You are on page 1of 16

Luasnya Neraka Allah

Neraka dalam bahasa arab disebut an-Naar yang bermaksud api. Neraka juga
dinamakan an-Naar kerana bagi penghuni neraka, mereka disediakan tempat tinggal
yang dibuat daripada api, pakaian daripada api dan mereka pun diseksa dengan api.

.: Luasnya Neraka :.

Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datangkepada Nabi saw pada
waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaanberubah mukanya, maka ditanya oleh
nabi s.a.w.: "Mengapa aku melihat kau berubah muka?"

Jawabnya: "Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya
dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa
neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itubenar, dan siksa Allah itu terbesar untuk
bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya."

Lalu nabi s.a.w. bersabda: "Ya Jibrail, jelaskan padaku sifatJahannam."

Jawabnya: "Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakanselama seribu


tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahunsehingga putih, kemudian
seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitamgelap, tidak pernah padam nyala dan
baranya. Demi Allah yg mengutusengkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar
lubang jarum nescaya akan dapat membakarpenduduk dunia semuanya kerana
panasnya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahlineraka

itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan matipenduduk bumi kerana panas
dan basinya. Demi Allah yg mengutus engkaudengan hak, andaikan satu pergelangan
dari rantai yg disebut dalamAl-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair
sampai ke bawahbumi yg ke tujuh. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak,
andaikan seorang dihujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di
hujungtimur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya
besi,dan minumannya air panas campur nanah, dan pakaiannya potonganpotonganapi. Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannyayang
tertentu dari orang laki-laki dan perempuan."

Nabi s.a.w. bertanya: "Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pinturumah kami?"

Jawabnya: "Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya dibawah dari lainnya, dari pintu
ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun,tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali
ganda." (nota kefahaman:iaitu yg lebih bawah lebih panas)

Tanya Rasulullah s.a.w.: "Siapakah penduduk masing-masing pintu?"

Jawab Jibrail: "Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang ygkafir
setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun sedang
namanya Al-Hawiyah.
Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,
Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.
Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusibernama Ladha,
Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.

Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir."

Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya: "Mengapa tidak
kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?"

Jawabnya: "Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati
belum sempat bertaubat." Maka nabi s.a.w. jatuh pingsan ketika mendengar keterangan
itu,sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar
kembali dan sesudah sedar

nabi saw bersabda: "Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah
ada seorang dari ummat kuyang akan masuk ke dalam neraka?" Jawabnya: "Ya, iaitu
orang yg berdosa besar dari ummatmu."

Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s.a.w. masuk ke
dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyangkemudian kembali dan
tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada
Allah. (dipetik dari kitab "PeringatanBagi Yg Lalai")

Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiatsedangkan kamu
tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku. Tahukah kamu bahawa neraka
jahanamKu itu:

1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat


2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah

3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung


4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang
hitam pekat.
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai
11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat

Mudah-mudahan dapat menimbulkan keinsafan kepada kitasemua. Wallahua'lam.

Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159 Sesungguhnya orang-orang yang


menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan
petunjuk hidayat, sesudah Kamiterangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci,
mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.
Kala Jengking Neraka

Di hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang
bernama "Huraisy" berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini
dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi.

Malaikat Jibril bertanya : "Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa yang kau
cari?

"Huraisy pun menjawab, "Aku mahu mencari lima orang:-

Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang.


Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat.
Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya.
Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid.
Kelima, orang yang suka minum arak."

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Alhamdulillah..
Kita telah masuk ke fasa pertengahan bulan Ramadhan..
Semoga sama-sama kita berusaha mencari keampunan dan kasih sayang Allah swt di
bulan yang mulia ini..
InsyaAllah..

Sebagai hambaNYA, kita punya dua pilihan untuk kehidupan "disana" nanti..

Sama ada di syurga mahupun di neraka..


Indahnya syurga tak dapat terbayang dengan kata-kata..
Ngerinya neraka tak terkhabar dengan cerita..

