You are on page 1of 2

Shuang Hor: Peneraju Bioteknologi Lingzhi

Laporan Seminar

Sudah 25 tahun Kumpulan Shuang Hor Taiwan ditubuhkan, ia sentiasa menjadi


peneraju dalam arena penyelidikan Lingzhi global. Jenama Lingzhi Shuang Hor yang
sudah lama bertahan ini telah memperoleh kedudukan yang tersendiri di peringkat
antarabangsa. Selama ini, Lingzhi Shuang Hor telah membawakan kesejahteraan kepada
ramai orang, membolehkan mereka menemukan semula kesihatan malah menyelamatkan
banyak nyawa yang berharga. Pada masa yang sama, produk Lingzhi yang cemerlang
turut membolehkan ramai pengedar mencipta kejayaan dan membina kehidupan
yang bahagia, inilah misi yang dipukul oleh syarikat Shuang Hor. Demi membolehkan
para pengedar dan pengguna memperoleh kefahaman yang lebih mendalam tentang
perjalanan perkembangan Lingzhi Shuang Hor, Syarikat telah menjemput khas Pengurus
Besar Taman Bioteknologi Lingzhi, Dr. Chen Deng Hai untuk mengadakan 6 siri seminar
yang diberi judul Shuang Hor: Peneraju Bioteknologi Lingzhi. Dalam seminar tersebut,
Dr. Chen turut menjawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh peserta seminar bagi
membolehkan mereka lebih memahami produk Lingzhi secara menyeluruh sekali gus
meningkatkan keyakinan mereka menggunakan produk ini.

Petikan Ceramah Dr. Chen Deng Hai:


Lingzhi ialah produk teras Shuang Hor. Produk Lingzhi
yang cemerlang perlu melalui 4 prasyarat penghasilan: Yang
pertamanya ialah pemilihan benih Lingzhi yang terbaik di Institut
Bioteknologi (Pusat Benih Lingzhi Bioteknologi Makanan),
dan yang kedua ialah pemeliharaan bahan mentah secara
teliti di tapak penanaman (Taman Bioteknologi Lingzhi), yang
kemudiannya dibekalkan kepada kilang pemprosesan yang
cemerlang (Kilang Yung Kien) dan akhirnya perlu melepasi
pemeriksaan kawalan mutu yang ketat di Pusat Pemeriksaan
Bioteknologi Makanan barulah produknya boleh dipasarkan.
Lingzhi Shuang Hor sememangnya telah memenuhi 4 prasyarat
tersebut, sebab itulah produk Lingzhi Shuang Hor ialah produk
yang cemerlang.
Sebelum tahun 1993, dunia penyelidikan Lingzhi
berpendapat bahawa Lingzhi mempunyai kandungan
germanium organik yang tinggi, namun selepas saya
menjalankan kajian
dan analisis yang mendalam, saya
mendapati bahawa kandungan germanium organiknya sangat
rendah dan langsung tidak cukup untuk memberikan kesan
germanium organik yang sebenar. Ketika saya menyertai
Pasukan Penyelidikan Syarikat Shuang Hor, saya sudah
memaklumkan penemuan saya. Maka itu, Shuang Hor telah
mengurangkan penekanan tentang kandungan germanium
organik dalam Lingzhi. Selepas penubuhan Institut Bioteknologi
dan Kilang Yung Kien pada 1993, saya mula memeriksa
kandungan polisakarida dan triterpena dalam Lingzhi.

