You are on page 1of 19

SMART SPS LEARNING

MENINGKATKAN PENGUASAAN MURID

DALAM MEMAHAMI KONSEP KEMAHIRAN PROSES SAINS ASAS DAN


TEKNIK MENJAWAB SOALAN BAHAGIAN B DALAM MATA PELAJARAN
SAINS
TAHAP DUA SEKOLAH RENDAH

ZAIJANAH BINTI LEH


SEKOLAH KEBANGSAAN KEBAGU
KOTA KINABALU, SABAH

ABSTRAK
Kajian ini dijalankan ke atas tahun 4 Aktif yang mana mempunyai
seramai 30 orang murid. Tidak semua murid adalah mempunyai kebolehan
yang tinggi kerana masih ramai diantara mereka adalah di kalangan yang
mempunyai pengetahuan pada tahap yang sederhana. Seiringan dengan itu,
pengkaji

mendapati pengajaran dan pembelajaran sains yang berkaitan

dengan soalan bahagian yang melibatkan kemahiran proses sains sangat


susah untuk diimplementasikan kepada murid-murid ini. Pengkaji telah
menjalankan pengajaran berulangkali tetapi masih terdapat murid yang tidak
memahami konsep soalan . Terdapat murid yang langsung tidak menjawab
soalan dan menyalin semula soalan sebagai jawapan. Dan apabila ditanya
murid akan menjawab lupa atau tidak tahu.
Ini menjadi satu keraguan dan keresahan kepada pengkaji dengan respon
sebahagian besar murid di kelas 4 Aktif ini. Oleh itu, tercetuslah satu idea
1

untuk menghasilkan satu teknik dan strategi untuk memastikan murid dapat
menguasai teknik menjawab dan memahami konsep serta kehendak soalan.
Pendekatan yang digunakan oleh pengkaji ialah aktiviti berpusatkan murid di
mana pengkaji menjalankan kaedah menghafal kata kunci sains dan
latihtubi. Pengkaji menamakan Kaedah pengajaran dan pembelajaran sains
ini sebagai SMART SPS LEARNING di mana ia melibatkan dua penggunaan
instrumen iaitu kad formula sains Smart SPS(formula kata kunci sains yang
diolah dengan cara nyanyian anak itik tokwi dan penggunaan Modul Smart
SPS (koleksi soalan latih tubi berjadual dan graf mengikut KPS:mengawal
pembolehubah,menyatakan tujuan dan corak perubahan).

1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


Dalam pengajaran dan pembelajaran sains

tahun 4,

merupakan titik

pertama untuk memperkenalkan kepada mereka tentang pengetahuan,


pemahaman konsep dan pengaplikasian terhadap kemahiran proses sains
dalam

soalan

bahagian

kemahiran proses sains

berformatkan

UPSR.

Terdapat

beberapa

yang diuji dalam melaksanakan eksperimen atau

ujikaji . Disamping itu, soalan-soalan yang berasaskan soalan UPSR dalam


bahagian B atau subjektif mula didedahkan kepada murid-murid lebih awal
sebagai persediaan mereka untuk menghadapi peperiksaan UPSR dalam
tempoh 3 tahun yang akan datang. Oleh itu, satu kajian telah saya jalankan
sebagai mencari satu teknik dan strategi yang berkesan untuk memastikan
murid tahun 4 Aktif

ini dapat memahami konsep tentang cara menjawab

soalan Bahagian B dengan lebih mudah dan tepat. Pada pengalaman


pengkaji, untuk mengajar topik yang berkaitan dengan soalan Bahagian B
memerlukan tenaga dan tumpuan yang lebih untuk memastikan murid
memahami konsep teknik menjawab soalan Bahagian B. Selain itu, ia
memakan masa yang lama untuk melihat kemajuan dan penguasaan murid
2

