You are on page 1of 30

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

TAJUK 6
UNDANG-UNDANG DAN PENTADBIRAN SUKAN.
TOPIK 4
TAJUK 7
ISU-ISU DALAM SUKAN

Sinopsis
Tajuk-tajuk dalam modul ini merangkumi perbincangan mengenai undang-undang
dan pentadbiran sukan serta kaitannya dengan liabiliti perundangan dalam sukan.
Turut dibincangkan ialah isu-isu dalam sukan yang merangkumi isu wanita dan
sukan, sukan dan media massa, politik dan sukan, insentif dan atlit, perjudian
dalam sukan serta cabaran sukan negara membangun masa kini. Modul ini juga
dibekalkan dengan soalan latihan dan senarai bahan rujukan.

Hasil Pembelajaran
Setelah selesai membaca modul ini, diharap anda dapat:
1. Menjelas isu-isu dalam sukan
2. Menghuraikan tentang wanita dan sukan
3. Mengamalkan nilai-nilai murni melalui tingkah laku yang dapat dijadikan
sebagai contoh
4. Bertanggungjawab terhadap sukan dan media massa
5. Memahami Peraturan Pertandingan Am MSSM
6. Membandingkan undang-undang dan pentadbiran sukan dengan liabiliti
perundangan dalam sukan.
7. Mengamalkan nilai-nilai murni melalui tingkah laku yang dapat dijadikan
sebagai contoh

131

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

Kerangka konsep tajuk bagi tajuk Undang-Undang dan Pentadbiran Sukan

Undang-Undang dan
Pentadbiran Sukan

Liabiliti perundangan
dalam sukan

Kaitan undangundang dan sukan

Kerangka konsep tajuk bagi tajuk Isu-isu Dalam Sukan

Insentif
dan atlit

Wanita dan
sukan

Politik
dan
sukan

Isu-isu
Dalam
Sukan

Perjudian
dan sukan

Sukan dan
media
massa

Cabaran
sukan negara
membangun
masa kini

KANDUNGAN
132

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

6.0 UNDANG-UNDANG DAN PENTADBIRAN SUKAN


6.1. Undang-undang
Undang-undang

permainan

bertujuan

untuk

mengawal

peraturan

teknikal

pertandingan ketika dalam permainan atau gelanggang permainan. Undang-undang


permainan merupakan peraturan permainan atau pertandingan. Undang-undang
permainan di guna pakai oleh semua badan sukan yang menganggotai badan induk
persatuan sukan antarabangsa. Setiap disiplin sukan mempunyai badan induk
antarabangsanya sendiri. Dengan kata lain undang-undang permainan merupakan
undang-undang piawai atau standard dan di guna pakai dalamsetiap permainan
yang dianjurkan oleh badan sukan yang menganggotai badan induk persatuan
sukan antarabangsa. Contohnya, undang-undang permainan bola sepak telah pun
ditetapkan oleh FIFA. Oleh itu, setiap kejohanan yang dianjurkan oleh Persatuan
Bola Sepak Malaysia (FAM) yang merupakan persatuan sukan yang menganggotai
FIFA perlu berlandaskan undang-undang yang telah digariskan oleh badan teknikal
FIFA..
6.2. Tujuan undang-undang permainan
Sebagai rujukan semua
pihak sekiranya berlaku
masalah teknikal semasa
pertandingan

Memastikan pertandingan
berjalan mengikut standard
yang telah ditetapkan

Undang-Undang
permainan

Rujukan utama kepada


pegawai yang
menguatkuasa undangundang permainan

Memastikan pertandingan
dapat dijalankan dengan lancar
dan selamat serta mencapai
objektif

cara menentukan gol atau mata


133

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

Ukuran padang atau gelanggang


Alatan permainan
Bola
Pegawai kejohanan
Undang-undang Permaianan

Kesalahan-kesalahan
Jangkamasa permainan
Permulaan
Denda
Kawasan permainan
Bilangan pemain

Rajah berkaitan dengan undang-undang permainan

6.3.

Peraturan Am Pertandingan

6.3.1. Kepentingan Peraturan


Undang-undang dan peraturan pertandingan mengawal perjalanan perlawanan.
Undang-undang dan peraturan diadakan sebagai panduan untuk penglibatan
sesuatu program dan kejohanan. Untuk menjayakan sesuatu program atau
kejohanan, undang-undang dan peraturan-peraturan perlu diadakan.
6.3.2.

Peraturan Am Pertandingan Majlis Sukan Sekolah-sekolah


Malaysia (MSSM)
Undang-Undang
Undang-undang permainanan Antarabangsa yang berkuatkuasa semasa
akan menjadi undang-undang rasmi pertandingan bagi peringkat umur 18
tahun dan ke bawah kecuali ada undang-undang khas yang menguasai
pertandingan permainan MSSM. Bagi peringkat umur 12 tahun dan ke
bawah undang-undang permainan yang diluluskan oleh Jawatankuasa
Kerja MSSM dan Jawatankuasa Teknik Permainan MSSM semasa akan
134

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

menjadi undang-undang rasmi pertandingan.


Kelayakan
Peserta:
-

Pelajar-pelajar yang menghadiri kursus penuh di sekolah-sekolah rendah


dan menengah yang berdaftar dan menjadi ahli Majlis Sukan Sekolahsekolah Negeri layak menyertai pertandingan permainan MSSM.

Pelajar-pelajar yang menunggu keputusan peperiksaan


SPM/SPMV/STPM tidak layak menyertai semua pertandingan MSSM.

Mereka yang berdaftar dengan sekolah swasta selepas mendapat


keputusan SPM/SPMV/STPM layak menyertai pertandingan permainan
MSSM dengan syarat sekolah swasta berkenaan bergabung dengan
Majlis Sukan Sekolahsekolah Negeri.

Pelajar-pelajar yang ditempatkan di Akademi Permainan Kebangsaan


dan Sekolah Sukan Kementerian Pendidikan Malaysia hendaklah
mewakili negeri asal tempat ia bersekolah di dalam pertandingan
MSSM.

Jika khidmat pelajar berkenaan tidak diperlukan oleh negeri


asalnya maka ia dibenarkan bermain dengan negeri lain dengan syarat
MSS Negeri berkenaan mendapatkan kebenaran daripada MSS Negeri
asal pemain.

