You are on page 1of 31

Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

BMM3103

PENGHARGAAN
Syukur kepada Tuhan atas izin-Nya untuk kami menyiapkan kerja kursus BMM3103
Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah ini.
Pertama sekali kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada
pensyarah pembimbing subjek Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah, iaitu Dr. Tuan Jah Tuan
Yusof atas tunjuk ajar, motivasi yang membina dan bimbingan dalam menyiapkan kerja kursus ini.
Tanpa pensyarah pembimbing kerja kursus ini tidak dapat berjalan dengan lancar.
Ucapan ribuan terima kasih juga kami sampaikan kepada kedua-dua ibu bapa kami atas
bantuan dari aspek kewangan dan sokongan moral dalam menyiapkan kerja kursus ini. Tanpa ibu
bapa, usaha untuk menyiapkan kerja kursus ini akan terbantut.
Tidak lupa juga kepada rakan-rakan yang banyak memberikan bantuan dan tunjuk ajar
semasa menjalankan kerja kursus ini terutamanya ketua kelas, penolong ketua kelas dan rakan-rakan
sekelas yang lain.
Begitu juga dengan pihak-pihak lain yang terlibat secara langsung atau tidak langsung semasa
melaksanakan kerja kursus ini. Kami ucapkan berbanyak-banyak terima kasih.
Akhir kata, sekali lagi kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang
terlibat. Semoga dengan berkat pertolongan semua pihak, kerja kursus ini menjadi sempurna.
Sekian dan terima kasih.

Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah


ISI KANDUNGAN

PERKARA

MUKA SURAT

Penghargaan

Isi Kandungan

Pengenalan

1.
2.
3.
4.

Taksonomi Bloom
Domain Krathwohl
Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) KBSR
Item ujian Bahasa Melayu KBSR

4-7
8-9
berdasarkan
10

Taksonomi Bloom
5. Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) KSSR
6. Item ujian Bahasa Melayu KSSR

11 - 17
berdasarkan

Taksonomi Bloom dan KBAT


7. Analisis kualiti item dan perkaitan antara pentaksiran,
pengujian dan penilaian.

18
19 - 21

Senarai rujukan
Refleksi

22 - 23

Lampiran
24
25 - 28
29

BMM3103

Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

BMM3103

PENGENALAN
Dalam topik Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah, terdapat tiga konsep utama iaitu,
pentaksiran, pengujian dan penilaian. Konsep pertama iaitu pentaksiran merupakan satu proses
mendapatkan maklumat dan seterusnya melakukan penghakiman tentang sesuatu produk pendidikan
(Tuan Jah Tuan Yusof, Faridah Nazir: 2011). Penghakiman yang dimaksudkan di sini ialah hal-hal
seperti pertimbangan dan pencapaian aspek pendidikan, manakala produk pula merujuk kepada
pengetahuan, kemahiran dan nilai. Oleh itu, aspek-aspek utama dalam pentaksiran ialah instrumen,
kumpulan yang ditaksir, respons, kumpulan yang menaksir dan skor. Dalam konteks Pentaksiran,
terdapat beberapa kaedah pentaksiran yang biasa digunakan dalam hal pengukuran tahap pendidikan
ini. Antaranya ialah kaedah portfolio, kaedah pertimbangan profesional, kaedah pemerhatian, kaedah
penulisan, dan kaedah lisan.
Konsep utama yang kedua ialah Pengujian. Pengujian merujuk kepada satu teknik
mendapatkan maklumat tentang perubahan tingkah laku seseorang individu. Cara ujian ini
dilaksanakan ialah dengan mengedarkan satu set tugasan/soalan kepada murid dan murid pula
memberi satu set tindak balas atau respons. Dalam hal ini, pengukuran hanya boleh dibuat dalam
bentuk markah sahaja. Antara tujuan utama pengujian ini ialah, mengesan hasil pembelajaran yang
telah dicapai, mengesan kemajuan, ujian petempatan menentukan kemahiran dan penguasaan sedia
ada murid-murid, dan ujian diagnostik menentukan punca masalah pembelajaran dan dengan itu
membantu guru menentukan teknik pemulihan yang perlu digunakan. Terdapat enam jenis ujian,
antaranya ialah Ujian Pencapaian, Ujian Kecerdasan, Ujian Prestasi, Ujian Diagnostik, Ujian Bakat,
dan Ujian Personaliti.
Konsep yang seterusnya ialah Penilaian. Penilaian merupakan satu proses aktiviti yang
bersistematik bagi memperoleh maklumat yang berguna dalam menentukan sesuatu prestasi.
Berdasarkan KBSR semakan 2003 dan KSSR(2011), penilaian merupakan satu proses untuk
menguji, mengukur, dan membuat pertimbangan tentang kebolehan atau kemahiran dan kefahaman
murid berdasarkan objektif pengajaran dan pembelajaran. Dalam program KBSR, terdapat tiga jenis
penilaian. Penilaian pertama ialah penilaian mengesan penguasaan, yang mana penilaian ini
dijalankan ketika guru berada di bilik darjah dan penilaian ini bertujuan mengesan kelemahan murid
dalam sesuatu kemahiran yang sedang diajarkan, supaya kelemahan itu dapat dibetulkan dengan
serta-merta. Penilaian yang kedua pula ialah penilaian mengesan kemajuan, yang mana dijalankan
setelah beberapa kemahiran diajarkan dan bertujuan untuk mengesan kemajuan murid-murid dalam
3

Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah


kemahiran-kemahiran tertentu yang sudah diajarkan supaya dapat menentukan

BMM3103

murid yang

memerlukan pengayaan ataupun pemulihan. Penilaian yang terakhir ialah penilaiian mengesan
pencapaian, iaitu penilaian yang dijalankan selepas guru telah mengajar beberapa topik pelajaran,
biasanya dalam tempoh satu penggal. Tujuan bagi penilaian ini adalah untuk mengesan pencapaian
murid dalam topik-topik pembelajaran dan sekaligus menentukan kedudukan murid dalam kumpulan
masing-masing. Dalam KSSR pula, pentaksiran untuk p&p dijalankan secara berterusan untuk
mengesan perkembangan dan pencapaian murid dalam pembelajaran. Kaedah pentaksiran yang
digunakan juga bersifat autentik dan holistik. Hal ini selari dengan matlamat KSSR untuk melahirkan
moodal insan seimbang dan berkualiti.

Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah


1.

BMM3103

TAKSONOMI BLOOM
Pada tahun 1956, Benjamin S. Bloom telah menyediakan Taksonomi Bloom khusus untuk

domain kognitif. Konsep domain mempunyai hubungan dengan pembinaan objektif pengajaran dan
penyediaan soalan untuk pentaksiran, pengujian dan penilaian. Hal ini perlu bersandarkan kepada
tiga domain utama, iaitu domain kognitif, domain afektif dan domain psikomotor. Namun demikian,
Bloom (1956) memfokuskan kepada domain kognitif, iaitu yang melibatkan perkembangan pemikiran
murid. Perkembangan pemikiran kanak-kanak mengambil masa yang lama dan berlaku pesat
sewaktu murid bersekolah sejajar dengan pertumbuhan dan perkembangan fizikal mereka. Oleh yang
demikian, domain kognitif diutamakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
Terdapat enam peringkat Taksonomi Bloom seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.

TAHAP

ISTILAH
Nyatakan,
terangkan,

Pengetahuan

Ingat kembali, mengenal idea, fakta asas, definisi namakan, labelkan.


teori, hukum, tarikh, peristiwa dan lain-lain daripada
pembelajaran lepas.
Kefahaman

Pilih,

terangkan,

tulis

Mengubah kefahaman daripada satu bentuk kepada semula.


satu bentuk yang lain, menyatakan idea-idea utama
dalam ayat sendiri, menterjemah, memberi contoh
kepada konsep, menterjemah draf.
Aplikasi

Selesaikan, ramalkan, cari,

(Penggunaan) Menggunakan maklumat dalam situasi kesilapan, bina alat.


yang

baru,

termasuk

menyelesaikan

masalah

menggunakan prinsip, kaedah, hukum, teori, formula.


Bina draf daripada data dan lain-lain.
Analisis

Bezakan, pasti, pilih.

Sesuatu yang kompleks dipecahkan kepada yang


kecil, bezakan fakta daripada pendapat, kaitan kenal
di antara bahagian, kenali struktur organisasi.
Sintesis

Bina,

hasilkan,

Menyepadu, mencantum idea menjadi satu, usaha kembangkan.


5

susun,

Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah


tersendiri, menyelesaikan masalah, membuat ramalan,
dan membuat klasifikasi.
Penilaian

Pilih,

berikan

BMM3103

alasan,

Membuat pertimbangan termasuk memberi rasional kritikan, buktikan.


atas alasan dalaman atau luaran, menafsir dan
mengkritik.
Rajah 1 : Peringkat-Peringkat Taksonomi Bloom
Sekitar tahun 1990-an, terdapat perubahan yang dilakukan secara berperingkat terhadap
domain kognitif Taksonomi Bloom. Perubahan yang dimaksudkan ialah perubahan istilah yang
digunakan seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.

Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

BMM3103

Membina
Menilai
Menganalisis
Mengaplikasi
Memahami
Mengingat

Rajah 2 : Perubahan Istilah Taksonomi Bloom


Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) ditakrifkan sebagai penggunaan potensi minda untuk
menangani cabaran baru (Onosko dan Newmann, 1994). Dalam situasi ini seseorang perlulah
memahami, menterjemah, menganalisis, dan memanipulasikan maklumat. Hal ini penting kerana
sesuatu persoalan yang perlu dijawab atau masalah yang perlu diselesaikan tidak boleh diselesaikan
menggunakan pendekatan rutin. Dalam peringkat Taksonomi Bloom sememangnya merangkumi
unsur KBAT, iaitu mengaplikasi, menganalisis, menilai dan membina. Peringkat tersebut memerlukan
murid menilai maklumat secara kritis, membuat inferens, dan membuat generalisasi. Murid juga dapat
menghasilkan komunikasi asli, membuat ramalan,

mencadangkan penyelesaian, mencipta,

menyelesaikan masalah berkaitan kehidupan seharian, menilai idea, melahirkan pendapat, membuat
pilihan dan membuat keputusan.
7

Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

BMM3103

Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah


2.