Piawaian Keberkesanan Lingzhi Shuang Hor


Produk Lingzhi pertama Shuang Hor ialah Jia Hor
Lingzhi. Teknologi pengilangan pada masa itu sudah
sangat maju, ditambah pula dengan kejayaan kami
menemukan kaedah penyelidikan polisakarida dan
triterpena yang teliti maka kami dapat menentukan piawaian
kandungan produk. Ketika Shuang Hor melancarkan
produk Lingzhi dengan piawaian kandungan polisakarida
dan triterpena, ia merupakan produk pertama yang
menyatakan spesifikasi keberkesanan kandungan. Pada
masa itu, Shuang Hor belum ada kawasan penanaman
Lingzhinya sendiri, bahan mentah Lingzhi diperoleh dari
kawasan penanaman luar. Bahan mentah yang datang
dari pelbagai kawasan penanaman mempunyai kesan
yang langsung terhadap kualiti dan kuantiti produk.
Demi menjaga kualiti bahan mentah supaya mencapai
tahap yang cemerlang, Shuang Hor telah menubuhkan
Taman Bioteknologi Lingzhi pada 1994 untuk memulakan
penanaman Lingzhinya sendiri. Dengan cara demikian,
kami dapat mengawal mutu Lingzhi dari akar umbi
hingga ke produk akhir lalu menetapkan piawaian yang
tertinggi untuk produk kami. Tugas utama kami adalah
untuk menghasilkan produk yang berkualiti paling
cemerlang berasaskan kandungan polisakarida dan
triterpena. Pada 1997, kami telah berjaya menghasilkan
YK-01 untuk dijadikan bahan mentah bagi Yung Kien
Ganoderma. Setahun sebelum ini, kami telah mendapati
bahawa tempoh kandungan triterpena tertinggi dalam
YK-01 ialah pada peringkat muda, iaitu Lingzhi mesti
dipetik ketika ia masih kecil. Ini merupakan satu kaedah
yang melawan tradisi kerana penuaian Lingzhi pada
peringkat muda sangat tidak ekonomikal. Maka itu, kami
telah membuat penambahbaikan pada keliangan blok
bungkusan penanaman untuk melipatgandakan bilangan
penuaian.
JANUARY 2013

22

YK-01 Memacu Momentum Penyelidikan


Sejak 1997 hingga kini, YK-01 ialah sumber Lingzhi yang
paling kaya dengan triterpena, secara tidak langsungnya telah
mengubah konsep asas penanaman bahan Lingzhi, pemprosesan
serta pemasaran Lingzhi yang asal. YK-01 telah membawa Shuang
Hor mengalami satu pencapaian cemerlang dalam bioteknologi
sekali gus mengubah trend dunia penyelidikan Lingzhi. Misalnya,
pada 2001, laporan Pentafsiran Kod Gen Lingzhi oleh Kumpulan
Penyelidik Rong Yang Taiwan menyatakan bahawa waktu kandungan
ramuan aktif yang tertinggi dalam Lingzhi adalah pada peringkat
sebelum matang. Sesungguhnya, konsep ini sudah lama ditemukan
oleh Kumpulan Penyelidikan Bioteknologi di Shuang Hor.

Yung Kien Ganoderma Disahkan


sebagai Makanan Kesihatan
Yung Kien Ganoderma dipasarkan secara rasminya pada
1997 dengan mencapai tahap produk pencapaian cemerlang yang
mempunyai benih Lingzhi sendiri, ditanam sendiri serta mempunyai
piawaian pemprosesan produk yang tinggi. Tiga tahun kemudian,
ia telah menjadi produk teras Shuang Hor Taiwan. Pada 2000,
Yung Kien Ganoderma telah mendapat pengiktirafan pertamanya
sebagai Makanan Kesihatan Pelarasan Keimunan. Pada tahun yang
berikutnya, ia mendapat pengiktirafan pertama sebagai makanan
kesihatan Pemelihara Hati. Sehingga 2012, terdapat 33 jenis produk
penyelarasan keimunan dalam dunia makanan kesihatan Taiwan,
dan Yung kien Ganoderma pula masih kekal sebagai produk yang
paling banyak keberkesanannya setakat ini. Produk ini dipasarkan
secara rasminya di Malaysia pada 2002.

Teknologi Penulenan
Berita Baik untuk Pengguna Banyak
Kami mendapati ramai pengguna Yung Kien Ganoderma yang
menghidap penyakit tenat perlu mengambil Yung Kien Ganoderma
dengan banyaknya bagi mendapatkan keberkesanannya. Dalam
satu hari, mereka perlu telan sebanyak 20 hingga 30 kapsul, keadaan
ini akan menyukarkan mereka yang ada masalah menelan ubat.
Pada 2008, Ketua Pegawai Eksekutif Shuang Hor, Encik Johnson
Ku mengarahkan kami membuat penyelidikan untuk menghasilkan
produk Lingzhi yang dikurangkan kuantitinya. Kandungan
Triterpena dalam Lingzhi mempunyai keberkesanan yang amat
besar kepada pesakit, oleh itu, kami perlu merumus semula
kandungan triterpena dalam Yung Kien Ganoderma. Setelah melalui
penyelidikan yang teliti, kami mendapati satu-satu caranya adalah
dengan menulenkan triterpena, dan ini merupakan satu cabaran
yang besar bagi pasukan penyelidik kami. Walau bagaimanapun,
jika penyelidikan kami berjaya, maka masa depan produk ini pasti
amat cemerlang. Ini kerana triterpena mempunyai faedah terapeutik
yang amat besar, ia dapat mencegah penyakit kanser, menurunkan
paras lemak darah, tekanan darah malah melawan virus HIV
dan sebagainya. Pada tahun yang sama, Teknologi Penulenan
Triterpena di Institut Bioteknologi berjaya diadakan. Pada tahun
yang berikutnya, penyelidikan kami juga mencapai kejayaan. Pada
2010, Yung Kien Ganoderma 2 dipasarkan di Taiwan, ini merupakan
berita baik kepada pengguna memerlukan banyak Lingzhi.

