You are on page 1of 5

KonsepPentaksiran,PengujiandanPenilaian

Konsep Pentaksiran, Pengujian dan Penilaian


Secara menyeluruh, penilaian pendidikan mencakupi aspek-aspek hasil pengajaran dan
pembelajaran dan juga hasil program pengajian berbanding matlamatnya. Dalam dunia
pendidikan, penilaian yang sistematik, dengan mengambil kira semua faktor yang boleh
mempengaruhi guru dalam membuat sesuatu keputusan dengan tepat. Pengujian,
pengukuran dan penilaian adalah beberapa konsep penting dalam dunia
pendidikan. Sering kali istilah ini digunakan secara bertukar ganti. Secara khususnya,
ketiga-tiga istilah berkenaan mempunyai makna yang spesifik dan ketiga-tiganya
mempunyai perbezaan.

Pentaksiran
Pentaksiran adalah suatu proses yang meliputi pelbagai kaedah untuk menentukan
tahap sesuatu ciri atau atribut yang diperolehi seseorang individu. Pengukuran
merupakan suatu proses kuantifikasi dengan memberi nilai angka kepada kewujudan
sesuatu ciri dan atribut. Dalam pengajaran dan pembelajaran di universiti, kewujudan
ciri penguasaan sesuatu isi kursus yang diajar oleh pensyarah pada pelajar
dikuantifikasikan dengan memberi skor ujian. Pentaksiran adalah bertujuan sebagai
salah satu proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam
pembelajaran. Pentaksiran juga dapat digunakan untuk menilai aktiviti yang dijalankan
semasa pengajaran dan pembelajaran. Seterusnya, mendapatkan maklumat secara
berterusan tentang pengajaran dan pembelajaran serta membantu guru untuk
membaiki pengajaran dan pembelajaran. Melalui pentaksiran yang dijalankan, guru
dapat merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang tersusun dan sistematik
bersesuaian dengan tahap keupayaan murid. Guru dapat melibatkan semua atau
sebahagian besar murid dalam kelas secara efektif dan dapat merancang serta
melaksanakan aktiviti tindakan susulan yang berkesan.pentaksiran merangkumi aktiviti
menghurai, merekod, memberi skor dan mengintepretasi pembelajaran seseorang
murid. Pentaksiran yang baik dapat dinilai melalui beberapa ciri seperti ;
1.
i. Keobjektifan iaitu berdasarkan ketepatan seseorang pemeriksa memeriksa
skrip jawapan.
Kebolehtadbiran susulan iaitu berdasarkan kelicinan dan kerja-kerja yang
dilaksanakan secara berpusat atau berasaskan sekolah.
2.

Kemudahtafsiran berdasarkan calon iaitu bergantung tentang maklumat tentang


calon skor, mendiskriminasikan, dan menepati tujuan mengadakan sesuatu ujian.
3.

iv.

Menyeluruh iaitu mengandungi soalan-soalan yang mewakili semua objektif yang


penting.
Terdapat beberapa kaedah yang biasa digunakan dalam menjalankan pentaksiran iaitu
seperti pemerhatian, lisan dan penulisan.
Petaksiran boleh juga dibuat tanpa menggunakan pengujian. Sebagai contoh,
kemahiran melukis seseorang murid boleh diukur melalui pemerhatian atau
pencerapan, sementara pengetahuan dan sikapnya boleh diukur melalui temubual.
Justeru, kita boleh menganggapkan pentaksiran sebagai proses untuk mendapatkan
sesuatu ukuran dengan menggunakan kaedah tertentu, manakala pengujian pula
merupakan salah satu daripada kaedah tersebut. Pentaksiran tidak bersifat mutlak,
misalnya, pengukuran keupayaan mental seseorang sudah tentu lebih sukar diukur
secara tepat berbanding ketinggian fizikalnya. Ketinggian fizikal seseorang boleh diukur
secara tepat dengan menggunakan alat ukur yang tepat seperti penggunaan pembaris.
Seterusnya, seseorang pelajar yang mendapat skor 90 tidak boleh dianggap
mengetahui dua kali ganda daripada pelajar yang mendapat skor 45, walaupun skor 90
itu dua kali ganda 45. Seseorang pelajar yang mendapat skor sifar pula tidak juga
boleh dianggap sebagai tidak mempelajari/ mengetahui tentang sesuatu pelajaran yang
diajar guru. Ini jelas menunjukkan ukuran aspek-aspek berkenaan bukanlah petunjuk
yang tepat sebagaimana ukuran ketinggian fizikal pelajar menggunakan pembaris.
Justeru, seseorang guru perlu menggunakan alat yang tepat bagi menjalankan
pentaksiran yang tepat. Jika alat yang digunakan mempunyai kecacatan, maka sudah
pastilah ukuran yang diperoleh juga tidak tepat.

