You are on page 1of 5

a.

Kejayaan dalam sistem pemerintahan iaitu dengan mencontohi sistem birokrasi


barat
b. Kejayaan dalam pembangunan ekonomi
c. Peningkatan kemudahan asas dan kemudahan sosial konsep Persekutuan
Tugasan sejarah pt3 2015

Berikut adalah bahan rujukan yang boleh dirujuk dalam menulis perkaitan
pembentukan persekutuan dengan kedaulatan Malaysia

Konsep Persekutuan
Ditinjau dari sudut sejarah, konsep federalisme di negara kita telah wujud dan
diguna pakai sejak 1896. Ia bermula apabila kerajaan Negeri-negeri Melayu
Bersekutu diperkenalkan melalui Perjanjian Persekutuan 1895 yang
menggabungkan empat negeri yang dijajah British iaitu Selangor, Perak, Pahang
dan Negeri Sembilan di bawah satu kerajaan pusat yang diketuai oleh seorang
Residen Jeneral. Setiap negeri itu pula diketuai oleh seorang Residen yang
mentadbir berdasarkan panduan kuasa yang telah digariskan.

Sebelum itu, keempat-empat negeri tersebut diperintah oleh Residen masingmasing dengan memiliki kuasa yang terlalu luas sehingga kemajuan dan
pembangunan di keempat-empat negeri itu tidak seimbang. Konsep federalisme
yang dilaksanakan British itu telah berjaya mengubah landskap pembangunan di
kesemua negeri terbabit. Banyak masalah dapat diatasi melalui pemerintahan
berpusat itu.

Seterusnya pada 1 Februari 1948, Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan


berasaskan prinsip federalisme bagi menggantikan Malayan Union (Kesatuan
Malaya) yang ditubuhkan pada 1946 tetapi mendapat tentangan hebat orang
Melayu. Ketika negara mencapai kemerdekaan pada 1957, kesemua negeri-negeri
di Tanah Melayu menandatangani perjanjian persekutuan dan menerima kewujudan
negara yang dikenali sebagai 'Persekutuan Tanah Melayu' dengan kerajaan
pusatnya berada di Kuala Lumpur.

Justeru, jika kita meneliti peruntukan asal Perlembagaan Perkara 1 (1),


Perlembagaan Persekutuan 1957 dengan jelas menyatakan bahawa 'Persekutuan
hendaklah dikenali dengan nama Persekutuan Tanah Melayu (Federation of Malaya).'
Pada 16 September 1963, idea mengenai gagasan Malaysia yang diilhamkan Tunku
Abdul Rahman pada 1961 telah dapat direalisasikan. Sabah, Sarawak dan Singapura
bersetuju untuk berada dalam Persekutuan yang dikenali sebagai Persekutuan
Malaysia.

Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang sedia ada itu digunakan dengan
pindaan dibuat bagi membolehkan kemasukan Singapura, Sabah dan Sarawak.
Perkara 1 (1) Perlembagaan Persekutuan yang telah dipinda menyebut bahawa
'Persekutuan adalah dinamakan Malaysia dalam Bahasa Melayu dan dalam Bahasa
Inggeris'. Di dalam Perkara 1(2) disebut dengan jelas 13 buah negeri di dalam
Persekutuan. Singapura menarik diri dari Malaysia dan menjadi sebuah negara
merdeka pada 1965.

Secara mudahnya, konsep federalisme menonjolkan ciri-ciri pembahagian kuasa


antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri. Doktrin pengasingan kuasa juga
menetapkan wujudnya pembahagian kuasa antara tiga badan utama iaitu badan
eksekutif, badan perundangan dan badan kehakiman. Doktrin pengasingan kuasa
bertujuan memastikan setiap cabang kuasa itu tidak diganggu atau dipengaruhi
oleh cabang kuasa lain.

Ringkasnya, tiada campur tangan antara satu sama lain. Namun, check and balance
antara satu sama lain tetap berlaku mengikut peranan masing-masing. Dari segi
praktiknya, kerajaan pusat mempunyai bidang kuasa memerintah melalui Dewan
Rakyat, manakala kerajaan negeri pula melalui Dewan Undangan Negeri. Di antara
kuasa-kuasa yang ada pada kerajaan pusat adalah kewarganegaraan Persekutuan,
hubungan luar, pertahanan, keselamatan dalam negeri, kewangan, pendidikan,
perdagangan dan industri.

Kuasa kerajaan negeri pula merangkumi undang-undang Islam, tanah, pertanian


dan perhutanan, kerajaan tempatan, perkhidmatan tempatan dan jentera kerajaan
negeri. Untuk memastikan tujuan, agenda dan misi negara (nasional) tercapai,
maka kerajaan negeri dan kerajaan pusat bersetuju bekerjasama dalam banyak
bidang.

Di antara kuasa bersama ialah kebajikan awam, biasiswa, taman negara dan
hidupan liar, parit dan tali air dan perkara-perkara lain yang bersangkutan. Kerajaan
atau pemerintahan pusat juga mengatur beberapa urusan yang dianggap nasional
yang perlu diikuti oleh kerajaan negeri. Pemerintah pusat mengatur polisi nasional
untuk kesejahteraan seluruh negeri dan rakyat. Bagaimanapun, kerajaan pusat
masih tetap menghormati bidang kuasa yang dimiliki oleh negeri.