Yung Kien Ganoderma 2 Membantu


Pengguna yang Menghidap Penyakit Tenat
Secara asasnya, bahan asas Yung Kien Ganoderma
2 adalah sama dengan Yung Kien Ganoderma, tetapi ia
mesti ditanam dalam rumah hijau yang dikawal rapi dengan
teknologi komputer. Kandungan triterpenanya perlu melalui
proses pemilihan yang amat ketat, hanya yang mengandungi
asid ganoderma luar biasa tinggi yang boleh dijadikan bahan
mentah. Proses pembikinannya adalah mencampurkan
triterpena yang ditulenkan dengan Lingzhi jenis pertama,
selepas dikeringbekukan, ia diisi dalam kapsul. Selepas
triterpena ditulenkan, kandungan 9 jenis asid ganodermanya
adalah melebihi 12%, iaitu 6 kali lebih tinggi daripada Yung
Kien Ganoderma. Dengan kata lain, satu kapsul Yung Kien
Ganoderma 2 adalah sama dengan 6 kapsul Ganoderma.
Ini juga bermakna pesakit tenat tidak perlu telan banyak
kapsul Lingzhi untuk memperoleh kesan yang sama. Pada
2011, Shuang Hor melaburkan modal besar dalam pembinaan
kilang penulenan untuk menghasilkan Yung Kien Ganoderma
secara besar-besaran, sebab itulah Yung Kien Ganoderma
2 dipasarkan di Malaysia pada thaun yang sama. Yung Kien
Ganoderma 2 ialah Yung Kien Ganoderma yang dikekalkan
kandungan dan keselamatan serta dipertingkatkan kandungan
triterpenanya. Kesimpulannya, ia merupakan produk yang
terhasil daripada gabungan bioteknologi penanaman dan
teknologi penulenan biokimia yang cemerlang sekali gus
membolehkan Shuang Hor mencapai satu tahap kecemerlangan
dalam bioteknologi Lingzhi. Malah, kami juga telah memohon
supaya produk ini dipatenkan, hanya Shuang Hor yang berhak
menghasilkannya.

Telah Mencapai Sasaran


Keunggulan Perubatan Barat
Bioteknologi Lingzhi Shuang Hor sentiasa menerajui
pasaran produk Lingzhi berikutan penghasilan Yung Kien
Ganoderma 2 yang membekalkan suplemen
dengan
kemungkinan mengubati penyakit kanser. Selain itu, Yung
Kien Ganoderma 2 turut mencapai sasaran keunggulan dalam
dunia perubatan Barat, iaitu berkesan tanpa kesan sampingan,
dan ini merupakan kejayaan yang besar bagi syarikat Shuang
Hor. Dalam tempoh 25 tahun, Shuang Hor telah menubuhkan
Unit Penyelidikan Pembuatan yang menyeluruh untuk mengkaji
benih Lingzhi, ladang penanaman sendiri, kilang pemprosesan
berkualiti tinggi, kerja-kerja penyelidikan penulenan bahan
mentah dan sebagainya. Pada tahun 2012, kami juga telah
menubuhkan Lingzhi Biomedical Institute untuk mengkaji
pelbagai kandungan Lingzhi dan kesan perubatannya.
Meskipun kami telah menjadi syarikat pertama di dunia yang
berjaya menulenkan kandungan Lingzhi, kami tetap tidak akan
berhenti setakat ini, kami akan terus menjalankan penyelidikan
bagi mencapai kecemerlangan demi kecemerlangan untuk
menghasilkan produk yang lebih berkesan, mencapai misi
membawakan kesihatan dan kegembiraan kepada manusia
sejagat.

JANUARY 2013

23

You might also like