You are on page 1of 32

1.

0 PENGENALAN

Sejak akhir-akhir ini, kegiatan vandalisme dalam kalangan remaja sekarang


semakin serius. Apakah maksud vandalisme? Vandalisme ialah perbuatan
merosakkan atau memusnahkan kemudahan awam atau harta persendirian
tanpa sebab yang salah disisi undang-undang dan dilakukan sewenangwenangnya.

Vandalisme mengakibatkan pihak awam dan swasta mengalami


kerugian kerana teraksa mengeluarkan kos untuk membaiki dan menggantikan
barang-barang yang telah dirosakkan. Perbuatan vendalisme ini boleh dilakkan
secara bersendirian dan atau berkumpilan. Berlakunya vendalisme ini adalah
disebabkan untuk mendapatkan sesuatu, contohnya duit dari telefon awam.
Selain itu,pelajar atau remaja cuba untuk memasuki ke sesuatu tempat seperti
memecah masuk ke dalam rumah dengan niat yang tiadak baik seperti mencuri,
dan mengambil barang orang lain. Ada diantara mereka yang melakukan
vendalisme ini, ialah menyahut cabaran daripada rakan-rakan semata-mata
untuk diterima sebagai kawan atau ahli kumpulan atau untuk membalas
dendam.

Tahukah anda bahawa kegiatan vandalisme sering dilaporkan di media


massa? Siapakah yang harus ditunding jari, ibu bapa atau pihak sekolah? Apakah
faktor-faktor yang berlakunya vandalisme? Apakah kesan berlaku? Persoalannya,
bagaimana cara-cara untuk mengatasi masalah ini daripada terus berleluasa?

2.0 FAKTOR-FAKTOR VANDALISME

2.1 Pengaruh Rakan Sebaya

Pengaruh rakan sebaya boleh menyebabkan vandalisme. Golongan remaja


biasanya lebih mudah meniru dan terpengaruh dengan rakan sebaya. Pengaruh
rakan sebaya akan mencorakkan sikap, nilai dan tingkah laku remaja, lebih-lebih
lagi remaja yang tercicir dan menghadapi masalah keluarga. Kebiasaannya,
golongan remaja yang melakukan vandalisme merupakan remaja dalam
kumpulan, Mereka tidak mempunyai tujuan dan apabila berkumpul timbullah
pelbagai idea termasuklah menconteng harta benda awam dan merosakkannya.

2.2 Ibu Bapa dan Keluarga

Ibu bapa ialah pendorong kepada sifat vandalisme di kalangan remaja.


Contohnya, ketika memandu ibu bapa membuang sampah atau kulit buahbuahan seperti rambutan dan limau di samping tidak menghiraukan papan tanda
had kelajuan. Sesetengah remaja yang terjebak dalam gejala vandalisme berasal
daripada keluarga bermasalah atau keluarga yang mengamalkan budaya hidup
negatif. Menurut kajian yang dijalankan vandalisme dendam dilakukan oleh
remaja yang ingin bebas dan berlatarkan keluarga yang bermasalah. Selain itu
kurangnya kawalan dan bimbingan yang sempurna daripada ibu bapa juga
antara faktor utama mendorong remaja terjebak dalam gejala negatif ini.

2.3 Pengaruh Media Massa

Media massa mempunyai pengaruh dan kesan yang amat kuat dan sukar sekali
dielakkan dewasa ini. Paparan adegan-adegan negatif dari filem-filem atau
rancangan dari barat yang mempunyai unsur-unsur perlakuan ke arah
vandalisme boleh mempengaruhi remaja melakukan vandalisme. Golongan
remaja lazimnya mudah meniru dan mengikut hal yang dilihat di sekeliling
termasuk media massa, apatah lagi tanpa bimbingan dan tunjuk ajar
sewajarnya.

2.4 Sikap Apati ( tidak peduli), Individualistik dan Materialistik Masyarakat

Remaja adalah produk sistem sesebuah masyarakat. Masyarakat yang pincang


akhirnya akan melahirkan produk yang pincang.Sikap sesetengah masyarakat
kini yang mementingkan soal kebendaan dan tidak ambil peduli terhadap isu-isu
sosial sememangnya merumitkan masalah yang sedia wujud. Menurut kajian
masalah vandalisme banyak berlaku di bandar. Golongan remaja menconteng
dan merosakkan harta benda awam bukannya tidak terpelajar tetapi generasi
yang dilahirkan di bandar sukar dikawal. Di kawasan bandar sesetengah
penduduknya tidak ambil peduli terhadap apa yang berlaku di sekeliling mereka.
Oleh itu golongan remaja merasakan diri mereka bebas untuk meneruskan gejala
negatif ini tanpa menghiraukan rasa tanggungjawab terhadap harta benda
awam.

3.0 KESAN VANDALISME

Terdapat banyak kesan yang dapat dilihat oleh fizikal dan juga emosi. Kesan
vandalisme bukan dirasai oleh individu sahaja malah masyarakat sekeliling dan
negara juga memberi impak yang teruk akibat perbuatan yang tidak bermoral
dan menyusahkan semua pihak. Vandalisme boleh memberi kesan kepada
individu, masyarakat, dan negara.

Kebanyakan individu yang melakukan vandalisme hanya untuk melepaskan


geram dan sesetengahnya untuk memenuhi kepuasan hati. Hal demikian
memberikan kesan kepada individu untuk melakukan perbuatan yang sama itu
lagi jika masalah ini masih berterusan . Hal ini secara tidak lansung akan
menyebabkan perkara yang lebih teruk akan berlaku seperti merompak atau
membunuh.

Vandalisme sering dipandang remeh oleh masyarakat setempat. Mereka hanya


berdiam diri sedangkan vandalisme berlaku di depan mata mereka. Akhirnya
masyarakat juga yang merana akibat aktiviti yang terkutuk itu. Masyarakat
susah untuk membuat perhubungan semasa dalam keadaan kecemasan.
Contohnya telefon awam rosak semasa rumah sedang terbakar. Selain itu,
masyarakat tidak selesa ketika menggunakan harta benda awam yang lain.
Contohnya basah ketika menunggu bas kerana atap di perhentian bas rosak
sebab tidak dapat menghalang hujan yang turun. Contengan pada dinding
tandas awam memburukkan dan mendorong kepada generasi muda untuk
meniru gejala tidak sihat ini.

Banyak fenomena vandalisme yang boleh menjejaskan mata memandang dan ini
sudah tentu menjejaskan imej negara .Jumlah kerugian akibat perbuatan
vandalisme ini amatlah besar. Peruntukan kewangan yang digunakan untuk
mengganti baru dan membaik pulih kemudahan-kemudahan yang dirosakkan itu
lebih baik sekiranya digunakan untuk melaksanakan projek lain yang lebih
berfaedah. Hal ini sudah tentu dapat memberi manfaat kepada rakyat
keseluruhannya.

Kepada mereka, mungkin melukis graviti pada dinding sejuk dipandang mata,
tetapi tahukah mereka bahawa perkara sebegini hanya mengotorkan dinding.
Perbuatan seperti ini hanya merugikan wang kerajaan kerana mereka terpaksa
berbelanja ribuan wang untuk memperbaikinya. Sebaliknya, kita hanya
menggoyang kaki, menggunakan kemudahan awam yang disediakan dengan
mudah.

Inilah perbuatan manusia yang mengamalkan sikap alpa. Mereka langsung tidak
mempedulikan akan perasaan orang lain. Masyarakat hanya mementingkan diri
sendiri. Apabila diperlukan, mereka menggunakan kemudahan awam, apabila
tidak diperlukan, mereka merosakkannya. Sikap seperti ini hanya seperti
pepatah Melayu, 'selepas isi dimakan, kepah dibuang'. Perbuatan seperti ini
boleh menjejaskan imej pemimpin negara. Hal ini secara tidak langsung
mempengaruhi imej negara.

Peranan agensi yang bertanggungjawab dalam menangani gejala vandalisme.


Badan kerajaan juga turut memainkan peranan dalam menangani gejala
vandalism. Di ibu negara, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sentiasa berusaha
sedaya upaya untuk meningkatkan kesedaran rakyat tentang pentingnya sikap
memelihara harta benda awam ini dengan membentuk Jawatankuasa Anti
vandalisme yang turut dianggotai oleh jabatan lain dan agensi kerajaan.
Menyedari hakikat bahawa remaja merupakan aset yang penting dan pemimpin
generasi wawasan yang akan menerajui negara pada masa hadapan, maka
Jawatankuasa Anti Vandalisme ini telah mengambil langkah pertama dengan
melibatkan sekolah dan para remaja untuk turut sama menjayakan kempen ini.
Jabatan Pendidikan sendiri telah menganjurkan Harta Benda Awam MilikkuMilikmu. Pertandingan seperti ini penting untuk menanamkan sifat
bertanggungjawab dan menyemaikan perasaan sayang terhadap harta benda
awam. .