Pemain yang mewakili MSS Negeri lain tanpa mendapat


kebenaran daripada MSS Negeri asalnya tidak dibenarkan bertanding ke
Kejohanan MSSM dan tindakan disiplin hendaklah diambil terhadapnya
oleh Urusetia MSSM.

Pemain yang BUKAN warganegara Malaysia dibenarkan


mengambil bahagian di peringkat sekolah, daerah dan negeri sahaja.
Kejohanan peringkat MSSM HANYA untuk warganegara Malaysia.

Sekolah
Sekolah-sekolah yang berdaftar dan menjadi ahli gabungan Majlis Sukan
Sekolah-Sekolah Negeri layak menyertai pertandingan permainan MSSM
135

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

Negeri
Majlis Sukan Sekolah-sekolah Negeri adalah layak mengambil bahagian
dalam pertandingan ini. Setiap negeri hanya berhak menghantar satu
pasukan sahaja mengikut kumpulan umur dalam sesuatu pertandingan
melainkan ada sesuatu ketetapan khas.
Had umur peserta
Had umur peserta-peserta bagi pertandingan permainan MSSM
adalah seperti berikut:
- 18 tahun dan ke bawah
- 15 tahun dan ke bawah
- 12 tahun dan ke bawah
(a) Kiraan umur 18 tahun dan ke bawah, 15 tahun dan ke bawah, 12 tahun
dan ke bawah adalah pada 1 Januari tahun pertandingan.
(b) Bagi peserta yang terbukti lewat pendaftaran kelahiran pada peringkat
umur yang disertainya tidak layak menyertai pertandingan permainan
MSSM.
(c) Seseorang peserta dibenarkan menyertai pertandingan dalam satu
kumpulan umur sahaja bagi satu jenis pertandingan dalam masa yang
sama.
(d) Selain daripada yang disebutkan seseorang peserta tidak dibenarkan
menyertai pertandingan dalam kumpulan umur yang lebih tinggi
daripada kumpulan umurnya melainkan ada sesuatu ketetapan khas.
(e) Peserta peringkat umur 18 tahun dan ke bawah hendaklah bersedia
menunjukkan kad pengenalan jika diminta oleh pihak pengelola
pertandingan. Seseorang peserta yang hilang kad pengenalan mesti
mempunyai surat pengesahan dengan gambar dari Pejabat Pendaftaran
(Borang JPN 1/9 atau JPN 1/11) dan salinan sijil beranak yang disahkan
oleh pengetua sekolah peserta berkenaan.
(f) Peserta peringkat umur 12 tahun dan ke bawah hendaklah
melengkapkan borang pendaftaran pertandingan individu berseserta
gambar dengan menyertakan salinan sijil beranak yang disahkan oleh
Guru Besar sekolah peserta berkenaan serta Setiausaha Agung MSS
Negeri tersebut.
136

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

Pendaftaran
(a)

Setiap MSS Negeri hanya dibenarkan menghantar bilangan pegawai


pasukan dan peserta seperti yang ditetapkan.

(b)

Pasukan yang ada peserta perempuan mesti ditemani oleh seorang


Penolong Pengurus atau Jurulatih Wanita.

(c)

Pendaftaran Pegawai dan peserta dalam borang pendaftaran yang


tertentu hendaklah disampaikan kepada pihak Jawatankuasa Pengelola
sekurang-kurangnya 10 hari sebelum tarikh pertandingan dimulakan.
Sebarang pindaan diborang pendaftaran tersebut hendaklah
ditandatangani oleh Yang di Pertua/Setiausaha Agung Majlis Sukan
Sekolah-Sekolah Negeri dengan cop rasmi.

(d) Setiap MSS Negeri dikehendaki menghantar pengerusi teknik


permainan negeri masing-masing ke mesyuarat pengerusi teknik
permainan berkenaan yang diadakan serentak dengan kejohanan
MSSM.
(e) Setiap MSS Negeri dikehendaki menghantar pengadil/hakim bertauliah
yang terdiri daripada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan sepertimana
bilangan yang ditetapkan.
(f)

Sekiranya MSS Negeri yang mengelolakan pertandingan MSSM


memerlukan khidmat Pengadil/Hakim selain daripada Pegawai
Perkhidmatan Pendidikan, kebenaran daripada Urusetia MSSM
hendaklah diperolehi.

(g) Semua Pengurus/Pegawai Pasukan MSS Negeri hendaklah hadir di


majlis taklimat yang diadakan oleh Jawatankuasa Pengelola.
Pakaian
Jika kedua-dua pasukan memakai baju yang sama warnanya, pasukan
yang mula-mula tercatat dalam jadual pertandingan hendaklah
menukar warna bajunya. Walau bagaimanapun bagi permainan yang
telah menetapkan warna khusus jersi MSS negeri oleh Jawatankuasa
Teknik MSSM maka peraturan tersebut hendaklah dipatuhi.
Bantahan
(a)

Bantahan bertulis yang ditandatangani oleh seorang pegawai pasukan


137

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

berdaftar hendaklah diserahkan kepada Setiausaha Jawatankuasa


Pengelola Pertandingan atau wakilnya dengan disertakan wang
pertaruhan sebanyak RM200.00. Wang tersebut tidak akan
dikembalikan jika bantahan yang dibuat ditolak.
(b)

Tempoh penyerahan Bantahan Rasmi tertakluk kepada peraturan dan


undang-undang permainan / sukan berkenaan.

(c)

Jika sesuatu pasukan membuat bantahan, perlawanan mereka selepas


itu hendaklah dijalankan dengan keadaan bermain dalam bantahan.

Lembaga Tatatertib
(a)

Lembaga ini terdiri daripada:

Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Jabatan Sekolah atau


wakilnya sebagai pengerusi.

(b)

Pengerusi Jawatankuasa Teknik MSSM atau wakilnya.

Pengarah Bahagian Sekolah atau wakilnya.

Setiausaha Agung MSSM atau wakilnya.

Pengerusi Teknik permainan berkenaan.

