You are on page 1of 2

Usaha-usaha mewujudkan perpaduan kaum di Malaysia. Karangan Bahagian B.

SPM
Isu perpaduan kaum merupakan satu usaha berterusan yang perlu dipikul dan
dijunjung bersama-sama oleh semua pihak. Sekiranya terlerai ikatan silaturahim dan
musnah perpaduan dalam masyarakat, nescaya pelbagai impak negatif akan menimpa
masyarakat khususnya dan negara amnya. Oleh sebab itu, pelbagai usaha perlu diambil
bagi memupuk dan membaja agar perpaduan terus subur dan mewangi dalam kehidupan
masyarakat sekali gus mengelakkan peristiwa hitam 13 Mei 1969 daripada berulang
kembali.
Antara usaha yang boleh dilakukan dalam untuk mewujudkan perpaduan dalam
kalangan masyarakat adalah dengan mengadakan aktiviti gotong-royong. Aktiviti gotongroyong merupakan saluran dan peluang kepada masyarakat di sesuatu kawasan
perumahan untuk bertemu dan mengenali antara satu sama lain. Di samping itu, aktiviti
ini dapat memupuk semangat bekerjasama untuk membersihkan dan mengindahkan
kawasan persekitaran tempat kediaman mereka sesuai dengan slogan Negara Bersih
Rakyat Sihat. Sebagai contoh, aktiviti gotong-royong yang boleh dijalankan ialah kerjakerja membersihkan kawasan perumahan, taman permainan, tanah perkuburan dan
sebagainya. Seterusnya, aktiviti gotong-royong dapat meringankan serta memudahkan
kerja yang sukar dilakukan ibarat kata peribahasa yang berat sama dipikul, yang ringan
sama dijinjing serta ke bukit sama di daki, ke lurah sama dituruni.
Selain itu itu, perpaduan kaum di Malaysia boleh dicapai dengan meraikan
sambutan perayaan kaum-kaum di Malaysia secara bersama-sama. Melalui amalan
kunjung-mengunjung yang dilakukan akan dapat mengeratkan ikatan silaturahim antara
jiran serta rakan daripada pelbagai kaum. Sebagai contohnya, sambutan Hari Raya
Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali, Hari Gawai dan Hari Krismas merupakan
perayaan utama yang boleh diraikan oleh seluruh masyarakat yang terdiri daripada
pelbagai kaum. Melalui kunjungan sambutan perayaan sesuatu kaum dapat menerbitkan
perasaan hormat-menghormati terhadap adat dan kepercayaan kaum lain. Di samping itu,
budaya ini dapat mengukuhkan perpaduan apabila kurangnya syak wasangka antara kaum
di Malaysia. Sekiranya perkara ini dapat dipraktikkan nescaya masyarakat Malaysia akan
mampu menghadapi apa-apa sahaja cabaran yang datang dari luar atau masyarakat
antarabangsa, ibarat kata peribahasa bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana
muafakat serta bersatu kita teguh, bercerai kita roboh
Seterusnya, aktiviti sukan dan permainan yang dijalankan juga boleh mewujudkan
perpaduan kaum di Malaysia. Sukan dan permainan yang dijalankan dapat dijadikan tali
penghubung atau gelanggang pertemuan pelbagai kaum di Malaysia. Dalam hal ini, satu
perkara yang perlu diselesaikan adalah dengan memecahkan monopoli sukan dan
permainan yang dikuasai oleh sesuatu kaum sahaja seperti permaian bola keranjang, ping
pong, sepak takraw dan sebagainya. Kita berharap pada suatu masa nanti pasukan bola
keranjang negara misalnya, mampu diwakili pelbagai kaum di Malaysia dan bukan sahaja
dimonopoli oleh kaum Cina sahaja. Dalam konteks ini, sukan bola sepak, badminton,
hoki dapat dijadikan contoh dan teladan. Dengan bermain bersama-sama dalam sesuatu
sukan dan permainan serta seterusnya mewakili pasukan kebangsaan di peringkat

antarabangsa, akan dapat menanamkan semangat cinta akan negara. Usaha ini tentu dapat
mengharumkan nama negara sekali gus meningkatkan imej negara di peringkat
antarabangsa.
Sebagaimana yang semua telah ketahui tanggal 31 Ogos 1957 merupakan tarikh
keramat kemerdekaan negara. Sambutan Hari Kebangsaan sesungguhnya membuka satu
lagi jalan dalam usaha memupuk perpaduan di Malaysia. Pada kebiasaannya, pelbagai
kaum akan menyertai upacara sambutan tersebut pada setiap tahun. Melalui pelbagai
aktiviti yang dijalankan nescaya dapat menambahkan ukhwah dan permuafakatan antara
masyarakat pelbagai kaum di Malaysia. Di samping itu, penghayatan tema sambutan Hari
Kebangsaan, misalnya Keranamu Malaysia diharap dapat menanam semangat cinta akan
negara sekali gus mengukuhkan amalan peribahasa di mana bumi dipijak, di situ langit
dijunjung. Sesungguhnya, semua kaum di Malaysia perlu memahami bahawa
kemerdekaan yang digapai pada hari ini perlu dijaga kerana Malaysia hanya satu, dan
tiadak ada duanya. Peribahasa hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri,
baiklah di negeri sendiri perlu direnungi oleh setiap warganegara Malaysia agar
perpaduan bukanlah menjadi duri dalam daging dalam usaha negara mencapai Wawasan
2020.
Intihanya, semua pihak perlu sedar akan pentingnya memupuk dan menjaga
perpaduan masyarakat di negara kita. Sesungguhnya, sekali kita leka dan lali serta
memandang enteng akan perpaduan kaum, nescaya kita akan menyesal untuk selamalamanya kerana terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata dan tindakan buruk
padahnya. Kini, kita berada dalam era globalisasi dan liberalisasi. Pelbagai usaha
dijalankan adalah demi menuju ke arah membentuk sebuah masyarakat majmuk yang
bersatu padu. Walaupun terdapat beberapa cabaran, tetapi dengan adanya perancangan
yang teliti, usaha yang gigih dan strategi yang lebih berkesan dan dilaksanakan pula
dengan penuh tanggungjawab dan bersifat proaktif oleh semua pihak sudah pasti
keharmonian, perpaduan kaum dan integrasi nasional akan tercapai.
Dicatat oleh keligit97lense

You might also like