dapat mencapai pelajaran yang
diajar.

REALISTIC
- Sesuatu pelajaran itu perlu relevan dengan pelajar seperti mengikut
turutan dari yang umum kepada yang khusus, daripada mudah kepada
kompleks, dan sebagainya. Tujuannya supaya pelajar dapat mengikuti
subjek secara berperingkat dan memahami pelajaran itu. Pelajaran lebih
mudah dimulakan dengan yang asas supaya pelajar tidak terus lompat
subjek lain tanpa mengetahui asasnya.

TIMELY
- Sesuatu pelajaran itu harus ada masa yang cukup untuk menyampaikan
pelajaran. Ini sangat berkaitan dengan cara penyampaian guru dan kaedah
yang digunakan. Subjek yang terdapat dalam silabus tidak sama tahap
antara bab, ada yang mudah dan ada yang sukar, tetapi peranan guru
perlu tahu bagaimana dapat menyampaikan subjek mengikut masa yang
ditetapkan. Justeru kaedah penyampaian dan pendekatan yang digunakan
amat penting untuk menyampaikan subjek.

You might also like