You are on page 1of 2

Tuliskan lima nilai murni yang dapat kamu perolehi

daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu


tidak melebihi 50 patah perkataan. Tulis jawapan
kamu dalam satu perenggan.
Tina : Mengapakah kamu asyik menguap?
Rani : Semalam saya tidur lewat. Saya menonton
rancangan
kegemaran saya.
Tina : Ibu bapa kamu tidak menyuruh kamu tidur awal?
Rani: Ibu bapa saya tiada di rumah. Mereka menghadiri
jamuan.
Tina : Oh, begitu! Bagaimanakah tugasan Matematik kamu
?
Sudahkah kamu menyiapkan tugasan tersebut?
Rani : Oh, saya terlupa! Nasib baik kamu mengingatkan
saya. Saya
akan menyiapkan tugasan tersebut sekarang juga.
Tina : Kamu tidak boleh terus bersikap begini, Rani. Kamu
mesti
berubah.
Rani : Ya, Tina. Saya sedar akan kesilapan saya. Saya akan
mendengar
nasihat kamu. Terima kasih kerana mengambil berat
tentang
saya.
Tina : Sama-sama.

Tuliskan lima nilai murni yang dapat kamu perolehi


daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu
tidak melebihi 50 patah perkataan. Tulis jawapan
kamu dalam satu perenggan.
KUANTAN, Sabtu- Nur Alisya Binti Akram, murid tahun
empat dari Sekolah Kebangsaan Kuantan telah dipilih
sebagai johan pertandingan bercerita peringkat daerah.
Nur Alisya berjaya menewaskan peserta-peserta lain
yang jauh lebih berusia daripadanya. Dia tidak gentar

menghadapi saingan daripada mereka. Sebaliknya dia


kelihatan yakin semasa menyampaikan cerita.
Menurut Nur Alisya, dia berlatih pada setiap hari.
Sebelum pertandingan, ibu bapa Nur Alisya menasihatinya
supaya membuat persembahan yang terbaik. Dia
mendengar nasihat ibu bapanya. Dia tidak mahu
menghampakan harapan mereka.
Nur Alisya membawa pulang sebuah piala dan wang
tunai berjumlah Rm500. Dia akan menyimpan wang
tersebut di dalam bank. Dia amat berterima kasih kepada
ibu bapanya kerana telah membimbingnya sehingga
berjaya.

You might also like