Lembaga ini bertangunggungjawab untuk:

Mengambil tindakan mengenai disiplin murid, guru dan


pegawai-pegawai kejohanan yang berkenaan bagi perkaraperkara seperti berikut :

Memberi amaran

Menggantung penyertaan bagi jangka masa tertentu

Menyingkirkan daripada keseluruhan kejohanan

Menghantar laporan kepada Urusetia MSSM mengenai


peristiwa yang telah berlaku selewat-lewatnya 14 hari
selepas tamat kejohanan dan membuat syor atau cadangan
mengenai jenis tindakan yang sewajarnya . Kes-kes yang
berat yang melibatkan disiplin pegawai hendaklah dilaporkan

kepada Jawatankuasa Kerja MSSM untuk tindakan selanjutnya


Pasukan, pegawai atau peserta yang digantung oleh sekolah,
MSSD, MSSN atau MSSM hendaklah dilaporkan
138

kepada

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

Persatuan permainan negeri atau kebangsaan yang


berkenaan.

Undang-undang
Kelayakan

Pendaftaran
Peraturanperaturan Am
Pertandingan

Had Umur

Lembaga
Tatatertib

6.4.

Bantahan

Pakaian

Perbandingan antara Undang-undang Permainan dan Peraturan


Am Pertandingan
Aspek
Tujuan

Kepiawaian
Peraturan

Penggubalan

Undang-undang
Pertandingan
Mengawal perjalanan
pertandingan
Merupakan peraturan yang
standard dan diguna pakai di
mana-mana sahaja kejohanan
anjuran badan gabunganm
Persatuan sukan antarabangsa

Agen
Penguatkuasa
6.5.

Pengadil atau referi

Peraturan Am
Pertandingan
Mengawal perjalanan
kejohanan
Berbeza antara satu
kejohanan dengan yang
lain dan dipengaruhi oleh
faktor persekitaran
Jawatankuasa pengelola
dan teknikal kejohanan
Jawatankuasa teknikal ,
pengadil atau referi

LIABILITI PERUNDANGAN DALAM SUKAN

6.5.1. Definisi liabiliti


Sesuatu halangan atau meletakkan seseorang atau kumpulan dalam kerugian.
Dalam apa cara pun seseorang atau sesebuah organisasi memerlukan seseorang
bertanggungjawab terhadap permasalahan atau risiko-risiko yang perlu dihadapi
samada dalam bentuk perkhidmatan, barang-barang atau kewangan.
139

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

6.5.1.1. Katergori liabiliti dalam sukan


Dibahagikan kepada 3 iaitu :

Penyalahgunaan dadah

Menerima rasuah

Judi.

Penyalahgunaan Dadah

Penggunaan dadah dengan bertujuan

untuk

mendapatkan

impak

peningkatan prestasi ( Performance-Enhancing Drugs) adalah salah dan


dilarang oleh mana-mana badan induk sukan di negara mahupun di luar
negara. Ia digunakan oleh atlet semata-mata untuk memberi kelebihan
ketika bertanding dalam sesuatu acara sukan. Dadah-dadah ini memberi
kesan pada

tubuh badan dengan cara berbeza seperti dapat

membesarkan otot-otot atau

meningkatkan

kapasiti

aliran oksigen

darah. Walau apa pun anggapan kelebihan mengambil dadah, penggunaan


dadah terlarang dianggap tidak beretika dan berbahaya dari segi perubatan.

Menerima rasuah

Kewujudan kegiatan rasuah berpunca daripada beberapa sebab seperti


ketamakkan, kelemahan
penyalahgunaan

pengurusan dalaman dan kewujudan peluang

kuasa. Pemain

yang

tamak

dan kadang-kadang

imbuhan pasukan yang tidak setimpal juga mendorong pemain-pemain


menerima rasuah. Kelemahan pengurusan dalaman juga salah satu punca
menularnya gejala rasuah, persatuan yang gagal menguruskan kebajikan
pemainnya, di mana dibayar gaji yang tidak konsisten sehingga
menyukarkan kehidupan mereka merupakan punca mereka sanggup
menerima rasuah demi survival mereka.

Judi

a. Menentukan dan mengatur perlawanan.


sebelum pertandingan,keputusan pertandingan telah ditentukan.
Sogokan akan diberikan kepada atlet atau pegawai perlawanan untuk
mengatur keputusan pertandingan.
140

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

b. Bertaruh keputusan pertandingan.


Peminat sukan akan bertaruh untuk sesuatu pertandingan .
Liabiliti dalam sukan juga melibatkan perundangan insurans. Dalam
perundangan insurans, seseorang dianggap mempunyai hak perlindungan
insurans apabila menyertai sesuatu skim insurans berdasarkan polisi
tertentu. Sekiranya berlaku kemalangan atau kecederaan, pemegang polisi
sesuatu insurans berhak untuk mendapat pampasan atau ganti rugi.
Seseorang atau individu boleh menuntut hak pampasan.
Hak Pampasan
Hak mendapat bayaran ganti rugi terhadap kerugian yang ditanggung
akibat kemalangan. Bayaran bertujuan untuk membiayai kos perubatan
akibat kecederaan, ganti rugi terhadap hilang keupayaan atau ganti rugi
terhadap kehilangan nyawa. Boleh dituntut oleh individu atau kumpulan
dan ahli keluarga/ penama/ pewaris terdekat sekiranya mangsa
meninggal dunia.

6.6.

Undang-undang TORT
Individu atau masyarakat dunia boleh membuat tuntutan undang-undang
terhadap individu lain, majikan, organisasi atau badan sukan dimana
undang-undang ini membolehkan tuntutan dibuat ke atas kesalahan sivil.
Tuntuhan hanya boleh dibuat apabila sabit 3 prinsip kecuaian:

Pihak yang dituntut mempunyai tanggungjawab keselamatan yang


sepenuhnya terhadap pihak yang membuat tuntutan.

Kegagalan atau kemungkaran pihak yang dituntut dalam menjalankan


tugas menjaga keselamatan dan menetapkan penjagaan keselamatan
yang sempurna.

Kerosakan dan kerugian yang ditanggung oleh pihak yang menuntut


adalah akibat kegagalan menjalankan tugas penjagaan keselamatan
oleh pihak yang dituntut.

6.6.1. Katergori TORT


141

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

Dikatagorikan oleh dua faktor:a.

