You are on page 1of 7

PENGGUNAAN KAEDAH UP AND DOWN 1 DALAM MENINGKATKAN PENCAPAIAN

MURID TAHUN 3 BAGI OPERASI TOLAK DENGAN MENGUMPUL SEMULA

FIRDAUSSI BIN HASHIM1


SHUIB BIN ABDUL HAMID2

ABSTRAK
Hasil refleksi P&P semasa praktikum mendapati bahawa tahap pencapaian
matematik sebahagian murid agak rendah, terutama dalam operasi tolak dengan
kemahiran mengumpul semula. Melalui pemerhatian dan analisis dokumen
seperti buku latihan dan lembaran kerja, didapati beberapa bentuk kesilapan
sering dilakukan oleh murid-murid, selain daripada gagal memberi jawapan yang
betul. Oleh itu, kajian tindakan ini dilaksanakan bertujuan untuk meningkatkan
pencapaian murid Tahun 3 bagi operasi tolak dengan mengumpul semula
menggunakan kaedah Up Down 1 . Murid kajian terdiri daripada empat orang
murid kajian yang dipilih berdasarkan ujian diagnostik. Pengumpulan data
menggunakan analisis dokumen, pemerhatian dan temu bual. Data kualitatif
dianalisis secara deskriptif mengikut murid kajian. Dapatan kajian menunjukkan
bahawa kaedah Up Down 1 berjaya meningkatkan pencapaian murid dalam
operasi tolak dengan mengumpul semula. Antara kekuatan kaedah Up Down 1
ini adalah murid hanya perlu mengetahui teknik mengumpul semula yang mudah
menggunakan angka 1 yang berfungsi membawa nilai 10 dan nilai 1.
ABSTRACT
After P&P reflection during the practicum, researcher found that the level of
student achievement in mathematics is relatively low, especially for the
subtraction with regrouping values. Through observation and analysis of
documents such as workbooks and worksheets, researcher found some form of
mistake often made by pupils, apart from failing to give the correct answer.
Therefore, this action research conducted aims to improve student achievement
in Year 3 for subtraction with regrouping using the Up and Down '1'. Student
participants consisted of four pupils were selected based on diagnostic tests. data
collections through document analysis, observation and interviews. Data were
analyzed by descriptive qualitative based on each student participants. The
results showed that the method `Up Down 1' succeeded in raising student
achievement in operations minus a restocking. Among the strengths of the Up
and Down '1' is the students only need to know the techniques that are easy to recollect the number 1 that carries a value of 10 and a value of 1.

Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP Matematik IPGKRM September 2015

1.0 PENDAHULUAN
Kajian saya berfokuskan kepada murid Tahun Tiga yang mempunyai kesukaran dalam menyelesaikan
soalan Matematik melibatkan operasi tolak dengan mengumpul semula. Walaupun telah mempelajari
kemahiran operasi tolak dengan mengumpul semula dari Tahun Dua lagi, kebanyakan murid masih
belum mampu untuk memahami seterusnya menyelesaikan soalan operasi tolak dengan mengumpul
semula dengan mengumpul semula dengan betul.
Sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran bagi topik tolak, saya mendapati murid-murid
sememangnya bermasalah dengan operasi tolak terutamanya melibatkan kemahiran mengumpul
semula. Bagi mengatasi masalah ini, saya telah menjalankan satu kajian tindakan bagi meningkatkan
pencapaian murid lemah bagi operasi tolak dengan mengumpul semula menggunakan kaedah Up
Down 1.
2.0 FOKUS KAJIAN
`Up Down 1 merupakan kaedah dimana murid tidak perlu lagi melaksanakan proses pinjam sebelah
yang mengelirukan. Murid hanya perlu mengetahui cara mudah untuk mengumpul semula
menggunakan angka 1 di mana angka ini membawa dua fungsi iaitu sebagai nilai 10 dan nilai 1.
Angka 1 yang ditulis besar kotak berwarna oren membawa nilai 10 manakala angka 1 yang ditulis
kecil dalam kotak berwarna biru membawa nilai 1. Contoh soalan beserta cara penggunaan kaedah
`Up Down 1 bagi menyelesaikan masalah penolakan dengan kemahiran mengumpul semula
ditunjukkan dalam jadual seperti di bawah:
Langkah

