You are on page 1of 5

K.KEW/PK/PP/1100/000000/10/31 Jld.

10(4)

KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA


MALAYSIA

SURAT PEKELILING PERBENDAHARAAN


BIL. 2 TAHUN 2001
(TAMBAHAN PERTAMA SPP BIL. 2 TAHUN 1999)

Ketua-ketua Setiausaha Kementerian,


Ketua-ketua Jabatan Persekutuan,
Y.B. Setiausaha-setiausaha Kerajaan Negeri,
Ketua-ketua Badan Berkanun Persekutuan,
Pihak-pihak Berkuasa Kerajaan Tempatan,
Ketua-ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Kerajaan.

HAD NILAI PEROLEHAN, KUASA,


TANGGUNGJAWAB LEMBAGA PEROLEHAN DAN
JAWATANKUASA SEBUT HARGA

TUJUAN
Surat Pekeliling Perbendaharaan (SPP) ini bertujuan untuk memaklumkan kepada
Kementerian/Jabatan/Badan Berkanun/Syarikat Kerajaan (agensi) berkenaan had
nilai baru perolehan secara sebut harga.
LATAR BELAKANG
2.
SPP 2/99 telah menetapkan bahawa perolehan bekalan/perkhidmatan
bernilai melebihi RM50,000 hingga RM100,000 dan perolehan kerja yang
bernilai melebihi RM20,000 hingga RM100,000 hendaklah diurus secara sebut
harga.

HAD NILAI SEBUT HARGA


3.
Selaras dengan konsep let managers manage serta sebagai salah satu langkah
mempercepatkan proses perolehan, Perbendaharaan telah bersetuju menaikkan had nilai
perolehan secara sebut harga daripada RM100,000 kepada RM200,000.
SYARAT-SYARAT SEBUT HARGA
4.

Syarat-syarat sebut harga adalah seperti berikut:Perolehan Bekalan/Perkhidmatan

(a)

(i)

Perolehan bekalan/perkhidmatan yang bernilai melebihi


RM50,000 hingga RM100,000 hendaklah dipelawa secara
sebut harga di kalangan lima syarikat bertaraf Bumiputera yang
berdaftar dengan Kementerian Kewangan; dan

(ii)

Perolehan bekalan/perkhidmatan yang bernilai melebihi


RM100,000 hingga RM200,000, hendaklah dipelawa di
kalangan lima syarikat yang berdaftar dengan Kementerian
Kewangan.

Perolehan Kerja-kerja Kecil

(b)

(iii)

(i)

Bagi perolehan kerja-kerja kecil atau pembaikan yang tidak


mengubah struktur asal yang dianggarkan bernilai melebihi
RM20,000 hingga RM100,000, perolehan bolehlah dibuat
berdasarkan Jadual Kadar Harga Kejuruteraan Awam. Pemilihan
kontraktor bagi kerja-kerja sedemikian hendaklah dibuat secara
pusingan/undian/sebut harga di kalangan kontraktor kelas F di
daerah/daerah terdekat bagi projek berkenaan yang berdaftar
dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) di bawah kepala dan
sub kepala yang berkaitan;

(ii)

Bagi perolehan kerja-kerja kecil atau pembaikan yang tidak


mengubah struktur dan yang tidak mempunyai Jadual Kadar
Kejuruteraan Awam yang bernilai melebihi RM20,000 hingga
RM200,000, agensi hendaklah mempelawa sebut harga di
kalangan kontraktor di daerah/daerah terdekat bagi projek
berkenaan yang berdaftar dengan PKK dalam kelas, kepala dan
sub kepala yang berkaitan; dan
Bagi kerja-kerja baru atau kerja-kerja penyenggaraan, pembaikan,
ubah suai dan naik taraf yang melibatkan perubahan struktur asal
serta kerja-kerja elektrikal dan mekanikal hendaklah dirujuk kepada
Jabatan Teknik selaras dengan AP 182.

5.
Agensi adalah dilarang memecahkecilkan perolehan bagi mengelakkan
pelawaan tender. Tindakan surcaj boleh diambil ke atas pegawai yang bertanggungjawab
sekiranya didapati perolehan telah dipecahkecilkan semata-mata untuk mengelakkan
pelawaan tender.