Tahap kesengajaan yang mesti dikira dengan melihat kelakuan


pembuat kesalahan.

b.
i.

Kepentingan yang terganggu oleh perbuatan tort.


TORT yang sengaja dilakukan

Tort sengaja adalah apa-apa perbuatan sengaja yang dikatakan


boleh menyebabkan satu kecederaan yang berlaku kepada
seseorang individu.

Tort sengaja mempunyai beberapa subkatagori, termasuk tort


mencederakan orang, tort milikan tanah, tort ekonomi dan tort
menjaga air muka.

ii.

TORT Mencederakan Orang

Mencederakan atau menghalang sifat keseorangan si pedakwa.


Tort mencederakan orang termasuk serangan, pukulan
penahanan salah dan pengenaan sengaja serta kesusahan
emosional.

iii.

TORT Milikan Tanah

Tort milikan tanah merangkumi semua pencerobohan terhadap


hak pendakwa keatas tanah milikannya. Kes yang paling kerap
berlaku adalah pencerobohan tanah, pencerobohan keatas
barangan dan konversi.

iv.

TORT Ekonomi

Tort ekonomi termasuk common law- penipuan dan gangguan


bersifat tort dengan hubungan bisnes atau kontrak.

v.

TORT Menjaga Air Muka

Adalah tort yang tidak menyebabkan apa- apa implikasi ketara


kepada seseorang atau tanahnya,

akan tetapi kepada

reputasinya.

Tort ini merangkumi fitnah secara percakapan atau secara


142

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

penulisan, penggelapan pengumuman dan penzahiran.

Adalah perlu difahami tort fitnah adalah terjemahan daripada


Defamation

vi.

TORT Kecuaian

Tort yang paling meluas antara kesemua tort.

Adalah asas kepada kebanyakkan kes kecedaraan peribadi.

Dalam semua situasi, ia mestilah adil dan munasabah untuk


memerintahkan defenden membayar pampasan kepada si
pendakwa. Elemen- elemen ini sering dipermudahkan sebagai
formula standard penjagaan tugas, pelanggaran, penyebab dan
ganti rugi.

vii.

TORT Gangguan

Membolehkan seseorang pendakwa untuk menyaman atas


kebanyakkan sebab gangguan ke atas haknya menggunakan
tanah dengan suka sendirinya.

Contoh: bunti bising daripada lapangan terbang biasanya


dipampas oleh tuntutan gangguan.

7.0

ISU-ISU DALAM SUKAN

7.1 Wanita dan sukan


Penglibatan wanita dalam sukan amat berbeza antara satu kaum dengan kaum
yang lain begitu juga antara wanita sebuah negara dengan negara lain. Tetapi
dalam kontek sukan dunia, ternyata bahawa penglibatan kaum wanita kini amat
ketara. Wanita kini telah dapat meloloskan diri mereka daripada ikatan atau
kekangan budaya atau adat resam, sosial, politik dan agama. Kini atlet wanita telah
menyumbang pelbagai kejayaan dalam sukan sama seperti atlet lelaki.Wanita hari
ini memainkan peranan penting dalam kegiatan sukan. Mereka telah mengembeling
tenaga di semua peringkat sukan. Mereka juga bergiat aktif dalam bidang
kejurulatihan sukan, pembangunan atlet muda, pengurusan sukan dan sebagainya.
143

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

Di samping itu kaum wanita juga menjalankan pelbagai kegiatan dan menyediakan
kemudahan dan peralatan sukan malahan telah dapat menjadi pengurus dan
pemimpin dalam pentadbiran sukan.

7.2. Mitos Wanita Dalam Sukan


Sukan Olimpik Moden pertama pada tahun 1896 telah melarang kaum wanita untuk
menyertai sebarang acara sukan. Hal ini kerana dipercayai bahawa penggunaan
tenaga fizikal yang keterlaluan akan merosakkan sistem pembiakan kaum wanita.
Mitos dan kepercayaan ini telah menyebabkan kaum wanita telah dilarang untuk
melibatkan diri dalam kegiatan sukan. Justeru, mitos dan kepercayaan ini telah
menyebabkan kaum wanita dilarang menyertai sukan tanpa kajian saintifik akan
kesan latihan sukan ke atas sistem pembiakan wanita.

7.3. Kedudukan Wanita Dalam Masyarakat


Pandangan umum terhadap kedudukan wanita dalam masyarakat yang diwarisi
sejak dahulu masih berada ditahap yang rendah iaitu melihat wanita sebagai
anggota sokongan yang seharusnya menjalakan tugas-tugas membantu kepada
144

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

golongan lelaki. Maka dari segi penyertaan wanita dalam sukan dan mungkin juga
pandangan umum ini turut meletakkan kaum wanita agak ketinggalan daripada
kaum lelaki dalam sukan terutamanya sukan yang memerlukan tindakan yang
agresif, mengerah tenaga yang ada hubungan dengan kekuatan fizikal dan
sebagainya.
7.4. Faktor yang menyebabkan wanita menjauhi sukan
Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan kurangnya penglibatan kaum wanita
dalam sukan. Antaranya sikap negatif terhadap penyertaan wanita yang wujud
daripada sex stereotyping. Sikap negatif ini wujud kerana kekurangan kesedaran
atau kekurangan kepekaan dalam kalangan kaum wanita. Hal ini demikian kerana
berpunca daripada ketidaksamarataan dan ketidaksaksamaan peluang. Oleh itu,
untuk menggalakkan kaum wanita terlibat aktif dalam sukan maka faktor
ketidaksaksamaan perlu diatasi. Hakikatnya terdapat pelbagai halangan dan
perbalahan terhadap wanita untuk bergiat cergas dalam sukan. Perbalahan atau
halangan ke atas wanita bersukan menyentuh beberapa aspek kewanitaan atau
feminine dan fitrah kejadian wanita seperti :I.

Wanita tidak sepatutnya terlibat dalam sukan kerana ianya tidak feminine

II.

Secara psikologi, wanita tidak boleh diharapkan untuk meluangkan masa


dan wang ringgit bagi tujuan perkembangan aktiviti sukan.

III.

Wanita tidak cukup kuat untuk menjadi cemerlang dalam sukan, oleh itu
mereka tidak perlu dilibatkan dalam sukan.

