You are on page 1of 1

Rujukan Kami : 001/7-2105

Tarikh : 2 JULAI 2015


Kepada:
Presiden,
Pengetua Sekolah/Masters/Ketua & Pen.Jurulatih
Persatuan, Kelab, Pusat Latihan & Institusi Taekwon-Do
Tuan/Puan,
JEMPUTAN UNTUK MENYERTAI KEJOHANAN TAEKWON-DO JEMPUTAN KEBANGSAAN DAN
INTERCONTINENTAL (STANICC 2015) DI KOMPLEKS SUKAN NEGARA SHAH ALAM-PANASONIC,
SEKSYEN 21 SHAH ALAM, SELANGOR PADA 29 OGOS 2015
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2.
Sukacita dimaklumkan bahawa kejohanan di atas akan dianjurkan seperti yang
dirancangkan dan lebih dari 150 kategori dipertandingkan untuk peringkat umur 7-12 tahun,
13-17 tahun dan 18 tahun/atas. Kejohanan ini diluluskan oleh Pesuruhjaya Sukan Malaysia dan
disokong oleh Persekutuan Taekwon-Do Global Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia
(Bahagian Kokurikulum) serta Kementerian Belia & Sukan Malaysia.
3.
Bersama ini kami lampirkan borang-borang penyertaan (Masterlist, Borang Individu &
Borang Pencalonan Pengadil) serta Peraturan Kejohanan. Pihak kami sangat mengalu-alukan
sokongan dan komitmen awal untuk sertai kejohanan ini.
4.
Sehubungan dengan itu, sila hantar SENARAI NAMA PESERTA selewat-lewatnya pada
25 OGOS 2015 untuk mengelakkan caj tambahan dikenakan ke atas permohonan yang
lewat. Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Sekretariat kami iaitu En Kheirul (016-9155500),
En. Rukman (012-3222749), En Faisal (019-3865304) dan En. Firdaus (019-2990105) bagi
maklumat lanjut.
Kami mendahului dengan jutaan terima kasih.
MARA BERSAMA TAEKWON-DO
Yang Benar,

----------------------------------------MASTER EIZAM ARBAK


Pengerusi Kejohanan

You might also like