Sesungguhnya Allah swt menciptakan Neraka berpintu tujuh.

"Ia ada tujuh buah pintu" ~ (Q.S Al Hijr : 44)

Pintu-pintu itu terdiri daripada besi penuh laknat. Bahagian luar dilapis tembaga dan
di bahagian dalam berisikan timah. Di bahagian bawah terdapat azab. Sedangkan di
bahagian atas terdapat murka. Lantainya terdiri dari tenbaga, timah, besi dan kaca. Di
mana api datang dari atas, bawah, kanan dan kiri mereka. Ia bertingkat-tingkat. Dan
tingkat paling bawah untuk orang-orang munafik.

Tersebut pula dalam Hadis bahawa, Jibril datang kepada Rasulullah saw. Kemudian
baginda bertanya, "Wahai Jibril terangkan kepadaku tentang neraka dan panasnya!"
Lalu Jibril berkata, "Sesungguhnya Allah menciptakan Neraka dan Dia menyalakan
seribu tahun hingga memerah. Lalu dinyalakan lagi seribu tahun sehingga memutih. Dia
nyalakan seribu tahun lagi sehingga menjadi hitam. Hitam pekat dan gelap. Demi Zat
yang mengutuskanmu sebagai Nabi. Seandainya sehelai pakaian ahli Neraka ada di
atas bumi, tentu ahli bumi akan mati semua. Dan seandainya setimba daripada
minuman mereka ditumpahkan ke air bumi, tentulah mati semua yang meminumnya.
Dan seandainya sepotong rantai neraka diletakkan diatas gunung dunia, hancur
leburlah ia. Dan seandainya saja seseorang masuk neraka kemudian dikeluarkan lagi
kedunia, tentu ahli bumi ini mati semua kerana bau busuknya. "Kemudian Nabi saw
bertanya lagi kepada Jibril sd, "Wahai Jibril, ceritakan kepadaku tentang pintu-pintu

Jahanam, apakah ia sama dengan pintu-pintu kita ini?" Kemudian Jibril menjelaskan,
"Bukan, ya Rasulullah. Tetapi tingkatan sebahagiannya lebih rendah daripada
sebahagian yang lain. Dari satu pintu ke pintu yang lain memakan waktu perjalanan
tujuh puluh tahun. Tiap pintu lebih panas daripada pintu sebelahnya berlipat tujuh puluh
kali."
Kemudian Nabi saw bertanya tentang penduduk pintu-pintu itu. Maka Jibril as
menjawab, "Pintu terbawah, disanalah tempat orang-orang munafiq. Namanya
Hawiyah. seperti yang disebutkan dalam firman Allah swt :
"Sesungguhnya orang-orang munafiq dalam Neraka yang paling bawah."
(Q.S An-Nisa': 145)
Adapun panas api yang kamu nyalakan di dunia ini (termasuk matahari) hanya
sepertujuh puluh daripada panasnya api neraka di akhirat. Kalau sedikit sahaja jatuh ke
atas dunia, nescaya mendidih air laut kerana panasnya.

(Riwayat Muslim)

Melalui petunjuk hadis, diketahui bahawa neraka itu terdiri daripada tujuh pintu (yang
juga bererti tujuh tingkat). Nama-nama tingkat neraka itu pula menurut al-Quran adalah:

1.

Neraka Jahannam

Katakanlah kepada orang kafir itu: Nanti kamu dikalahkan oleh orang Islam, dan
dihimpunkan kamu ke dalam neraka Jahannam. Di sanalah tempat yang seburukburuknya. (Ali Imran: 12)

2.

Neraka Luza

Maka, Kami memperingatkan kamu dengan neraka yang menyala-nyala. Tidak ada
yang masuk ke dalamnya kecuali orang yang paling celaka. Yang mendustakan
(kebenaran) dan berpaling (daripada iman). (Al-Lail: 14-16)

3.