IV.

Wanita tidak perlu digalakkan menceburi sukan kerana mereka mungkin


menghadapi peluang yang tipis untuk mengandung secara normal.

Oleh kerana larangan dan perbalahan ini maka wanita enggan terlibat secara aktif
dalam sukan secara total kerana banyak lagi tanggapan yang negatif dibuat
terhadap wanita jika mereka bergiat cergas dalam sukan contohnya jika wanita
terlalu aktif bersukan maka mereka

akan mirip seperti lelaki

iaitu otot mereka

menjadi sasa atau tegap (masculine). Tanggapan sebegini ini yang menyebabkan
timbulnya pelbagai konflik terhadap wanita untuk menceburi dengan aktif dalam

145

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

sukan
7.5. Konflik fizikal
Gendal (1967) dalam perdebatan mengenai wanita dan latihan fizikal, sukan dan
penyertaan dalam sukan Olimpik menyatakan bahawa telah terbukti tiada
keburukan atau kemudaratan dari segi fizikal yang akan dialami oleh atlet wanita.
Sebaliknya manfaat yang diperoleh wanita ialah lebih banyak kebaikan apabila
terlibat dalam sukan.
Robinson (1973) pula menyatakan bahawa tidak perlu membuat tanggapan bahawa
jika wanita terlibat dalam acara fizikal, mereka akan nampak seperti lelaki dan tidak
feminine. Aktiviti fizikal bukan satu ancaman kepada kewanitaan atau feminine tetapi
harus menjadi sebahagian proses perkembangannya.
7.6. Konflik psikologi
Disebabkan banyak tanggapan negatif

ke atas wanita yang bersukan maka

timbullah konflik psikologi ke atas wanita. Walau bagaimanapun Snyder dan Kivlin
(1975) telah membuktikan bahawa ahli gimnastik mempunyai kesejahteraan
psikologi yang baik. Kane dan Callaghan (1965) dalam kajiannya menyatakan
bahawa personaliti pemain ternama tenis wanita mempunyai tahap yang baik dalam
kestabilan emosi, kekuatan ego dan mempunyai tahap kekecewaan yang rendah.
Seterusnya tiada terbukti berlakunya kehilangan feminine traits.
7.7. Konflik Fisiologikal
Pengetahuan berkaitan fisiologi wanita bersukan telah benyak dibuat kajian. Namun
terdapat prejudis dan pemikiran yang tidak sainstifik terhadap wanita yang
bersukan. Kerap kali dikatakan sukan untuk tomboys dan mereka yang terlibat
dalam sukan secara aktif akan menanggung risiko terhadap kewanitaan mereka.
Bersukan boleh memberi kesan buruk ke atas sistem reproduktif wanita dan
mengubah penampilan wanita menjadikan susuk tubuh badan mereka lebih
masculine. Kerap dikatakan wanita akan menghadapi kesukaran untuk mengandung
secara normal jika terlalu aktif bersukan.

146

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

Robinson (1973) dalam kajiannya telah menyangkal tohmahan ini. Wanita tidak
sepatutnya ditakut-takutkan dengan tanggapan yang aktiviti fizikal akan menjadikan
mereka masculine. Aktiviti fizikal bukan satu ancaman terhadap kewanitaan mereka
tetapi merupakan sebahagian daripada pertumbuhan mereka.

7.8 Sukan dan media massa


Media massa merupakan salah satu medium yang berperanan sebagai alat
penyebaran maklumat yang berkesan dan menyemarakkan dunia sukan. Kejayaan
sesuatu kejohanan sukan juga sangat bergantung kepada aktiviti publisiti, promosi,
penajaan dan juga penyiarannya. Dalam hal ini, media massa memainkan peranan
yang sangat penting terhadap sukan.
Media massa memberi pelbagai perkhidmatan yang penting kepada sukan.
Antaranya ialah media massa merupakan sumber pendapatan kepada sukan iaitu
melalui pembelian hak penyiaran program sukan. Media massa juga berperanan
memberi kesempatan kepada masyarakat dunia untuk menyaksikan program sukan.
Imej sukan terhadap masyarakat dunia dipersembahkan oleh media massa.
Dengan kemajuan teknologi, kini komunikasi sukan dengan pelanggannya iaitu
peminat dan penonton sukan lebih canggih

diguna pakai. Peralatan elektronik

moden ini telah membuatkan badan sukan memperoleh penampilan awam yang
baik melalui peranan media massa yang menyiar, mempromosi aktiviti sukan
147

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

diseluruh dunia.
Kerana pendedahan yang kurang professional dan mirip kepada sensasi oleh media
massa, khasnya televisyen, para atlet mudah dieksploitasi oleh kemasyhuran,
glamour, sanjungan dan kekayaan. Peranan media massa, khasnya televisyen
adalah penting untuk memberikan galakan kepada para atlet atau ahli sukan dan
untuk menjana penajaan dan pengiklanan. Malangnya liputan yang terlalu
mengutamakan aspek-aspek sensasi seperti kisah peribadi, gaya hidup dan
pendapatan ahli sukan kerap menimbulkan kesan negatif.

7.9. Fungsi media massa


Media massa mempunyai fungsinya tersendiri biar apa pun penafsiran yang
diberikan terhadap media. Lazimnya setiap media ini mempunyai sasaran
khalayaknya yang tersendiri dan oleh itu fungsi yang dimainkan oleh media massa
agak berbeza malah kadang kala ada yang melihatnya dari perpektif yang negatif.
Umumnya para sarjana komunikasi bersetuju bahawa media massa mempunyai
empat peranan utama iaitu pemerhati, penafsir, penghubung dan penghibur.

i.

