You are on page 1of 4

Ratapan Anak Tiri

Asssalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima


kasih diucapkan kepada tuan pengerusi majlis, barisan hakim
yang arif lagi bijaksana, guru-guru serta rakan-rakan sekalian.
Izinkan saya memulakan bicara dengan membacakan serangkap
pantun,
Mari singgah ke Bandar Medan,
Santapan bakso enak sekali,
Kisah sedih jadikan teladan,
Ratapan Anak Tiri tajuk diberi.
Aisyah baru saja genap umur tujuh tahun. Dalam usia semuda
itu, dia telah menghadapi ujian yang amat pedih, iaitu kematian
ibu kesayangannya. Dia begitu terasa kehilangan ibu yang amat
disayanginya.
Ibunya meninggal dunia akibat penyakit barah. Kini,
tinggallah dia bersama bapanya. Bapa Aisyah seorang peniaga.
Kini, bapanya agak sukar untuk keluar daerah kerana dia tidak
mahu meninggalkan Aisyah sendirian.

Kebetulan ketika itu, di hujung kampong itu ada seorang


janda beranak dua. Wanita itu sudah kematian suami setahun
yang lalu. Pak Karsan , iaitu bapa Aisyah selalu berurus niaga
dengan janda itu yang bernama Maimunah.
Pertemuan demi pertemuan telah nenjalinkan satu ikatan
mesra. Tanpa berfikir panjang, pak karsan melamar Maimunah
dan kemudian mereka pun berkahwin.
Pada mulanya, Aisyah dilayan dengan baik oleh ibu tiri dan
dua adik tirinya. Hidup Aisyah kini mula ceria kembali. Walaupun
begitu, lngit tidak selalu cerah. Pak Karsan perlu menguruskan
perniagaannya.
Suatu hari, Pak Karsan telah pergi ke daerah lain untuk
menguruskan perniagaannya. Setelah segala persiapan diatur
maka Pak Karsan pun berangkatlah ke tempat tujuan.
Aisyah bersedih dan menangis kerana terpaksa berpisah
dengan bapa tersayang. Namun begitu, ibu tirinya pandai
memujuknya maka terubatlah kesedihannya.
Selang

beberapa

minit

ketiadaan

bapanya,

tiba-tiba

sahaja, Maimunah mengherdiknya. Apa tunggu lagi, Aisyah?


Pergi kemaskan segala barang kamu dan berambus! Jangan kau
ingat aku sayang akan kamu!

Terkejut Aisyah dengan sikap ibu tirinya yang tiba-tiba


berubah perangai seperti singa kelaparan.
Selama ini, aku memang bersabar dengan kamu. Lagipun,
aku hanya mahukan wang bapa kamu sahaja. Aku tidak boleh
terima kamu.
Ibu tiri Aisyah menghalau Aisyah keluar dari rumahnya.
Ya Tuhan! Apa telah terjadi, begitu cepat hidup aku berubah!
bisik Aisyah dalam hati. Dia menangis dan sedih dengan sikap
ibu tirinya itu.
Namun begitu Aisyah seorang yang tabah. Suatu hari nanti
bapanya akan pulang. Segalanya akan berubah kembali. Dia
masih terperanjat kerana kebahagiaannya lenyap dalam sekelip
mata.
Aisyah keluar dari rumah itu. Dia menangis sepuaspuasnya,

sambil

tujuannya.

terus

Bagaimana

berjalan
seorang

tanpa

mengetahui

budak

sepertinya

arah
harus

berdikari? Kini dia perlu fikirkan sesuatu. Dia seorang anak yang
kuat semangat. Dia pergi ke rumah bapa saudaranya di hujung
kampung itu.
Dalam pada itu, di rumah bapanya, ibu tiri dan adik
beradik tirinya sedang merancang sesuatu untuk menipu bapa

Aisyah apabila dia pulang nanti. Mereka bersepakat untuk


memberitahu bahawa Aisyah jatuh ke dalam sungai semasa
mandi dan hilang dibawa arus.
Semasa mereka gembira bercerita tentang rancangan
mereka, tiba-tiba terpacul wajah Pak Karsan. Pak Karsan sangat
marah mendengar Aisyah telah dianiaya oleh isteri dan anakanak tirinya. Pak Karsan segera menceraikan Maimunah dan
menghalau mereka dari rumahnya.
Pak Karsan akhirnya berkahwin lagi dengan seorang wanita
yang budiman. Wanita itu sangat menyayangi Aisyah. Kini,
Aisyah

bahagia

mempunyai

seorang

ibu

yang

amat

menyayanginya.
Moral yang boleh kita ambil daripada cerita ini ialah kita
mestilah ikhlas, tidak seperti Maimunah yang mengahwini bapa
Aisyah kerana mahukan wang sahaja. Kasih sayang merupakan
suatu yang amat berharga dalam kehidupan. Tanpa kasih sayang
sesebuah keluarga itu tidak akan sempurna.
Sekian, terima kasih.

You might also like