You are on page 1of 3

REFLEKSI BINA INSAN GURU FASA 6

LAWATAN PENANDA ARAS (BENCHMARKING)


Program Bina Insan Guru (BIG) semester 6 berfokus kepada memberi kefahaman yang
menyeluruh berkaitan dengan pembinaan insan guru yang seimbang, hubungan guru
atau sekolah dengan komuniti ke arah meningkatkan kualiti pendidikan serta guru dan
akauntabiliti profesional. Di samping itu, guru pelatih juga akan didedahkan dengan
keperluan pembentukan iklim dan budaya kerja serta kepimpinan sekolah yang
berkesan.
Pada 18 Oktober 2011(Selasa), para guru pelatih semester 6 dari kumpulan
PISMP Pengajian Sosial dan PISMP Pra Sekolah telah mengadakan Lawatan Penanda
Aras (Benchmarking) di bawah program Bina Insan Guru (BIG) ke Maktab Rendah
Sains Mara (MRSM), Betong. Lawatan yang merupakan salah satu silibus wajib Bina
Insan Guru telah disertai seramai 38 orang guru pelatih dari kedua-dua buah kelas dan
diiringi oleh tiga orang pensyarah iaitu Encik Abdul Hadi Bin Haji Ishak, Encik Bekarang
Inggas dan tutor kumpulan Pengajian Sosial, Encik Ab Razak Bin Mohd Amin.
Program Lawatan Penanda Aras (benchmarking) ke MRSM ini merupakan suatu
pengenalan tentang Pengurusan dan Pentadbiran Sekolah dan Guru Cemerlang serta
bertujuan mendedahkan para guru pelatih kepada alam persekolahan yang sebenar
dimana pembentukan iklim dan budaya kerja cemerlang oleh guru serta kepimpinan
pentadbiran sekolah yang berkesan akan menjamin produktiviti sesebuah sekolah
sebagai satu institusi pendidikan.
Ketibaan peserta lawatan telah disambut oleh badan tertinggi pentadbiran yang
terdiri daripada Pengetua MRSM Betong, Encik Zabidin, Timbalan Pengetua Akademik
MRSM Betong, Puan Yusliza, Timbalan Pengetua Hal Ehwal Pelajar MRSM Betong,
Encik Wan Mustapha serta beberapa orang pegawai yang bertugas. Program pada hari
tersebut bermula dengan ceramah housekeeping oleh Timbalan Pengetua Akademik,
Puan Yusliza. Beliau telah memperkenalkan setiap pegawai yang hadir pada sesi
tersebut dan menerangkan serba sedikit mengenai budaya MRSM Betong. Peserta
lawatan telah mendapat ilmu tambahan hasil daripada ceramah tersebut.

Program diteruskan dengan ceramah yang disampaikan oleh Pengetua MRSM


Betong, Encik Zabidin. Beliau telah memberikan penerangan dan ceramah mengenai
keseluruhan aspek pengurusan dan pentadbiran MRSM Betong dalam bidang
perlaksanaan budaya kerja yang cemerlang. Ceramah beliau juga disokong oleh buktibukti seperti memperkenalkan kemudahan dan infrastruktur dan suasana fizikal yang
kondusif yang membolehkan para pelajar mengekalkan pencapaian keputusan yang
cemerlang. Beliau juga menerangkan tentang budaya kerja cemerlang oleh setiap guru
bagi memastikan peningkatan keputusan dari setahun ke setahun. Para guru pelatih
berasa amat beruntung kerana mendapat perkongsian ilmu tambahan mengenai alam
persekolahan dan pekerjaan yang sebenar ini yang bukan senang untuk didapati.
Program seterusnya diteruskan dengan sesi perkongsian bersama dengan guru-guru
cemerlang.
Terdapat beberapa kekuatan yang dikenalpasti melalui lawatan penanda aras
(benchmarking) ini. Para guru pelatih akan dapat didedahkan dengan komuniti
pendidikan yang wujud di sekolah, memahami dan mengenalpasti setiap jawatankuasa
dan bidang tugas masing-masing dalam jentera pentadbiran MRSM Betong. Para guru
pelatih juga diberi pendedahan mengenai kepentingan suasana yang kondusif dalam
usaha menentukan kecemerlangan pelajar.
Kekuatan seterusnya adalah melalui input sesi perkongsian daripada setiap guru
cemerlang yang hadir pada hari itu iaitu Guru Cemerlang Bahasa Melayu, Puan Rohaya
Bt Sahat, Guru Cemerlang Matematik, Puan Salawati, dan Guru Cemerlang Kimia,
Encik Safrin Bin Mohd Salleh. Setiap guru cemerlang tersebut telah memberikan input
dan perkongsian mengenai bagaimana untuk membentuk suasana pembelajaran
cemerlang di samping kaedah untuk membimbing murid-murid ke arah kecemerlangan.
Puan Rohaya telah berkongsi mengenai kunci utama untuk mengekalkan minat murid
sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran. Puan Salawati telah berkongsi
mengenai memberi usaha tambahan sebagai seorang guru untuk memastikan
kecemerlangan murid seperti kelas tambahan. Encik Safrin pula telah berkongsi
mengenai pengalaman beliau sebagai guru cemerlang.

Para guru pelatih memberikan sepenuh perhatian semasa sesi perkongsian


tersebut. Guru pelatih khusyuk menunjukkan minat dan kegigihan yang tinggi semasa
perkongsian. Hal ini dibuktikan apabila mereka rajin bertanya pendapat dan resepi
kejayaan setiap Guru Cemerlang tersebut.
Namun begitu, terdapat beberapa kelemahan program yang telah dikenalpasti
antaranya seperti, tempoh masa lawatan yang agak singkat. Melalui tempoh yang
singkat ini, guru pelatih hanya mendapat ilmu yang diperlukan secara terhad sahaja.
Seterusnya, kelewatan notis pemberitahuan bagi program ini juga merupakan suatu
kelemahan. Hal ini mengakibatkan persediaan rapi tidak dapat dilakukan bagi
memastikan kelancaran sepenuhnya terhadap program ini.
Justeru itu, terdapat beberapa cadangan penambahbaikan bagi memastikan
perlaksanaan program sebegini yang lancar pada masa hadapan. Cadangan
penambahbaikan yang pertama adalah memanjangkan tempoh masa lawatan.
Pemanjangan tempoh masa lawatan dapat memberikan peserta lawatan kesempatan
dan ruang bagi mereka untuk menimba lebih banyak lagi ilmu yang diperlukan dalam
bidang keguruan. Cadangan penambahbaikan yang kedua adalah, notis pemberitahuan
program ini harus dilakukan dua minggu lebih awal daripada tarikh perlaksanaan. Hal
ini mampu memastikan perancangan dan persediaan yang cukup rapi bagi memastikan
kelancaran setiap aktiviti dalam program tersebut.
Kesimpulanya, sepanjang perjalanan program, tidak wujud sebarang masalah
yang tidak diingini. Sehubungan itu pula, pelbagai input yang berguna telah didapati
hasil daripada setiap perkongsian bersama pihak pentadbiran MRSM dan Guru
Cemerlang.

Para

guru

pelatih

memahami

dan

mengenalpasti

bentuk-bentuk

pengurusan cemerlang disamping memahami dan menghayati budaya kerja cemerlang


dan mengaplikasikan dalam pengurusan pendidikan seharian.
Disediakan Oleh,
____________________________
(ZACHARY ENJAT ANAK DANIEL)

You might also like