You are on page 1of 2

Soalan 9

Andaikan bahawa anda seorang pegawai kesihatan yang bertugas di Pejabat Kesihatan Daerah. Anda
telah diminta untuk menyampaikan ceramah di sebuah sekolah tentang Otak yang Cerdas Berpunca
daripada Badan yang Sihat.
Sediakan ceramah itu selengkapnya.
Format
Ceramah
Pendahuluan
Mengucapkan kata alu-aluan kepada para hadirin ucapan terima kasih atas jemputan
menyatakan tajuk ceramah.
Isi-isi
- mengamalkan pemakanan yang seimbang untuk mengelakkan penyakit seperti buah-buahan dan
sayur-sayuran
- pengambilan sumber protein untuk tumbesaran tubuh badan dan kecerdasan
- melakukan aktiviti riadah tiga kali seminggu untuk menghilangkan tekanan dan kemurungan
- melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti sosial agar hidup ceria dan berfikiran positif
- badan yang sihat membawa hidup cemerlang dalam pelajaran dan pekerjaan
Penutup
Semoga murid berjaya dalam pelajaran dan ucapan terima kasih.
Soalan 4
Sebagai wakil murid, anda dikehendaki berucap dalam majlis sambutan Hari Guru peringkat daerah.
Sediakan ucapan anda itu.
Tulis karangan yang berikut berpandukan rangka karangan yang diberi. Panjang karangan itu
hendaklah lebih daripada 180 patah perkataan.
Format
Ucapan
Pendahuluan
Ucapan alu-aluan kepada para hadirin berterima kasih kerana diberi peluang untuk berucap.
Isi 1
Ucapan tahniah kepada para guru
Huraian:
- tema Hari Guru Guru berkualiti Pemangkin Kecemerlangan amat bertepatan sekali
- guru sentiasa berusaha untuk memajukan diri mengikut arus kemajuan
- mengikuti pelbagai kursus dan melanjutkan pelajaran
Isi 2
Ucapan tahniah kepada para guru

Huraian:
- mendidik murid menjadi orang yang berilmu
- sanggup berkorban masa, tenaga, dan wang ringgit untuk kejayaan murid-murid
- umpama dian yang membakar diri
Isi 3
Memohon maaf daripada guru-guru
Huraian:
- atas kesilapan dan kelanjuran kata-kata
- tidak mendengar nasihat
- ingkar perintah dan peraturan
Isi 4
Mendoakan kesejahteraan dan kejayaan guru-guru
Huraian:
- terus tabah menjalankan tugas murni ini
- sihat tubuh badan agar dapat menjalankan tugas dengan penuh dedikasi
- berkhidmat tanpa jemu dan bosan
Penutup
Semoga guru-guru diberkati Allah ucapan terima kasih.

You might also like