Fungsi pemerhati

Peranan media massa sebagai pemerhati boleh ditafsirkan sebagai media massa
bertugas sebagai pemerhati yang mengawasi sebarang peristiwa yang berlaku
disekitar kita. Melalui pemerhatian tersebut media akan melaporkan kepada audien
melalui berita atau maklumat yang signifikan dan berkesan kepada masyarakat.
Fungsi amaran
Media massa amat peka dan sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling sepertri
ancaman bahaya, perubahan cuaca dan sebagainya yang kemudiannya memberi
amaran kepada audien agar bersiap sedia secara fizikal dan spiritual. Contohnya
mengenai ancaman H1N1, Malaysia belum diserang oleh wabak ini tetapi media
telah memberikan amaran awal kepada audien, oleh itu audien dapat bersiap sedia
bagi mengelakkan pandemik ini.Audien tidak perlu lagi ke sana-sini untuk
148

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

mendapatkan maklumat mengenai pandemik ini kerana media telah menyebarkan


maklumat tentang langkah-langkah persediaan.
Fungsi instrumental
Media massa sebagai fungsi instrumental ini membantu audien memperoleh
maklumat seperti harga barangan sukan, fesyen pakaian sukan, produk sukan yang
baru dan sebagainya. Peranan ini bukan hanya dikhususkan kepada media
berbentuk berita sahaja, penerbitan ringkas dan kandungan media yang bertujuan
menghibur seperti majalah juga memainkan peranan penting dalam fungsi
instrumental ini.
ii. Fungsi Pentafsir
Media massa bukan hanya membekalkan fakta dan data tertentu sahaja. Media
massa juga memberikan maklumat tentang matlamat, maksud dan kesigniifikan
sesuatu peristiwa sukan. Fungsi pentafsir media massa ini amat berkait rapat
dengan fungsi pemerhati gatekeepers. Media akan menentukan mana berita yang
penting yang akan disiarkan menurut kepentingan dan keutamaannya.

iii. Fungsi Penghubung


Media massa berkebolehan menggabungkan elemen yang berbeza di dalam
masyarakat. Contohnya, pengiklanan berusaha menggabungkan keperluan pembeli
dengan produk penjual. Fungsi menyampaikan mesej kepada audien merupakan
peranan yang dijalankan oleh media. Maka dengan itu, media massa menjadi
penghubung masyarakat dengan masyarakat dan sebagainya.
Dalam perkembangan dunia teknologi maklumat ini, segala maklumat mengenai
perkembangan sukan dapat diakses dihujung jari sahaja. Media massa menjadi
wahana dan platform untuk berhubungan antara satu sama lain. Kemudahan seperti
laman web dapat menghubungkan para peminat sukan dengan atlet, jurulatih dan
juga badan-badan sukan. Fungsi menghubungkan ini juga memperlihatkan peranan
media massa menyediakan akses kepada audien dengan sukan.
149

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

iv. Penghibur
Kebanyakan pihak melihat peranan media massa sebagai fungsi menghibur
semata-mata. Contohnya program televisyen bertujuan untuk memberi hiburan
kepada audien. Fungsi ini ditakrifkan sebagai media massa berfungsi sebagai
penghibur kepada audien melalui program-program hiburan sama ada bermaklumat
mahupun sekadar hiburan sahaja.
Kesimpulannya media massa sememangnya mempunyai peranan yang penting
dalam industri sukan hari ini. Cuma sedikit kebimbangan dengan kewujudan media
massa yang lebih mengutamakan isu-isu sensasi atau gossip daripada maklumatmaklumat yang bermanfaat kepada audien.

7.10. Politik dan sukan


Politik ialah alat untuk menunjukkan kuasa seperti kuasa pengurusan pasukan atau
persatuan sukan, kuasa hirearki dan pengurusan dan pentadbiran sukan. Politik
sememangnya wujud seiring dan bergerak secara timbal-balik dengan sukan. Politik
wujud dalam kebanyakan aktiviti proses dan perkembangan sukan. Politik berlaku
dalam proses pemilihan atlit atau pemain, jurulatih dan juga pegawai sukan. Politik
wujud dalam pertandingan atau kejohanan, politik juga wujud dalam kelab sukan.
Malahan ada kalanya politik berperanan dalam memastikan kenaikan dan kejatuhan
sesuatu pasukan atau pemimpinnya. Tidak keterlaluan juga dikatakan bahawa
melalui sukan juga karier politik seseorang tokoh boleh dijulang atau dijatuhkan.
Umum telah mengetahui bahawa, sesebuah badan atau persatuan sukan yang aktif
memang memerlukan bantuan dari segi kewangan. Dengan adanya bantuan
kewangan daripada ahli politik, maka sumber kewangan badan atau persatuan
sukan tersebut sedikit sebanyak dapat ditingkatkan. Selain itu, badan sukan
tersebut juga boleh menggunakan nama atau pengaruh ahli politik untuk
mendapatkan penaja-penaja yang dapat memberi sumbangan dari segi kewangan.
Secara tidak langsung, dengan adanya sumber kewangan, maka badan sukan
tersebut dapat menjalankan segala aktiviti dan program yang telah dirancangkan
seperti program latihan atlet, program pembangunan sukan, program kejurulatihan
150

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

dan sebagainya.

7.11. Kesan positif penglibatan ahli politik dalam sukan


Politik dalam sukan juga memberi impak yang positif terhadap sukan. Antaranya
politik dalam sukan dapat membina semangat setiakawan, contohnya peringkat
serantau sukan SEA dan sukan Asia Selatan. Politik dalam sukan juga membina
kerjasama antarabangsa seperti sukan Olimpik, sukan Komanwel dan sukan Asia.

Apabila terdapatnya sesuatu pertandingan atau kejohanan sukan, ahli-ahli politik


dapat menjalinkan persahabatan dan juga kerjasama dengan negara lain.
Perhubungan yang baik antara negara akan dapat membantu badan sukan dalam
sesuatu negara itu mendapat pelbagai maklumat untuk mempertingkatkan prestasi
sesebuah badan sukan dan sebagainya.
7.12. Kesan negatif penglibatan ahli politik dalam sukan
Sukan sejak dahulu dan hingga kini tidak dapat lari daripada belenggu percaturan
politik. Umpamanya persengketaan antara

Athens dan Sparta sebelum masihi

dahulu masih terus berlaku hingga hari ini, contohnya Olimpik di Moscow pada 1980
dan Olimpik Los Angeles pada 1984 yang menyaksikan peristiwa memboikot
penyertaaan ke sukan Olimpik oleh beberapa negara tertentu. Hal ini berlaku kerana
blok kapitalis dan blok komunis sangat menyedarikan musuh mereka di arena politik
dunia juga adalah musuh di gelanggang sukan. Persoalan prestij menjadi perkara
penting dan sukan dijadikan medan untuk menunjukkan kekuatan politik dan
151

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

menyampaikan mesej politik masing-masing.