Polis Diraja Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Majlis-majlis


perbandaran serta Bandaraya juga turut memberi peranan penting bagi
menangani malah vandalisme yang semakin berleluasa pada akhir-akhir ini.
Pertubuhan Persatuan Pencegah Jenayah telah ditubuhkan di setiap sekolah bagi
mengurangkan kadar masalah sosial dalam kalangan remaja.

Selain itu, badan bukan kerajaan juga perlu memainkan peranan dalam
menangani gejala vandalism. Penubuhan Rukun Tetangga merupakan salah satu
badan bukan kerajaan yang bertanggungjawab mengelakkan gejala vandalisme
berlaku terutamanya berdekatan dengan kawasan perumahan mereka.

Jawatankuasa Perumahan yang berkenaan perlu bergabung tenaga untuk


membuat kawal selia di kawasan masing-masing. Setiap persatuan yang bukan
badan kerajaan dan juga Rukun Tetangga telah diberi satu kawasan untuk dijaga
dan di selenggara. Maka berharap agar jenayah ini berkurangan dari semasa ke
semasa.

4.0 CARA-CARA MENGATASI MASALAH VANDALISME

Terdapat beberapa langkah yang boleh diambil untuk membendung


masalah vandalisme. Salah satu caranya ialah peranan ibu bapa harus
menyalurkan lebih kasih sayang kepada anak-anak. Anak yang baru dilahirkan
ibarat sehelai kertas putih, ibu bapalah yang berperanan membentuk sahsiah diri
mereka. Sebagai contoh, ibu bapa boleh memberi lebih tumpuan dan memberi
nasihat atau dorongan yang membina apabila anak-anak mereka menghadapi
masalah tertentu. Didikan yang sempurna haruslah ditanam dalam jiwa anakanak supaya mereka menghargai harta benda awam yang terdapat di sekeliling
mereka. Selain itu, ibu bapa juga harus memantau aktiviti yang dilakukan oleh
anak-anak serta mengetahui latar belakang rakan-rakan bagi anak-anak mereka.
Sekiranya anak-anak mereka terlibat dengan gejala salah laku ini, tindakan
sewajarnya perlu diambil oleh ibu bapa, Bak kata pepatah, Sayang anak,tangantangankan.

Seterusnya, guru sekolah juga bertanggungjawab menyemaikan didikan


moral dan agama dalam sanubari pelajar. Begitu juga dengan ibu bapa, perkara
ini harus dilakukan sejak mereka kecil lagi,bak kata pepatah melentur buluh
biarlah dari rebungnya. Misalnya, guru Pendidikan Moral boleh selalu
menggalakkan pelajar-pelajar bertingkah mulia dengan menjalankan sistem
merit. Cara ini pasti sedikit banyak dapat membentuk pelajar yang berakhlak
mulia.

Di samping itu, pihak sekolah harus menggalakkan para remaja


menyertai kegiatan kokurikulum demi mengisi masa lapang. Ingat, masa itu
emas. Kita tidak harus membazir masa dengan melakukan perkara yang tidak
berfaedah. Sebagai contoh, persatuan atau kelab sekolah perlu selalu
mengadakan aktiviti yang menarik dan memenuhi kehendak pelajar. Dengan ini,
pelajar-pelajar lebih sanggup menyertai kokurikulum dengan aktif.

Cara lain ialah pihak sekolah harus mewajibkan pelajar yang bermasalah
untuk berjumpa dengan guru kauseling. Guru kaunseling akan memberi nasihat

dan cadangan yang setimpal dengan keperluan dan kehendak mareka. Guru
kaunseling boleh menjadikan teman sejati atau pembimbing kepada pelajar.
Guru kaunseling boleh diibaratkan sebagai penyuluh pelajar untuk memimpin
mereka melangkah keluar dari kegelapan.

Selain daripada peranan sekolah, langkah lain yang boleh diambil adalah
melalui kerjasama masyarakat juga perlu bagi menangani gejala vandalisme ini.
Masyarakat tidak harus berpeluk tubuh apabila gejala vandalisme berlaku secara
berleluasa di kawasan perumahan mereka. Perbuatan seperti menconteng
dinding bangunan dan merosakkan telefon awam perlu diambil perhatian.
Masyarakat di sesebuah kawasan perlu mengadakan mesyuarat dengan
penduduk di kawasan tersebut. Semua anggota masyarakat perlu bekerjasama
bagi membendung masalah yang semakin berlarutan sehingga hari ini. Pihak
masyarakat kawasan tertentu juga perlu bersepakat bagi menangani vandalisme
seperti mengenakan denda kepada pelaku yang melakukan perkara tersebut.
Denda yang sewajarnya perlu dilaksanakan bagi memberi pengajaran serta
pedoman kepada pesalah tersebut agar tidak terus melakukan perkara yang
salah ini.

Di samping itu, kerjasama oleh pihak kerajaan juga amat penting bagi
membanteras kegiatan vandalisme ini. Penguatkasaan dan pelaksanaan undangundang perlu dijalankan secara berkesan oleh pihak berkenaan. Di bawah (Akta
Kerajaan Tempatan 9 undang-undang kecil vandalisme), sesiapa yang didapati
merosakkan harta benda awam boleh didenda yang membabitkan RM2,000 atau
penjara tidak melebihi setahun jika sabit kesalahan. Pelaksanaan undang-undang
baru menetapkan pesalah-pesalah vandalisme menjalankan kerja-kerja khidmat
masyarakat dan mereka juga akan menggunakan pakaian seragam pesalah
vandalisme. Tindakan yang lebih tegas perlu dikenakan kepada pesalah agar
menjadi teladan kepada masyarakat lain.

Peranan media massa juga amat penting bagi membendung masalah


vandalisme pada masa kini.Selain berfungsi sebagai media hiburan dan sumber
maklumat terkini, media massa juga seharusnya ada tanggungjawab sosial
kepada masyarakat. Media massa memainkan peranan dan mempunyai
pengaruh kuat dalam memberi kesedaran, memperoleh kerjasama dan
menyampai maklumat tentang vandalisme dalam pelbagai bentuk rancangan
yang tersiar atau yang terdapat dalam media massa. Media massa juga
berperanan membantu pihak kerajaan dari segi mengadakan kempen agar
masyarakat memahami dan menghayati kempen Harta Awam Milik Bersama,
kerana dengan adanya iltizam dan komitmen daripada media massa maka
kempen ini dapat merealisasikan keberkesanannya.

5.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya, para remaja harus berupaya untuk membezakan perkara
yang baik daripada perkara yang buruk. Dalam hal ini, pihak sekolah, pihak guru
dan ibu bapa haruslah berganding bahu untuk membasmi masalah vandalisme
yang kian berleluasa dalam kalangan remaja. Semua pihak perlu berganding
bahu dan mengerah keringat untuk bersama-sama memerangi gejala
vandalisme ini. Walaupun isu ini dilihat sebagai perkara biasa, namun ingatlah
bahawa ia dapat memberi impak yang besar kepada negara pada masa akan
datang. Sekiranya semua kemudahan awam telah dimusnahkan dan tidak dapat
digunakan,maka kesulitan akan berlaku terhadap masyarakat di negara ini juga.
Imej negara juga akan dipandang rendah akibat daripada perbuatan salah laku
ini. Semua pihak khususnya masyarakat di negara ini perlu bekerjasama dan
bertindak segera dalam menangani gejala ini dan jangan sampai kita menyesal
dikemudian hari, bak kata pepatah Jangan sudah terhantuk barulah nak
terngadah.
http://falsafahetika.blogspot.com/p/vandalisme.html

dalam negeri
ARKIB : 06/11/1999
Vandalisme babitkan pelajar kian serius
KUALA LUMPUR 5 Nov. - Vandalisme yang membabitkan pelajar sekolah kini
bukan sahaja merosakkan harta benda awam malah mereka berani merosakkan
peralatan serta membakar sekolah di kalangan murid sekolah.
Melalui laporan yang dikemukakan oleh Jabatan Pendidikkan Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur, telah berlaku beberapa kes tentang usaha membakar
sekolah oleh murid-murid sekolah berkaitan.
Demikian menurut Aktivis Masyarakat, Dato' Lee Lam Thye ketika melancarkan
Kempen Anti-Vandalisme Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur peringkat
perumahan awam dan rumahpangsa di Kompleks Perniagaan Flat Seri Selangor
hari ini.