BMM3103

DOMAIN KRATHWOHL
Domain Krathwohl merujuk kepada domain afektif, iaitu yang melibatkan perkembangan sikap

dan nilai murid. Selain itu, domain Krathwohl adalah kesinambungan kepada domain afektif dalam
Taksonomi Bloom, yang memberi penekanan dan penumpuan khusus kepada

pemikiran dan

kefahaman murid-murid. Domain ini disusun oleh David Krathwohl, Benjamin S.Bloom dan Betram
B.Masia pada tahun(1965). Sehubungan itu, terdapat lima peringkat yang dikemukakan dalam domain
ini. Antaranya ialah, penerimaan, gerak balas, menghargai nilai, organisasi dan perwatakan suatu nilai
yang kompleks.
Peringkat pertama iaitu peringkat penerimaan(receiving) bermaksud kesediaan murid
menerima sesuatu yang ingin disampaikan. Pada peringkat ini, guru memulakan sesi pengajaran dan
pembelajaran dengan menggunakan tarikan tertentu misalnya irama, lirik lagu, bahan maujud atau
situasi kehidupan seharian di tempat tertentu. Hal ini bukan sahaja menarik minat murid, namun juga
memberikan kesedaran kepada murid bahawa sesi pembelajaran yang baharu akan bermula. Setelah
berlaku kesedaran ini, murid biasanya akan mula untuk membuka penerimaan pengajaran dengan
ikhlas dengan cara mengehadkan tindakan, iaitu cuba membezakan setiap rangsangan yang diterima.
Pada peringkat kedua iaitu gerak balas, murid-murid akan bertindak balas terhadap
rangsangan yang diterima kerana mempunyai tujuan tersendiri untuk berbuat demikian. Hal ini berlaku
biasanya setelah rangsangan tadi telah menaikkan rasa ingin tahu murid-murid. Tindak balas
biasanya ditunjukkan untuk memenuhi kepuasan sendiri disebabkan minat terhadap rangsangan yang
diterima. Sebagai contoh, jika guru menggunakan syair sebagai bahan rangsangan, maka terdapat
murid yang akan menunjukkan tindak balas dengan cuba berlatih melagukan syair tersebut untuk
memenuhi minat dan kepuasan diri sendiri.
Pada peringkat penilaian, yakni peringkat ketiga pula murid-murid akan memahami nilai
sesuatu perbuatan yang dilakukan kepada masyarakat. Nilai tersebut mampu menjadi motivasi luaran
atau teladan yang akan mempengaruhi setiap perlakuan yang ditunjukkan oleh murid berkenaan.
Sehubungan dengan itu, terdapat tiga jenis nilai berkaitan iaitu penerimaan semua nilai, pemilihan
nilai tertentu dan akhir sekali komitmen. Dalam penerimaan semua nilai, murid akan menerima semua
nilai yang didedahkan dan menjadikannya sebagai landasan perlakuannya. Dalam konteks pemilihan
nilai tertentu pula, murid akan memilih nilai-nilai tertentu yang akan dijadikan landasan perlakuannya.
Akhir sekali ialah komitmen di amna murid berpegang teguh kepada sesuatu kepercayaan, yakni satu

Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

BMM3103

set nilai yang menjadi landasan kepada perlakuannya serta berusaha mempertahankan kepercayaan
tersebut daripada sebarang cabaran.
Seterusnya ialah peringkat organisasi yang bermaksud peringkat di mana murid-murid
berupaya menyusun semua nilai yang diterimanya menjadi satu sistem yang lebih praktikal.
Sehubungan dengan itu, penyusunan nilai-nilai ini terbahagi kepada dua peringkat, iaitu
mengkonsepsualisasikan nilai-nilai dan membentuk pertalian antaranya serta menyusun nilai-nilai ini
hingga menjadi satu sistem nilai atau kepercayaan. Sebagai contoh, murid-murid dapat menerima dan
mematuhi peraturan sekolah dan juga peraturan dalam bilik darjah serta dapat mengawal diri supaya
tidak melanggar peraturan tersebut.
Akhir sekali ialah peringkat perwatakan(Characterization), bermaksud murid-murid mematuhi
sesuatu nilai dan sanggup mengamalkannya sebagai cara hidup. Pada kebiasaannya, murid-murid
akan kekal memegang sistem nilai berkenaan. Sebagai contoh, pada peringkat ini ada murid yang
akan menunjukkan perwatakan berlandaskan nilai tertentu contohnya, membuat keputusan dan
menjawab soalan tanpa mengikut perasaan dan sikap terburu-buru. Selain itu, terdapat juga murid
yang akan membentuk nilai tersendiri iaitu memegang kepada prinsip hidup misalnya, seorang murid
yang dimarahi oleh guru kerana kesalahannya akan segera memperbaiki kesalahan itu dan
memastikan kesalahan itu tidak akan berulang kembali.
Kesimpulannya, peringkat-peringkat perkembangan sikap dan nilai murid ini sememangnya
selaras dengan transformasi pendidikan masa kini. Hal ini demikian, murid dapat mengubah sikap
mereka secara langsung dan tidak langsung melalui sesi pembelajaran seperti ini. Sehubungan
dengan itu, murid juga dapat membezakan rangsangan yang diterima di samping mengenal pasti
nilai-nilai yang perlu dijadikan landasan dengan meramal perkara baik dan buruk sesuatu nilai. Hal ini
melatih kemahiran berfikir aras tinggi murid seawal sekolah rendah lagi.

10

Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah


3.

JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU) SEKOLAH RENDAH (KBSR)

BI
L

BENTUK SOALAN

OBJEKTIF

Kemahiran

Kognitif

Bidang/Topik/Topik
Kecil

Jam

1
1

Jumlah Item

1.1 Tatabahasa
20

Kata ganda
Kata majmuk
Kata terbitan

1.2 Membaca
Memaham

9
1
1
1

dan
1

1
1

Menjawab
soalan
kefahaman
berdasarkan
petikan yang
dibaca. Panjang
petikan ialah
lebih kurang 150
patah
perkataan.
Memberi erti
perkataan
berdasarkan
petikan di atas.