Neraka Hathamah

Sebenarnya dia akan dilemparkan ke dalam neraka Hathamah. Tahukah engkau


apakah Hathamah itu? Iaitu api neraka yang bernyala-nyala. Yang membakar hati
manusia. Api yang ditutupkan kepada mereka. Sedangkan mereka itu diikatkan kepada
tiang yang panjang. (Al-Humazah: 4-9)

4.

Neraka Sair

Bahawasanya orang-orang yang memakan harta anak yatim dengan aniaya,


sesungguhnya mereka memakan api sepenuh perutnya. Dan nanti mereka akan
dimasukkan ke dalam neraka Sair. (An-Nisa: 10)

5.

Neraka Saqru

Di dalam syurga mereka saling bertanya dari hal orang berdosa. Apakah sebabnya
kamu masuk neraka Saqru. Jawabnya: Kerana kami tidak sembahyang, tidak memberi

makan orang miskin, kami percaya kepada yang bukan-bukan. Kami mendustakan hari
kiamat. (Al-Mudasir: 40-46)

6.

Neraka Jahim

Ambillah orang-orang yang berdosa itu, dan bawalah ke dalam neraka Jahim. Sesudah
itu tumpahkan ke kepalanya air panas untuk menyeksanya. Rasailah seksaan itu,
sesungguhnya (kamu) dahulu orang yang gagah lagi mulia. Inilah seksa yang kamu
ragu-ragukan pada masa dahulu itu. (Ad-Dukhan: 47-50)

7.

Neraka Hawiyah

Dan barangsiapa yang ringan timbangannya, maka dia dilemparkan ke neraka


Hawiyah. Tahukah engkau apakah neraka Hawiyah itu? Iaitu api yang sangat panas.
(Al-Qariah: 8-11)

Sesungguhnya neraka itu dimasuki dengan dua cara; pertama, penghuni neraka
dihalau dan dilemparkan masuk ke neraka. Cara ini digunakan kepada mereka yang
kafir, munafik dan Iblis. Manakala cara kedua ialah dengan meniti Titian ShirathalMustaqim. Cara ini akan dilalui oleh umat bertauhid, umat Nabi Muhammad sallallahu
alaihi wasallam, dan umat nabi-nabi yang terdahulu, baik mereka yang beramal salih
mahupun mereka yang derhaka. Bagi mereka yang akan masuk syurga, mereka akan
selamat melalui titian ini. Namun bagi mereka yang diputuskan hukumannya di neraka,
mereka akan terjatuh ke dalam lubang neraka Jahannam.

Dalam al-Quran juga Allah telah menceritakan mengenai cara penghuni neraka itu
dibakar. Apabila sahaja kulit tubuh mereka hangus, kulit yang baru akan tumbuh dan
tubuhnya dibakar lagi sehingga hangus. Kemudian tumbuh lagi kulit yang baru dan
dibakar lagi, dan begitulah seterusnya mereka diseksa berulang-ulang dengan penuh
kesakitan.

MAKANAN PENDUDUK NERAKA

Penduduk neraka tetap diberi makanan walaupun makanan ini tidak menyuburkan
badan mereka...
Firman Allah SWT:
Mereka tidak memperolehi makanan selain daripada pohon yang berduri, yang tidak
menggemukkan dan tidak pula menghilangkan lapar."
(Surah Al-Ghasiyah, ayat 6-7)

MINUMAN AHLI NERAKA

1. Hamim (air yang mendidih)


Firman Allah SWT:
"Inilah neraka Jahanam yang didustakan oleh orang-orang yang berdosa. Mereka
berkeliling di antaranya dan di antara air yang mendidih yang memuncak panasnya."
(Surah Ar-Rahman, ayat 43-44)