Terdapat sesetengah ahli politik yang gemar memegang pelbagai jawatan dalam
persatuan atau badan sukan. Hal ini kerana mereka tahu jawatan-jawatan tersebut
sudah tentu dapat mempopularkan mereka selain dapat membantu mereka ketika
pemilihan atau pilihanraya. Penglibatan ahli politik dalam menerajui sesuatu
persatuan atau badan sukan kemungkinan akan terjejas kerana para pemimpin ini
juga sibuk dengan urusan pentadbiran kerajaan dan politik. Malahan terdapat juga
sesetengah

persatuan

atau

badan

sukan

terjejas

kerana

urusan

politik

dicampuradukkan dengan urusan persatuan atau badan sukan. Akhirnya kedua-dua


jawatan iaitu jawatan kerajaan dan persatuan sukan terabai oleh kerana kesibukan
dan kurangnya tumpuan.
Kebanyakan persatuan sukan yang berasakan bahawa dengan menjadikan ahli
politik sebagai pemimpin, persatuan sukan boleh mengumpul dana dengan senang
dan boleh mendapat pengaruh dalam pelbagai bidang. Hal ini menyebabkan lebih
ramai orang menyertai persatuan sukan kerana lebih berminat untuk mendekati
pemimpin politik berbanding yang betul-betul komited untuk bekerja bagi persatuan
sukan.

7.13 Insentif dan atlet


Bagi mengiktiraf sumbangan para atlet, jurulatih serta pegawai sukan, pelbagai
insentif dan skim kebajikan telah diperkenalkan. Sebagai menghargai sumbangan
mereka dalam pertandingan di pelbagai peringkat dalam mahupun luar negara,
Skim Hadiah Kemenangan Sukan, Skim Hadiah Kemenangan Atlet Remaja, Skim
Galakkan Jurulatih Kebangsaan dan Skim Kecemerlangan Pengurusan Pasukan
telah dijalankan oleh pihak kerajaan.
Insentif-insentif ini boleh berbentuk biasiswa, penganugerahan, cuti, elaun sara
hidup, perlindungan insuran, perbelanjaan untuk latihan dan yuran pendidikan.
Selain tiu insentif untuk kemasukan atlit ke pusat pengajian tinggi, adalah
berdasarkan syarat akademik yang minimum dalam disiplin yang dipohon. Di
152

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

samping itu insentif pengurangan beberapa cukai dan eksais ke atas peralatan
sukanhendaklah dijalankan supaya lebih ramai orang mampu memperoleh
barangan sukan pada harga yang murah.

Kerajaan

sudah

menghargai

sumbangan

dan

pengorbanan

atlet

yang

mengharumkan nama negara di persada dunia, kini tiba masanya para atlet yang
bersaing menunjukkan kemampuan masing-masing dalam menamatkan kemarau
kilauan pingat emas Olimpik untuk negara.

7.14. Perjudian dan sukan


Perjudian bermaksud permainan dengan menggunakan wang dan lain-lain sebagai
taruhan. Perjudian juga didefinisikan sebagai memperjudikan, mempertaruhkan,
mempertarungkan dan menggadaikan yang melibatkan pertaruhan. Menurut kamu
pelajar (1997), perjudian ialah perbuatan atau hal menjudikan dengan bertaruhkan
wang.

153

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

Menurut kamu Bahasa Melayu Utusan (1995), perjudian bermaksud menggunakan


wang

atau

sebagainya

untuk

dijadikan

taruhan

dalam

permainan

judi,

mempertarungkan dan menggadaikan. Perjudian ialah perihal berjudi iaitu


permainan dengan menggunakan wang atau barang berharga sebagai taruhan
7.14.1. Mengapa wujudnya perjudian dalam sukan
Wujudnya unsur

perjudian dalam sukan disebabkan beberapa faktor

antaranya :

Faktor kewangan

Hiburan

Bookie

7.14.2. Jenis perjudian dalam sukan


Menentukan dan mengatur perlawanan

Sebelum

pertandingan

atau

perlawanan

bermula

keputusan

perlawanan sudah ditentukan. Sogokan akan diberikan kepada atlet


atau pegawai perlawanan untuk mengatur keputusan pertandingan
atau perlawanan
Bertaruh keputusan pertandingan

Peminat sukan akan bertaruh untuk sesuatu pertandingan atau


154

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

perlawanan contohnya bola sepak keputusan perlawanan ialah


jumlah jaringan gol

7.14.3 Kesan perjudian dalam sukan

Mencemarkan imej sukan Negara


Isu perjudian dan juga rasuah dalam sukan yang tersebar melalui
media massa akan menyebabkan imej sukan Negara tercemar di mata
dunia

Mutu sukan merosot


Perjudian dan rasuah menyebabkan atlet tidak mempamerkan prestasi
sebenar. Sekiranya sikap ini berterusan, prestasi atlet tersebut akan
menurun dan akan menjejaskan mutu sukan negara.

Kepercayaan peminat atau penonton sukan terjejas


Peminat dan penonton akan berasa tertipu dengan setiap keputusan
perlawanan atau pertandingan. Mereka tidak akan menyokong atlet
atau pasukan yang terlibat dengan perjudian dan rasuah

Menjejaskan hubungan dalam pasukan


Atlet yang terlibat dengan perjuaian dan rasuah akan disisih oleh
rakan-rakan sepasukan yang lain. Rakan-karan sepasukan akan
berasa kecewa dan menyebabkan prestasi pasukan akan merosot

7.14.4. Cara mengatasi perjudian dan rasuah dalam sukan


Antara langkah yang boleh diambil ialah :

Menghayatikan dan mengamalkan nilai moral dan etika dalam

155

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

sukan
Para ahli sukan perlu menghayati dan mengamalkan prinsip dan nilai
moral dan etika. Amalan ini akan memberikan kesedaran kepada
mereka tentang tanggungjawab kepada agama, negara dan bangsa

Memberi penerangan kesan buruk perjudian dan rasuah dalam


sukan
Media massa berperanan menerangkan kesan buruk perjudian dan
rasuah. Para peminat dan penonton sukan akan menyedari kesan
negatif gejala perjudian dan rasuah terhadap mutu dan imej sukan
negara.