LAMPIRAN A Kepada SPP 2/2001

PINDAAN ARAHAN PERBENDAHARAAN YANG BERKAITAN


170. Sebut Harga
170.1
Pembelian tiap-tiap satu jenis item atau kelas jenis item yang
berkaitan melibatkan jumlah perbelanjaan tahunan melebihi RM50,000
tetapi tidak melebihi RM200,000 boleh dibuat dengan mempelawa sebut
harga daripada sekurang-kurangnya lima (5) pembekal yang berdaftar
dengan Kementerian Kewangan di bawah kod bidang berkenaan dengan
menggunakan borang di Lampiran Q. Walau bagaimanapun perolehan
bekalan yang bernilai melebihi RM50,000 hingga RM100,000
hendaklah dibuat secara sebut harga di kalangan lima (5) pembekal
bertaraf Bumiputera yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan. Tiaptiap jenis item atau kelas jenis item yang berkaitan hendaklah
menggunakan Lampiran Q yang berasingan. Kelas jenis item bermaksud
barangan yang lazimnya digunakan bersama seperti kerusi dan meja, alat
tulis, tayar dan tiub. Jika bilangan sebut harga yang dikehendaki tidak
boleh didapati, Urusetia Sebut Harga hendaklah berpuas hati bahawa
bilangan pembekal yang ada kurang daripada lima (5).
171. Tender
171.1
Tender terbuka hendaklah dipelawa untuk bekalan yang
nilainya melebihi RM200,000 setahun bagi satu jenis item atau kelas jenis
item, kecuali jika dibenarkan oleh Ketua Setiausaha Perbendaharaan atau
Pegawai Kewangan Negeri mengikut mana yang berkenaan.
180. Kerja Yang Tidak Melebihi RM100,000
180.1
Kerja-kerja bernilai tidak melebihi RM100,000 boleh dipanggil
secara requisition dengan menggunakan Jadual Kadar Harga Kejuruteraan
Awam. Kerja yang dipanggil secara requisition ialah kerja-kerja kecil dan
pembaikan yang tidak mengubah struktur asal. Bagi kerja-kerja yang
bernilai melebihi RM20,000 hingga RM100,000 pemilihan kontraktor
hendaklah dibuat secara adil seperti undi atau pusingan atau sebut harga
di kalangan kontraktor kelas F yang berdaftar di Pusat Khidmat
Kontraktor (PKK) di bawah kepala dan sub kepala yang berkaitan. Dalam
keadaan darurat Arahan Perbendaharaan 173.2 boleh digunakan.
Sebarang kerja yang nilainya tidak melebihi RM20,000 boleh dibuat
secara lantikan terus di kalangan kontraktor kelas F yang berdaftar di
Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) di bawah kepala dan sub kepala yang

berkaitan. Pemilihan kontraktor secara lantikan terus, undian dan pusingan


hendaklah dibuat kepada kontraktor yang berdaftar di bawah kepala dan
sub kepala yang berkaitan sahaja. (Kepala dan sub kepala adalah istilah
yang digunakan di PKK). Bagi perolehan kerja-kerja kecil atau pembaikan
yang tidak mengubah struktur asal dan tidak mempunyai Jadual Kadar
Kejuruteraan Awam yang bernilai melebihi RM20,000 hingga
RM200,000 sebut harga hendaklah dipelawa di kalangan kontraktor yang
berdaftar di Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) di bawah kepala dan sub
kepala yang berkaitan.
180.2
Kerja-kerja bukan requisition yang bernilai melebihi RM20,000
hingga RM 200,000 hendaklah dipelawa secara sebut harga.
181. Kerja Bernilai Melebihi RM200,000
181.1
Bagi kerja yang dianggarkan bernilai melebihi RM200,000
hendaklah dipelawa secara tender dan Arahan Perbendaharaan 172
hendaklah dipatuhi. Jabatan adalah dilarang memecah kecilkan nilai kerja
bagi mengelakkan pelawaan secara tender. Sebarang pengecualian
daripada peraturan tersebut hendaklah mendapat kelulusan daripada
Ketua Setiausaha Perbendaharaan atau Pegawai Kewangan Negeri
mengikut mana yang berkenaan terlebih dahulu.
190. Perolehan Perkhidmatan
190.1(a) Tender hendaklah dipelawa bagi semua perkhidmatan yang
nilainya dianggarkan melebihi RM200,000 setahun, kecuali dibenarkan
oleh Ketua Setiausaha Perbendaharaan atau Pegawai Kewangan Negeri
mengikut mana yang berkenaan. Bagi perkhidmatan yang melebihi
RM50,000 tetapi tidak melebihi RM200,000 perolehan boleh dibuat
dengan mempelawa sebut harga daripada sekurang-kurangnya lima (5)
syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan di bawah kod
bidang berkenaan dengan menggunakan borang di Lampiran Q. Walau
bagaimanapun perolehan perkhidmatan yang bernilai melebihi
RM50,000 hingga RM100,000 hendaklah dibuat secara sebut harga di
kalangan lima (5) syarikat bertaraf Bumiputera yang berdaftar dengan
Kementerian Kewangan. Bagi perolehan perkhidmatan yang bernilai tidak
melebihi RM50,000 setahun bagi sesuatu perbelanjaan perkhidmatan
atau kelas sesuatu perbelanjaan perkhidmatan, jabatan adalah dibenarkan
membuat perolehan secara pembelian terus daripada syarikat yang
diketahui sentiasa mengenakan harga yang berpatutan.

You might also like