15

1.3 Seni Bahasa


11

BMM3103

Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Perumpamaan

Simpulan
Bahasa
Jumlah

4.

1
5

2
1

40

18

ITEM UJIAN BAHASA MELAYU KBSR BERDASARKAN TAKSONOMI BLOOM

1. 1 Tatabahasa
Soalan 1 hingga Soalan 7
Pilih jawapan yang paling sesuai.
1.

Antara perkataan yang berikut yang manakah kata ganda ? (Aras 1)


A. maharajalela
B. pepohon
C. sasterawan
D. urus setia

2.

Encik Musa dinasihati oleh ketuanya supaya tidak _____ antara urusan

pejabat

dengan masalah peribadinya. (Aras 2)


A. mengemaskinikan
B. menyatupadukan
C. mencampuradukkan
D. menggabungjalinkan
3.

Puan Saida membeli senaskhah majalah Wanita _____ bulan Ogos. (Aras 2)
A. keluar
12

BMM3103

Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah


B. keluaran
C. terkeluar
D. pengeluaran
4.

Antara perkataan berikut yang manakah kata majmuk ? (Aras 4)


I.

dukacita

II.

bumiputera

III.

hak milik

IV.

reka bentuk

A. I dan II sahaja
B. III dan IV sahaja
C. I, III dan IV sahaja
D. II, III dan IV sahaja
5.

Antara perkataan berikut yang manakah kata terbitan ? (Aras 4)


I.

belajar

II.

tolong-menolong

III.

peperangan

IV.

meronta-ronta

A. I dan III sahaja


B. II dan IV sahaja
C. I, III dan IV sahaja
D. II, III dan IV sahaja

13

BMM3103

Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah


6.

BMM3103

Susunkan kata ganda di bawah mengikut turutan jenis penggandaan, iaitu bermula
dengan penggandaan penuh, penggandaan separa dan penggandaan berentak.
(Aras 5)
I.

lelaki

II.

buku-buku

III.

kuih-muih

A. I,II dan III


B. III, II dan I
C. I, III dan II
D. II, I dan III
7.

Susunkan kata terbitan di bawah mengikut turutan jenis kata terbitan, iaitu bermula
dengan kata terbitan berawalan, kata terbitan berakhiran, kata terbitan berapitan dan

terbitan bersisipan. (Aras 5)


I.

telunjuk

II.

didekati

III.

jahitan

IV.

ketua

A. I, II, III dan IV


B. IV, III, II dan I
C. I, III, II dan IV
D. II, III, I dan IV
Soalan 8 dan Soalan 9
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberi.
14

kata

Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah


8.

BMM3103

Abu terkejut apabila ternampak seorang lelaki hendak membunuh diri. (Aras 6)
A. Lelaki itu terkejut apabila melihat Abu membunuh diri.
B. Abu terperanjat apabila melihat seorang lelaki cuba membunuh diri.
C. Abu dan kawannya cuba untuk membunuh diri.
D. Abu sangat terkejut lalu hendak membunuh diri.

9.

Pengadil bola sepak itu pilih kasih semasa membuat keputusan. (Aras 6)
A. Pengadil bola sepak itu bersifat tidak adil semasa membuat keputusan.
B. Pengadil bola sepak itu kurang kasih sayang semasa membuat keputusan.
C. Keputusan pengadil itu salah.
D. Keputusan pengadil itu muktamad.

1.2. Membaca Dan Memaham


Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.
Gopal : Eh, awak ingat lagi tak tentang berita manusia ditelan ular sawa tempoh hari!
Samat : Mestilah Sampai sekarang saya masih terbayang-bayang gambar yang tersiar dalam akhbar
tu. Eee............ngerinya!
Chan : Tapi yang peliknya, lepas kejadian tu tak putus-putus keluar cerita tentang ular sawa dalam
akhbar. Ular sawa telan ayamlah, telan kambinglah, dan macam macam lagi.
Samat : Apa yang peliknya, Chan? Memanglah berita sensasi macam tu disukai oleh orang ramai.
Jadi wartawan pun jalankanlah tugas mereka untuk mencari cerita -cerita sedemikian!
Gopal : Agaknya tak lama lagi ada pula berita tentang ular sawa telan gajah. Haa. masa tu barulah
heboh satu dunia! Adakah awak tahu ular sawa merupakan sejenis haiwan yang dilindungi?
Samat : Tahu. Baru semalam Cikgu Lina beritahu.

15

Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

BMM3103

Gopal : Yalah, selama ni saya tak tahu pun yang kita boleh didakwa jika mencedera atau membunuh
ular.
Chan

: Hukumannya berat juga. Kita boleh kena denda hingga RM3 000 atau penjara!

Samat : Dan boleh juga dikenakan kedua-duanya sekali!


Gopal : Kalau macam tu, bila jumpa ular sawa cepat -cepatlah lari Jangan cuba-cuba nak pukul atau
bunuh!
Chan : Kenapa? Kamu takut ke?
Samat : Awak ni tak faham ke, Chan? Nanti terlepas masuk mulut ular sawa, awak kena masuk
penjara pula!