Pengujian

Pengujian merupakan proses mengaturkan satu siri tugasan untuk diselesaikan supaya
pemerhatian tepat dibuat tentang penguasaan pelajar dalam sesuatu kursus di
universiti. Ujian adalah alat ukur. Ujian digunakan bagi mengukur penguasaan pelajar
dalam sesuatu kursus. Ujian mengandungi satu set tugasan (dalam bentuk tugasan)
yang berdasarkan sesuatu kursus bagi merangsang pelajar untuk menunjukkan tahap
penguasaan mereka dalam kursus berkenaan. Tahap penguasaan pelajar biasanya
dikuantifikasikan
dengan
memberi
skor
kepada
jawapan
yang
diberi.
Memandangkan ujian merupakan alat ukur yang sering digunakan untuk mendapatkan
bukti empirik bagi tujuan penilaian pengajaran dan pembelajaran di universiti, tumpuan
perlu diberi bagi membina ujian yang bermutu, mentadbir ujian berkenaan dengan betul
dan mentafsir dapatannya dengan tepat. Kita perlu memastikan penilaian terhadap
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dapat dilakukan dengan sempurna dan

boleh dipertahankan. Satu daripada cara-cara memastikan ini berlaku ialah dengan
menjalankan pengujian yang berkualiti.
Hasil daripada pemarkahan jawapan pelajar, satu ukuran yang disebut sebagai
markah akan diberikan kepada pelajar tersebut. Pengujian menjelaskan tahap berapa
baiknya prestasi pelajar yang diuji.
Proses pengujian lazimnya bermula dengan peringkat persediaan, diikuti pelaksanaan/
pentadbiran ujian dan berakhir dengan pemeriksaan skrip jawapan. Melalui pengujian
inilah seseorang guru mengetahui sama ada pelajar-pelajarnya telah menguasai
pengetahuan, kemahiran atau sikap yang ingin disampaikan guru.
Kesimpulannya, pengesanan hasil pengajaran dan pembelajaran boleh dibuat melalui
pengujian, pengukuran dan penilaian yang tepat, yang dilaksanakan guru dalam bilik
darjah. Justeru, kecekapan guru membangunkan alat pengujian amat penting, malah
sama pentingnya dengan penguasaan guru terhadap kurikulum yang diajar bagi
menjamin keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

Penilaian
Penilaian adalah konsep yang telah digunakan dalam pelbagai bidang. Penilaian
dilakukan kerana mempunyai matlamat tersendiri. Dengan mengadakan penilaian, ia
akan membolehkan kita membuat anggaran, sama ada matlamat yang telah ditetapkan
itu tercapai atau sebaliknya. Penilaian juga dapat dianggap sebagai satu cara untuk
mendapatkan bukti yang tepat tentang sesuatu perkara. Maklumat dan bukti ini amat
penting dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Misalnya, dalam pendidikan, penilaian
dapat menyelesaikan masalah tentang pencapaian matlamat yang ditetapkan, seperti
menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M) di kalangan murid sekolah
rendah. Dalam membuat penilaian, anda mungkin sering kali berhadapan dengan
pelbagai masalah. Misalnya, tentang persoalan yang ingin diselesaikan, apakah bukti
yang dianggapkan mencukupi atau bagaimana cara mendapatkan maklumat, siapa
yang perlu mendapatkan maklumat dan sebagainya. Dengan memahami konsep
pengujian, pengukuran dan penilaian, kita akan dapat merancang langkah-langkah
dengan lebih teratur dan sistematik bagi mendapatkan maklumat yang tepat. Banyak
definisi telah diberikan kepada istilah penilaian.
Penilaian boleh dianggap sebagai proses membuat pertimbangan atau keputusan
dalam memberikan nilai, mutu, kualiti atau harga bagi sesuatu benda atau perkara.
Secara menyeluruh, penilaian pendidikan mencakupi aspek-aspek hasil pengajaran dan
pembelajaran dan juga hasil program pengajian berbanding matlamat asalnya. Dalam
keadaan ini kita boleh mengatakan guru sebenarnya mengukur pencapaian pelajar
melalui ujian yang dijalankan. Tindakan susulan guru ialah menilai ukuran pencapaian

