You are on page 1of 6

TAYAR DAN PENJAJARAN RODA

Fungsi Tayar
1. Menyediakan kusyen di antara jalan dan roda kenderaan untuk menyerap hentakan di jalan
yang kasar.
2. Menyediakan geseran di antara roda dan jalan untuk memberikan tarikan yang baik

Jenis dan Binaan Tayar


Terdapat 3 asas binaan tayar iaitu bergantung kepada susunan lapis badan:
1. Lapisan Balatan Serong
2. Lapis Balatan Serong dan Lintang
3. Lapis Balutan Radial

Lapisan Balutan Serong


Lebih dikenali sebagai tayar lazim. Lapis dibuat serong dan bersilang antara satu sama lain.
Silangan biasanya pada sudut 30 hingga 38 darjah.
Lapisa bulatan serong biasanya lebih senyap dipandu dan lancar. Tetapi mempunyai
kekurangan ketika membelok.

Lapisan Balutan Serong dan Lintang


Dibina sama seperti lapis serong, cuma ditambah dengan dua atau lebih lapis peneguh yang di
dudukkan di bawah bunga. Lapis menguatkan bunga dan membantu mencegah lentur atau liang
liut berlebihan.. Tayar berlapis balutan serong dan lintang ini lebih stabil.
Lapis Balutan Radial
Lapis pada keliling bingkai melintangi tayar di bawah bunga. Lapis ditambah di bawah bunga
berupa jejari. Jenis ini lebih kukuh dan mempunyai dinding sisi yang lebih lentur yang
menjadikan tayar lebih lancar dipandu dengan kurangnya rintangan berguling dan mempunyai
tapak yang baik. Kurangnya rintangan berguling boleh menjimatkan penggunaan bahan api.
Saiz dan Kadaran Beban Tayar

Kadar beban tayar dijelaskan melalui bebanan yang upaya disangga oleh tekanan udara tayar.
Tiap-tiap tayar dengan kadar minimun sekurang-kurangnya upaya menyangga suku daripada
berat kereta.
Terdapat tiga kategori sistem kadar beban iaitu B, C, D. Ringkasnya lebih besar tayar, lebih
tinggi kadar beban yang upaya disangga. Beban tayar yang paling selamat bergantung kepada
saiz, kadar beban dan tekanan udara. Kebanyakkan kereta penumpang menggunakan tayar
ditanda dengan kadar beban B, iaitu dengan tekanan udara maksimun 32 psi.
Saiz Tayar
Saiz tayar diukur berasaskan lebar dan tinggi keratan rentas tayar.
P 185/80 R 13

Contoh Saiz Tayar :

Kereta
Penumpang

lebar dinding sisi


ke dinding sisi

nisbah bidang

Jenis lapis
Jejari

Garispusat
Rim

Gred Nilai Tayar


Tayar import radial menggunakan sistem kadar kelajuan. Sistem ini digunakannmenurut rekaan
tayar yang mempunyai tiga kadar biasa:
SR - Kelajuan maksimun 112 bsj
HR - Kelajuan sehungga 130 bsj
VR - Kelajuan sehuingga 165 bsj
Kadar ini ditetapkan dalam saiz ditandakan dengan 175 SR x 13. Ini bererti, lebar tayar 175 mm
dengan kelajuan 112 bsj.

Kadar kelajuan di bawah pertimbangan bolehlah berpandukan kepada kadar berikut:

P
Q
R
S
T
U
H
V

150 km / j
160 km / j
170 km / j
180 km / j
190 km / j
200 km / j
210 km / j
lebih daripada 210 km / j

Gred tayar menggariskan tiga nilai : Haus bunga, tarikan dan rintangan ke suhu tinggi.

Jenis-Jenis Kehausan Tayar


Tekanan udara yang betul perlu untuk:
1. Keselamatan pemandu
2. Perbatuan yang baik
3. Pautan jalan

Tekanan udara tayar yang betul memberikan sentuhan penuh bunga tayar dengan daya di
sepanjang bunga tayar lebar. Bunga tayar akan haus sekata disepanjang lebar dan menyenggara
tepi bentuk tayar.
Tekanan tayar tayar rendah, biasanya kawasan bunga tengah tayar, pada sentuhan jalan akan
terangkat sementara dinding sisi berkedaan lebih lentur. Penumpuan tegasan ke atas tepi luar
bunga tayar terjadi menyebabkan haus ke paras maksimum pada tepi luar bunga tayar dan
meminimumkan haus pada bahagian tengah bunga tayar.
Tekanan udara tayar berlebihan, boleh menghalang bunga tayar membuat sentuhan rata di
sepanjang lebar bunga tayar. Ini menjadikan tayar sukar di pandu dan mengurangkan
cengkaman jalan.
Jika tekanan udara tayar tidak sekata, terutama pada tayar hadapan, ini boleh menyebabkan
kereta tertarik ke satu sisi ketika membrek atau ketika melepaskan steering.

