You are on page 1of 1

Abstract

Kajian

ini

adalah

melibatkan

pengaplikasian

kaedah

latih

tubi

dalam

memperbetulkan sebutan huruf ra dengan sifatnya yang betul. Ia bertujuan untuk


menilai keberkesanan kaedah latih tubi melalui peningkatan pencapaian 6 murid
yang dipilih menjadi responden kajian daripada Tahun 3 Pintar Sekolah Kebangsaan
Duyong. Responden terdiri daripada 4 murid lelaki dan 2 murid perempuan.
Pemilihan responden adalah berdasarkan kepada kesalahan mereka menyebut
huruf ra dengan sifat yang betul. Instrumen yang digunakan oleh pengkaji ialah ujian
pra dan ujian pasca, temubual responden serta analisis dokumen. Hasil daripada
kajian ini telah menunjukkan peningkatan min skor yang ketara dalam pencapaian
ujian pasca berbanding dengan ujian pra iaitu sebanyak 43.33%. Hasil dapatan ini
membuktikan bahawa pengaplikasian kaedah latih tubi adalah berkesan dalam
proses memperbetulkan sebutan hurf ra dengan sifatnya yang betul.
Kata Kunci : latih tubi, huruf ra, peningkatan min skor

You might also like