tersebut dengan menggunakan keputusan ujian itu bersama maklumat lain yang
berkaitan. Selain menggunakan data kuantitatif, penilaian juga boleh dibuat dengan
menggunakan data berbentuk kualitatif seperti yang diperoleh daripada pemerhatian
atau temubual.

Perbandingan Pengujian, Penilaian dan Pentaksiran


Secara umumnya pengujian,penilaian dan pentaksiran digunakan untuk menentukan
tindakan susulan yang harus dilakukan oleh pihak tertentu untuk penambahbaikan
dalam aspek kaedah, pendekatan yang digunakan, teknik dan starategi yang akan
digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Walaubagaimanapun pengukuran,pengujian, penilaian dan pentaksiran mempunyai
konsep yang berbeza dan setiap daripadanya mempunyai hasil yang berlainan dalam
membantu proses pentaksiran dijalankan secara keseluruhannya. Oleh yang demikian
perbezaan konsep pengujian, penilaian dan pentaksiran ialah:
perbandingan
Definisi

Pentaksiran
Sebuah
proses
yang menentukan
peringkat
pencapaian
dan
prestasi seseorang
individu atau murid
Tujuan
Bagi
membuat
pengelasan
terhadap
pencapaian
dan
kedudukan dalam
pembelajaran
Bentuk
1. Set ujian bertulis
1.
dengan
markah
2.
dan gred
3.
Proses
Menjalankan
perlaksanaan
proses pengujian
menggunakan set
ujian
dan
kemudian
mencatat
atau
merekod markah

pengujian
Satu alat yang sistematik
untuk
menilai
dan
mengukur
perubahan
dalam sesuatu aspek
tingkah laku.

penilaian
Sebuah
proses
menentukan perubahan
tingkah
laku
dan
membuat pertimbangan
nilai.

Untuk
menentukan Memberi
maklumat
pencapaian
terhadap tentang
pencapaian
sesuatu pembelajaran
objektif pembelajaran.
Kaedah mengajar dan
kurikulum.
Pemerhatian
1.
Ujian lisan
2.
Ujian bertulis
Menyediakan set ujian
berdasarkan cara ujian
yang ingin dijalankan.
Melakukan
pentadbiran
semasa
menjalankan
ujian
dan
seterusnya
menjalankan pemeriksaa

Jadual
Gred
berdasarkan
teknik perangkaan
Menentukan
kaedah
pengukuran yang ingin
dijalankan
dan
melakukan
proses
pengukuran
dan
penganalisaan semasa
pengukuran dilakukan.

serta
gred

Masa

liputan

keputusan

memberi n terhadap set ujian yang Kemudian


proses
telah dijalankan.
interpretasi dijalankan
sebelim
melapor
dapatan kajian dan
tindakan.
Selepas
sesi Selepas
sesi Boleh
dijalankan
pembelajaran
pembelajaran
sebelum, semasa atau
selepas
sesi
pembelajaran
Terhad
kepada Terhad kepada sesuatu Menyeluruh
terhadap
sesuatu peringkat kemahiran atau
sesuatu pembelajaran
pembelajaran
pembelajaran yang telah sehingga
kepada
disampaikan
keseluruhan sesebuah
kurikulum
Menunjukkan
Menunjukkan
prestasi Menunjukkan
pencapaian secara sesuatu kemahiran atau pencapaian
relatif
penguasaan
keseluruhan seseorang
pembelajaran
yang individu namun tidak
spesifik
hanya menggambarkan
kebaikan
individu
tersebut.

Rumusan
Kesimpulannya pengujian, pengukuran dan penilaian yang tepat dan berkesan yang
dijalankan oleh guru di bilik darjah membantu guru dalam mempertingkatkan pencapaian
pengajaran dan pembelajaran yang berkesan serta membantu guru dalam
memperkembangkan lagi teknik, kaedah dan mengesan kelemahan pelajar

You might also like