''Walaupun kerosakkan yang berlaku dianggap minimum, akan tetapi kos


membaik pulih serta menggantikan kemudahan awam yang telah sengaja
dirosakkan itu menelan belanja yang yang sangat tinggi,'' katanya.
Jelas beliau lagi, kos perbelajaan yang disalurkan untuk membaiki kerosakkankerosakkan itu umpamanya, boleh digunakan untuk menambahkan lagi
kemudahan awam bagi kegunaan dan keselesaan semua.
Cogankata Harta Awam Milikku, Milikmu harus disemat ke dalam diri dan
menganggap segala kemudahan awam yang digunakan itu sebagai milik
bersama dan perlu menjaganya dengan baik,''ujarnya.
Semasa berucap beliau berkata, usaha pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
(DBKL) dengan kerjasama agensi-agensi lain adalah, untuk memupuk sikap cinta
dan sayang dari semua lapisan masyarakat terhadap kemudahan awam yang
disediakan.
Menurutnya, pada tahun ini sahaja pihak DBKL telah memperuntukkan sebanyak
RM7.5 Juta bagi membaik pulih kemudahan awam yang telah rosak akibat
perbuatan vandalisme di kawasan perumahan oleh mereka yang tidak
bertanggungjawab.
Jumlahnya berbeza dengan nilai tahun lalu, apabila lebih kurang RM4 Juta
dibelanjakan untuk berbuat demikian. Ini menunjukkan jumalah kerosakan pada
tahun ini bertambah berbanding tahun lepas.
''Maka satu usaha padu dan menyeluruh hendaklah kita ambil bersama bagi
menangani masalah ini,'' tegasnya.
Sebagai langkah proaktif, pihak DBKL telah melantik 'Penjaga Angkat' ( Ketua
Blok dan Ketua Tingkat ) di setiap blok dan tingkat perumahan.
Mereka ini akan menjadi pembantu kepada DBKL untuk memerhati kegiatan
vandalisme di kawasan berkenaan. Segala tugas yang dilakukan adalah secara
sukarela.
''Dengan bantuan mereka inilah, kita dapat mengurangkan aktiviti vandalisme
dan adalah mustahil untuk meletakkan penguatkuasa diserata tempat,''
tambahnya ketika berucap di majlis tersebut.
Tidak ketinggalan menyeru para ibubapa, Ketua Masyarakat, guru-guru dan
pendidik dalam memupuk sikap cintakan harta awam dikalangan para pelajar
dan juga anak-anak agar mereka tidak terlibat dengan aktiviti vandalisme.
Selain dari itu, Akta Kerajaan Tempatan 1976 di bawah Undang-Undang Kecil
Vandalisme (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) diperuntukkan bagi mereka
yang melakukan vandalisme.
Di dalam akta ini, mereka yang disabitkan kesalahan boleh didenda tidak
melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan tidak melebihi satu tahun atau
kedua-duanya sekali.

''Saya berharap kempen anti-Vandalisme kali ini akan mencapai matlamatnya


untuk memberikan kesedaran dan galakan kepada semua pihak agar menjaga
serta menggunakan kemaudahan awam dengan baik,'' pesannya.
Di akhir majlis tersebut, beliau turut melihat pameran vandalisme dan
menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang bagi setiap kategori
pertandingan.
Bagi Kategori Zero Vandalisme (Sekolah Menengah), johan, dimenangi oleh
Sekolah Menengah Datok Lokman. Manakala bagi Sekolah Rendah pula
disandang oleh Sekolah Kebangsaan Taman Midah (1).
Seterusnya kategori Keceriaan Taman (Sekolah Menengah) pula. Johan telah
disandang oleh Sekolah Menengah Taman Seri Rampai dan Sekolah Kebangsaan
Jalan Gurney, Johan bagi kategori Sekolah Rendah.
Kategori Menulis Esei peringkat Sekolah Menengah, dimenangi oleh Sharifah
Hafiza M Ramli dari Sekolah Menengah Seri Puteri.
Manakala adik Lee Wei Na dari Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Lai Meng
(SRJKC) menjadi johan bagi kategori tersebut.

Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?


y=1999&dt=1106&pub=utusan_malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=hn_07.htm#i
xzz3k1rEIU3B
Utusan Melayu (M) Bhd
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=1999&dt=1106&pub=utusan_malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=hn_07.htm

Definisi Vandalisme
Gejala sosial merupakan satu masalah yang semakin berleluasa sejak dahulu
sehingga kini. Gejala sosial sering kali dikaitkan dengan golongan
remaja. Namun kita harus sedar bahawa tidak semua remaja terlibat di dalam
gejala ini. Hanya segolongan kecil sahaja yang sering melakukan perbuatan yang
tidak mendatangkan faedah ini.
Apa yang dimaksudkan dengan vandalisme? Sebagaimana yang kita tahu
vandalisme merujuk kepada tabiat seseorang membinasakan atau merosakkan
harta benda awam dan harta benda orang lain.Perkataan vandalisme ini berasal
daripada nama sebuah puak di Eropah, iaitu Vandal.

Vandalisme juga merujuk kepada penambahan, penghapusan, atau pengubahan


dengan sengaja. Pada lazimnya, vandalisme dianggap sebagai satu bentuk
jenayah, tetapi pada keadaan tertentu, vandalisme merupakan satu bentuk ritual
yang dilakukan oleh segolongan manusia yang tidak merasa berpuas hati
terhadap keadaan masyarakat.

Vandalisme biasanya merujuk kepada perbuatan merosakkan harta benda awam


seperti papan tanda, telefon awam, kerusi, dinding dan juga tandas
awam. Kelakuan seperti ini biasanya dilakukan oleh golongan remaja yang
terlibat dalam budaya lepak. Hal ini kian menular di negara kita saban
hari. Harta benda awam telah dirosakkan sewenang wenangnya. Perbuatan
yang tidak bertanggungjawab ini telah mengundang pelbagai komplikasi dengan
pelbagai pihak, dimana pihak kerajaan telah membelanjakan berjuta juta
ringgit untuk memperbaiki kemudahan awam yang telah dirosakkan oleh
individu yang tidak mempunyai perasaan memilik setiap kemudahan yang
telah disediakan.

Mengapa berlakunya vandalisme??


Motif utama berlakunya gejala ini adalah disebabkan emosi.Vandalisme biasanya
dianggap sebagai satu cara untuk melepaskan rasa geram, ataupun satu cara
untuk menghilangkan kebosanan semata-mata. Walaupun motif mereka
dianggap ringan, tetapi masyarakat awam terpaksa menanggung kerugian yang
besar untuk memenuhi nafsu mereka yang hina ini.
Faktor-faktor berlakunya vandalisme

Antara faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya gejala vandalisme ini adalah


disebabkan oleh beberapa faktor antaranya ialah:i) Pengaruh Rakan Sebaya
Pengaruh rakan sebaya boleh menyebabkan berlakunya vandalisme. Golongan
remaja biasanya lebih mudah terikut dan senang terpengaruh dengan rakan
mereka. Rakan sebaya merupakan individu yang paling rapat selepas ibu
bapa.Pengaruh rakan sebaya akan mencorakkan sikap, nilai dan tingkah laku
remaja, lebih-lebih lagi remaja yang tercicir dan menghadapi masalah keluarga.
ii) Ibu Bapa dan Keluarga
Ibu bapa merupakan pendorong kepada sifat vandalisme di kalangan
remaja. Mengapa? Sebagai contoh, ketika bersiar-siar atau berjalan bersama
keluarga, didapati, ada sesetengah ibu bapa membuang sampah atau sisa
makanan di merata-rata di depan anak-anak mereka, maka berkemungkinan
besar anak mereka juga akan berkelakuan seperti itu. Selain itu, sesetengah
remaja yang terjebak dalam gejala vandalisme ini berasal daripada keluarga
yang bermasalah atau keluarga yang mengamalkan budaya hidup
negatif. Menurut kajian yang dijalankan, vandalisme dendam dilakukan oleh
remaja yang inginkan kebebasan dan berlatar belakangkan keluarga yang
bermasalah. Selain itu, kurangnya kawalan dan bimbingan yang sempurna
daripada ibu bapa juga antara faktor utama mendorong remaja terjebak di dalam
gejala negatif ini.
iii) Pengaruh Media Massa
Media massa mempunyai pengaruh yang sangat kuat dan akan meninggalkan
kesan yang sangat kuat dewasa ini. Paparan adegan-adegan negatif dari filemfilem atau rancangan dari barat yang mempunyai unsur-unsur perlakuan ke arah
vandalisme boleh mempengaruhi remaja melakukan vandalisme. Golongan
remaja lazimnya mudah untuk meniru dan mengikut apa yang dilihat di sekeliling
termasuklah media massa, apatah lagi tanpa bimbingan dan tunjuk ajar yang
sewajarnya.

iv) Sikap tidak peduli, Individualistik dan Materialistik Masyarakat


Remaja merupakan produk sistem sesebuah masyarakat. Sikap sesetengah
masyarakat kini yang hanya mementingkan soal kebendaan dan tidak
mengambil berat terhadap isu-isu sosial sememangnya merumitkan masalah
yang sedia ada. Menurut kajian, masalah vandalisme banyak berlaku di bandarbandar.Golongan remaja amat gemar menconteng dan merosakkan harta benda
awam yang ada. Mereka bukannya tidak terpelajar tetapi generasi yang
dilahirkan di bandar agak sukar untuk dikawal. Di kawasan bandar, sesetengah
penduduknya tidak mengambil berat terhadap apa yang berlaku di sekeliling
mereka. Oleh itu, golongan remaja merasakan diri mereka bebas untuk
melakukan gejala negatif ini tanpa menghiraukan rasa tanggungjawab terhadap
harta benda awam.
Jenis-jenis vandalisme
Pelbagai jenis vandalisme yang dapat kita lihat saban hari di negara ini. Jenis
vandalisme yang paling umum adalah menukar tulisan yang sedia ada dengan
perkataan lain yang boleh mengubah maksud asal perkataan tersebut dan boleh
menimbulkan kekeliruan kepada masyarakat. Hal ini makin berleluasa di sanasini. Kita dapat melihat papan tanda dilebuh raya misalnya selalu menjadi
mangsa kerana tulisan asal telah ditukar atau dipadam sesuka hati oleh mereka
yang tidak mempuyai akal yang waras ini.