terhadap konsep teknik yang diajar. Oleh itu, pengkaji mendapat satu idea
untuk menghasilkan cara yang paling mudah untuk menerangkan teknik
menjawab kepada murid.
Pengkaji telah menyediakan dua bahan instrumen untuk membantu
murid dalam mengingat atau menghafal kata kunci terlebih dahulu,
kemudian pengkaji akan memberikan penerangan terhadap kata kunci untuk
membantu mereka menjawab soalan bahagian B yang menggunakan kata
kunci. Langkah seterusnya , pengkaji menyediakan satu set soalan latihtubi
sebagai bahan pengukuhan kepada murid untuk mengaplikasi pengetahuan
dan

pemahaman

daripada

formula

kata

pengajaran dan pembelajaran ini juga

kunci

yang

dihafal.

Teknik

dapat menyelesaikan masalah

adanya kekangan elektrik sewaktu perlaksanaannya.

1.1 ISU DAN MASALAH


Pada peringkat awalnya, saya telahpun menjalankan pengajaran dan
pembelajaran tentang topik yang berkaitan dengan eksperimen. Saya telah
memberi penerangan tentang cara menjawab soalan Bahagian B. Namun
saya dapati, tidak semua murid memahami apa yang saya ajar , hanya 30%
murid daripada 30 orang yang dapat memahami cara menjawab soalan
bahagian B. Murid tahun 4 Aktif masih belum faham penggunaan kata kunci
atau formula menjawab soalan bahagian B. Ini adalah kerana mereka keliru
dan tidak faham serta mudah lupa dengan teknik yang diajar. Ramai di
antara mereka yang masih bertanya dan menimbulkan persoalan semasa
menjawab kerana mereka tidak yakin dengan jawapan yang mereka berikan.
Ada juga yang laangsung tidak menjawab dan terdapat juga yang meniru
jawapan rakan. Bagi pendapat pengkaji, masalah ini timbul kerana mereka
belum lagi memahami konsep soalan bahagian B. Oleh itu, pengkaji
menghasilkan satu teknik pengajaran dan pembelajaran yang dapat
diaplikasikan di kelas dengan lebih mudah iaitu dengan cara Smart SPS ,
3

teknik pengajaran dan pembelajaran untuk menguasai cara menjawab


soalan

bahagian

ini

menggunakan

bahasa

melayu

sepenuhnya

memandangkan murid tahun 4 Aktif agak lemah dalam penguasaan bahasa


Inggeris.

2.0 PENGENALAN
Apa Itu SMART SPS LEARNING?
SMART SPS adalah satu teknik pengajaran dan pembelajaran yang
melibatkan dua instrumen kajian iaitu KAD FORMULA SAINS SMART SPS
(science process skills) kemahiran proses sains dan penggunaan MODUL
SMART SPS. Pengkaji mendapat idea ini daripada memikirkan satu cara yang
berkesan dan boleh digunakan dalam jangka masa yang panjang dan
berterusan selagi format cara menjawab soalan bahagian B tidak ada
perubahan. Pengkaji merancang dan menyediakan instrumen yang dapat
digunakan

semasa

pengajaran

dan

pembelajaran

yang

melibatkan

kemahiran proses sains dalam soalan bahagian B.

i.

KAD FORMULA SAINS SMART

SPS

dinyanyikan ikut

rentak lagu
(ANAK ITIK TOK WI);
Dalam memastikan murid ingat kata kunci atau formula menjawab
bahagian B, beberapa SPS(kemahiran proses sains) yang murid
perlu dikuasai, ingat dan hafal terlebih dahulu, ini adalah kerana
4

soalan bahagian B selalunya adalah dari soalan yang sama


walaupun

eksperimen yang berbeza . Sebagai contoh, soalan

bahagian B yang sering disoal;


a) Nyatakan tujuan penyiasatan dalam eksperimen di atas?
b) Nyatakan :
i.
Apa yang diubah (pembolehubah dimanipulasi)?
ii.
Apa yang hendak diukur (pembolehubah bergerakbalas)?
iii.
Apa yang ditetapkan (pembolehubah dimalarkan)?