2. Ghassaq (nanah dan darah)


Firman Allah SWT:
"Maka tiada seorang teman pun baginya pada hari ini di sini. Dan tiada makanan sedikit
pun kecuali dari darah dan nanah. Tidak ada yang memakannya kecuali orang-orang
yang berdosa."
(Surah Al-Haqqah, ayat 35-37 )

3. Sadid (air danur (nanah) yang keluar dari tubuh ahli neraka)
Firman Allah SWT:
"Dihadapan mereka ada neraka Jahanam, dan ia diberi minum dari air danur (nanah)
yang keluar dari tubuh ahli neraka."
(Surah Ibrahim, ayat 16)

4. Air seperti tembaga cair


Firman Allah SWT:
"Dan jika mereka meminta minum ,nescaya mereka akan diberi minum dengan air
seperti tembaga yang mendidih yang menghanguskan muka mereka. Itulah minuman
yang paling buruk dan tempat rehat yang paling hina."
(Surah Al-Kahfi, ayat 29)

PAKAIAN AHLI NERAKA

1. Pakaian dari api

Firman Allah SWT:


"Inilah dua golongan (mukmin dan kafir) yang bertengkar, mereka saling bertengkar
mengenai tuhan mereka. Maka orang kafir akan dibuatkan untuk mereka pakaian dari
api neraka. Disiramkan air yang sedang mendidih ke atas kepala mereka."
(Surah Al-Haj, ayat 19)

2. Pakaian dari minyak tar


Firman Allah SWT:
"Pakaian mereka adalah dari minyak tar dan muka mereka diliputi oleh jilatan api
neraka."
(Surah Ibrahim, ayat 50)

BAHAN BAKAR API NERAKA

Bahan bakar neraka adalah terdiri daripada manusia dan jin yang kafir dan ingkar
kepada Allah SWT, serta batu-batu termasuk patung berhala.
Firman Allah:
"Hai orang yang beriman. Peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang
bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat yang kasar, yang keras
yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkanNya dan mengerjakan
apa yg diperintahkanNya."
(Surah At-Tahrim, ayat 6)

Wajah penghuni-penghuni neraka akan dibaluti dengan api; air yang mendidih akan
dicurahkan ke atas kepala mereka. Dan, mereka akan dicop pada sisi dan di belakang
mereka. Tanpa rehat dan keringanan daripada hukuman, kesengsaraan akan
berpanjangan buat selama-lamanya.
Api yang panas akan menyelubungi penghuni-penghuni neraka. Peneranganpenerangan di dalam al-Quran, memberi gambaran jelas betapa dahsyatnya azab
yang dihadapai oleh ahli-ahli neraka; pakaian daripada api akan dibuat untuk mereka
(surah al-Hajj: 19), dan mereka akan memakai baju daripada tar (surah Ibrahim: 50).
Setiap kali kulit mereka hangus terbakar, tubuh mereka akan digantikan dengan kulit
yang baru (surah an-Nisa: 56) supaya mereka akan sentiasa merasai sakit yang tidak
henti-henti daripada api. Mereka akan dirantai dan disebat. Tangan diikat di leher,
mereka akan dicampakkan ke dalam lubang neraka (surah al-Furqan: 13). Mereka akan
berbaring di atas katil daripada api neraka yang dialas dengan linen daripada api.
Mereka akan menjerit dan merayu untuk dilepaskan, tetapi tidak akan berjaya; tiada
sesiapa di sekeliling yang akan menjawab. Mereka akan meminta untuk diringankan
hukaman, walaupun untuk sehari, tetapi permintaan mereka akan dijawab dengan
penghinaan dan hukuman yang lebih menyeksakan.
Bunyi gemuruh daripada api adalah sangat kuat dan boleh didengar daripada jauh.
Penghuni-penghuni neraka akan dicampakkan ke dalam amukan api (surah al-maaarij:
15) yang menyala dengan hebatnya (surah al-Layl: 14) dan dibakar ketika mereka
menjerit dan menangis.
BERBAGAI BENTUK SEKSAAN BAGI PENDUDUK NERAKA

Seringan-ringan siksa adalah seseorang yang memakai terompah dari bara api,
sehingga menyebabkan otaknya mendidih. (HR. Bukhari dan Muslim).
Kepala mereka akan disiram dengan air panas sehingga melelehkan otak mereka,
begitu pula isi perut dan kulit mereka. (QS. Al-Hajj: 19-21).