Satu lagi unsur penting dalam sistem federalisme di negara kita ialah ketua negara
adalah Yang di-Pertuan Agong (YDPA). Institusi YDPA dibentuk setelah negara
mencapai kemerdekaan dan Perlembagaan Persekutuan diperkenalkan. Sebelum
itu, terdapat sembilan raja-raja Melayu yang berkuasa ke atas negeri masingmasing. Apabila institusi YDPA diperkenalkan, maka seorang daripada mereka akan
dipilih bagi setiap lima tahun untuk memegang jawatan tersebut.
Berdasarkan Perlembagaan Negara, takhta YDPA diperoleh secara lantikan
mengikut Jadual iii Perlembagaan Malaysia. Baginda dipilih mengikut kekananan
dalam negara dan pemilihan dilakukan oleh Majlis Raja-raja. Ini bermakna Raja-raja
Melayu akan bersidang setiap lima tahun untuk memilih salah seorang daripada
mereka sebagai YDPA. Baginda adalah seorang Raja Berperlembagaan yang
melaksanakan kuasanya secara terikat mengikut perlembagaan yang telah
ditetapkan.

Baginda memerintah mengikut nasihat jemaah menteri yang diketuai oleh Perdana
Menteri. Perlu difahami bahawa Perdana Menteri boleh dilantik berdasarkan budi
bicara baginda sendiri. Baginda mempunyai beberapa keutamaan dan
keistimewaan seperti yang diperuntukkan di dalam perlembagaan. Misalnya,
baginda tidak boleh didakwa di dalam perbicaraan mana-mana mahkamah
sekalipun.

Baginda yang merupakan sebahagian daripada Parlimen juga adalah Pemerintah


Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia. Baginda juga bertindak sebagai Ketua Agama
Islam di Malaysia dan juga negeri-negeri yang tidak beraja seperti Pulau Pinang,
Melaka, Sabah dan Sarawak.

Selain itu, baginda boleh mengisytiharkan pembubaran Parlimen jika Parlimen


hendak dibubarkan. Baginda juga mempunyai kuasa mengisytiharkan darurat jika
baginda sendiri berpendapat keadaan memang memerlukan baginda berbuat
demikian. Kedua-dua perkara tersebut akan dilaksanakan baginda atas nasihat
Perdana Menteri. Baginda juga boleh memanggil raja-raja lain untuk mengadakan

mesyuarat Majlis Raja-raja dan boleh membuat segala keputusan dalam mesyuarat
itu.

Demikian juga, sebelum sesuatu rang undang-undang itu menjadi undang-undang,


ia perlu mendapat perkenan baginda dalam tempoh 15 hari daripada rang undangundang itu dipersembahkan kepada baginda. Jika selepas tempoh itu, rang undangundang itu tetap akan diluluskan dengan menganggap rang undang-undang itu
telah dipersetujui oleh baginda.

Ini adalah kerana rang undang-undang itu telah dibuat oleh Parlimen di mana YDPA
adalah sebahagian daripada Parlimen itu sendiri. Justeru, apabila sesuatu rang
undang-undang itu telah diluluskan oleh Dewan Negara dan Dewan Rakyat, maka
rang undang-undang itu telah sah dan hanya memerlukan cop mohor daripada
baginda atas nasihat Perdana Menteri.

Hanya undang-undang yang menyentuh hak, kedudukan, keistimewaan, kemuliaan


dan kebesaran Raja-raja Melayu yang perlu mendapat persetujuan Majlis Raja-raja
Melayu terlebih dahulu jika hendak diluluskan.
Di peringkat negeri pula, Sultan-sultan Melayu, Raja Melayu dan Yang di-Pertua
Negeri adalah ketua kerajaan bagi negeri yang baginda warisi. Namun, seperti juga
YDPA, baginda tidak mempunyai kuasa mutlak untuk memerintah negeri masingmasing. Baginda menjalankan tugas dengan nasihat Menteri Besar atau pun Ketua
Menteri.

Di negeri-negeri yang beraja, baginda juga adalah Ketua Agama Islam bagi negeri
masing-masing kecuali bagi empat negeri yang mana ketuanya adalah YDPA.

Kesimpulannya, sehingga kini konsep federalisme yang diperkenalkan sejak


merdeka masih lagi berjalan dengan berkesan di negara ini. Prinsip pengasingan
kuasa bagi tiga badan utama iaitu badan eksekutif, badan perundangan dan badan
kehakiman masih lagi berjalan dengan baik. Kedudukan YDPA masih lagi kukuh dan
dapat berfungsi dengan baik.

Kerajaan negeri masih bebas menjalankan kuasanya. Setiap Dewan Undangan


Negeri di negara ini masih berfungsi dengan baik tanpa campur tangan kerajaan

pusat. Ini termasuk di negeri-negeri yang dikuasai pembangkang. Dewan Undangan


Negeri Selangor, Pulau Pinang dan Kedah terus dapat bersidang tanpa sebarang
halangan.

Polisi-polisi nasional yang dibuat oleh kerajaan pusat pula tetap mengambil kira
kepentingan semua rakyat tanpa mengira kaum dan ia juga tidak meminggirkan
mana-mana negeri di negara ini. Semuanya menikmati faedah dan kebaikan yang
sama. Kerajaan terus berusaha keras untuk menyeimbangkan pembangunan dan
kemajuan di setiap negeri, termasuk di Sabah dan Sarawak.

You might also like