Penglibatan dalam ceramah agama dan kursus motivasi


Mereka yang terlibat dalam sukan perlu mengikuti ceramah agama
dan kursus motivasi. Usaha ini akan meningkatkan kesedaran,
keinsafan dan semangat kerja berpasukan. Di samping itu, mereka
juga perlu diberi insentif agar dapat meningkatkan semangat mereka.

Peranan kelab penyokong dan penonton


Kelab-kelab penyokong berperanan menganjurkan kempen anti
perjudian dan rasuah kepada para ahlinya dan peminat sukan.
Kempen ini berperanan untuk menyeru peminat sukan agar membenci
dan membenteras gejala perjudian dan rasuah.

Kebajikan atlet dijaga dengan baik


Kebajikan ahli sukan perlu dijaga, soal gaji dan elaun mereka
semestinya

dilunaskan

mengikiut

jadual.

Begitu

juga

dengan

pemberian insentif perlu tepat dan mengikut jadual pembayaran.


7.14.5. Tindakan tegas pihak berkuasa dan badan sukan
Pihak berkuasa dan badan sukan perlu bertindak tegas tanpa memilih
156

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

bulu dalam isu perjudian dan rasuah sukan ini. Dengan itu atlet dan
semua yang terlibat dalam sukan tidak berani terjebak dalam perjudian
dan perjudian dan rasuah sukan .

7.15. Cabaran sukan negara membangun masa kini


Pembangunan sukan negara semakin mendapat perhatian serius daripada pihak
kerajaan. Hasilnya tertubuhlah Jawatankuasa Kabinet

mengenai pembangunan

sukan yang bermatlamat untuk memartabatkan mutu sukan negara agar mampu
bersaing di peringkat antarabangsa.
Antara matlamat utama jawatankuasa ini ialah fokus utama untuk melahirkan lebih
ramai atlit muda yang berkualiti di peringkat sekolah melalui proses pengajaran dan
pembelajaran

Sains

Sukan

dan

Pendidikan

Jasmani

yang

bersepadu.

Menggalakkan pengambilan pelajar cemerlang sukan melalui perancangan


penubuhan program matrikulasi dan pra-universiti bersama Sekolah Sukan Malaysia
dengan

mewujudkan

syarat

kemasukan

khas

kepada

atlit

negara

dan

menggalakkan pelaksanaan kajian sainstifk Sains Sukan demi membantu


mempertingkatkan pengetahuan dan prestasi sukan dalam kalangan pelajar. Antara
fokus yang dikenalpasti ialah pembangunan sukan secara bersepadu di peringkat
sekolah melalui program melahirkan lebih ramai guru Pendidikan Jasmani dan
Sains Sukan di sekolah.

7.16. Cabaran dalam akademik

Antara cabaran yang telah dan sedang dihadapi

Bilangan tenaga pengajar yang terhad

Faktor kekurangan tenaga pengajar ini dibayangi dengan pertambahan


157

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

pesat

bilangan program yang ditawarkan.

Kekurangan kemudahan prasarana akademik.

Faktor prasarana akademik yang terhad ini serta faktor kekurangan


tenaga pengajar boleh mengakibatkan kepadatan jadual kuliah pelajar
akan mendatangkan kesan terhadap keselesaan belajar dalam
kalangan pelajar

Jadual kuliah yang agak padat


Faktor fokus kursus yang pelbagai mewujudkan kepadatan jadual
kuliah pelajar. Akibatnya pelajar hanya memiliki masa yang terhad
untuk mengulangkaji pelajaran dan bergiat aktif dalam bidang sukan

Kurangan pelajar cemerlang sukan

Ramai pelajar cemerlang

tidak berminat untuk aktif dalam sukan

kerana pelbagai kekangan serti halangan keluarga, kerjaya dalam


sukan, tumpuan kepada akademik dan sebagainya

Antara cabaran lain dalam pembangun sukan ialah :-

Infrastruktur dan fisiliti

Pemain kelas dunia

Pembangunan atlet

Kebajikan atlit dan profesionalisme atlit, jurulatih, pegawai dan


pemimpin sukan

Pusat kecemerlangan atlit

Kekurangan hubungan yang wujud antara persatuan sukan dengan


kerajaan. Perbincangan mengenai sukan jika adapun adalah terbatas

158

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

Persatuan sukan menerima bantuan dan sokongan kewangan yang


terhad daripada kerajaan untuk kegiatan mereka

Badan-badan sukan dan pihak kerajaan kurang peka terhadap


keperluan masing-masing

TUGASAN TERARAH

Bagi

meningkatkan

pengetahuan,

anda

disaran

agar

mendapatkan

dan

mengumpulkan maklumat tambahan dari bahan bacaan dan bahan multimedia


yang berkaitan isu-isu dalam sukan dan fungsi media massa dalam membantu
persatuan-persatuan sukan kebangsaan menangani isu-isu rasuah.

LAMAN WEB
Laman Web Kementerian Belia dan Sukan
Laman web Kementerian kebudayaan, kesenian dan warisan Malaysia

PORTFOLIO
Dokumen atau tugasan perlu disimpan dalam portfolio dan diserahkan kepada
pensyarah dalam bentuk soft dan hard copy.

159

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

RUJUKAN

Asiah Abu Samah. (1993). Panduan Penyeliaan Pendidikan Jasmani dan


Kesihatan Sekolah Rendah dan Menengah. Kementerian Pendidikan
Malaysia
Bucher, C. A. (1979). Foundation of physical education. Toronto: The V. Mosby
Company
Colfer, G. R., Hamilton, K. E. & Magill, R. A. (1986). Contemporary physical
education. Iowa: Wm. C. Brown Publisher
Pusat Perkembangan Kurikulum. (2001). Huraian sukatan pelajaran Pendidikan
Jasmani dan Kesihatan. PPK: Kuala Lumpur.
Teng Boon Tong. (1989). Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan. Kuala
Lumpur: Longman Malaysia.
Wee Eng Hoe (2002). Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan. Shah Alam:
Karisma Production Sdn. Bhd.

160

You might also like