Terdapat beberapa soalan lain yang sering berulang dan sentiasa


diajukan di dalam buku-buku rujukan, buku latihan dan soalansoalan UPSR sebenar. Secara umumnya, soalan -soalan bahagian B
adalah berkaitan dengan kemahiran proses sains (SPS;science
process

skills).

Oleh

itu

,pengajaran

tentang

konsep

soalan

kemahiran proses sains (KPS/SPS) perlu difahami dan dikuasai oleh


murid dan barulah murid akan dapat menjawab soalan bahagian B
dengan lebih tepat.
Dalam KAD FORMULA SAINS SMART SPS , saya hanya
menekankan kepada kata kunci mudah yang mana menjadi asas
dalam menjawab soalan bahagian B iaitu Kemahiran Proses Sains :i.mengawal pemboleh ubah dan mentafsir maklumat iaitu
ii. menyatakan tujuan dan
iii.menyatakan corak perubahan.
Pembelajaran dan pengajaran Sains tahun 4 merupakan tahun
awal pengenalan dengan soalan-soalan bahagian B berformatkan
soalan sains UPSR. Formula kata kunci ini dihafal dengan mengikut
rentak lagu anak itik tok wi.Dengan cara menghafal formula kata
kunci dengan cara nyanyian akan dapat menguatkan ingatan murid
lagi dengan kata kunci yang penting untuk mencari jawapan dengan
betul. Selain itu, didalam kad formula inni disertakan contoh soalan
yang boleh diguanakan oleh murid sebagai rujukan dan penerangan
tentang teknik menjawab. Selain itu, murid juga akan merasa lebih

seronok jika menghafal dalam bentuk nyanyian

jika dibanding

dengan cara menghafal seperti biasa.

Kad Formula Sains SMART SPS


ii.

MODUL SMART SPS.


Modul SMART SPS adalah merupakan koleksi soalan-soalan
jadual dan graf yang mana menguji kemahiran proses sains (SPS) i.
mengawal pemboleh ubah, dan

ii. Mentafsir maklumat iaitu

menyatakan tujuan dan menyatakan corak perubahan. Pengkaji


hanya menitikberatkan 3 kemahiran proses sains ini terlebih dahulu
memandangkan tahun 4 masih baru dalam bentuk soalan Bahagian
B berformatkan UPSR. Modul ini adalah merupakan asas pengajaran
dan pembelajaran untuk memahami konsep soalan dan teknik
menjawab soalan bahagian B. Ia juga merupakan latihan latihtubi
bagi memastikan murid dapat menguasai kemahiran proses sains
(SPS) ini. Tiga Kemahiran proses sains ini merupakan kata kunci
asas yang perlu dikuasai dahulu , dan apabila mereka menguasai
konsep dan teknik menjawab 3 kemahiran proses sains (SPS) ,
murid sudah boleh menjawab dalam soalan bahagian B yang lain
yang mana melibatkan kemahiran proses sains yang mempunyai
aras yang lebih tinggi. Teknik lain akan didedahkan kepada murid
peringkat demi peringkat. Pada peringkat ini juga , pengkaji
6

mendedahkan teknik menjawab soalan Bahagian B yang berkaitan


dengan jadual dan graf sahaja.Ini bertujuan untuk menimbulkan
minat murid terhadap sains dan tidak akan menganggap bahawa
sains adalah mata pelajaran yang

sukar . Dan bagi pengkaji,

apabila murid merasa pelajaran itu tidak membebankan dan


seronok untuk di belajar maka minat murid terhadap pelajaran
tersebut akan meningkat seterusnya dapat membantu penguasaan
dan pemahaman murid terhadap mata pelajaran sains.

MODUL SMART SPS : mengandungi 22 muka surat.


3.0

OBJEKTIF KAJIAN

3.1 Objektif Umum:


i.
ii.

Meningkatkan peratus lulus murid dalam mata pelajaran sains.