Wajah mereka akan diseret di atas bara api, juga dibolak-balik seperti daging bakar.
(QS. Al-Ahzab: 66).
Wajahnya akan dihitamkan seperti tertutup kepingan malam yang gelap gelita. (QS.
Yunus: 27).
Dikelilingi api dari setiap penjuru. (QS. Al-Ankabut: 55 dan Az-Zumar: 16).
Api membakar hati penduduk neraka, sehingga dari hati mereka keluar api.
Isi perut manusia akan terburai (menimpa kepada Amru bin Luhay, orang yang pertama
kali merubah ajaran tauhid nabi Ibrahim menjadi penyembahan terhadap berhala).
Terjun dari atas neraka, iaitu bagi mereka yang bunuh diri dengan menjatuhkan dirinya
dari tempat yang tinggi.
Tidak pernah mati selamanya. (QS. Ibrahim: 17).
Siksaannya tidak pernah berhenti. (QS. Al-Mukmin: 49-50).

ULAR DAN KALAJENGKING JAHANNAM

Dalam menjelaskan firman Allah:


Kami tambahkan kepada mereka seksaan di atas seksaan disebabkan mereka selalu
berbuat kerosakan. (QS. An-Nahl: 88).

Ibnu Masud berkata:


Iaitu kalajengking yang taringnya seperti pohon kurma yang panjang.

Imam As-Sudi mengatakan bahwa ia adalah ular-ular di dalam neraka. Riwayat tentang
ular dan kalajengking di neraka tidak ada yang marfu sampai ke Nabi saw, kebanyakan
mauquf pada sahabat dan sebagian israiliyat. Wallahu alam.

JERITAN, RINTIHAN DAN LOLONGAN PENDUDUK NERAKA

Di antara kengerian neraka; penduduknya merintih dan menjerit serta melolong seperti
keldai yang meringkek keras, yang demikian itu kerana pedihnya seksa yang dirasakan.
(Lihat QS. Al-Anbiya: 100, Hud: 106 dan Fathir: 37). Penduduk neraka akan menangis
sampai air mata mereka habis, sehingga yang keluar dari matanya adalah darah, ya
darah, bukan air lagi!
Mereka merintih dan memohon agar dapat dikeluarkan dari seksa neraka, mereka
berjanji akan beramal soleh jika dikembalikan ke dunia. Namun harapan mereka adalah
harapan kosong dan doa mereka adalah doa yang sia-sia. Malaikat berkata:
Sesungguhnya kalian akan tetap berada di neraka ini. (QS. Az-Zukhruf: 77).

SIAPAKAH PENDUDUK NERAKA?

Dari Al-Quran dan Sunnah yang sahih disimpulkan bahawa penduduk neraka adalah
orang yang musyrik, kafir, munafik, orang-orang sombong, orang-orang yang tidak
mengingkari Thaghut (sembahan yang disembah selain Allah) dan pemimpin zalim,
para pezina dan homoseks, peminum arak (minuman keras), pemakan riba (seperti
bunga Bank), hasil judi, pemakan harta anak yatim tanpa alasan yang benar, pembunuh
orang mukmin tanpa hak, pelaku bunuh diri, orang yang tidak mau berjihad dan tidak
mau membantu kaum muslimin yang tertindas dan diperangi, orang yang meninggalkan
solat, zakat, dan puasa, para dayyuts (orang yang membiarkan perbuatan maksiat

terjadi di hadapannya) dan orang yang durhaka kepada kedua orang tuanya, dll.
Wallahu alam.

You might also like