1. Apakah yang dibualkan oleh Gopal, Samat dan Chan? (aras 1)


A. Mereka berbual mengenai penjenayah.
B. Mereka berbual tentang berita manusia ditelan ular.
C. Mereka berbual tentang hukuman untuk kesalahan membunuh haiwan.
2. Bagaimanakah cara wartawan untuk meningkatkan sensasi sesuatu berita? (aras 3)
A. Wartawan membunuh haiwan terlindung.
B. Wartawan sentiasa berusaha mencari berita yang baharu
C. Wartawan mencari berita baharu yang sama dengan berita yang pernah berlaku
sebelumnya.
3. Berikut ialah hukuman yang akan dijatuhkan kepada pembunuh haiwan terlindung, KECUALI?
(aras 4)
I. Pesalah itu akan dipenjarakan
II. Pesalah akan dicaci oleh masyarakat

16

Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

BMM3103

III. Pesalah akan dihadapkan ke mahkamah


IV. Pesalah itu akan dikenakan hukuman bayaran sebanyak RM3 000
A.
B.
C.
D.

I & III
I & IV
II & IV
Semua di atas

4. Pada pandangan anda, mengapakah ular sawa tidak boleh dipukul atau dibunuh? (aras 5)
A. Ular sawa dipandang suci dalam masyarakat
B. Ular sawa ialah haiwan yang bahaya dan menyerang manusia
C. Ular sawa ialah salah satu haiwan yang dilindungi kerana ianya hampir pupus
D. Hukuman akan diberikan kepada mereka yang memukul atau membunuh ular sawa.
5. Berdasarkan perbualan Gopal, Samat dan Chan, berita apakah yang sudah terkeluar ke dalam
akhbar? (aras 6)
I. Berita ular menelan manusia
II. Berita ular menelan kambing
II. Berita ular menelan gajah
IV. Berita hukuman membunuh ular sawa.
A.
B.
C.
D.

I & II
II & III
II & IV
Semua di atas

6. Berikan maksud lain bagi perkataan ngeri? (aras 1)


A. takut
B. sedih
C. bahaya

17

Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

BMM3103

D. terkejut
7. Apakah perkataan lain yang sesuai untuk mengantikan perkataan sensasi dalam petikan? (aras 3)
A. menakutkan
B. Menggemparkan
C. Menghairankan
D. Menyeronokkan

1.3 Seni bahasa


1. Pak Abu mempunyai seorang anak angkat lelaki. Walaupun demikian, beliau amat menyayanginya
dan menganggap anak tersebut seperti anak kandungnya sendiri.
Melalui kisah di atas, pilih perumpamaan di bawah yang sesuai untuk menggambarkan kisah Pak
Abu. (aras 2)
A.
B.
C.
D.

Bagai mengajar itik berenang


Bagai melukut di tepi gantang
Seperti rusa masuk ke kampung
Bagai menatang minyak yang penuh

2. Hari ini, Kak Long akan berangkat menaiki pesawat ke London untuk melanjutkan pelajaran.
Walaupun mak dan ayah _________ untuk melepaskan Kak Long, namun mereka tidak dapat berbuat
apa-apa demi kebaikan masa depan Kak Long.
Isikan tempat kosong di atas dengan simpulan bahasa yang tepat.
A.
B.
C.
D.

Berat hati
Putih mata
Anak emas
Ringan tangan

18

Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

5.

JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU) SEKOLAH RENDAH KBAT (KSSR)

BI
L

BENTUK SOALAN

OBJEKTIF

Kemahiran

Kognitif

Bidang/Topik/Topik
Kecil

Jam

Jumlah Item

1.1 Tatabahasa
20

3
1

Kata ganda
Kata majmuk
Kata terbitan

1.2 Membaca
Memaham

1
1

dan
1

Menjawab
19

BMM3103

Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah


soalan
kefahaman
berdasarkan
petikan yang
dibaca. Panjang
petikan ialah
lebih kurang 150
patah
perkataan.

15

BMM3103

Memberi erti
perkataan
berdasarkan
petikan di atas.

1.3 Seni Bahasa

Perumpamaan

Simpulan
Bahasa
Jumlah

6.

40

ITEM UJIAN BAHASA MELAYU KSSR BERDASARKAN TAKSONOMI BLOOM DAN KBAT

1. 1 TATABAHASA
1.

Buat perbandingan di antara tiga jenis penggandaan di bawah berserta contoh yang
sesuai.
i.

Penggandaan penuh

ii.

Penggandaan separa

iii.

Penggandaan berentak

___________________________________________________________________
20

Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

BMM3103

___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
(Aras 4)
2.

Bina ayat berdasarkan kata majmuk di bawah :


i. warganegara
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
ii. mengambil alih
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
(Aras 5)

3.

Huraikan maksud kata terbitan dan jenis-jenisnya berserta contoh yang sesuai.
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
(Aras 6)

1.2 Membaca dan Memaham


Faham petikan di bawah dan jawab soalan berikutnya.
Haikal, John dan Leong bersahabat baik semenjak kecil lagi. Mereka hidup sekampung dan
bersekolah di sekolah yang sama. Ketiga-tiganya murid Tahun Enam. Mereka sentiasa berlumba21

Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

BMM3103

lumba dalam pelajaran. Masing-masing ingin menduduki tempat teratas dalam kelas. Dalam
Peperiksaan Percubaan UPSR tempoh hari, ketiga-tiganya mendapat 4A. Di dalam kelas mereka,
John muncul pelajar terbaik bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, manakala Leong mendapat markah
tertinggi bagi Bahasa Inggeris. Haikal pula mendapat 100 peratus dalam Matematik. Guru kelas
mereka sungguh bangga dengan pencapaian ketiga -tiga muridnya yang juga menjadi anak emas
sekolah mereka itu.
Walaupun mereka saling berlumba dalam pelajaran, mereka tidak bermusuhan antara satu
sama lain. Malah, mereka saling membantu dalam menghadapi apa juga keadaan. Mereka belajar
bersama-sama,

bermain

bersama-sama

dan

jika

timbul

masalah,

mereka

akan

cuba

menyelesaikannya secara muafakat. Di kampung, mereka terkenal sebagai budak-budak yang ringan
tulang. Orang kampung juga sangat suka kepada mereka kerana mereka juga ringan mulut. Mereka
rajin menolong ibu bapa dan juga sentiasa bersedia membantu orang kampung. Apabila berselisih
dengan orang lain, mereka tidak pernah masam muka, sebaliknya menegur orang itu dengan ramah.

1. Bandingkan pencapaian terbaik Haikal, John dan Leong dalam Peperiksaan Percubaan UPSR
baru-baru ini. (aras 4)
_________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________
2. Terangkan maksud rangkai kata secara muafakat? (aras 5)
_________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________
1.3 Seni Bahasa
1. Tafsirkan maksud perumpamaan Bagai aur dengan tebing. (aras 6)
_________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________
22

Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

23

BMM3103

Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah


7.

ANALISIS KUALITI ITEM DAN PERKAITAN ANTARA PENTAKSIRAN, PENGUJIAN

BMM3103
DAN

PENILAIAN
Berdasarkan items yang dibina berpandukan JSU Bahasa Melayu sekolah rendah bagi KBSR
dan KSSR, terdapat beberapa kelebihan dan kekuatan yang dimiliki oleh items tersebut. Pertama
sekali, items yang dibina ini dalah berdasarkan JSU yang telah dirancang dan dibina mengikut
pengiraan yang mengambil kira masa pembelajaran sesuatu topik. JSU yang dibina ini
mengaplikasikan domain kognitif Taksonomi Bloom yang terdiri daripada enam peringkat. KBAT juga
telah diaplikasikan dalam semua items yang dibina. Hal ini dapat melahirkan murid untuk berfikiran
aras tinggi dan berilmu pengetahuan yang tinggi.
Items yang dibina ini juga berdasarkan kurikulum terbaru, iaitu KBSR dan KSSR. Pembinaan
items berdasarkan kedua-dua kurikulum ini mampu melatih murid untuk menguasai kemahiran
bahasa dengan baik dan cemerlang dalam akademik. Hal ini juga dapat melahirkan modal insan
seperti yang dihasratkan oleh kerajaan dalam FPK. Matlamat, objektif dan hasil pembelajaran bagi
KBSR dan KSSR juga dapat dicapai melalui pentaksiran, pengujian dan penilaian. Oleh itu, kualiti
items yang baik mempunyai kaitan dengan keitga-tiga aspek tersebut.
Sesungguhnya, terdapat perkaitan antara ketiga-tiga konsep iaitu pentaksiran, pengujian, dan
penilaian. Perkaitan ini dapat dilihat dari aspek-aspek seperti definisi, tujuan, cara, masa, liputan dan
keputusan. Dalam aspek definisi, perkaitan dapat ditunjukkan melalui peranan ketiga-tiga konsep
tersebut sebagai alat pengukuran perubahan tingkah laku dan pencapaian murid-murid. Seterusnya
ialah dari aspek tujuan iaitu setiap konsep ini mengukur dan memberi maklumat tentang pencapaian
pembelajaran murid-murid berdasarkan objektif pelajaran, kaedah mengajar dan kurikulum.
Dalam aspek cara pula, perkaitan antara konsep pentaksiran, pengujian dan penilaian ini
masing-masing menunjukkan cara mengukur yang sama iaitu, kualitatif atau kuantitatif atau keduaduanya sekali.Aspek perkaitan yang seterusnya ialah melalui aspek masa iaitu ketiga-tiga konsep
tersebut dilaksanakan selepas tamat sesi pengajaran dan pembelajaran kecuali konsep penilaian
yang dilaksanakan semasa sesi pelajaran tersebut.

24

Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

BMM3103

Selain itu, aspek liputan turut menjadi salah satu aspek perkaitan bagi ketiga-tiga konsep.
Dalam hal ini, aspek liputan menunjukkan perkaitan yang amat ketara, iaitu daripada ciri terkecil untuk
pengujian kepada liputan sederhana untuk pentaksiran hingga ke ciri terbesar untuk penilaian yang
meliputi keseluruhan kurikulum. Akhir sekali ialah perkaitan dari aspek keputusan. Ketiga-tiga konsep
ini menunjukkan pperkaitan dari aspek keputusan kerana pengujian, pentaksiran dan penilaian
dijalankan untuk menunjukkan prestasi dan pencapaian dalam sesuatu kemahiran sama ada secara
umum, spesifik atau keseluruhan.