Bagi yang gemar mengumpul barangan plastik, aluminium, besi keluli dan
tembaga pula mereka mampu manghasilkan pendapatan yang sangat
lumayan. Ada diantara mereka sanggup melakukan jenayah ini semata-mata
untuk memenuhi dan mancapai cita-cita dengan menambahkan lagi koleksi yang
sedia ada. Mereka tidar sedar bahawa kelakuan mereka ini merupakan satu
kesalahan dan tergolong dalam kegiatan vandalisme. Sebagai contoh, kejadian
mencuri klip besi bagi mengikat landasan kereta api di sepanjang laluan Keretapi
Tanah Melayu dari utara hingga selatan. Hal ini amat merunsingkan pengguna
perkhidmatan ini kerana sejak dahulu lagi mereka telah memanfaatkan kereta
api sebagai salah satu pengankutan awam yang selamat.
Selain itu, bagi industri barang lusuh dan kitar semula pula, semenjak ia
berkembang pesat, secara tidak langsung dapat memberikan pulangan yang
lumayan kepada pengumpul barang-barang dengan harga pasaran bagi besi dan
keluli yang semakin tinggi, ia kini sudah mencapai tahap membahayakan
keselamatan awam kerana setiap kali terjumpa sahaja logam sama ada yang
terbiar atau tidak, nescaya akan ada orang yang berminat dan sanggup
mendapatkannya dengan cara yang tidak halal.

Begitu juga dengan apa yang berlaku kepada projek pengindahan persekitaran
yang menggunakan arca-arca keluli, lampu-lampu jalan berkerawang, penutup
longkang, papan tanda dan pelbagai lagi yang diilhamkan oleh pihak berkuasa
tempatan (PBT) di negara ini bakal menguntungkan pengumpul barangan dalam
industri ini selagi lesen terus dikeluarkan dan tidak dipantau dengan rapi oleh

pihak berkuasa.

Hukuman kepada pesalah vandalisme!!


Kepada mereka yang terlibat dengan gejala vandalism ini, hukuman yang lebih
berat perlu dikenakan sebagai satu cara pencegahan yang paling baik. Pelbagai
hukuman yang boleh dikenakan kepada mereka yang melakukan vandalisme
ini. Ada cadangan daripada pihak masyarakat mencadangkan dimana mereka
mahu supaya para pesalah didenda dengan melakukan kerja-kerja pembersihan
di kawasan-kawasan awam seperti membersihkan tandas dan
sebagainya. Denda ini adalah sebagai pengajaran kepada individu lain agar
menjauhkan diri daripada perbuatan vandalisme. Mereka juga perlu dikenakan
tindakan mengikut peruntukan undang-undang yang sedia ada setimpal dengan
apa yang mereka lakukan.

Hukuman yang setimpal dengan perbuatan itu juga perlu diambilkira kerana
kebanyakan perkataan yang digunakan mempunyai unsur lucah dan memalukan
kaum wanita. Setiap kali terbaca perkataan lucah di dinding jambatan, bangunan
dan tempat awam hati seorang wanita akan merasa kecewa dengan sikap
segelintir mereka yang tidak matang ini. Mereka sanggup mengeluarkan
perkataan sebegitu tanpa rasa segan silu. Perkara ini amat memalukan dan
terfikir mengapa perkara seperti ini harus berlaku? Dan apa sebenarnya yang
telah berlaku kepada mereka? Hal ini dapat menimbulkan perasaan bimbang dan

takut kepada masyarakat sekeliling kerana takut ia akan menular kepada kanakkanak dewasa ini.

Selain itu, kita juga boleh mengambil contoh dari negara Singapura yang
menjatuhkan hukuman berat kepada pesalah vandalisme.Justeru itu, langkah
bersama yang boleh diambil adalah mengadakan program tindakan bersama
seperti menganjurkan pameran yang melibatkan agensi seperti Polis Diraja
Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
(DBKL).

Langkah-langkah mengatasi vandalisme..


i) Peranan Ibu Bapa dan Keluarga
Ibu bapa perlu memainkan peranan dengan memberi tunjuk ajar kepada
golongan remaja tentang kepentingan menjaga harta benda awam. Ibu bapa
seharusnya menerangkan kepada anak-anak tentang pentingnya menganggap
harta benda orang lain sama seperti harta sendiri. Secara tidak langsung,
sekiranya anak sudah diingatkan dengan perkara ini maka sudah tentu masalah
vandalisme tidak seteruk hari ini. Ibu bapa perlu mengasihi dan mendampingi
anak-anak mereka supaya tidak berlaku kebosanan dan kekosongan di hati
remaja. Kesedaran juga perlu diterapkan untuk membentuk jiwa remaja yang
sihat dan fikiran yang matang sebelum melangkah ke alam dewasa.
ii) Penguatkuasaan Undang-undang
Penguatkuasaan dan pelaksanaan undang-undang perlu dijalankan oleh pihak
yang berkenaan. Di bawah Akta Kerajaan Tempatan 9 Undang-Undang Kecil
Vandalisme 1991), sesiapa yang didapati merosakkan harta benda awam boleh
didenda yang membabitkan RM 2,000 atau penjara tidak melebihi setahun jika
sabit kesalahan.Pelaksanaan undang-undang baru menetapkan pesalah-pesalah
vandalism perlu menjalankan kerja-kerja khidmat masyarakat dan mereka juga
akan menggunakan pakaian seragam pesalah vandalisme. (kerja ini dilakukan di
tempat awam seperti pusat membeli-belah). Tindakan tegas perlu dikenakan
kepada pesalah vandalisme agar menjadi tauladan kepada rakan-rakan atau
individu lain.
iii) Peranan Media Massa
Selain berfungsi sebagai media hiburan dan sumber maklumat terkini, media
massa juga
seharusnya mempunyai tanggungjawab sosial kepada masyarakat. Media massa
perlu memainkan peranan yang sangat penting dan mempunyai pengaruh yang
kuat dari segi menanam kesedaran untuk memperoleh kerjasama dan
menyampaikan maklumat mengenai vandalisme dalam apa jua bentuk
rancangan yang tersiar atau yang terdapat di dalam media massa. Media massa
juga berperanan membantu pihak kerajaan dengan mengadakan kempen agar

masyarakat faham dan menghayati mesej yang disampaikan dalam kempen


tersebut. Contoh kempen yang boleh dianjurkan seperti Cintailah Harta Awam.
iv) Peranan Masyarakat dan Pihak Sekolah
Setiap anggota masyarakat perlu bersikap prihatin dan memberi perhatian
kepada anak mereka agar tidak melakukan perbuatan yang salah ini dan
masyarakat perlu peka terhadap apa yang berlaku di sekeliling
mereka. Masyarakat perlu proaktif terhadap gejala vandalisme yang berlaku di
kawasan mereka.Selain itu anggota masyarakat boleh memainkan peranan
penting dengan memberikan kefahaman betapa buruknya akhlak
vandalisme. Pihak sekolah perlu memberi nasihat dan bimbingan yang
secukupnya kepada pelajar mengenai kepentingan harta benda awam. Mereka
perlu diterangkan dengan lebih mendalam tentang tanggungjawab terhadap
harta benda awam kerana sedikit sebanyak ia akan memberi gambaran kepada
mereka betapa pentingnya sikap dan tanggungjawab terhadap harta benda
awam.