PENJAJARAN RODA
Tujuan Penjajaran Roda
Tujuan utama sistem stereng dan sistem gantungan ialah untuk memberikan kawalan maksimum
kenderaan dan membenarkan semua roda berguling betul dan sempurna dalam semua keadaan
jalan.
Penjajaran roda ialah semakan dan larasan sudut ke penentuan sebuah kenderaan.
Takrif Penjajaran Roda
Kamber
Kamber ialah jumlah darjah kecondongan roda hadapan dipandang dari hadapan kereta.
Sekiranya roda condong keluar pada bahagian atas ia di panggil Kamber Positif
Sekiranya roda condong ke dalam pada bahagian atasnya ia dipanggil Kamber Negatif
Kebanyakan kenderaan menggunakan kamber positif, ini menjadikan berat penumpang atau
barang-barang menambah berat kenderaan tersebut memberikan sudut roda hampir tegak ketika
ia berguling.
Jika roda diset pada kamber kosong, penambahan berat penumpang dan berat beban
menyebabkan roda tercondong arah dalam iaitu ke Kamber Negatif.

Kaster
Kaster ialah jumlah darjah kecondongan paksi roda pada pandangan sisi.
Kaster Positif ialah bahagian atas paksi condong ke arah belakang
Kaster Negatif bahagian atas paksi condong ke arah hadapan.
Kaster akan menjadi kosong apabila paksi stereng lurus dari atas ke bawah.
Tujuan Kaster Positif ialah untuk menyelenggara roda hadapan lurus dalam kedudukannya.

Sudut Condong Cemat Besar


Sudut Kecondongan Cemat Besar ialah sudut diantara garis tegak dengan garis bayangan di
antara tengah smbongan bebola atas dan bawahh apabila dilihat dari hadapan kenderaan.

Kecondongan cemat besar ke arah luar pada bahagian bawah mempunyai kaitan langsung
dengan sentuhan bunga tayar dengan jalan. Kecondongan ini bertujuan untuk memudahkan
stereng dibeloklkan.

Toe- In dan Toe-Out


Toe-in ialah jarak bahagian hadapan roda lebih kecil berbanding dengan jarak bahagian belakang
roda dilihat dari atas.
Toe- out ialah apabila jarak bahagian hadapan roda lebih panjang daripada jarak bahagian
belakang roda hadapan.
Toe Out Semasa Membelok
Ia juga dikenali sebagai geometeri stereng yang dirujukkan kepada perbezaan sudut di antara dua
roda hadapan dengan kerangka kenderaan ketika membelok.

STERENG
Fungsi Stereng
Sistem stereng terdiri daripada gear stereng, roda stereng dan rangkaian stereng.
Penyambung stereng ialah rangkaian sistem pemaut, roda, tuib dan tuil digunakan untuk
memindahkan pergerakan darpada gear stereng ke buku sendi roda hadapan. Gear stereng ialah
alat yang membuatkan gear memindahkan kesan putiran oleh pemandu ke pemaut bagi aturan
mengawal arah kenderaan.
Terdapat Dua Jenis Sistem Stereng:
1. Jenis Sistem Stereng Insani
2. Jenis Sistem Stereng Kuasa
Terdapat Dua Asas Gear Stereng:
1. Stereng Kekotak
2. Rak dan Pinan
Jenis Kekotak Gear Stereng
1.
2.
3.
4.

Bebola Edaran Semula


Ulir dan Rola
Gear Ulir dan Pancang
Ulir dan Sektor

Stereng Kuasa
Sistem stereng kuasa menggunakan kuasa hidraul untuk membantu pemandu memusingkan roda.
Asas sistem stereng kuasa mengandungi satu pam, hos dan omboh. Pam dipacu oleh enjin dan
digunakan untuk mengorak kuasa hidraul bagi menjalankan sistem. Hos pula untuk
mentambung pam ke omboh kuasa. Omboh kuasa menggunakan kuasa hidraul yang terorak
oleh pam bagi membantu menggerakkan gear stereng atau perangkai.

You might also like