25

Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

BMM3103

SENARAI RUJUKAN
Abdul Aziz Talib (1989), Pengajaran Dan Pengujian Bahasa, Kuala Lumpur: Nurin Enterprise.
Draf KSSR Sekolah Kebangsaan (2010). Bahagian Perkembangan Kurikulum Kementerian Pelajaran
Malaysia.
Kamarudin Hj. Husin, Siti Hajar Abdul Aziz (1998). Pedagogi Bahasa : Pengkaedahan. Kuala Lumpur :
Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Nik Safiah Karim et. Al (2008). Tatabahasa Dewan Edisi ketiga. Kuala Lumpur.
Tuan Jah Tuan Yusof & Faridah Nazir (2011) Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah, Perak:
Penerbitan Multimedia.
Tuan Jah Tuan Yusof & Faridah Nazir (2011) Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu, Selangor:
Penerbitan Multimedia.
http://duniapendidikanipg.blogspot.com/2012/10/contoh-jadual-spesifikasi-ujian-upsr_311.html
http://duniapendidikanipg.blogspot.com/2012/10/jadual-spesifikasi-ujian-jsu.html
http://mohammadhafizizaini-bmm.blogspot.com/
http://nurulsimaothman-bmm.blogspot.com/
http://www.slideshare.net/Sanomikayo/pentaksiran-bahasa-melayu-sekolah-rendah
http://www.scribd.com/doc/46594123/Modul-BMM-3103-Pentaksiran-Bahasa-Melayu-Sek-Rendah

26

Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

BMM3103

REFLEKSI KENDIRI
NAMA: ALSON JAFRIN
KELAS: PPISMP 2A1
NO. KAD PENGENALAN: 930706-12-6109
Dalam lembaran ini, saya ingin mengupas serba sedikit pengalaman dan dapatan saya
sepanjang proses menyiapkan tugasan kerja kursus bagi Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu ini.
Sesungguhnya, pada saat menerima kertas soalan bagi tugasan ini, saya menerimanya dengan hati
yang terbuka kerana saya tahu ini adalah salah satu kewajipan yang perlu kami laksanakan
sepanjang bergelar pelatih guru di IPG KBM.
Apabila bercerita mengenai pengalaman dan dapatan, terlalu banyak sebenarnya yang dapat
dikongsikan di sini. Namun dipendekkan cerita, saya dan rakan saya, Masuanzzy Masuaning memang
mengalami sedikit kesukaran semasa menyiapkan tugasan. Namun demikian, berkat doa dan
komitmen yang diberikan, akhirnya tugasan ini selesai jua. Banyak ilmu baharu yang dapat diperolehi
sepanjang menyiapkan tugasan ini. Antaranya ialah huraian konsep-konsep utama yang ditekankan
dalam Pentaksiran Bahasa Melayu seperti pentaksiran , pengujian, penilaian dan perkaitan ketigatiga konsep utama tersebut. Selain itu, saya juga mempelajari tentang Taksonomi Bloom dan juga
Domain Krathwohl serta membuat hubungkait dengan kamahiran berfikir aras tinggi (KBAT/HOTS)
yang sedang dilaksanakan dalam pendidikan kita sekarang. Antara yang menarik semasa proses
menyiapkan tugasan ini termasuklah membina JSU dan item-item ujian bahasa Melayu KBSR dan
juga KSSR. Walaupun kami akui terdapat kesulitan yang berlaku, namun berkat penerangan dari
pensayarah dan perbincangan dengan ahli kumpulan lain, akhirnya segala tugasan yang dianggap
sukar pada mulanya bertukar mudah serta merta. Sesungguhnya, item yang telah saya dan
Masuanzzy bina itu adalah item yang pertama kami bina dengan usaha memerah otak yang boleh
dikatakan sangat mencabar kemahiran berfikir aras tinggi kami sendiri sebagai pembina soalan
kononnya. Walau bagaimanapun, dengan berpandukan Jadual Spesifikasi Ujian(JSU), aras-aras
dalam Taksonomi Bloom serta berpandukan kepada KBAT, syukur dapat juga kami selesaikannya.
Harapan saya agar dapat menambahkan lagi ilmu di dada dengan pengetahuan terutamanya dalam
topik Pentaksiran Bahasa Melayu ini. Pada pandangan saya, pembinaan item ini sesungguhnya amat
berhubung rapat dengan Pentaksiran Berasaskan Sekolah(PBS) yang sedang dilaksanakan di
sekolah kini. Penyediaan fail bagi setiap seorang pelajar akan memudahkan lagi penumpuan terhadap
27

Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

BMM3103

setiap pelajar. Hal ini dapat membantu mengesan pelajar yang memerlukan pengayaan dan juga
pemulihan. Oleh itu, pembinaan JSU dan item-item yang sesuai dengan pencapaian dan tahap
pangetahuan palajar amat penting untuk dititikberatkan.
Di sinilah peranan guru yang paling utama dalam memberikan input kepada pelajarnya. Bagi
mencapai matlamat dan usaha murni ini, kita haruslahs entiasa peka dengan transformasi yang
seriing berlaku. Kepekaan dan kelalaian bangsa itulah yang biasanya akan menolak mereka ke
belakang. Ingatlah apabila negara mempunyai rakyat yang berilmu pengetahuan dan berpendidikan
maka kemajuan ekonomi juga akan meningkat. Jika ini tercapai maka kita akan melihat negara kita
Malaysia duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara maju menjelang tahun 2020.
Kesimpulannya, terima kasih atas tugasan yang amatlah berguna ini. Harapan saya agar
segala ilmu yang kami olah ke dalam tugasan ini akan saya dan rakan saya ingat dan dapat kami
aplikasikan ke dalam cabaran pendidikan yang akan kami tempuhi kelak. Segala keburukan dan
kekurangan datangnya dari kelalaian saya sebagai manusia biasa, segala kebaikan pula tentunya
datang dari yang maha Esa.
Sekian terima kasih.