Tindakan
Catatan
Pengkaji memperkenalkan petak Up and Down 1
kepada MK. Pengkaji menerangkan kaedah
penggunaan Petak Up and Down 1. Angka 1
yang ditulis besar kotak berwarna biru membawa
nilai 10 manakala angka 1 yang ditulis kecil dalam
kotak berwarna oren membawa nilai 1. Responden
diberikan ayat matematik.
MK dibimbing untuk menulis digit mengikut nilai
tempat bermula daripada nilai tempat sa supaya
mereka tahu menulis nombor mengikut nilai tempat
yang betul. MK juga dibimbing untuk menulis
nombor dalam petak tersebut untuk proses menolak
bermula.
Pengkaji membimbing MK untuk mengumpul
semula bermula dengan nilai tempat sa. Responden
perlu membulat digit di atas dan di bawah jika
didapati digit di atas tidak boleh menolak (lebih
kecil) digit di bawah. Sekiranya digit di atas dalam
nilai tempat sa iaitu 2 dibulatkan, maka secara
automatiknya MK perlu juga membulat digit di
bawah pada nilai tempat puluh iaitu 7 sebagai tanda
berlaku proses pengumpulan semula.

56

Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP Matematik IPGKRM September 2015

Seterusnya, MK perlu melihat digit pada nilai


tempat puluh pula dan melakukan proses yang sama
jika digit pada bahagian atas adalah lebih kecil
daripada digit di bawahnya. Maka, MK perlu
membulat digit 5 pada nilai tempat puluh dan digit 1
pada bahagian bawah nilai tempat ratus. Proses ini
akan berterusan sehingga tiada lagi digit yang lebih
kecil berada di bahagian atas sesuatu nilai tempat.
Setelah proses mengenal pasti digit yang perlu
mengumpul semula selesai, Mk dibimbing untuk
meletak angka 1 yang sama besar pada kotak
berwarna biru dan angka 1 yang lebih kecil dalam
kotak berwarna oren yang telah dibulat sahaja.
Pengkaji perlu menerangkan fungsi angka 1 dalam
kotak biru yang membawa nilai 10 dan dalam kotak
oren yang membawa nilai tambah 1.
Setelah kesemua bulatan telah diisi dengan angka
1 tersebut, barulah MK boleh mencari jawapan
kepada hasil tolak bermula dari nilai tempat sa
sehingga jawapan sebenar telah diperoleh.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN DAN SOALAN KAJIAN


Kajian ini bertujuan untuk :
1. Menentukan kesilapan-kesilapan murid dalam menolak nombor melibatkan pengumpulan semula.
2. Meningkatkan pencapaian murid dalam menyelesaikan masalah penolakan dengan mengumpul
semula menggunakan kaedah Up Down 1.
Kajian ini dijalankan untuk menjawab persoalan kajian berikut :
1. Apakah kesilapan-kesilapan murid dalam menolak nombor mengumpul semula?
2. Adakah kaedah Up and Down 1 dapat membantu meningkatkan pencapaian murid dalam
menyelesaikan masalah penolakan dengan mengumpul semula?
4.0 KUMPULAN SASARAN
Kajian ini telah saya laksanakan di sebuah sekolah jenis kebangsaan di kawasan bandar. Saya telah
memilih 4 orang murid kajian daripada murid Tahun 3 yang terdiri daripada empat murid lelaki yang
mendapat markah kurang daripada sembilan semasa Ujian Diagnostik dijalankan.
5.0 PROSEDUR TINDAKAN
Langkah kajian dibahagikan kepada tiga peringkat, iaitu sebelum, semasa dan selepas melaksanakan
kaedah `Up Down 1`. Sebelum menjalankan kajian, saya menemu bual Ketua Panitia Matematik dan
guru Matematik, menyemak hasil kerja dan latihan murid, memberi Latihan 1 serta menemu bual
murid selepas Lembaran 1.
57

Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP Matematik IPGKRM September 2015

Tiga sesi pengajaran telah dijalankan sepanjang tempoh melaksanakan kajian. Pengajaran sesi
pertama ialah pengenalan kepada kaedah `Up Down 1`, sesi kedua berkaitan dengan tahap
pemahaman murid kajian tentang p Down 1 sesi yang ketiga ialah murid berjaya mengaplikasikan
`Up Down 1` semasa menjawab soalan.
Selepas melaksanakan tiga sesi pengajaran, temu bual dijalankan untuk menentukan
keberkesanan kaedah dalam membantu murid memahami algoritma.
6.0 CARA MENGUMPUL DATA
Tiga jenis cara pengumpulan data telah digunakan seperti berikut:
a. Pemerhatian.
Saya telah merakam video semasa murid menjawab Latihan 1, menghadiri setiap sesi
pengajaran serta menjawab Lembaran 1 yang memberi maklumat tentang perubahan
keyakinan murid.
b. Analisis dokumen bertulis.
Dokumen bertulis yang lepas digunakan sebagai bukti kewujudan masalah. Latihan 1 pula
berfungsi sebagai latihan diagnostik. Lembaran 1 yang serupa dengan Latihan 1 diberikan
untuk menentukan kemajuan murid selepas `Up Down 1` diperkenalkan.
c. Temu bual.
Temu bual dijalankan selepas murid menjawab Latihan 1 dan Lembaran 1 untuk mengumpul
data tentang cara pemikiran dan kefahaman murid tentang operasi tolak dengan menumpul
semula.
7.0 ANALISIS DAN INTERPRETASI DATA
Jadual 1 di bawah menunjukkan hasil peningkatan markah Latihan 1 dan Latihan 2 bagi setiap MK
menunjukkan hasil peningkatan markah mereka. Intrumen ini adalah untuk menilai peningkatan
pencapaian murid kajian bagi operasi tolak dengan menumpul semula.
Murid Kajian (MK)