Meningkatkan prestasi murid untuk pencapaian cemerlang (A)

iii.

dalam sains.
Menjana daya pemikiran murid dalam penguasaan kemahiran
proses sains (SPS) dalam menjalankan eksperimen dan

iv.

penyelesaian masalah.
Memastikan murid dapat menguasai teknik menjawab bagi soalan
bahagian B.

3.2 Objektif Khusus:


i.

Mewujudkan pengajaran dan pembelajaran sains yang berkesan dan


menyeronokkan

dalam

penyelesaian

penyelesaian soalan bahagian B.


8

eksperimen

dan

khasnya

ii.

Meningkatkan penguasaan 3 kemahiran proses sains (SPS) yang asas

iii.

yang sering disoal soalan bahagian B.


Murid dapat memahami dan menguasai

konsep

iv.

menjawab soalan bahagian B.


Mewujudkan suasana pembelajaran

seronok

v.

membosankan murid.
Meningkatkan keyakinan dan kemahiran proses sains murid dalam

yang

dan
dan

teknik
tidak

menjawab soalan bahagian B.

3.3 KUMPULAN SASARAN:


Kajian di jalankan ke atas murid tahun 4 Aktif yseramai 30 orang murid.
Kelas ini terdiri daripada murid yang pelbagai peringkat kebolehan . 4
daripada mereka mempunyai aras pengetahuan yang tinggi dan separuh
daripadanya adalah mempunyai aras pengetahuan yang sederhana dan
sebilangan kecil daripada mereka adalah mempunyai aras pengetahuan
yang rendah.
4.0 DAPATAN KAJIAN
4.1 Pemerhatian :
Pemerhatian ke atas murid telah dibuat semasa perlaksanaan
pengajaran dan pembelajaran sains. Pengkaji telah memberikan beberapa
soalan di papan putih dan lembaran kerja. Setiap penyelesaian masalah ini
pengkaji akan

memberi penerangan tentang teknik menjawab dahulu.

Kemudian, Murid diuji dengan beberapa soalan bahagian B yang lain,


didapati sebahagian besar murid tidak dapat menjawab soalan sendiri dan
sering menanya dan meminta bimbingan guru untuk menyelesaikannya.
Senario ini sering berlaku setiap kali pengkaji mengajar tentang soalan
Bahagian B. Perkara ini amat merunsingkan kerana

penguasaan murid

dalam menjawab soalan bahagian B ini menyumbang besar kepada

pencapaian lulus dan cemerlang dalam mata pelajaran sains baik dalam
ujian, peperiksaan ataupun peperiksaan UPSR.

4.2 Semakan buku latihan;


Pengkaji memeriksa latihan yang dibuat oleh murid, didapati murid tidak
menyiapkan soalan bahagian B. Pada masa yang sama, terdapat jawapan
yang salah dan terbalik misalnya pembolehubah dimanipulasi menjadi
pembolehubah bergerakbalas atau sebaliknya. Pengkaji mendapati bahawa
murid-murid berada dalam situasi Misconception atau salah konsep dan
keliru. Murid-murid juga sering mengulang soalan di ruang jawapan ada juga
yang lengsung tidak menjawab soalan.

4.3

Analisis markah ujian dan peperiksaan;


Pengkaji mendapati markah keputusan ujian bulanan dan

peperiksaan

penggal pertama murid adalah tidak memuaskan. Di dalam

Kelas 4 Aktif , pengkaji mendapati kelemahan murid adalah di bahagian B.


Secara puratanya , hanya 28% murid yang dapat menjawab soalan bahagian
B dengan tepat dan mendapat skala markah antara 6-12/20. Selebihnya,
mendapat markah di antara 0-5 /20. Bagi murid tahun 4, pendedahan teknik
menjawab amat perlu sebagai persediaan mereka untuk menghadapi
peperiksaan UPSR yang akan diduduki oleh mereka di tahun 6 nanti. Oleh itu,
pengkaji menjangkakan jika murid kelas 4 Aktif ini dapat menguasai teknik
menjawab bahagian B lebih awal, sasaran untuk mendapat cemerlang A
dalam sains UPSR dapat dicapai dengan kualiti dan kuantiti yang lebih baik
di masa akan datang.

