You are on page 1of 3

Imbasan Sejarah

P erkhidmatan Kesihatan Keluarga bermula


dengan wujudnya Perkhidmatan Kesihatan Ibu dan Anak sebagai teras
utama Program Pembangunan Kesihatan Luar Bandar Negara pada tahun
1956. Pada masa itu, perkhidmatan ini disalurkan melalui sistem
kemudahan kesihatan luar bandar yang terdiri dari Rumah-Rumah Bidan
dan Klinik, Klinik-klinik Luar Bandar dan Pusat-Pusat Kesihatan.
Perkhidmatan Kesihatan Ibu dan Anak telah diintegrasikan dalam program
kesihatan di kawasan bandar untuk menyediakan perkhidmatan kesihatan
yang lebih komprehensif kepada semua lapisan masyarakat.
 

Tahun Perkembangan

1923 Perundangan kawalan amalan dan latihan


kebidanan di Negeri-Negeri Selat dan seterusnya
di negeri-negeri lain di Semenanjung Tanah
Melayu telah diperkenalkan.

1948 Kesihatan Ibu dan Anak telah dipilih sebagai salah


satu bidang utama dari 4 bidang kesihatan yang
telah dikenalpasti oleh Pertubuhan Kesihatan
Sedunia.
1956

Perkhidmatan Kesihatan Ibu dan Anak


dikenalpasti sebagai komponen utama dalam
Program Pembangunan Kesihatan Luar Bandar
Negara. Semenjak itu, kemudahan- kemudahan
kesihatan telah dibangunkan dengan meluas di
bawah perkhidmatan kesihatan luar bandar
melalui Pusat Kesihatan Luarbandar (1 : 50,000
penduduk) berkonsepkan Sistem 3-peringkat (3-
tier). Perkhidmatan pergigian dan pesakit luar
juga disalurkan melalui Pusat-Pusat Kesihatan
Besar dan Pusat-Pusat Kesihatan Kecil (1: 10000
penduduk), manakala perkhidmatan kebidanan di
rumah disediakan di Rumah-rumah Bidan dan
Klinik (1:2000 penduduk)

Unit Kesihatan Ibu dan Anak di Kementerian


1964 Kesihatan Malaysia telah ditubuhkan secara rasmi
untuk tujuan pembangunan, penyeliaan dan
kawalan perkhidmatan yang lebih
berkesan.Walaubagaimanapun, unit ini telah
dimansuhkan selepas setahun ditubuhkan.

1971
Unit Kesihatan Ibu dan Anak diwujudkan semula
pada bulan April

Perkhidmatan Perancang Keluarga dalam Unit


1973 KesihatanKeluarga, Program Amalan Makanan dan
Pemakanan, serta Program Kesihatan Sekolah
telah diintegrasikan dalam program Kesihatan Ibu
dan Anak.

1974 Jawatan Pegawai Kesihatan Ibu dan Anak Negeri


diwujudkan untuk mengukuhkan pembangunan
perkhidmatan kesihatan ibu dan anak di peringkat
negeri.

1976
Jawatan Pegawai Zat Makanan Negeri diwujudkan

Perkhidmatan Kesihatan Luar Bandar telah


Lewat dinaiktaraf dari Sistem 3-peringkat (3-tier system)
70 an yang merangkumi Pusat Kesihatan Besar, Pusat
Kesihatan Kecil serta Rumah Bidan dan Klinik
kepada Sistem 2-peringkat (2-tier system) yang
merangkumi Klinik Kesihatan dan Klinik Desa.

1991
Aktiviti Kesihatan Ibu dan Anak dalam program
Kesihatan Keluarga telah diperluaskan
1995

Program baru termasuk Penjagaan Kesihatan


Primer, Kesihatan Wargatua, Kesihatan Remaja
dan Kesihatan Mental telah diperkenalkan.
Manakala Pusat-Pusat Kesihatan telah bertukar
nama kepada Klinik-Klinik Kesihatan untuk
menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan
yang lebih koprehensif kepada komuniti.

Bahagian Kesihatan Keluarga di bawah Jabatan


Kesihatan Awam telah ditukar nama kepada
Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga
1996
berdasarkan kepada perluasan skop yang telah
diperkenalkan. Unit Kesihatan Primer telah
dinaiktaraf kepada Cawangan Penjagaan
Kesihatan Primer.
http://search.moh.gov.my/i/isummary

You might also like