You are on page 1of 2

25/07/2015

Lambang negara Malaysia - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas

Lambang negara Malaysia


Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Lambang Malaysia, atau Jata Negara menunjukkan bintang


pecah 14 menandakan 13 buah negeri yang terkandung dalam
Persekutuan Malaysia, dan Kerajaan Persekutuan, manakala
bintang bersama-sama anak bulan itu tanda Agama Islam - agama
rasmi Malaysia. Lima bilah keris itu menandakan Negeri-negeri
Melayu Tidak Bersekutu dahulu (Johor, Kedah, Perlis, Kelantan
dan Terengganu).
Bahagian sebelah kiri perisai itu (pokok Pinang) menandakan
Negeri Pulau Pinang dan bahagian sebelah kanan dengan pokok
Melaka menandakan Negeri Melaka. Kedua-dua buah negeri ini
adalah sebahagian dari Negeri-negeri Selat dahulu. Dalam empat
Jata negara Malaysia kini.
jalur yang sama besarnya dalam bahagian tengah itu, warna-warna
hitam dan putih ialah warna Pahang; merah dan kuning warna
Selangor; hitam, putih dan kuning warna Perak; merah, hitam dan kuning warna Negeri Sembilan. Empat buah
negeri ini ialah Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang asal.
Tiga bahagian di sebelah bawah itu menandakan Negeri Sabah di
sebelah kiri dan Sarawak di sebelah kanan. Di tengah-tengahnya
ialah Bunga Raya - Bunga Kebangsaan. Harimau-harimau yang
ditunjukkan sebagai penumpang jata Negeri-negeri Melayu
Bersekutu dahulu itu digunakan dalam Lambang Malaysia. Slogan,
"Bersekutu Bertambah Mutu" ditulis dengan tulisan Rumi di sebelah
kiri dan tulisan Jawi di sebelah kanan.
Warna kuning pada awan-awan itu ialah warna Diraja bagi Duli-duli
Yang Maha Mulia Raja-raja.

Sumber

Jata Negara Malaysia (1963-1965).

Dipetik daripada laman web Jabatan Perkhidmatan


Penerangan Malaysia, W.P. Labuan dan merupakan hakmilik kerajaan Malaysia.
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Lambang_negara_Malaysia&oldid=3431177"
Kategori: Jata negara Identiti Malaysia
Laman ini diubah buat kali terakhir pada 07:27, 25 Jun 2015.
Teks disediakan dengan Lesen Creative Commons Pengiktirafan/Perkongsian Serupa; terma-terma
tambahan mungkin digunakan. Lihat Terma-Terma Penggunaan untuk butiran lanjut.
https://ms.wikipedia.org/wiki/Lambang_negara_Malaysia

1/2

25/07/2015

Lambang negara Malaysia - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas

Jata Persekutuan Tanah Melayu (19481963).

https://ms.wikipedia.org/wiki/Lambang_negara_Malaysia

2/2

You might also like