Kesimpulan
Gejala vandalisme yang berlaku ini berpunca daripada kewujudan mereka yang
suka melepak tanpa sebarang haluan sehingga menjadikan kemudahan awam
seperti pondok menunggu bas, papan tanda dan telefon awam dijadikan
sasaran. Perbuatan ini bukan sahaja menyusahkan orang ramai tetapi secara
tidak langsung menggambarkan masyarakat yang tidak mempunyai kesedaran
sivik.
Tidak semua vandalisme dilakukan dengan kasar. Sebaliknya tidak semua
perubahan besar dan kontroversial merupakan vandalisme. Hal ini memerlukan
ketelitian untuk menentukan apakah satu data atau informasi baru itu benar
atau iamerupakan vandalisme. Sehubungan itu, orang ramai juga diharap dapat
memberi kerjasama dengan melaporkan kepada pihak yang bertanggungjawab
mengenai sebarang perbuatan vandalisme.
Walaupun perbuatan vandalisme tidak memudaratkan dan membawa kerosakan
yang kekal, perbuatan ini mencemarkan tempat tumpuan orang
ramai. Bagaimana kalau lakaran lucah dan perkataan yang memberahikan
dibaca oleh golongan muda? Ini sudah tentu akan menimbulkan imaginasi dan
khayalan seks yang boleh mendorong seseorang melakukan perbuatan jenayah
seperti mencabul kehormatan, rogol dan melakukan hubungan seks
bebas. Selain itu, perbelanjaan yang tinggi diperlukan untuk membersihkan
tempat atau kawasan yang telah diconteng. Semua usaha pembersihan dan
pemulihan ini memerlukan tenaga yang banyak.
Perbuatan vandalisme tidak boleh dibiarkan begitu sahaja.Sesetengah pihak
tidak mempedulikan perbuatan ini kerana menganggapnya sebagai fenomena
sementara yang akan terhenti dengan sendiri. Sejauh manakah kebenaran ini?
Vandalisme dilakukan secara berterusan daripada satu generasi kepada generasi

lain. Jika perbuatan ini didiamkan begitu sahaja, sudah tentu kita menggalakkan
lagi perbuatan vandalisme ini.
Walaupun selama ini perbuatan vandalisme tidak dianggap sebagai jenayah dan
tiada peruntukan undang-undang untuk mendenda atau menangkap para
pelakunya, remaja yang didapati melakukan vandalisme seharusnya dikenakan
hukuman kompaun. Kompaun ini dapat memberi pengajaran kepada mereka
yang ingin melakukan vandalisme, setidak-tidaknya mereka akan berfikir dahulu
sebelum berbuat demikian.
Di ibu negara, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sentiasa berusaha sedaya upaya
untuk meningkatkan kesedaran rakyat tentang pentingnya sikap memelihara
harta benda awam ini dengan membentuk Jawatankuasa Antivandalisme yang
turut dianggotai oleh jabatan lain dan agensi kerajaan. Apabila menyedari
hakikat bahawa pelajar merupakan aset penting dan generasi wawasan yang
akan menerajui negara pada masa hadapan, maka Jawatankuasa Antivandalisme
ini telah melibatkan sekolah dan para remaja untuk turut sama menjayakan
kempen ini. Jabatan Pendidikan sendiri telah menganjurkan satu kempen yang
diberi tajuk Harta Benda Awam Milikku-Milikmu. Pertandingan seperti ini amat
penting dan perlu dilakukan untuk menanamkan sifat lebih bertanggungjawab
dan secara tidak langsung dapat menyemaikan perasaan sayang dan cinta
terhadap harta benda awam.
Selain itu, masyarakat juga memainkan peranan yang penting dengan memberi
kefahaman betapa buruknya akhlak mereka yang melakukan
vandalisme. Contohnya, ibu bapa sebagai orang yang terdekat dengan remaja
sepatutnya mendidik anak-anak mereka dengan contoh tauladan yang baik serta
mengasihi dan meluangkan masa bersama anak-anak agar tidak menimbulkan
fenomena kebosanan dan kekosongan di hati mereka. Pihak sekolah pula boleh
menerapkan kesedaran untuk membentuk remaja yang berjiwa sihat dan
berfikiran matang sebelum melangkah ke alam dewasa kelak.

http://kumpulankumpulan10.blogspot.com/2010/08/gejala-vandalisme.html

Vandalisme atau laku musnah merujuk kepada tabiat seseorang membinasakan


harta benda awam dan juga harta benda orang lain. Selain itu,vandalisme juga
satu bentu ritual yang dilakukan oleh golongan manusia yang tidak puas hati
terhadap kondisi masyarakat. Saban hari,kita sering mendengar isu remaja yang
semakin meruncing. Berita-berita mengenai salah laku oleh remaja yang tidak
pernah lekang di dada-dada akhbar tempatan hampir pada setiap hari.Remaja
sebenarnya boleh dianologikan sebagai batu permata yang bakal mencorak
masa depan negara. Namun,mereka tidak sedar akan hakikat tersebut. Mereka
sering melakukan kesalahan yang melibatkan kemusnahan harta benda awam
yang boleh diringkaskan dengan perkataan vandalisme.
FAKTOR-FAKTOR
Remaja yang melakukan vandalism ini disebabkan oleh pengaruh rakan
sebaya.Rakan sebaya dapat mempengaruhi golongan remaja dalam melakukan
perbuatan salah laku ini.Ini kerana,golongan remaja biasanya lebih mudah
meniru dan terpengaruh dengan rakan sebaya.Pengaruh rakan sebaya akan
mencorakkan sikap,nilai dan tingkah laku remaja,lebih-lebih lagi remaja yang
tercicir dan menghadapi masalah keluarga.Kebiasaanya, golongan remaja yang
melakukan vandalisme merupakan remaja yang mempunyai kumpulan
tersendiri.Mereka tidak mempunyai tujuan dan apabila berkumpul,maka
timbullah pelbagai idea termasuklah menconteng harta benda awam dan
merosakkannya.
Selain itu juga,ibu bapa dan keluarga juga menjadi factor terdorongnya
vandalism dalam kalangan remaja.Sebagai contoh,ketika memandu,ibu bapa

membuang sampah disamping tidak menghiraukan papan tanda had


kelajuan.Sesetengah remaja yang terjebak dalam gejala vandalisme berasal
daripada keluarga yang bermasalah atau keluarga yang mengamalkan budaya
hidup negatif.Selain itu,kurangnya kawalan dan bimbingan yang sempurna
daripada ibu bapa juga antara factor utama mendorong remaja terjebak dalam
gejala negatif ini.
Pengaruh media massa mempunyai kesan yang amat kuat dan sukar sekali
dielakkan dewasa ini.Paparan adegan-adegan negatif dari filem-filem atau
rancangan dari barat yang mempunyai unsur-unsur perlakuan kearah
vandalisme boleh mempengaruhi remaja melakukan vandalisme.Remaja juga
gemar meniru dan terikut-ikut dengan perkara yang berlaku disekeliling mereka
termasuk media massa,apatah lagi tanpa bimbingan dan tunjuk ajar sewajarnya.
Salah satu faktor lain yang mendorong berlakunya vandalisme adalah
disebabkan oleh sikap apati atau tidak peduli,juga boleh dikatakan sebagai
individualistik dan materialistik masyarakat.Sikap sesetengah masyarakat kini
yang mementingkan soal kebendaan dan tidak mengambil peduli terhadap isuisu sosial menyebabkan masalah tersebut berlaku.
Kajian yang dibuat menyatakan bahawa golongan remaja yang terlibat dalam
kegiatan vandalisme adalah oleh golongan yang terpelajar tetapi sikap mereka
sukar dikawal.Di kawasan Bandar,sesetengah penduduknya tidak mengambil
peduli tentang perkara yang berlaku disekeliling mereka.Tindakan sebegini
menjadikan remaja merasakan diri mereka bebas untuk melakukan gejala negatif
tanpa mengambil peduli tentang tanggungjawab terhadap harta benda awam.
LANGKAH-LANGKAH
Terdapat langkah-langkah yang boleh diambil bagi membendung masalah
vandalisme iaitu peranan ibu bapa terhadap anak-anak mereka.Ibu bapa perlu
memainkan peranan yang penting dalam memberi didikan agama dan nilai
moral kepada anak-anak.Didikan yang sempurna haruslah ditanam dalam jiwa
anak-anak supaya mereka menghargai harta benda awam yang terdapat di
sekeliling mereka.Selain itu,ibu bapa juga harus memantau aktiviti yang
dilakukan oleh anak-anak serta mengetahui latar belakang rakan-rakan bagi
anak-anak mereka.Sekiranya anak-anak mereka terlibat dengan gejala salah laku
ini,tindakan sewajarnya perlu diambil oleh ibu bapa,bak kata pepatah,Sayang
anak,tangan-tangankan.
Selain daripada peranan ibu bapa,langkah lain yang boleh diambil adalah melalui
kerjasama masyarakat juga perlu bagi menangani gejala vandalisme
ini.Masyarakat tidak harus berpeluk tubuh apabila gejala vandalisme berlaku
secara berleluasa di kawasan perumahan mereka.Perbuatan seperti menconteng
dinding bangunan dan merosakkan telefon awam perlu diambil
perhatian.Masyarakat di sesebuah kawasan perlu mengadakan mesyuarat
dengan penduduk di kawasan tersebut.Semua anggota masyarakat perlu
bekerjasama bagi membendung masalah yang semakin berlarutan sehingga hari

