You are on page 1of 3

SOALAN-SOALAN KUIZ KEMERDEKAAN 2013

BAHAGIAN i - SOALAN-SOALAN SUBJEKTIF


1. Pada tahun berapakah bendera Malaysia diisytiharkan secara rasmi sebagai Jalur
Gemilang?
2. Nyatakan tema Hari Kebangsaan Malaysia bagi tahun 1980?
3. Bunga Raya merupakan bunga kebangsaan Malaysia.Pada tahun bilakah Kementerian
Pertanian telah diarahkan untuk mencadangkan bunga yang sesuai untuk dipilih sebagai
bunga kebangsaan?
4. Bilakah tarikh asal yang dicadangkan bagi penubuhan Malaysia? (melibatkan Tanah Melayu,
Singapura, Sabah & Sarawak)
5. Jemaah Menteri Malaysia yang pertama telah diumumkan oleh Ketua Menteri , Tunku
Abdul Rahman Putra Al-Haj pada 28 Ogos 1957. Siapakah yang dilantik sebagai Menteri
Kementerian Pertanian pada tahun tersebut yang juga merupakan menteri pertama
Kementerian Pertanian?
6 . Pada tahun bilakah Rancangan Buku Hijau dilancarkan?
7. Nyatakan 2 objektif Dasar Pertanian Negara ke-3 (DPN3)
8. Satu ideologi kebangsaan Malaysia telah dibentuk
Gerakan Negara (MAGERAN). Namakan ideologi tersebut.

pada 31 Ogos 1970 oleh Majlis

9. Dimanakah Pengisytiharan Kemerdekaan dibuat dan bilakah tarikh pengisytiharan


tersebut diumumkan?
10. Tugu Peringatan Negara (Tugu Negara) telah dibina pada tahun 1966 dan mempunyai
ketinggian 15 meter serta diperbuat daripada gangsa. Siapakah yang mereka tugu negara?
11. Penggunaan nama Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MoA) telah
diwujudkan secara rasmi pada ? Nyatakan tarikh dan tahun ditubuhkan secara rasmi.
12. Pada tahun 1970 Kementerian Pertanian yang pada ketika itu merupakan Kementerian
Pertanian & Syarikat Kerjasama telah ditukar nama kepada Kementerian apa?
13. Apakah tema Pameran Malaysian
(MAHA) bagi tahun 1999?

Agriculture,

Horticulture,

and Agrotourism

BAHAGIAN ii - SOALAN-SOALAN OBJEKTIF :


14. Jata Negara Malaysia merupakan lambang Persekutuan Tanah Melayu yang telah
diperkenankan dan diwartakan oleh Raja-Raja Melayu pada 30 Mei 1952. Lima bilah keris yang
terdapat pada Jata Negara melambangkan?
a. Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu
b. Keberanian Rakyat Persekutuan Tanah Melayu
c. Rukunegara
15. Suruhanjaya Cobbold dibentuk pada tahun?
a. 17 Januari 1962
b. 18 Januari 1962
c. 1 Julai 1963
16. Bilakah Pilihan Raya Persekutuan pertama diadakan?
a. 25 Oktober 1957

b. 1 September 1958
c. 27 Julai 1955
17. Pendudukan Jepun di Tanah Melayu dan Singapura berlangsung selama berapa
tahun?
a. 4 tahun 5 bulan
b. 3 tahun 8 bulan
c. 2 tahun 7 bulan
18. Lagu Negaraku berasal dari lagu Kebesaran Negeri Perak yang juga merupakan
sebuah lagu popular suatu ketika dahulu. Namakan tajuk lagu tersebut?
a. Dirghayu Tanah Airku
b. Nyiur Melambai
c. Terang Bulan
19. Siapakah yang mencipta Bendera Malaysia yang kemudiannya dikenali sebagai Jalur
Gemilang?
a. Mohamed Hamzah
b. Hamzah Mohamed
c. Arshad Abdullah
BAHAGIAN iii - SOALAN PANDANGAN
20. Berikan Pandangan Anda Mengenai Erti Kemerdekaan. Erti kemerdekaan adalah ...
(Tidak melebihi 30 patah perkataan)

BUTIRAN PESERTA
Nama :
No. K/P:
Jawatan:
Bahagian:
No. Tel/Faks :
E-mel:
Tanda tangan :
Tarikh :

You might also like