4.4 Analisis markah Ujian Pra.


10

Pengkaji telah menjalankan Ujian Pra yang merupakan ujian yang


menumpukan

soalan

Bahagian

sahaja.

Ujian

ini

dapat

melihat

perbandingan sebelum dan selepas pengajaran dan pembelajaran sains


menggunakan SMART SPS LEARNING. Dengan ini juga ,pengkaji dapat
menilai dan mengukur kerkesanan penggunaan teknik pengajaran ini. Ujian
ini hanya menguji 3 kemahiran proses sains iaitu mengawal pembolehubah,
menyatakan tujuan dan corak perubahan. Terdapat 2 soalan iaitu soalan
berjadual dan soalan graf. Markah penuh bagi ujian ini adalah 10. Didapati
perolehan keputusan markah untuk 30 orang murid tahun 4 Aktif adalah
seperti dibawah:
MARKAH UJIAN
PRA
BIL MURID DAN
MARKAH

0/
10

1/1
0

2/
10

4/1
0

5/1
0

6/1
0

7/1
0

8/1
0

10/1
0

14

4.4.1 Refleksi Kendiri dan Tindakan yang dijalankan:


Ujian Pra telah dijalankan pada 14 Julai 2012 dan seramai 30 orang
murid 4 Aktif telah mengambil ujian ini.Keputusan menunjukkan bahawa
ramai murid yang belum menguasai teknik menjawab bahagian B. Ada
diantara murid yang langsung tidak dapat memberikan jawapan dengan
11

hanya menyalin soalan semula sebagai jawapan. Selain itu, terdapat juga
murid yang menyalin formula kata kunci sebagai jawapan . Murid juga keliru
untuk menentukan pembolehubah. Namun begitu, terdapat beberapa orang
murid yang mendapat markah yang baik di antara 6-10 markah iaitu 8 orang
atau 27% sahaja. Murid-murid ini memang di antara murid yang agak bijak
dan cepat memahami dan mengingat apa yang diajar. Melalui dapatan ini,
pengkaji terpaksa mencari satu idea teknik pengajaran dan pembelajaran
yang dapat digunakan dalam mengatasi masalah ini. Pengkaji berpendapat
bahawa murid

harus menguasai

formula kata kunci menjawab soalan

bahagian B. Apabila murid sudah memahami konsep dan teknik menjawab


,pengkaji akan menyediakan satu set modul sebagai aktiviti pengukuhan
tambahan agar murid dapat menguasai teknik menjawab dengan latihtubi
yang diberikan.

4.2

LANGKAH-LANGKAH PERLAKSANAAN AKTIVITI

TARIKH/H
ARI
12 julai
2012
16-20
julai 2012

LANGKA
H
Langkah
1
Langkah
2

21-22 julai
2012

Langkah
3

23 24
julai 2012
(2 minggu
mengikut
sesi pdp)

Langkah
4

PROSES

CATATAN

Guru menjalankan ujian Pra


kepada murid 4 Aktif
Guru menyediakan bahan untuk
pembinaan kad formula sains
Smart SPSdan Modul Smart
SPS.

Merancang, merangka,
menaip ,mencetak
,proses plastic leminate
dan memotong kad.

Guru memadankan kandungan


kata kunci Kad Formula dengan
rentak lagu Anak Itik Tok Wi
Guru memperkenalkan Kad
Formula sains kepada murid
dan menyanyikan bersama
dengan mengikut rentak lagu
Anak Itik Tok Wi. Seterusnya
guru menerangkan contoh
soalan dan teknik jawapan
12

Murid diminta untuk


menghafal kata kunci
dengan berpandukan kad
formula sains Smart SPS

6 -18 ogos Langkah


2012
5
(2 minggu)
30 ogos
2012

Langkah
6

bahagian B (KPS yang terlibat)


yang terdapat dalam kad
Formula.
Murid membuat soalan latih
tubi di dalam Modul Smart
SPS yang mengandungi 30
soalan.
Murid menjalankan Ujian Pos