ini.Pihak masyarakat kawasan tertentu juga perlu bersepakat bagi menangani


vandalisme seperti mengenakan denda kepada pelaku yang melakukan perkara
tersebut.Denda yang sewajarnya perlu dilaksanakan bagi memberi pengajaran
serta pedoman kepada pesalah tersebut agar tidak terus melakukan perkara
yang salah ini.
Di samping itu, kerjasama oleh pihak kerajaan juga amat penting bagi
membanteras kegiatan vandalisme ini.Penguatkasaan dan pelaksanaan undangundang perlu dijalankan secara berkesan oleh pihak berkenaan.Di bawah (Akta
Kerajaan Tempatan 9 undang-undang kecil vandalisme),sesiapa yang didapati
merosakkan harta benda awam boleh didenda yang membabitkan RM2,000 atau
penjara tidak melebihi setahun jika sabit kesalahan.Pelaksanaan undang-undang
baru menetapkan pesalah-pesalah vandalisme menjalankan kerja-kerja khidmat
masyarakat dan mereka juga akan menggunakan pakaian seragam pesalah
vandalisme.Tindakan yang lebih tegas perlu dikenakan kepada pesalah agar
menjadi teladan kepada masyarakat lain.
Peranan media massa juga amat penting bagi membendung masalah
vandalisme pada masa kini.Selain berfungsi sebagai media hiburan dan sumber
maklumat terkini,media massa juga seharusnya ada tanggungjawab sosial
kepada masyarakat.Media massa memainkan peranan dan mempunyai
pengaruh kuat dalam memberi kesedaran,memperoleh kerjasama dan
menyampai maklumat tentang vandalisme dalam pelbagai bentuk rancangan
yang tersiar atau yang terdapat dalam media massa.Media massa juga
berperanan membantu pihak kerajaan dari segi mengadakan kempen agar
masyarakat memahami dan menghayati kempen Harta Awam Milik
Bersama,kerana dengan adanya iltizam dan komitmen daripada media massa
maka kempen ini dapat merealisasikan keberkesanannya.

Kesimpulannya,semua pihak perlu berganding bahu dan mengerah keringat


untuk bersama-sama memerangi gejala vandalisme ini.Walaupun isu ini dilihat
sebagai perkara biasa,namun ingatlah bahawa ia dapat memberi impak yang
besar kepada negara pada masa akan datang.Sekiranya semua kemudahan
awam telah dimusnahkan dan tidak dapat digunakan,maka kesulitan akan
berlaku terhadap masyarakat di negara ini juga.Imej negara juga akan dipandang
rendah akibat daripada perbuatan salah laku ini.Semua pihak khususnya
masyarakat di negara ini perlu bekerjasama dan bertindak segera dalam
menangani gejala ini dan jangan sampai kita menyesal di kemudian hari,bak
kata pepatahJangan sudah terhantuk barulah nak terngadah.
Posted by nishal nick at 01:27 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
TEMERLOH!

murid terpaksa belajar menggunakan meja yang uzur akibat vandalisme

TEMERLOH: Punah. Ungkapan tepat selepas melihatkan pelbagai kemudahan di


Sekolah Agama Rakyat (SAR) Taman Tualang Indah, dekat sini dirosakkan
berikutan gejala vandalisme yang dilakukan golongan tidak bertanggungjawab.
Tinjauan edisi Timur mendapati sebahagian besar kepala paip di kawasan tempat
mengambil wuduk, di dalam tandas pelajar dan guru serta tempat membasuh
kaki hilang akibat dicuri. Turut menjadi mangsa vandalisme meja dan papan
tulis, manakala pendawaian elektrik dalam bangunan itu dicuri, siling
dipecahkan, tandas tersumbat kerana dibuang pelbagai sampah seperti kertas,
kotak dan tin minuman.
Keadaan itu sekali gus mendatangkan kesukaran kepada 170 murid serta enam
guru di sekolah berkenaan.
Sekolah SAR yang menjalankan sesi pembelajaran sebelah petang beroperasi
sejak 2010 di bangunan bekas masjid berikutan ketiadaan bangunan khas bagi
kelas agama.
Penduduk, Noraidah Muhamad, 45, berkata sikap tidak menghormati kemudahan
awam kalangan remaja dikesali kerana mendatangkan kesukaran kepada murid
yang belajar secara kondusif di sekolah berkenaan.
Katanya, kemudahan awam yang digunakan pelajar dirosakkan sehingga
mendatangkan kesukaran kepada pelajar apabila guru ingin membuat latihan
praktikal mengambil air wuduk.
Penduduk, Mohd Razali Abdul Rahman, 43, terkilan kerana masih terdapat pihak
yang melakukan kegiatan vandalisme kerana boleh mengganggu kelicinan
pembelajaran kelas agama kanak-kanak di kawasan taman perumahan.
Katanya, penduduk membayar yuran pembelajaran hanya RM6 sebulan dan
wang berkenaan digunakan bagi membeli keperluan alatan pembelajaran seperti
carta, buku rujukan, alat tulis dan pembayaran bil elektrik serta bekalan air.

Adalah menjadi hasrat masyarakat supaya jawatankuasa sekolah berkenaan


mengadakan pemantauan sepanjang hari terutama waktu malam bagi
membendung budaya vandalisme katanya.
Tenaga pengajar, Robeah Walat, 37, berkata, pihak pentadbiran sekolah terpaksa
membaiki sendiri kerosakan pendawaian akibat dicuri serta memasang jeriji besi
bagi memastikan mereka tidak dapat menceroboh di dalam kelas.
Sekolah tidak mempunyai sumber kewangan untuk memperbaiki kemudahan
yang dirosakkan kerana bantuan kewangan diterima diutamakan bagi membeli
peralatan pembelajaran," katanya.
Pihaknya pernah membuat laporan polis Mac lalu, mengenai kegiatan
vandalisme dan jawatankuasa sekolah juga sudah memohon bantuan membaiki
pulih kepada Ahli dewan Undangan Negeri (ADUN) Mentakab, Chua Boon Siong.

Vandalisme di Kalangan Remaja


Faktor-faktor Berlakunya Vandalisme
i. Pengaruh Rakan Sebaya
Pengaruh rakan sebaya boleh menyebabkan vandalisme. Golongan remaja
biasanya lebih mudah meniru dan terpengaruh dengan rakan sebaya.

Pengaruh rakan sebaya akan mencorakkan sikap, nilai dan tingkah laku
remaja, lebih-lebih lagi remaja yang tercicir dan menghadapi masalah
keluarga. Kebiasaannya, golongan remaja yang melakukan vandalisme
merupakan remaja dalam kumpulan, Mereka tidak mempunyai tujuan dan
apabila berkumpul timbullah pelbagai idea termasuklah menconteng harta
benda awam dan merosakkannya.

ii. Ibu Bapa dan Keluarga


Ibu bapa ialah pendorong kepada sifat vandalisme di kalangan remaja.
Contohnya, ketika memandu ibu bapa membuang sampah atau kulit buahbuahan seperti rambutan dan limau di samping tidak menghiraukan papan
tanda had kelajuan. Sesetengah remaja yang terjebak dalam gejala
vandalisme berasal daripada keluarga bermasalah atau keluarga yang
mengamalkan budaya hidup negatif. Menurut kajian yang dijalankan
vandalisme dendam dilakukan oleh remaja yang ingin bebas dan berlatarkan
keluarga yang bermasalah. Selain itu kurangnya kawalan dan bimbingan
yang sempurna daripada ibu bapa juga antara faktor utama mendorong
remaja terjebak dalam gejala negatif ini.

iii. Pengaruh Media Massa


Media massa mempunyai pengaruh dan kesan yang amat kuat dan sukar
sekali dielakkan dewasa ini. Paparan adegan-adegan negatif dari filem-filem
atau rancangan dari barat yang mempunyai unsur-unsur perlakuan ke arah
vandalisme boleh mempengaruhi remaja melakukan vandalisme. Golongan
remaja lazimnya mudah meniru dan mengikut hal yang dilihat di sekeliling
termasuk media massa, apatah lagi tanpa bimbingan dan tunjuk ajar
sewajarnya.

iv. Sikap Apati ( tidak peduli), Individualistik dan Materialistik


Masyarakat
Remaja adalah produk sistem sesebuah masyarakat. Masyarakat yang
pincang akhirnya akan melahirkan produk yang pincang.Sikap sesetengah
masyarakat kini yang mementingkan soal kebendaan dan tidak ambil peduli
terhadap isu-isu sosial sememangnya merumitkan masalah yang sedia
wujud. Menurut kajian masalah vandalisme banyak berlaku di bandar.
Golongan remaja menconteng dan merosakkan harta benda awam bukannya
tidak terpelajar tetapi generasi yang dilahirkan di bandar sukar dikawal. Di
kawasan bandar sesetengah penduduknya tidak ambil peduli terhadap apa
yang berlaku di sekeliling mereka. Oleh itu golongan remaja merasakan diri
mereka bebas untuk meneruskan gejala negatif ini tanpa menghiraukan rasa

tanggungjawab terhadap harta benda awam.