28

Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

BMM3103

MASUANZZY MASUANING
930302-12-6321
Pertama sekali, saya bersyukur kepada Tuhan kerana saya berjaya menyiapkan tugasan ini.
Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah pembimbing dan rakan-rakan
saya atas bantuan yang dihulurkan semasa melaksanakan tugasan ini. Ucapan terima kasih juga
saya sampaikan kepada individu yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.
Semasa menyiapkan kerja kursus ini, memang saya tidak nafikan bahawa pelbagai masalah
yang timbul. Namun demikian, dengan bantuan kerjasama dan motivasi daripada pihak tertentu
terutamanya rakan sekumpulan dan rakan-rakan lain serta pandangan positif saya terhadap kerja
kursus ini, akhirnya tugasan ini dapat disiapkan. Walaupun tajuk tugasan ini sememangnya mencabar
minda, saya tetap berusaha menyiapkan tugasan ini dengan bersungguh-sungguh sehingga siap. Hal
ini juga membuatkan saya lebih bermotivasi dan matang semasa menyiapkan tugasan.
Terlebih dahulu, saya ingin membuat laporan tentang analisis item yang mempunyai hubungan
dengan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dalam transformasi pendidikan negara. Dalam
tugasan ini, saya dan rakan sekumpulan telah membina JSU Bahasa Melayu sekolah rendah bagi
KBSR dan KSSR. Saya dan rakan sekumpulan juga telah membina tiga items bagi setiap aras
Taksonomi Bloom dan dua items soalan KBAT. Semua ini adalah seperti yang dikehendaki dalam
tugasan. Bagi JSU Bahasa Melayu sekolah rendah KBSR, items yang saya dan rakan sekumpulan
buat adalah berdasarkan setiap aras Taksonomi Bloom. Terdapat lapan belas soalan keseluruhannya
yang terdiri daripada soalan objektif (aneka pilihan). Bagi JSU Bahasa Melayu KSSR pula, saya dan
rakan sekumpulan membina sebanyak enam soalan KBAT yang terdiri daripada soalan subjektif
(struktur).
Pembinaan JSU dan items soalan Bahasa Malaysia sekolah rendah bagi KBSR dan KSSR
serta mengaplikasikan KBAT sememangnya mempunyai hubungan dengan PBS dalam transformasi
pendidikan negara. Seperti yang kita sedia maklum, tujuan PBS dilaksanakan adalah untuk
penambahbaikan UPSR dan PMR. Oleh itu, pembinaan JSU yang mantap dapat membantu guru
untuk melatih murid agar lebih maju dalam akademik. Pengaplikasian Taksonomi Bloom dan KBAT
juga merupakan perkara penting bagi melahirkan modal insan yang berilmu pengetahuan, berfikiran
aras tinggi dan mampu bersaing di pentas dunia. Oleh itu, pembinaan JSU berdasarkan Taksonomi

29

Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

BMM3103

Bloom dan pengaplikasian KBAT dalam KBSR dan KSSR sangat penting dalam usaha kerajaan untuk
mengubah sistem pendidikan negara kita agar lebih maju dan mampu bersaing dengan negara luar.
Dalam kesempatan ini juga, saya ingin berkongsi pengalaman, pengetahuan dan kemahiran
baharu yang saya perolehi melalui tugasan ini. Semasa menyiapkan tugasan ini, saya mendapat
pelbagai pengalaman dan pengetahuan baharu yang berkaitan Taksonomi Bloom, Domain Krathwohl
dan JSU serta KBAT. Saya mendapat ilmu baharu tentang cara-cara membina items beradasarkan
JSU yeng mengaplikasikan KBAT dan Taksonomi Bloom. Saya juga mempunyai pengalaman tentang
cara-cara membuat JSU Bahasa Malaysia sekolah rendah. Hal ini penting kerana pengetahuan,
pengalaman dan kemahiran tersebut perlu dikuasai oleh bakal guru seperti saya supaya dapat
melahirkan modal insan yang berilmu pengetahuan, berfikiran aras tinggi dan berdaya saing.
Kerja kursus ini juga telah memberi impak kepada saya sebagai bakal guru di sekolah nanti.
Impak yang saya maksudkan ialah peranan saya sebagai bakal guru Bahasa Malaysia sekolah
rendah untuk melatih dan melahirkan modal insan yang berilmu, berakhlak dan berdaya saing seperti
yang dihasratkan negara dalam FPK. Saya sedar sebagai bakal guru Bahasa Malaysia, saya perlu
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran berdasarkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah
(KSSR) Bahasa Malaysia dan membuat penilaian berdasarkan JSU yang mengaplikasikan Taksonomi
Bloom dan KBAT. Oleh yang demikian, sebagai bakal guru bahasa Malaysia, saya perlu lebih
berpengetahuan dan bersedia untuk menyahut cabaran serta melaksanakan peranan dengan sebaik
mungkin.
Akhir sekali, sekali lagi saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak yang terlibat
semasa menjalankan tugasan ini. Tugasan ini sedikit sebanyak telah memberi pengalaman berharga
serta meningkatkan kemahiran dan pengetahuan saya. Saya sedar sebagai bakal guru, saya juga
berperanan dalam usaha memajukan sistem pendidikan negara seperti yang dihasratkan oleh negara
melalui PBS, KSSR dan PPPM menjelang Wawasan 2020.
Sekian dan terima kasih.

30

Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

31

BMM3103

You might also like