Murid boleh merujuk


kad formula Smart SPS
jika perlu.
Guru mendapatkan
maklumat analisis
terhadap penguasaan
dan pemahaman murid
terhadap konsep dan
teknik menjawab soalan
bahagian B .pengkaji
juga membuat penilaian
dan pengukuran
terhadap SMART SPS
LEARNING

4.3 Perlaksanaan tindakan dan Pemerhatian terhadap respon


murid.
Kajian ini dijalankan dalam tempoh 1 bulan lebih bermula dari 12 Julai
hingga 30 Ogos 2012 ke atas 30 orang murid dari kelas

4 Aktif . Pada

peringkat awalnya, murid sangat seronok dan gembira apabila pengkaji


menjalankan

pengajaran

dan

pembelajarannya

dengan

menggunakan

beberapa set kad formula sains SMART SPS. Murid menyanyi bersama dan
mereka dapat menghafalnya dengan lebih cepat. Dalam kad tersebut juga
murid dapat membaca nota tentang teknik menjawab pembolehubah, tujuan
penyiasatan dan corak perubahan. Didapati

sebahagian besar murid

memahami konsep teknik menjawab bahagian B dengan lebih cepat jika


dibandingkan jika guru banyak menerangkan berbanding dengan kaedah ini.
Pendekatan ini dijalankan selama 2 minggu mengikut jadual masuk kelas.
Pada minggu ke ketiga, pengkaji menggunakan instrumen kedua sebagai
13

langkah pengukuhan di mana latihan berbentuk latih tubi menggunakan


modul SMART SPS.
Murid mula mengenal bentuk soalan bahagian B dan teknik menjawab
soalan

yang

melibatkan

kemahiran

proses

sains

yang

melibatkan

pembolehubah, menyatakan tujuan penyiasatan dan corak perubahan. 70%


murid dapat menjawab modul dengan berpandukan kad formula sains
SMART SPS dengan bantuan guru yang sedikit sahaja. Aktiviti pengajaran
dan pembelajaran menggunakan

dijalankan secara berkumpulan. 30%

murid yang agak lemah masih memerlukan bimbingan guru namun teknik
menggunakan Kad Formula sains SMART SPS dapat mempercepatkan lagi
proses pemahaman konsep

teknik menjawab soalan .Secara keseluruhan,

murid-murid dapat menyiapkan modul SMART SPS dalam tempoh 2 minggu.

4.4

Analisis Dapatan kajian melalui Ujian Pos


Bagi memastikan kajian ini berhasil, pengkaji menjalankan Ujian Pos

sebagai penunjuk aras keberkesanan Pendekatan dan strategi pengajaran


dan pembelajaran yang telah dijalankan. Berikut adalah hasil dapatan
daripada 30 orang murid 4 Aktif yang telah dijalankan pada 30 Ogos 2012;
MARKAH UJIAN
POS
BIL MURID
MENGIKUT
MARKAH

1M

2M

3M

4M

5M

6M

7M

8M

10M

12

14

Dalam ujian Pos, didapati keputusan ujian agak memuaskan dimana


sebilangan besar murid-murid menunjukkan prestasi yang sangat baik.
Terdapat banyak peningkatan jika dibandingkan dengan keputusan ujian Pra
yang telah dijalankan di awal kajian. Seramai 23 orang mendapat markah 6
ke atas iaitu kira-kira 76% sudah menguasai konsep teknik menjawab soalan
bahagian B. Berikut adalah perbandingan Keputusan ujian Pra dengan ujian
Pos. Pengkaji mengambil kesimpulan pengukuran pencapaian murid dengan
membahagikan markah pencapaian baik (6-10) dengan pencapaian rendah
(0 5) dan perlu diberi tumpuan dan dibimbing dari masa ke semasa
sehingga mereka menguasai konsep teknik menjawab soalan bahagian B .