Langkah-langkah
i. Penguatkuasaan Undang-undang
Penguatkuasaan dan pelaksanaan undang-undang perlu dijalankan oleh pihak
berkenaan. Di bawah Akta Kerajaan Tempatan 9 Undang-Undang Kecil
Vandalisme 1991), sesiapa yang didapati merosakkan harta benda awam
boleh didenda yang membabitkan RM 2,000 atau penjara tidak lebih setahun
jika sabit kesalahan.Pelaksanaan undang-undang baru menetapkan pesalahpesalah vandalisme menjalankan kerja-kerja khidmat masyarakat dan
mereka juga akan menggunakan pakaian seragam pesalah vandalisme. (kerja
ini dilakukan di tempat awam seperti pusat membeli-belah)Tindakan tegas
perlu dikenakan kepada pesalah agar menjadi teladan kepada rakan-rakan.

ii. Peranan Ibu Bapa dan Keluarga


Ibu bapa berperanan memberi tunjuk ajar kepada golongan remaja tentang
falsafah kepentingan harta benda awam. Ibu bapa semestinya menerangkan
kepada anak-anak tentang pentingnya menganggap harta benda orang lain
sama seperti harta sendiri. Secara tidak langsung sekiranya anak sudah
diingatkan dengan falsafah ini maka sudah tentu masalah vandalisme tidak
seteruk hari ini. Ibu bapa perlu mengasihi dan mendampingi anak-anak
mereka supaya tidak berlaku kebosanan dan kekosongan di hati remaja.
Kesedaran perlu diterapkan untuk membentuk jiwa remaja yang sihat dan
fikiran yang matang sebelum melangkah ke alam dewasa.

iii. Peranan Masyarakat dan Pihak Sekolah.


Setiap anggota masyarakat perlu bersikap prihatin dan memberi perhatian
kepada anak mereka agar tidak melakukan perbuatan yang salah ini dan
masyarakat perlu peka terhadap apa yang berlaku di sekeliling mereka.
Masyarakat perlu proaktif terhadap gejala vandalisme yang berlaku di
kawasan mereka. Selain itu anggota masyarakat boleh memainkan peranan
penting memberikan kefahaman betapa buruknya akhlak vandalisme. Pihak
sekolah patut memberi nasihat dan bimbingan kepada pelajar mengenai
kepentingan harta awam .Generasi muda perlu diterangkan dengan
mendalam tentang tanggungjawab mereka terhadap harta benda awam.
Terangkan kepada pelajar apa perasaan mereka sekiranya beg sekolah
mereka diconteng atau dikoyak oleh mereka tidak bertanggungjawab
Kesedaran seumpama itu akan sedikit sebanyak memberi gambaran tentang
pentingnya sikap dan tanggungjawab.

iv. Peranan Media Massa


Selain berfungsi sebagai media hiburan dan sumber maklumat terkini, media
massa juga seharusnya ada tanggungjawab sosial kepada masyarakat. Media
massa memainkan peranan dan mempunyai pengaruh kuat dari segi
menanam kesedaran memperoleh kerjasama dan menyampai maklumat
tentang vandalisme dalam apa bentuk rancaangan yang tersiar atau
yang terdapat dalam media massa.
Media massa juga berperanan membantu pihak kerajaan dari segi
mengadakan kempen agar masyarakat faham dan menghayati kempen
Harta Awam Milik Bersama kerana dengan adanya iltizam dan komitmen
daripada media massa maka kempen ini dapat direalisasikan
keberkesanannya.

GEJALA VANDALISME
Kini, gejala vandalisme di negara Malaysia semakin menjadi-jadi. Gejala
vandalisme ini sering dikaitkan dengan remaja. Hal ini kerana, golongan
remaja ini mudah terpengaruh dengan sesuatu gejala atau budaya yang
tidak sihat terutamanya gejala vandalisme. Maksud vandalisme
menurut kamus dewan adalah satu bentuk jenayah di sisi moral.
Sebarang perbuatan seperti menconteng, mengotori, atau merosakkan
harta benda awam dianggap sebagai vandalisme. Vandalisme juga
dikenali sebagai gejala laku musnah iaitu tabiat seseorang
membinasakan harta benda awam dan juga harta benda orang lain.
Perkataan vandalisme ini berasal daripada nama sebuah puak di Eropah
yang dikenali sebagai Vandal. Kebiasaannya, gejala vandalisme ini
dianggap sebagai satu bentuk jenayah, tetapi pada keadaan tertentu
vandalisme ini juga merupakan satu bentuk jenayah ritual yang
dilakukan oleh golongan manusia yang tidak puas hati terhadap
keadaan masyarakat. Motif kejadian vandalisme biasanya terletak pada
aspek emosi. Vandalisme ini dianggap sebagai suatu cara untuk
melepaskan geram atau pun cara untuk menghilangkan kebosanan
semata-mata. Walaupun mereka dianggap ringan, tetapi masyarakat
awam dan terutamanya kerajaan terpaksa menanggung kerugian yang
besar akibat daripada vandalisme tersebut.
Faktor-faktor berlakunya gejala vandalisme
Pengaruh rakan sebaya merupakan faktor utama berlakunya
vandalisme. Golongan remaja biasanya lebih mudah terpengaruh
dengan rakan sebaya. Rakan sebaya merupakan komponen penting
dalam membentuk keperibadian seseorang. Pengaruh rakan sebaya
akan mencorakkan sikap, nilai dan tingkah laku seseorang remaja
tersebut, terutamanya remaja yang tercicir dan menghadapi masalah
dalam institusi keluarga mereka. Kebiasaannya, golongan remaja yang
melakukan vandalisme ini merupakan remaja dalam kumpulan.
Kumpulan ini tidak mempunyai tujuan dan terjebak dalam budaya
lepak. Apabila mereka berkumpul timbullah pelbagai idea yang tidak
baik termasuklah menconteng harta benda awam dan merosakkan
harta benda awam tersebut.
Ibu bapa ialah pendorong kepada sifat vandalisme di kalangan
remaja. Contohnya, ketika memandu ibu bapa membuang sampah atau
kulit buah-buahan seperti rambutan dan limau di samping tidak
menghiraukan papan tanda had kelajuan. Sesetengah remaja yang
terjebak dalam gejala vandalisme berasal daripada keluarga
bermasalah atau keluarga yang

mengamalkan budaya hidup negatif. Selain itu, kurangnya kawalan dan


bimbingan yang sempurna daripada ibu bapa juga antara faktor utama
mendorong remaja terjebak dalam gejala negatif ini.

Media massa mempunyai pengaruh dan kesan yang amat kuat dan
sukar sekali dielakkan dewasa ini. Paparan adegan-adegan negatif dari
filem-filem atau rancangan dari barat yang mempunyai unsur-unsur
perlakuan ke arah vandalisme boleh mempengaruhi remaja melakukan
vandalisme. Golongan remaja lazimnya mudah meniru dan mengikut hal
yang dilihat di sekeliling termasuk media massa, apatah lagi tanpa
bimbingan dan tunjuk ajar sewajarnya.

Sikap tidak ambil peduli masyarakat juga merupakan faktor


berlakunya gejala vandalisme. Remaja adalah produk sistem sesebuah
masyarakat. Masyarakat yang pincang akhirnya akan melahirkan
produk yang pincang. Sikap sesetengah masyarakat kini yang
mementingkan soal kebendaan dan tidak ambil peduli terhadap isu-isu
sosial sememangnya merumitkan masalah yang sedia wujud.
Vandalisme biasanya banyak berlaku di bandar. Golongan remaja
menconteng dan merosakkan harta benda awam bukannya tidak
terpelajar tetapi generasi yang dilahirkan di bandar sukar dikawal. Di
kawasan bandar sesetengah penduduknya tidak ambil peduli terhadap
apa yang berlaku di sekeliling mereka. Oleh itu golongan remaja
merasakan diri mereka bebas untuk meneruskan gejala negatif ini
tanpa menghiraukan rasa tanggungjawab terhadap harta benda awam.
Langkah-langkah
Penguatkuasaan dan pelaksanaan undang-undangperlu dijalankan
oleh pihak berkenaan. Di bawah Akta Kerajaan Tempatan 9 UndangUndang Kecil Vandalisme 1991), sesiapa yang didapati merosakkan
harta benda awam boleh didenda yang membabitkan RM 2,000 atau
penjara tidak lebih daripada setahun jika disabitkan kesalahan.
Pelaksanaan undang-undang baru menetapkan pesalah-pesalah
vandalisme menjalankan kerja-kerja khidmat masyarakat dan mereka
juga akan menggunakan pakaian seragam pesalah vandalisme.
Tindakan tegas perlu dikenakan kepada pesalah agar menjadi teladan
kepada rakan-rakan.

Ibu bapa berperanan memberi tunjuk ajar kepada golongan remaja


tentang kepentingan harta benda awam. Ibu bapa semestinya
menerangkan kepada anak-anak tentang pentingnya menganggap

harta benda orang lain sama seperti harta sendiri. Secara tidak
langsung sekiranya anak sudah diingatkan dengan kepentingan ini
maka sudah tentu masalah vandalisme tidak seteruk hari ini. Ibu bapa
perlu mengasihi dan mendampingi anak-anak mereka supaya tidak
berlaku kebosanan dan kekosongan di hati remaja. Kesedaran perlu
diterapkan untuk membentuk jiwa remaja yang sihat dan fikiran yang
matang sebelum melangkah ke alam dewasa.