Bilangan soalan yang dijawab dengan betul daripada 5 soalan


Latihan 1
Kategori
Lembaran 1
Kategori
1
2
Lemah
5
Baik
2
1
Lemah
4
Baik
3
1
Lemah
5
Baik
4
3
Sederhana
5
Baik
Jadual :Keputusan pencapaian MK dari segi bilangan soalan yang dijawab betul untuk Latihan 1 dan
Lembaran 1
MK1 mencatatkan peningkatan yang paling memberangsangkan dengan berjaya menjawab semua
soalan dengan betul berbanding semasa Latihan 1, MK1 mendapat dua soalan betul. Manakala, MK2
dan MK3 masing-masing mendapat satu soalan betul semasa Latihan 1 telah berjaya menjawab seuam
soalan dengan tepat dan betul. MK4 turut meningkatkan pencapaian daripada 3 soalan betul semasa
58

Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP Matematik IPGKRM September 2015

Latihan 1 kepada semua soalan betul di Lembaran 1. Ini menunjukkan bahawa kaedah `up Down 1`
yang diperkenalkan oleh pengkaji berjaya meningkatkan tahap penguasaan murid dalam tolak dengan
mengumpul semula.

8.0 DAPATAN KAJIAN


Setelah menjalankan kajian ini, saya mendapati kaedah `Up down 1` sememangnya dapat membantu
murid kajian menjawab soalan tolak dengan meengumpul semula dengan sistematik dan berkesan.
Kaedah ini merupakan kaedah alternatif yang boleh digunakan untuk menjawab soalan peperiksaan
yang diberikan kepada murid-murid kerana jalan kerja yang ditunjukkan dapat membantu murid
daripada mengulangi kesalahan dan kecuaian yang biasa murid lakukan.
Tambahan pula, `Up Down 1` berjaya meningkatkan keyakinan murid dan murid lebih
bersemangat untuk menjawab soalan bagi tolak dengan mengumpul semula kerana murid dapat
melakukan operasi tolak dengan lebih mudah dan tidak keliru semasa melakukan mengumpul semula.
9.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA
Bagi cadangan kajian seterusnya, saya mencadangkan supaya kaedah ini turut diajar kepada murid
berpencapaian tinggi dan sederhana kerana kaedah ini dilihat lebih mudah difahami dan meningkatkan
keyakinan murid dalam mempelajari operasi tolak dengan mengumpul semula. Selain itu, saya
mencadangkan supaya murid diajar tentang konsep penolakan terlebih dahulu supaya murid benarbenar faham apa yang dipelajari tanpa perlu mengingati algoritma semata-mata. Penggunaan ilustrasi
kotak juga tidak perlu digunakan jika murid tidak mempunyai masalah dalam menulis nombor
mengikut nilai tempat kerana kaedah ini masih boleh diguna pakai dengan baik tanpa bantuan ilustrasi
kotak tersebut.
RUJUKAN

Acosta, L., Lee, B., Rosa, G., Shimizu, H., & Tzeng, D. (2010). Regrouping. Pedagogical
Content Knowledge Project.
Dr. Alex Lawson (2007). Learning Mathematics vs Following Rules: The Value of StudentGenerated Methods. Diakses pada 16 Mac 2014 dari
http://www.edu.gov.on.ca/eng/literacynumeracy/inspire/research/Lawson.pdf
Tague, H. (2009). Teaching Basic Subtraction for Mastery and Fun. Referred Academic
Journal.

Jabatan Matematik
IPG Kampus Raja Melewar,
Jalan Sikamat, 70400 Seremban, N.S.
Emel : 1 firdaussiz@yahoo.com, 2 shuidabdulhamid@yahoo.com

59

Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP Matematik IPGKRM September 2015

60

Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP Matematik IPGKRM September 2015

61

You might also like