PERBANDINGAN KEPUTUSAN UJIAN PRA DENGAN


UJIAN POS

15

REFLEKSI PENGKAJI :
Daripada dapatan kajian, perbandingan keputusan Ujian POS dan Ujian
PRA sangat jauh lebih baik dimana murid-murid menunjukkan satu kemajuan
yang amat diharapkan. Adalah berbaloi dengan usaha dan penat lelah
pengkaji

memikir

,merancang

dan

melaksanakan

kajian

ini.

Secara

perbandingan, Pada peringkat Ujian Pra seramai 22 orang murid mendapat


markah 0 5 manakala iaitu kira-kira 73%, pada Ujian Pos bilangan murid
yang berpencapaian rendah berkurang kepada 7 orang hampir 24% sahaja
dan bilangan murid yang mendapat markah 6-10 pada ujian Pra hanya 8
orang iaitu kira-kira 27% ,namun pada Ujian Pos bilangan murid yang
mencapai markah 6-10 meningkat kepada 23 orang iaitu 76% mula
16

menunjukkan kemajuan yang boleh dibanggakan. Melalui kajian ini ,pengkaji


mendapatkan satu hasil kajian yang sangat memuaskan pencapaiannya.
Namun, Pengkaji masih perlu menumpukan perhatian kepada 7 orang murid
yang masih memerlukan bimbingan seterusnya dalam memahami konsep
teknik jawapan. Pengkaji sangat berpuas hati dan rasa berbaloi segala usaha
dan inisiatif yang telah diberikan demi memastikan anak murid untuk
mencapai kecemerlangan dalam mata pelajaran sains khususnya.

5. PENUTUP
Dengan menggunakan SMART SPS LEARNING ini dapat memberikan
banyak impak kepada kemajuan murid. Antaranya ,murid sudah hafal
dengan kata kunci formula sains Smart SPS dengan lebih cepat. Teknik
menjawab juga semakin baik dikuasai lebih-lebih lagi dengan panduan nota
pada kad formula . Ia juga banyak membantu pengkaji dalam menerangkan
dan membimbing murid untuk menguasai konsep teknik menjawab soalan.
Pengkaji

tidak

perlu

menggunakan

banyak

tenaga

untuk

sentiasa

menerangkan konsep soalan dan masalah kerana murid sudah mula faham

17

dan tahu teknik menjawab. Implementasi


banyak

latihtubi Modul Smart SPS juga

membantu dalam meningkatkan penguasaan murid

terhadap

pencapaian dalam soalan bahagian B.


Teknik Pengajaran dan Pembelajaran ini akan diteruskan sehingga ke
peringkat tahun 5 dan 6. Di samping itu, pengkaji akan menambah lagi kata
kunci kepada tahap yang lebih tinggi misalnya kata kunci untuk menjawab
soalan menyatakan hubungan ,hipotesis dan kesimpulan. Pengkaji juga akan
berkongsi instrumen dengan guru-guru sains lain di sekolah agar dapat
meningkatkan peratus lulus dan cemerlang sains di masa akan datang.

RUJUKAN

Abdul Rashid Johar& Siti Rahayah Ariffin (2001). Isu pengukuran dan
penilaian pendidikan.
Bangi, Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia
18

Lembaga Peperiksaan Kementerian Pelajaran Malaysia,Kertas soalan


peperiksaan tahun-tahun
Lepas 2005 2011 UPSR SCIENCE, SASBADI SD. BHD
Mok Soon Sang(2003), Peperiksaan Panilaian Tahap Kecekapan, Skim
Perkhidmatan Guru,
Siri Pendidikan Perguruan, kumpulan Budiman SDN. BHD Subang Jaya.
Syuhada Asyikin (2010), Diagnostic Model Test Paper, UPSR, Cemerlang.
Toh Kim Kau, L. Shirley, Chai Mun Lee(2010), Success Science UPSR, Oxford
Fajar.

19

You might also like