Setiap anggota masyarakat perlu


bersikap prihatin dan memberi perhatian kepada anak mereka agar
tidak melakukan perbuatan yang salah ini dan masyarakat perlu peka
terhadap apa yang berlaku di sekeliling mereka. Masyarakat perlu
proaktif terhadap gejala vandalisme yang berlaku di kawasan mereka.
Selain itu, anggota masyarakat boleh memainkan peranan penting
memberikan kefahaman betapa buruknya akhlak vandalisme. Pihak
sekolah juga patut memberi nasihat dan bimbingan kepada pelajar
mengenai kepentingan harta awam .Generasi muda perlu diterangkan
dengan mendalam tentang tanggungjawab mereka terhadap harta
benda awam. Contohnya menerangkan kepada pelajar mengenai
perasaan mereka sekiranya beg sekolah mereka diconteng atau dikoyak
oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Kesedaran seumpama itu
sedikit sebanyak memberi gambaran tentang pentingnya sikap dan
tanggungjawab terhadap harta benda awam.
Selain berfungsi sebagai media hiburan dan sumber maklumat
terkini, media massa juga seharusnya ada tanggungjawab sosial
kepada masyarakat. Media massa memainkan peranan yang penting
dan mempunyai pengaruh kuat dari segi menanam kesedaran dalam
memperoleh kerjasama dan menyampai maklumat tentang vandalisme
dalam apa jua bentuk rancangan yang tersiar atau yang terdapat dalam

media massa. Media massa juga berperanan dalam membantu pihak


kerajaan dari segi mengadakan kempen agar masyarakat faham dan
menghayati kempen Harta Awam Milik Bersama kerana dengan
adanya iltizam dan komitmen daripada media massa maka kempen ini
dapat direalisasikan keberkesanannya.

Vandalisme

Jangan! Jangan! Jangan! Dilarang! Dilarang! Dilarang! Di manakah kita dapat


melihat perkataan dan simbol-simbol seperti ini? Kita dapat melihat perkataan
dan simbol seperti ini di mana-mana tempat di Malaysia seperti perhentian bas.
Jangan Meludah, Dilarang Menconteng dan sebagainya. Akan tetapi, untuk
apakah semua ini? Hal ini demikian disebabkan kita sentiasa diingatkan dengan
perkataan dan simbol larangan dan jangan yang berada di sekeliling kita agar
tidak melanggar undang-undang dan terlibat dengan gejala vandalisme. Manusia
kini bersikap individualistik dan mengabaikan masalah yang berlaku dalam
masyarakat. Oleh itu, gejala negatif ini masih tidak dapat dibendung kerana
tidak mendapat kerjasama daripada semua pihak.
Perkataan vandalisme berasal daripada nama sebuah puak di
Eropah, iaitu vandals yang telah membinasakan kota Rom pada tahun
445 Masihi. Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, vandalisme dapat

diinterpretasikan sebagai perbuatan membinasakan atau merosakkan harta


benda awam atau persendirian.

Pada era globalisasi ini, kes vandalisme semakin berleluasa dan


bermaharajalela di negara kita. Melalui media masa, kita dapat mengetahui keskes vandalisme seperti yang dipapar melalui surat khabar dan majalah, didengar
melalui gelombang radio, ataupun dilihat melalui televisyen. Tepuklah dada,
tanyalah selera. Tidakkah semua pihak risau tentang gejala vandalisme ini?
Masyarakat kini hanya mementingkan diri sendiri tanpa memerhatikan apa yang
berlaku di sekeliling mereka.

Pengaruh rakan sebaya merupakan salah satu punca yang membawa kepada
gejala vandalisme. Kini, remaja selalu memperuntukkan banyak masa untuk
bergaul dengan rakan sebaya mereka, sama ada di sekolah ataupun di luar. Oleh
itu, mereka mudah dipengaruhi dan mengikuti tingkah laku dan sikap rakan
sebaya, terutamanya golongan remaja yang mengalami keruntuhan institusi
keluarga. Keadaan ini dapat dijelaskan melalui pepatah berikut, "jika seseorang
itu berkawan dengan penjual minyak wangi, maka keharumannya akan
dirasainya. Jika dia berkawan dengan si tukang besi, maka percikan api akan
mengenai dirinya juga". Justeru itu, rakan sebaya membawa pengaruh yang
penting dalam gejala sosial ini. Tambahan lagi, golongan remaja yang berdarah
panas suka melakukan sesuatu yang mencabar. Hal ini demikian disebabkan
mereka lebih berani untuk melakukan gejala negatif ini apabila bersama rakan
sebaya berbanding seorang diri.
Selain itu, ibu bapa juga merupakan punca kepada sifat vandalisme dalam
kalangan remaja. Kelakuan dan sikap ibu bapa merupakan teladan yang
dicontohi oleh anak-anak mereka. Ibu bapa melarang anak mereka untuk
melakukan sesuatu yang menyalahi undang-undang tetapi mereka sendiri

melakukannya. Contohnya, bapa samseng yang suka merosakkan harta benda


awam. Secara tidak langsung akan membawa suatu contoh yang tidak baik bagi
anak mereka. Anak-anak akan mengikut apa yang dilakukan oleh ibu bapa. Bak
kata pepatah bagaimana acuan begitulah kuihnya. Di samping itu, kurang
kawalan dan bimbingan oleh ibu bapa juga mengakibatkan golongan remaja
terjebak dalam gejala vandalisme, terutamanya berasal daripada keluarga yang
tidak sempurna yang ingin menarik perhatian daripada ibu bapa dan
masyarakat.

Seterusnya, sikap apati, individualistik dan materialistik masyarakat turut


mendorong berlakunya vandalisme. Masyarakat kini ibarat kera sumbang.
Mereka hanya mementingkan soal kebendaan dan kualiti kehidupan. Oleh itu,
mereka telah mengabaikan isu-isu sosial yang berlaku di sekeliling mereka.
Menurut kajian, didapati golongan remaja yang melakukan gejala vandalisme
seperti menconteng dan merosakkan harta benda awam adalah disebabkan oleh
tekanan, sama ada dari segi keluarga, pelajaran atau persahabatan. Mereka
ingin melepaskan emosi dan membebaskan diri daripada keadaan tersebut.
Langkah drastik yang dapat digunakan untuk mengawal vandalisme ialah
penguatkuasaan undang-undang. Tindakan-tindakan yang boleh dilakukan
melalui dendaan dan hukuman berat kepada sesiapa yang melakukan gejala
vandalisme. Selain itu, pihak berkuasa juga boleh melaksanakan undang-undang
baru iaitu mengenakan kerja-kerja khidmat masyarakat seperti menyapu taman
awam dan mencuci tandas awam terhadap pesalah. Perbuatan sedemikian dapat
dijadikan sebagai satu teladan kepada masyarakat. Kempen-kempen juga boleh
diadakan oleh pihak kerajaan. Kempen kesedaran seperti Anti Vandalismedan
Jauhi Diri daripada Gejala Vandalisme harus dilaksanakan di seluruh negara
bagi mengurangkan gejala ini.

Diikuti adalah peranan ibu bapa. Ibu bapa memainkan peranan yang penting
dalam membentuk keperibadian dan sahsiah remaja. Mereka merupakan orang
yang paling dekat dan intim dengan anak-anak. Jadi, bimbingan daripada ibu
bapa banyak mempengaruhi kelakuan dan sikap remaja. Mereka juga
berperanan dalam memberi tunjuk ajar kepada golongan remaja tentang
kepentingan menghayati harta benda awam sejak kecil lagi. Bak kata pepatah,
melentur buluh biarlah dari rebungnya. Ibu bapa harus meluangkan lebih banyak
masa untuk menemani dan mendidik anak-anak mereka. Dengan itu, hubungan
antara mereka menjadi rapat dan kekosongan serta kebosanan tidak berlaku di
dalam hati remaja. Ini akan mengurangkan gejala vandalisme.
Akhirnya, peranan masyarakat dan pihak sekolah turut merupakan salah
satu langkah untuk mengatasi gejala vandalisme. Semua lapisan masyarakat
harus bersikap prihatin dan menggembleng tangan untuk menangani masalah
tersebut. Masyarakat juga perlu bersikap proaktif terhadap gejala vandalisme
yang berlaku di sekitar mereka. Di samping itu, pihak sekolah juga memainkan
peranan yang penting untuk mendidik remaja. Pengenalan subjek pendidikan
moral dan agama serta sivik terhadap remaja adalah bertujuan untuk
mengurangkan gejala vandalisme. Ini memudahkan penerapan nilai-nilai positif
kepada golongan belia . Tambahan lagi nilai-nilai ini perlu disuntik dalam
sanubari remaja sejak dari bangku sekolah lagi. Dengan ini, remaja akan
menggunakan kemudahan awam dengan berhemah dan tidak cuba untuk
merosakkan harta benda tersebut.
Kesimpulannya, semua pihak wajarlah berganding bahu untuk
membendung gejala ini daripada terus menular demi kesejahteraan negara.

Disediakan Oleh
How Wen Hui (196931)

You might also like